Sabtu 1 Disember 2007
0330: Saya bangun dan masih rasa tidak sihat. Walau bagaimana pun saya masih dapat bersolat Subuh di Masjidil Haram.
Hari ini kami membuat lawatan luar kali kedua. Kami melawat sebuah masjid lama yang saya lupa namanya. Lepas itu kami melawat Muzium Kaabah dimana artifak lama Kaabah di simpan. Walau bagaimana pun waktu lawatan ke Muzium ini adalah terhad. Sepatutnya kami melawat sebuah ladang ternakan unta, tetapi digantikan dengan lawatan ke pasar buah-buahan.
Seperti lawatan-lawatan sebelum ini kami diiringi oleh seorang Mutawif berupa pelajar Malaysia satu Universiti di negara Arab. Kali ini seorang pelajar di Yemen. Semasa bercerita dia menyebut nama seorang Nabi yang kebetulan sama namanya dengan pemandu bas kami. Pemandu itu marah-marah mengingatkan kami mengata dia.
Dia kemudian memandu bas dengan cukup laju di jalan yang berlubang-lubang. Bas jenis Mercedes dan saya terfikir jika bas ini terbabas dan terbalik tentu ada dari kami yang mati, Syukur kepada Allah tidak ada kejadian seperti itu.

Bekas Makam Nabi Ibrahim. Saya tidak dapat menyentuh Makam sebenar di Kaabah, memadai yang terdapat di Muzium ini.
Di hari ini juga empat dari lima orang penghuni bilik kami tumbang kerana tidak sihat. Mr. Smart yang selama ini segak sahaja akhirnya tumbang juga. Yang masih tegap ialah Pak Ali. Pak Ngah pula asyik tidur saja.
Ahad 2 Disember 2007
Saya rasa sihat sedikit. Saya bersolat Subuh di Masjidil Haram. Selainnya saya duduk di hotel sahaja. Oleh itu izinkan saya mempamerkan beberapa gambar yang saya ambil disekitar hotel saya di Makkah.
Air untuk bangunan-bangunan tinggi di Makkah di pam dari lori-lori tangki air melalui paip-paip ini.
Gambar pertama saya ambil di dalam Masjidil Haram setelah yakin kamera saya tidak akan dirampas seperti cerita orang.
Saya tertarik dengan tiga kubah ini. Kubah-kubah ini boleh nampak jelas jika dilihat melalui program Google Earth.
Bersambung ka Bahagian 17....
No comments:
Post a Comment