Saturday, June 28, 2008

Dato' Seri Utama Tan Sri Isa Samad yang saya kenali

Mungkin ada pembaca bertanya mengapa saya menulis nama beliau demikian. Umum mengenal beliau sebagai Tan Sri Isa Samad. Tetapi saya diberitahu oleh Bahagian Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) di negeri ini gelaran yang dianugerah oleh Istana Seri Menanti hendaklah disebut dahulu. Saya masih ingat semasa Dato' Seri Utama mempengerusikan satu mesyuarat di pejabat saya apabila beliau baru sahaja mendapat anugerah tersebut. Seorang yang hadir telah mengucapkan tahniah kepada beliau. "Saya ini setaraf dengan anak rajalah" jawab beliau. Kalau tak salah saya beliau menerima anugerah Tan Sri dari Yang Di Pertuan Agong sebelum dianugerah Dato' Seri Utama oleh Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ramai anggota mesyuarat tersasul semasa menyebut gelaran beliau. Di antaranya ialah Dato', Dato' Seri, Tan Sri dan yang paling lucu Tan Sri Utama. Selepas ini saya akan menyebut Dato' Seri Utama sebagai DSU sahaja.

Nama DSU tiba-tiba sahaja disiarkan di muka hadapan akhbar-akhbar tempatan beberapa hari yang lepas setelah tempoh penggantungannya dalam UMNO selesai. Sekarang beliau bebas berpolitik semula. Saya bukanlah seorang ahli mana-mana parti politik. Jadi saya akan menceritakan tentang DSU yang saya kenali dengan tidak menyentuh politik seboleh-bolehnya.

Saya telah mengenali DSU sebelum beliau menjadi Ahli Dewan Negeri, Negeri Sembilan lagi. Semasa itu beliau mengajar di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban. Saya sering ke sekolah itu kerana dua perkara. Pertama saya ialah seorang bekas penuntut sekolah tersebut semasa ia terletak di Tanjung Malim, Perak. Oleh itu saya sering dijemput ke apa-apa upacara sekolah. Kedua adir ipar saya yang juga bernama Mohd. Isa (belum dapat apa-apa gelaran lagi) pernah belajar di sekolah tersebut. DSU selain mengajar menjadi warden asrama. Oleh kerana DSU petah becakap beliau sering menjadi juru acara sekolah di kejohanan sukan dan sebagainya.

Di masa yang sama juga saya telah mengenali bapanya Dato' Abd. Samad semasa beliau menjadi ADUN kawasan Linggi, Negeri Sembilan. Semasa itu saya mewakili pejabat saya di mesyuarat Tilawah Alquran peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Port Dickson. Dato' Abd. Samad ialah seorang yang senang berjenaka sama seperti anaknya juga. Cuma kulitnya gelap sedikit tidak macam kulit DSU yang putih melepak. Saya masih ingat lagi Dato' Abd. Samad memanggil saya 'orang muda' mungkin kerana melihat saya sebaya dengan anaknya Mohd. Isa.

Apabila Dato' Abd. Samad meninggal dunia anaknya Mohd. Isa telah dicalonkan untuk mengganti tempat ayahanda beliau. Saya tidak pasti sama ada DSU menang pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. Yang pastinya kerjaya perguruan DSU telah berhenti dengan tiba-tiba dan kerjaya politik beliau pula bermula. Semasa itu Dato' Rais Yatim menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Kalau tidak salah saya DSU terus dilantik menjadi Ahli EXCO. Disinilah saya memang menduga beliau akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan walau pun ada Ahli-ahli EXCO yang lebih kanan seperti Dato' Yazid Baba, Dr. Ramli Ujang dan Ismail Kamat.

Tidak hairanlah apabila Dato' Rais bertanding untuk Parlimen Jelebu dan seterusnya menjadi Menteri Kabinet DSU menggantikan beliau. Maka bermula pula kerjaya panjang DSU sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya pula tidak boleh menganggap beliau sebagai seorang guru sekolah saya lagi kerana sekarang beliau menjadi 'boss of the bosses' saya.

Untuk beberapa tahun beliau tidak pernah gagal untuk datang ke pejabat saya dan mempengerusikan mesyuarat bulanan atas tugas beliau sebagai Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Seremban. Sehinggalah Kerajaan Malaysia memutuskan seorang Menteri Besar tidak boleh menjadi Yang Di Pertua mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Walau pun beliau sering berjenaka semasa mempengerusikan mesyuarat beliau bersifat tegas juga. Beliau pernah memberi kata dua kepada seorang ketua jabatan supaya menyelesaikan masalahnya dengan seorang sahabat DSU atau ditukarkan. Esok harinya pagi-pagi lagi ketua jabatan ini telah mengajak saya menemaninya untuk bertemu dengan DSU di pejabat Menteri Besarnya. Itu lah pertama kali saya masuk ke Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Yang memeranjatkan saya ialah kebanyakan staffnya merokok. Budak pejabat, kerani, Setiausaha Politik dan apa-apa Setiausaha lagi menghisap rokok. Walau pun di masa itu kerajaan belum lagi mengeluarkan arahan larangan merokok di mana-mana pejabatnya saya rasa ini lah pejabat kerajaan dimana kadar perokoknya paling tinggi. Saya tidak pasti sama ada DSU juga perokok.

Saya diminta oleh ketua jabatan tadi untuk menunggu di luar dan beliau berjumpa dengan DSU seorang diri. Saya akan dipanggil untuk 'back-up' beliau jika perlu. Baik juga oleh kerana DSU telah mengenali saya dan jika saya masuk bersama-sama susah juga DSU untuk membuat keputusan nanti.

Tidak sampai lima minit ketua jabatan tadi telah keluar dengan senyuman lebar. Semuanya sudah selesai katanya. Katanya lagi DSU seolah-seolah sudah lupa peristiwa di bilik mesyuarat semalam. Bagi saya di sinilah kelebihan DSU. Di bilik mesyuarat semalam di hadapan ketua-ketua jabatan kerajaan beliau telah menunjukkan ketagasan beliau sebagai seorang ketua eksekutif. Di pejabatnya pula beliau menunjukkan sifat tolak ansurnya sebagi seorang ahli politik.

Saya masih ingat di mana beliau datang ke dewan besar pejabat saya untuk merasmikan Hari Kualiti atau Q. Beliau banyak menyentuh mengenai imuniti raja yang hebat dibincang di masa itu. Beberapa hari kemudian saya bejumpa lagi dengan DSU di Port Dickson di mana murid-murid tua sekolah mengadakan perjumpaan. DSU menjadi tetamu khas. Bekas murid-muridnya memanggil beliau 'Cik Gu' sahaja. Presiden kami di masa itu ialah Datuk Mazlan Idris dari Pahang yang kemudiannya meninggal dunia dibunuh oleh Mona Fandey. Datuk Mazlan ialah senior saya di sekolah. Seorang murid tua bertanya kepada DSU mengenai isu imuniti raja ini dan beliau telah menyatakan pendapatnya. Kemudian beliau berkata beberapa hari yang lepas telah merasmikan Hari Q Majlis Perbandaran Seremban. Beliau cuma bercakap mengenai Kualiti atau Q sedikit sahaja. Kebanyakannya bercerita mengenai isu imuniti raja. "Kalau tak percaya tanya Maarof ni", katanya sambil menunjuk kepada saya. Kawan-kawan saya kebanyakannya terperanjat.

Begitu lah DSU amat mengingati seseorang. Beliau juga amat menghormati orang. Orang yang lebih tua dipanggilnya 'abang' walau pun beliau 'setaraf dengan anak raja'. DSU tua dari saya beberapa bulan sahaja. Oleh itu tidaklah wajarlah dia memanggil saya 'abang' pula.

Di satu mesyuarat lagi seorang ketua jabatan telah membentangkan satu kertas kerja. DSU bertanya kenapa kertas ini dibentangkan. Ketua jabatan tadi menjawab sebab DSU ada memberi surat sokongan. DSU kemudian menerangkan sesiapa sahaja yang berjumpanya untuk medapatkan surat sokongan akan diberikan surat sokongan. Tetapi terpulanglah kepada 'tuan-tuan semua' untuk menimbangkannya. Kertas kerja tersebut kemudiannya tidak dibicangkan.

Peristiwa tersebut telah memberi saya satu kekuatan apabila saya berhadapan dengan seorang yang didapati berniaga batu nesan di Makam Haji Said, Seremban. Mana boleh berniaga dalam kawasan Makam? Beliau terus mengeluarkan surat sokongan dari Menteri Besar. Saya nyatakan tidak hairan dengan surat itu oleh kerana sesiapa yang berjumpa dengan MB akan diberi surat. Terpulangkan kepada pegawai seperti saya ini untuk menimbangkannya. Beberapa hari kemudian saya telah dipanggil oleh boss saya. Rupa-rupanya peniaga ini telah mengadu bahawa saya menganggap surat sokongan dari MB itu sebagai surat palsu. Saya terangkan kepada boss bahawa saya hanya mengulangi apa yang DSU sebutkan dalam mesyuarat beberapa bulan yang lalu. Boss saya faham dan meminta kami teruskan tindakan terhadap peniaga ini.

Walau pun DSU petah bercakap beliau tidak boleh bercakap loghat Negeri Sembilan. Ini kerana beliau dibesarkan di Port Dickson dimana kebanyakan penduduknya bercakap loghat Melaka. Ada musuh-musuhnya menjadikan ini satu isu politik. Mana boleh seorang Menteri Besar tidak boleh bercakap loghat negeri itu, kata mereka. Saya fikir DSU bercakap loghat ayah dan ibunya lebih baik dari beliau mencuba bercakap loghat orang lain dan diketawakan atau dianggap cuma mempersendakan loghat orang lain itu.

Saya menerima jemputan beberapa bulan yang lalu melalui persatuan murid tua untuk upacara perkahwinan anak sulungnya. DSU sendiri hadir semasa penyerahan kad-kad jemputan tersebut semasa kami meraikan murid-murid tua yang menang bertanding dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini. Cuma kali ini calun-calun yang menang terdiri dari penyokong dan pembangkang kerajaan. Ada juga calon BN yang menang tetapi menjadi pembangkang oleh kerana calon ini menang di DUN Pulau Pinang. DSU semasa ucapannya mengingatkan jika menyebut 'pembangkang' kena berhati-hati oleh kerana ada juga calon yang sama parti politik dengan kita menjadi pembangkang.

Saya merasa sedih juga melihat DSU di hari perkahwinan anaknya kerana beliau hanya ditemani oleh anak-anak dan saudara-saudaranya. Teringat saya semasa saya menerima jemputan di hari-hari perkahwinan anak-anak saya Halimi dan Ina. Saya ditemani oleh isteri saya Salmah. Di sini DSU tidak ditemani isterinya oleh kerana isteri kesayangannya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Sekarang Dato' Seri Utama Tan Sri Isa telah bebas dari 'hukuman'nya saya fikir beliau sudah cukup waras untuk membuat perhetongan seterusnya. Pengalaman pahit manisnya sebagai seorang guru, ADUN, Ahli Exco, Menteri Besar dan Menteri kabinet dan Ahli Parlimen ditambah dengan tragedi kehilangan isteri sudah cukup untuk memberi panduan beliau.

Semoga Allah memelihara Cik Gu, Dato' Seri Utama dan Tan Sri.

Disiarkan tapi tak dapat duit

Jika saya pergi ke Rasah saya suka singgah di sebuah gerai yang diusahakan oleh satu keluarga orang Kelantan terletak betul-betul bertentangan simpang ke Bukit Tembok. Tetapi saya perhatikan gerai ini ditutup sejak beberapa hari yang lalu. Semalam saya lalu di sini dengan harapan gerai ini dibuka. Masih ditutup rupanya. Tapi saya nampak ramai orang memerhatikan
sebuah kereta sedang ditarik keluar dari Sungai Temiang yang terletak di sebelah gerai ini. Dari cerita yang saya dengar pemandu kereta ini datang dari arah Rasah dan terbabas. Keretanya terhumban dan terbalik ke dalan sungai tersebut. Nasib baik tiada yang cedera.

Saya pun mengambil gambar di atas dan menghantarnya ke akhbar The Star. Cerita saya berdasarkan kepada papan tanda jalan ialah "Bagi pemandu kereta ini perjalanan ke Port Diickson tentulah amat jauh!" Ia disiarkan oleh akhbar tersebut walau pun sama seperti dua hari yang lepas saya tidak menang hadiah harian RM 50.

Thursday, June 26, 2008

Tak dapat kali ni


Saya sedang menunggang skuter di Jalan Zaaba, Seremban semalam apabila mendapati kenderaan berjalan perlahan dari lampu traffik depan Sekolah Menengah KGV. Saya tidak ada masalah untuk terus ke depan. Rupa-rupanya sebuah lori telah terbabas di hadapan sebuah kedai aksesori kereta. Nasib baik satu tiang lampu menghalang lori tersebut masuk terus ke dalam kedai. Saya pun mengambil gambar di atas dan hantar ke akhbar The Star. Gambarnya disiarkan hari ini tetapi saya tidak memenangi hadiah harian RM 50 tu. Tak apa lah.

Pemandu apa mulanya tersepit dan jika diperhatikan orang yang sedang menalipon tu sebenarnya memanggil Jabatan Bomba yang hanya terletak 200 meter dari tempat kejadian. Walau bagaimana pun pemandu tersebut dapat melepaskan diri setelah menanggalkan 'steering wheel' nya.

Tuesday, June 24, 2008

Keto api - Bahagian 3 (The English version follows)

Se cumo setaun di Kelantan walau pun se ingin tingga situ lamo lai. Ado kojo kosong di tompek se kojo kaghang ni di Soghomban. Se pun mintak dan di toghimo. Lopeh tu se ghaso tak payah lai naik keto api sobab se dah boli keto. Keto api kito pun dah beghubah. Maso se sekolah dulu tak ado Ekspress Rakyat. Kaghang dah ado dan masih jalan lai. Cumo se sodih bilo tengok keto api kaghang ni tak panjang macam se budak-budak dulu.

Lopeh se nikah dan ado anak se ado yo bawak oghang ghumah dan anak-anak se naik Ekspress Rakyat poi Kolo Lumpo. Balik kito nak bas.





Maso se kojo ado yo se mintak tolong daghi KTM Soghomban. Tengok gambar ateh tu. Bondo tu namo eh 'Multi Purpose Machine'. Ponduduk satu tompek namo eh Taman Bertuah (Lucky Garden) di Rasah ado mengadu longkang eh asyik ponoh dek air. Dah betaun-taun macam tu yo. Se pun tengok dan dapek tau punco eh io lah pombotong tosumbek di bawah rel keto api dokek taman tu. Sobolom ni bolum ado soghang pun yang nak jumpo KTM. Se pun jumpo soghang namo eh En. Baharin. Baik oghang eh. Dio pun hanta bondo yang macam gamba tu. Kato eh bondo ni datang eh dari Gomeh. Nampak eh oghang Taman Bertuah ni memang betuah. Lopeh tu se tak ado toghimo komplen lai.

Masa KTM buek rel bokomba daghi Soghomban ko Rawang dulu En. Baharin ada yo ajak se naik bondo namo eh Trolley daghi Soghomban ko Nilai. Trolley ni macam keto yo bosa eh. Isik eh dalam onam oghang. Yang sodap eh boleh boghonti mano-mano dan bilo-bilo ndak yo. En. Baharin ni nampak yo diam tapi gaghang yo. Maso se naik Trolley samo dio tu dimaghah-maghah he budak-budak pekojo buek rel bokomba tu kebanyakan eh sobab tak pakai jeket yang memanca bilo kono suluh tu.

Ado sekali se bawak anak se Miza sampai ko Juho Baghu naik keto api. Lopeh makan di Juho Baghu kito balik ko Soghomban naik keto api yo. Dalam keto api se ghaso macam budak-budak balik. Se bejalan dari pangka sampai hujung keto api tu. Bilo keto api boghonti pulak se tughun. Bilo bunyi wisel se naik balik. Miza mengadu kek omak eh yang ayah he bukan duduk dalam keto api, tapi asyik bejalan yo. Sobona eh ini yang oghang putih kato 'instinct'. Se ghaso macam budak-budak balik.

Maso KTM mulo guno Komuter se lah antagho yang mulo-mulo naik. Maso ado Tiket ko Mano-mano dulu kadang-kadang sampai satu haghi se duduk dalam keto api yo. Masa Kolo Lumpo mulo ado LRT dulu se yo yang samo-samo naik dulu.

Bilo se di hanta poi ko Fukuoka, Jopun ompek taun dulu se ghaso keto api Jopun sopueh-pueh he. Di bawah hotel se duduk tu ado stesen subway LRT. Ado bobogahpo haghi tu lopeh yo Subuh se naik LRT poi ko lapangan kapa toghobang di situ. Se pun suko tengok kapa toghobang, tapi tu coghito lain. Topat maso eh se pun balik dan jumpo kawan-kawan se di lobi hotel. Soghang pun tak tau mano se poi tadi. Keto api Jopun ni topat maso eh, jadi kito tak takut kono tingga.

Alang-alang poi Jopun se pun naiklah keto api pelughu atau bullet train eh. Oghang Jopun sobut keto api pelughu ni Sinkanshen. Se pun naik sampai Kokura io tu stesen Sinkanshen paling dokek dongan Fukuoka. Banda Kokura ni pun betuah yo. Se ado tengok wayang coghito Amerika jatuhkan bom atom ke Hiroshima dan Nagasaki maso hujung poghang dunio koduo dulu. Lopeh di jahanam eh banda Hiroshima Amerika nak bom Kokura pulak. Tapi bilo sampai yo ateh Kokura derebar kapa toghobang tu tak nampak apo-apo sobab Kokura ditutup dek awan. Jadi dicaghi eh banda lain. Nagasaki lah yang jadi mangso. Nasib baik tak di bom eh Fukuoka.

Walau pun keto api di Melesia ni dah moden sikit tapi tak macam nogoghi lain. Nak bezokan dongan Jopun jangan cakaplah. Kadang-kadang se polik yo. Tengoklah di Soghomban yo. Stesen eh bulih tahan jauh he daghi terminal bas. Nasib baiklah baghu-baghu ni opis se dah buek tompek jalan kaki beghatap dari stesen ko terminal tu. Opis se nak buek sampai botu-botu kek stesen tu. Tak diboghi pulak dek KTM. Itu lah kalau poi tengok ado 'missing link' kato oghang putih lobih kughang limo puloh meter. Dopan stesen tu pulak ado kompleks boniago, tapi nak poi situ silap-silap kono langga dek keto. Apo tak dibuek jambatan jalan kaki, duo-duo kompleks dan KTM boleh untung.

Di Kolo Lumpo pun, namo yo KL Sentral tapi kok nak naik monorel kono jalan kaki seghatuih meter. Di stesen Masjid Jamek pulak tu kalau nak tuka daghi STAR ke PUTRA kono kolua kek jalan bopaneh dan boghujan.

The Train - Part 3
I only stayed in Kelantan for a year although I wished I could stay longer. There was a vacancy at my present office so I applied for it. By this time I felt no need for the train since I was driving my own car. The train structure had changed too. The Ekspres Rakyat was introduced and it is still running today although I feel sad that the Malaysian trains nowadays are not that long compared to those during my school days.

After I got married and having children I used to bring them on the Ekspress Rakyat to Kuala Lumpur. We returned by bus.

Once during my work I had to engage the assistance of the KTM. The pictures above was taken more than ten years ago. It showed a machine called the Multi Purpose Machine clearing both ends of a culvert which which was running under the Seremban - Port DIckson line near Taman Lucky, Rasah. The people of this housing estate had been complaining that their drains were waterlogged thus breeding mosquitoes. I found out that the only solution was to clear the blockage inside the above culvert. Fortunately the KTM people headed by one En. Baharin, a really good man was willing to help. The people of that housing estate never complained since.

I had further experience working with En. Baharin. Once when the KTM was constructing the double tracks he called me and brought me along a machine called the Trolley to Nilai and back. This Trolly is the size of a car and can accomodate about six people. Although En. Baharin looked cool, he could be fussy. He blasted the double-tracking workers for not wearing luminous jackets.

Once I brought along my daughter Miza to Johor Bahru on the morning train. After having our lunch at Johor Bahru we returned to Seremban by train too. Once aboard the train my childish instincts returned. I walked the whole length of the train. Every time the train stopped I alighted too. Miza complained to her mother that I never stayed long in my seat. For me I was feeling the instinct of being a child again.

When the KTM introduced the Komuter train I was among the first passengers. Unfortunately they don't issue the Tiket Ke Mana Mana anymore. I used to enjoy this facility and just sit down on the KTM Komuter doing nothing. Again when Kuala Lumpur started their LRT services I was among the first passengers.

When I went to Fukuoka, Japan four years ago for a training I fully enjoyed the Japanese trains. There was a subway station situated just below my hotel. This subway ends at the Fukuoka airport. There were days after my Subuh prayers I took the subway to go to the airport and watch aeroplanes land and depart. At the precise moment I would return to the hotel and meet my friends at the hotel lobby without any one of them knowing where I was. The Japanese trains are so much on time that you do not have to worry about missing any appointment.

I even rode the Japanese bullet train which is called Sinkanshen. I went to the nearest Sinkanshen station next to Fukuoka which was Kokura. I saw a film about the atomic bombing of Hiroshima and Nagasaki during the end of the Second World War. Actually after Hiroshima the Americans wanted to drop the second bomb on Kokura. But when they flew over the city they could not see it because it was engulfed by clouds. So the flew further south west and dropped the bomb at poor Nagasaki. I think Fukuoka was spared because of the clouds too.
Although the train services have improved it still lacked behind. Just look here at Seremban. The train station and the bus terminal are situated quite far apart. My office wanted to build a sheltered walkway between the station and terminal. But it was not fully agreed by the KTM. So you can see a 50 metre missing link at the moment. There is also a shopping complex opposite the Seremban station, but to go there you may be knocked by cars. Why not build a overhead bridge to gain both parties?
Even in Kuala Lumpur you have to walk about 100 metres from KL Central to the Monorail station. In Masjid Jamek to move from STAR to LRT you have to go outside and face the elements.

Monday, June 23, 2008

Keto Api - Bahagian 2 (The English version follows)

Habih sekolah monongah se tak dapek belaja lai. Jadi lopeh menganggo dalam setaun se pun dapek kojo dongan kerajaan. Cukuplah se katokan inilah satu-satu kojo se sampai se pencen. Lopeh pencen pun sambung kojo yang samo.

Lopeh se habih penghekso diploma, se ditondang ko Kelantan. Maso tu se bolum lai boli moto atau keto, jadi se konolah naik keto api ko situ. Bezo eh kali ni se naik kelas satu, tak kelas tigo macam maso sekolah dulu. Keto api tu pulak jalan malam jadi se pun dapek tompek tido.

Maso yang samo sekolah se di Tanjung Malim tu pindah segalo-galo eh ko Soghomban ni. Jadi di stesen Soghomban tu ado lah se jumpo oghang-oghang opis sekolah lamo se tu. Dio oghang tongah nunggu pegawai-pegawai dan mungkin mughid-mughid pindah daghi Tanjung Malim. Se ingat lagi soghang daghi eh io lah En. Ahmad Tajuddin yang komudian tingga dokek ghumah se di Taman Paroi Jayo.

Nogagho kito maso tu baghu yo lopeh banje, yang toghuk eh pantai timo lah. Jadi keto api tu kono jalan pelahan sikit. Lopeh tu pulak kono boghonti di stesen-stesen somontagho nak selisih samo keto api yang datang daghi dopan. Se inghat lagi keto api se kono boghonti di Kolo Lipih, Pahang lobih kughang duo jam untuk bondo ni.

Pandangan di pantai timo ni lain daghi pandangan yang se biaso lalu daghi Soghomban - Tanjung Malim. Keto api kono lalu di hutan ghimbo. Teghowong eh panjang-panjang pulak tu, tak macam yang di bawah Bukit Aman atau dokek Taman AST Soghomban tu. Tapi se tak buek peghangai hobin botol tu. Kok buek yo mungkin buang kojo. Se nampak ghamai pegawai keto api munda mande ateh keto api tu.

Stesen mulo-mulo sekali keto api boghonti di Kelatan yo lah Guo Musang. Di sini ghamailah oghang-oghang poghompuan naik nak jua baghang-baghang yang banyak eh buah-buah. Sumo eh cakap loghat Kolantan. Jadi se tokonang balik maso se sekolah dulu bilo kawan-kawan se yang daghi Kolantan tu bukan yo cakap loghat tu samo-samo dio tapi samo kito pun cakap macam tu.

Lopeh tu se kato kek dighi se, ini lah loghat yang se akan donga ontah boboghapo lamo lai sampai bilo tak tau lagi.

Bilo sampai yo kek Krai yo tu stesen untuk Kolo Krai lobih dari setoghah keto api tu kosong. Se peghatikan banyak teksi dah nunggu.

Bila nak Maghrib baghulah keto api se sampai kek Wakaf Baghu io tu stesen untuk Koto Baghu. Se peghatikan tak ghamai yang tughun samo-samo se. Se pun caghi teksi. Tak ado. Beca banyak. Bilo se tanyo jawab eh memang tak ado teksi kek sini. Kalau nak ko Koto Baghu konolah naik beca. Jadi se pun naiklah beca. Apo nak pilih lai? Baghulah se tau ghang-oghang yang nak ko Koto Baghu tughun di Krai. Lopeh tu naik teksi ko Koto Baghu. Cagho ni lobih copek. Se tak tau macam mano kaghang ni.

Disambung ko Bahagian 3....jaman ni.


The train, part 2

After secondary school I did not manage to go for further studies. So after doing nothing for a year I got a job with the government. I can only say that it is the only job I held until I retire. If you read my profile you'll know that I am reemployed doing the same job.

After I sat for my diploma examinations I was sent to Kelantan, of all places. Since I haven't bought any form of transport I took the train there. The only different this time was I rode first class as compared to third class during my school days. Since it was a night journey I was given a sleeping berth.

What a coincidence then because my school was about to be shifted lock, stock and barrel to Seremban at the same time. At the Seremban train station I saw a few members of my former school staff waiting for their school collegues and students from Tanjung Malim. One person I could not forget is En. Ahmad Tajuddin who would later stay in the same place with me in Taman Paroi Jaya.

The country especially the east coast had just recovered from floods so the train had to move slowly. Sometimes it had to stop at stations for quite a while to wait for on coming trains to pass. I remember we had to stop at Kuala Lipis, Pahang for about two hours.

The senery here was much different from my normal Tanjung Malim - Seremban route. I saw a lot of greenery as the train had to pass through thick jungle. The train had to pass through a number of tunnels too. But this time I could not perform my bottle throwing act.

The first stop at Kelantan was at Gua Musang. Sellers mostly women boarded the train trying to sell their products in the form of food, mainly fruits. Of course they spoke the Kelantanese dialect. It brought me back memories from my school days when my Kelantanese school friends spoke their dialect not only among themselves but to us non Kelantanese boys. Suddenly I realised that I was going to hear this dialect for some time from now.

When the train stopped at Krai which is the station for Kuala Krai more than half of the passengers disembarked. I was quite surprised at first. I saw a lot of taxis waiting to ferry them to their ultimate destinations.

After almost dusk my train stopped at Wakaf Baru the station for Kota Bharu. I had travelled for almost 2o hours on a train. To my surprise only a few people disembarked here. So I went to look for a taxi to carry me to Kota Bharu. There was none. I asked and was told that the only means of tranportation to Kota Bharu from this station was by the trishaw. So I rode a trishaw to Kota Bharu.

Only later I learned that at that time train passengers travelling to Kota Bharu from the west coast anf south would stop at Krai and from there continue their journey by taxis. This would be faster than stopping at Wakaf Baru. I don't know the situation now.



To be continued....the present.

Sunday, June 22, 2008

Keto Api - Bahagian 1 (The English version follows)

Malam tadi se jumpo kawan-kawan se yang samo jadi membo kelab poncinto keto api Melesia. Kito buek babikiu di Port Dickson. Ese ni memang minat kek keto api. Se mulo naik keto api maso umo se duo boleh taun. Maso tu se sekolah monongah asrama ponoh di Tanjung Malim, Peghak. Memang kito oghang maso tu naik keto api kok nak balik kampung maso cuti sekolah. Tak macam kaghang ni budak-budak sekolah asrama ponoh macam se tu dijomput dek omak ayah he pakai keto. Dah sonanglah kato kan.

Se ingat lagi keto api mulo-mulo tu kopalo eh itam koso wap. Steam locomotive lah cakap oghang putih. Mulo daghi Tanjung Malim puko sepuloh pagi lobih kughang. Lopeh tu boghonti di tiap-tiap stesen baik kocik baik bosa. Boghonti bukan nak ambik atau nughunkan penompang yo, tapi kopalo keto api tu nak minum air. Keto api wap lah kato kan. Dio kono minum air untuk dijoghang jadi wap untuk tolak piston eh. Joghang pulak guno aghang batu. Cumo se tak nampak keto api tu boghonti nak tambah aghang batu eh. Itu lah sebab eh di dipangge keto api. Api tu guna eh untuk joghang air nak jadikan wap. Kaghang ni KTM tak pakai air dan aghang batu lagi. Tulah dio sobut keto api eh tren yo, nak ikut oghang putih konon eh.

Sampai Soghomban puko ompek potang lobih kughang. Lopeh tu se naik bas ko Kolo Klawang, Jolobu. Sampai yo kek Kolo Klawang puko onam lobih kughang. Lopeh tu bas ko kampung se pulak dah habih. Dah tido. Nasib baik ada keto prebet sapu daghi kampung se. Se pun dihanta balik dek tuan punyo prebet sapu tu. Se masih ingat lagi tuan punyo keto ni namo eh Hamid, kito pangge Lamit yo. Dah meningga lamo dulu. Dio kosian kek se sampai tak mau ambik duit se.

Sobona eh ado lagi keto api se bulih naik daghi Tanjung Malim tu. Tapi mulo puko limo pagi dan sampai Soghomban puko sepuloh. Lopeh tu se joghan naik keto api kopalo itam puko sepuloh tu. Lagi pun se muak dio boghonti sumo stesen. Lopeh tu pikap eh lambek pulak tu. Koso wap lah kato kan. Keto api puko limo tu pakai injin disel letrik, maso tu ghono (warna) kopalo eh hijau. Di sobut keto api mel maso tu. Sobab eh yo lah dio bawak sughat (mail) sekali.

Biaso eh daghi Tanjung Malim sampai Kolo Lumpo kito oghang jaghang dapek tompek duduk. Sobab eh yo lah keto api tu dah ponoh dek budak-budak sekolah asrama ponoh daghi Kolo Kangsar dan Ipoh. Tap payah lah se cito namo sekolah tu. Sumo oghang tau. Tak ado tompek duduk pun tak apo. Kito jalanlah daghi hujung sampai pangka keto api tu.

Di Kolo Lumpo kito tuka keto api lain lopeh nunggu satu jam lobih kughang. Di sinilah biaso eh se dapat tompek duduk. Keto api ni sampai Soghomban lebih kughang puko sepuloh pagi. Jadi tak ado masalah bagi se nak balik kampung.

Maso balik sekolah lopeh cuti pulak se naik keto api daghi Soghomban puko tigo potang. Di Kolo Lumpo kalau nasib baik se naik rel ka (rail car) ko Tanjung Malim. Itu pun kalau keto api se naik tadi tak lambek. Rel ka ini jalan topat ikut maso eh. Kalau kito lambek molopehlah. Se suko naik rel ka ini sobab dio laju. Pajang eh macam Komuter kaghang lah. Yang menyobabkan dio laju tu yo lah tiap-tiap koc ado injin. Jadi pikap eh laju sikit.

Tapi se kono ikut kotuo se. Pehak sekolah boghi kito tiket kumpulan (compound tickets) ikut stesen. Jadi kito daghi Soghomban boboghapo puluh oghang tu cumo ado satu tiket dipogang dek kotuo kito, biaso eh budak Tingkatan Limo. Kalau dio tak ondak tunggu di Kolo Lumpo dan rel ka ado kito naiklah rel ka. Kalau tidak besapaulah kito lobeh kughang limo jam. Tapi tak apo, ini Kolo Lumpo. Somontagho tu kito jalan-jalanlah. Muzium kan dokek. Duo-duo stedium pun dokek. Ado yo kawan-kawan se sompek tengok wayang pun.

Lobih kughang puko sombilan lobih kito pun naik keto api ko Tanjung Malim. Daghi stesen ko sekolah ado disodiokan bas. Esok pagi eh mulalah sekolah pongga baghu.

Itu lah boghulang-ghulang sampi se habih sekolah. Apo yang tak boleh se lupo yo lah kenalakan se ni. Ado sobuah teghowong botu botu di bawah Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman, Kolo Lumpo. Biaso eh budak-budak naka tomasok se ni bawak botol kosong daghi Tanjung Malim maso balik kampung dan daghi Kolo Lumpo maso balik sekolah. Botol-botol ni bulih dapek cagho sonang daghi mano tompek kito minum. Tapi kono baya lobih lah sikit.

Bilo-bilo yo keto api tu sampai dalam teghowong ni dah tontu dio pelahan sikit. Daghi Tanjung Malim dio nak boghonti. Daghi Kolo Lumpo ko utagho dio baghu nak mulo laju. Jadi kami yang nakal ni hobin botol botol ni kek dinding teghowong tu. Todonga lah bunyi macam talipon bobunyi tak boghonti. Se pun tak boleh nak coghito pasa apo kito buek kojo macam tu.

Sampai sini dulu yo. Ghupo-ghupo eh panjang yo coghito se ni. Nanti se sambung lai yo. Se nak tulih dalam bahaso oghang putih pulak ni.



The Train - Part One.


Last night I met met my fellow members of the Malaysian Railway Fan Club. We had a barbeque function at Port Dickson. I consider myself a train lover. I rode my first train when I was twelve years old. I was then a student of a fully residential school in Tanjung Malim, Perak. Every school term holiday we returned to our kampungs by train. Unlike now when parents fetch and send their kids to such schools by car. The standard of living seems to improve now.

My first train was the steam locomative type with the black coloured engine. We started from Tanjung Malim around 10 a.m.. The train stopped at every station, big or small not only to pick and embark passengers but to replesish its water supply. Water was needed to be boiled into steam using coal to push the train pistons. But I did not notice the train replenishing its coal supply.

I reached Seremban around 4 p.m.. From there I took a bus to Kuala Klawang, Jelebu. On reaching Kuala Klawang around 6 p.m. I realised that the bus to my kampung has retired for the day. Luckily I met my kampung folk named Hamid but called Lamit who operated a pirate taxi service who sent me home. He died years ago. I think that he sympatised with me since he refused any payment from me.

Actually there was another train service which I could use. I had to start from Tanjung Malim around 5 a.m. and reach Seremban around 10 a.m.. After that experience I said goodbye the 10 a.m. steam locomotive train. I got bored in stopping at every station. The train picked-up speed slowly too, a common thing among steam locomatives. The 5 a.m. train was powered by the diesel electrical green coloured engine. It was called a mail train beause it couried mails too.

Normally from Tanjung Malim to Kuala Lumpur we hardly manage to get seats because they were already taken by students of fully residential schools based in Kuala Kangsar and Ipoh. I don't have to tell the schools' names because everybody knows them. But being denied seats was no problem to us. We just walked to and fro for the length of the train.

We switched trains in Kuala Lumpur after an hour's wait. Normally I got a seat here. I reached Seremban around 10 a.m.. So there was no problem of reaching home in time.

The return to school journey started around 3 p.m. from Seremban. At Kuala Lumpur if we were lucky we continued our journey to Tanjung Malim by the rail car. That depended upon my train from south not being delayed because the rail car departed on time. I really loved to ride the rail car since it was faster due to it having an engine for every coach. Its length was about the same as the present KTM Komuter train.

That depended on our leader too. You see the school gave compound tickets based on the train stations. So those of us from Seremban were given only one ticket normally held by a Fifth Former. If he did not want to wait at Kuala Lumpur and the rail car was available we would jump into it. Otherwise we had to wait for about five hours in Kuala Lumpur. Not bad, because we could walk around. The National Muzeum and the two national stadiums were just nearby. Some of us had the time to watch movies.

Around 9 p.m. we caught the train to Tanjung Malim. We were picked at the station by buses. The next day we began our new school term.

Those routines were repeated until I left school. The one thing I cannot forget until now was my naughtiness. You see there is a tunnel right under the Federal Police Headquarters at Bukit Aman. Both from Tanjung Malim on the way home and from Kuala Lumpur on the way back to school the naughty boys including me would carry empty glass bottles. We could easily obtain the bottles from where we had our drinks, by paying more of course.

When we reached the tunnels the train would now be at a slower speed. Kuala Lumpur bound it was about to stop. North bound it was just picking up speed. So we just smashed the empty bottles at the tunnel walls creating a creshendo of sounds. This we did every time we went back home and returned to school. Until now I cannot explain why we did that.

That ended my first part about trains. To be continued....

Saturday, June 21, 2008

It all depends on on whose side you are

It is unfortunate as far as I am concerned that the current Euro 2008 football tournament is being played in the ealy hours of the morning. So far I had only watched two live telecasts. Last week it was the group game between Spain and Sweden. This morning it was the quarter final game between Croatia and Turkey.

I had been admiring the Turks since I was involved with them in performing our Haj pilgrimage in Madinah and Makkah. Their discipline really impressed me. So when the Turkish football team qualified for the quarter finals I had a reason to watch them playing. Fortunately their game against the much fancied Croatian team was played in a Saturday moning Malaysian time.

Although the Croats did most of the attacking the Turks defended well considering they were without seven of their regular players. In normal time the game ended scoreless. To decide a winner the game went into extra time. Croatia scored two minutes before full time. Everybody watching, me included thought it was the end for the Turks. But they equalised the next minute which was the last minute. So the game was decided on penalty kicks.

From my experience in watching football I knew that in a situation like this where penalty kicks decide a match the usual winner is the underdog team. The underdog team here is Turkey. True, they won the penalty kicks 3-1. They will meet Germany in the semi-finals.

The first thing I did when I woke up was look for my favourite internet football site. This is what they wrote "So cruel on Croatia". Had Croatia won I think they would write "Hail the Croation heroes" or something like that. They point here is the internet site gives more stress on Croatia's loss instead of Turkey's win. As I said it all depends on whose side you are.

Stupid

After the recent General Elections in the country everywhere you go you cannot miss hearing poople talking about it. What more with the recent increase in the price of petrol and diesel. Many people link the price increase to the Elections results.

My idol Tun Dr. Mahathir blamed the the present Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi for the bad results as far as the Barisan Nasional is concerned. I cannot agree more. Many people had been giving negative references to Abdullah Ahmad Badawi. So far I was just listening and I refused to be involved in any arguments about him. But his statements in the last few weeks really shook me from my slumber.

The first was when he mentioned that government servants will now receive their salary every two weeks as opposed to every month like at present. The moment I heard about it on TV I exclaimed "What a stupid decision". My reasoning is simple. We receive most of our utility bills once a month and not twice weekly. Those having to pay housing and vehicle loans also do it once a month. The local authority assessment bills are issued every six months. Some insurance companies also issue half yearly bills. Among annual bills are IWK and Land Office bills. I think only Ah Longs issue bills every two weeks.

So issuing our salaries every two weeks does not help anything. It only make the people involved in preparing our salaries work doubly hard. For this extra work they might claim overtime allowances which in turn burden the government more.

His second stupid statement was given just two days ago. The day before Datuk Yong Teck Lee the president of a component Barisan Nasional party made a statement that his party will propose for a vote of no confidence against the present Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi in parliament. Abdullah Ahmad Badawi then made his stupid statement that no action will be taken against the Datuk at this moment because he was only making a personal statement. Personal statement? The Datuk was surrounded by his top party brass when he made the statement and you call that a personal statement? On the table where he was speaking was an array of microphones belonging to the local, national and international press. With that arrangement only a supid fool will say he was making a personal statement. For me you can only consider anybody making a personal statement in the following circumstances:


  1. He sent a personal e-mail to anybody.

  2. He wrote in his personal blog like what I am doing now.

  3. He sent personal messages thorugh his mobile phone.

  4. He answered calls by the press on his mobile or home phone.

I think in a move to prevent the PM making further stupid statements that particular party held a meeting the next day and endorsed their president's earlier statement. What a waste of time.

Wednesday, June 18, 2008

Masjid India Muslim Ulu Temiang, Seremban - Bahagian 2

Salah satu kegemaran saya ialah mengambil gambar. Semasa belum ada kamera digital dulu boleh tahan juga wang yang saya belanjakan untuk mengambil gambar-gambar. Apabila kamera sudah dipetik belum tahu lagi gambarnya akan memuaskan hati. Tetapi sekarang degan teknologi digital wang dapat dijimatkan untuk menikmati kegemaran ini. Gambar-gambar yang tidak memuaskan boleh dibuang tanpa kos.

Saya lah diantara yang mula-mula menggunakan kamera digital di pejabat saya. Sampaikan apabila tiba masanya kami diberi kamera seorang satu boss saya mengarahkan supaya saya tidak diberi kamera. "Dia dah ada kamera sendiri" katanya. Saya cuba membantah dengan menanya "Menteri-menteri yang sudah ada kereta tu tak payahlah diberi kereta rasmi". Saya tak hendak menyebut big boss saya yang juga diberi kereta rasmi. Kalau disampaikan kepada boss sikit susah juga saya. Tetapi boss saya tetap dengan pendiriannya. Jadi kawan-kawan saya semua dapat kemera percuma sedangkan saya terpaksa guna kamera sendirian berhad.

Akhirnya saya dapat satu idea. Saya tanyakan kepada boss jika kamera saya rosak bolehkah pejabat membayar kos pembaikannya? Dari itu saya pun diberi satu kamera walau pun kamera sendirian berhad saya lebih bermutu.


Di atas ialah gambar Masjid India Muslim Ulu Temiang yang saya ceritakan beberapa minggu yang lalu. Sejak dari gambar itu diambil beberapa perubahan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Masjid. Saya difahamkan Pejabat Menteri Besar juga ada memberi peruntukan. Patut juga tu setelah Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini yang menyebabkan kawasan di sekitar Masjid ini jatuh ke tangan parti pembangkang.

Ini ialah gambar terbaru. Masjid ini sudah bertukar wajah. Berbaloi juga saya mengambil gambar lama tu. Kalau dengan gambar baru saya nak ceritakan Masjid ini pernah dilanda banjir siapa nak percaya. Sekurang-kurangnya gambar lama masih menunjukkan tanda-tanda banjir. Tetapi siapa yang memilih warna baru ini mempunyai akal juga. Atapnya diberi warna biru gelap mungkin untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar. Diading Masjid diberi warna cat baru yang cuma cerah sedikit dari warna air Sungai Temiang yang mengalir di hadapan Masjid ini. Jadi jika dilanda banjir sekali lagi tidaklah ketara sangat perubahan wajahnya.

Tuesday, June 17, 2008

Mainan baghu

Ese baghu yo boli satu henfun baghu. Satu sobab eh oghang ghumah se dah mula sobut-sobut oghang tu, oghang ni, akak eh, adik eh sumo dah ado henfun. Lagi satu sobab se tengok kawan-kawan se dan anak-anak se sumo dah boli henfun yang canggih-canggih. Jadi se pun 'follow the trend' lah kato oghang putih. Henfun lamo tu se boghi ke oghang ghumah se.

Sobab se bolum nak lai boli henfun canggih dulu tu yo lah se dah ado kamera yang se bawak ko mano-mano. Jadi buek apo nak punyo henfun ado kamera? Yang lagi ponting eh se guno kamera tu untuk kojo. Ado yo se cubo-cubo nasib hantar gamba kek sughat kabar The Star. Bebaloi yo, dah monang seghatuih ghinggit sampai haghi ni! Se tengok pulak ado yo oghang yang monang cumo pakai henfun kamera yo. Lagi-lagi pulak maso ni se jaghang-jaghang ambik gamba kojo. Kok ado pun se guno lah kamera henfun ni. Tapi jangan koba kek boss se, yo! Nanti diambik eh balik kamera gomen se tu.

Maso se boli tu Cino kodai tu tanyo nak download lagu Molayu ko lagu oghang putih. Se jawab duo-duo eh. Tapi bilo se donga balik sumo se tak bokonan. Nasib baik dalam komputo se ado lagu-lagu Beatles. Memang se ni pominat gilo The Beatles. Se tak tau macam mano nak download, jadi se sughoh anak se Anis buekkan.

Jadi se jadikan lagu-lagu The Beatles bunyi ringtone henfun se. Untuk ringtone biaso atau koman se guno lagu 'Hello Goodbye'. Yo lah, kito mula jawab talipon dongan 'hello'. Kok se tau oghang yang pangge se tu oghang Islam se sobut Assalamualaikum. Tapi biaso eh 'Hello' lah. Bila nak habih cakap kita sobut 'bye' atau 'goodbye'.

Ado soghang kawan se bila talipon dia tontu ajak se kelua minum. Yang se suko tu keto eh Honda Accord. Jadi untuk dio ni se taghuk lagu 'Ticket to Ride'.

Bilo boss se talipon tak ado lain dio nak mintak tolong dari se. Sughoh poi situ, poi sini, buek tu, buek ni, tolong si anu tu, si anu ni. Tapi maso ni dio jaghang-jaghang pangge se. Yo lah di opis tu ghamai oghang-oghang mudo kuek-kuek bolako. Tapi boss se ni ndak yo se intai budak-budak mudo ni. "Kau jadi 'trainer' dio oghang" kato eh. Jadi untuk boss se se boghilah ringtone lagu 'Help'.

Untuk oghang ghumah se se boghi lagu paling sesuai yo tu 'Love Me Do'. Banyak lagi lagu yang sosuai untuk dio macam 'Please Please Me', 'All You Need is Love' dan 'She Loves You'. Nantilah se tuka-tuka ringtone nanti.

Ado satu lagu The Beatles lagi yang boleh dijadikan ringtone. Lagu tu yo lah 'No Reply'. Se nak boghi ni kek oghang yang se tak nak jawab talipon eh. Tapi maso ni bolum ado lai ogahng macam tu. Yo lah, sapo yang bonci se ni dan sapo pulak oghang yang se bonci.

Monday, June 16, 2008

Negeri Sembilan is really unique

A few years ago my state Negeri Sembilan held a programme called Visit Negeri Sembilan Year. Its motto was 'Keunikan Budaya, Destinasi Popular' or 'Unique Culture, Popular Destinations'. Thinking of it Negeri Sembilan is really unique. Here are some of its uniqueness:
  1. It is the only state in Malaysia having a name starting with Negeri. It is unique in a way because Negeri simply means State. So if we translate the 'State of Negeri Sembilan' to the Malay language it should be called 'Negeri Negeri Sembilan' just like the 'State of Selangor" becomes 'Negeri Selangor'.
  2. It is the only state in the Malay Peninsula not named after its major river. We have Sungai Johor, Sungai Melaka, Sungai Pahang and so on. But there is no Sungai Negeri Sembilan or Sungai Sembilan.
  3. Seremban the state capital was formerly called Sungai Ujung. But there is no river called Sungai Ujung in the district or in the whole state. There is also no place called Ujung for that matter. I think that's why they changed the name to Seremban. But to the Chinese Seremban is called Fu Yong.
  4. Although the state has its own dialect called 'Loghat Negeri Sembilan' just like other states there are places in the state where the people do not talk the dialect. Most of the people in th Port Dickson district talk in the Melaka dialect. A good example is the former Menteri Besar Dato' Seri Utama Isa Samad. Some people even criticed him for being the chief executive of a State without knowing how to talk its dialect. In Jelebu where it borders with the State of Pahang its people talk in the Pahang dialect. Even for that matter the original Jelebu people talk in a sligt diversion of the Negeri Sembilan dialect. But for the record there are pockets of people in the Alor Gajah and Hulu Langat districts in Melaka and Selangor respectively who speak the Negeri Sembilan dialect.

So if Negeri Sembilan is to be given a name like other states it should be called Linggi because Sungai Linggi is our main river.

Now I have my own theory why Seremban was called Sungai Ujung. The town is placed at the end (Ujung) of Sungai Linggi. So it should be called Ujung Sungai. But to make it to be easily understood by the non-Malays the words were reversed to Sungai Ujung which is in fact bad language. Sungai Ujung also rhymes with the Fu Yong which is what the local Chinese refer to Seremban as I mentioned above.

Bahasa Menunjukkan Bangsa


Baru malam tadi saya poskan satu blog dalam Loghat Nogoghi Sombilan (LNS). Pagi tadi bila saya sampai ke pejabat saya nampak satu 'surat khabar lama' di atas lantai lobi tingkat bawah pejabat saya. Yang menarik ialah ejaan 'Nogori' di muka hadapan. Kalau diikut dari sebutan ejaan itu sebenarnya salah. Ejaan yang betul sepatutnya 'Nogoghi'.

Semasa saya mula-mula bekerja di Majlis Perbandaran Seremban ini pada tahun 1973 dulu saya pernah ditegur oleh seorang Jaga berbangsa Cina kerana beliau tidak faham percakapan saya. "Encik cakap bahasa kampung" katanya. Dia cuma faham Bahasa Melayu pasar. Saya jawab saya bukan cakap bahasa kampung, tetapi Bahasa Melayu sebenarnya. Agaknya saya belum pernah berinteraksi dengan seorang kakitangan yang tidak faham Bahasa Melayu. Maklumlah sebelum itu saya bertugas di Kelantan dimana kami bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Dengan pegawai-pegawai pula saya 'speaking London' atau berbahasa Inggeris. Sebenarnya sehingga beberapa tahun yang lalu ada kakitangan jabatan saya sampai pencen tidak tahu bercakap atau menulis Bahasa Melayu (Malaysia) dengan betul. Kalau tahu Bahasa Inggeris tak apa juga. Itu pun tak tahu.

Saya ramai kawan-kawan dari bangsa lain. Dengan mereka ini saya seboleh-bolehnya berbahasa Inggeris. Dengan cara itu saya dapatkan mempraktikkan (tak ada Bahasa Melayu ke) English saya. Saya berbahasa Inggeris betul dengan mereka. Saya marah juga jika mereka 'mempasarkan' English tu. Contohnya menyebut "He call all the officer for meeting" apabila sepatutnya "He called all the officers for a meeting". Juga meyebut seorang perempuan sebagai "he" apabila sepatutnya "she". Bukankah menyebut "she" atau "her" untuk perempuan itu satu penghormatan.

Ada seorang kawan saya berbangsa Cina malu-malu nak cakap English dengan saya. Jadi dia berbahasa Melayu pasar dengan saya. Satu hari dia menerima panggilan telefon dari kawanya juga berbangsa Cina. Dia berbahasa English dengan kawanya itu walau nahunya banyak yang salah. Kemudian saya tegur dia "You can speak English, why can't you speak English to me?" Jawapannya "Your English is high class". Jawapan saya sama lah seperti jawapan kepada Jaga saya dulu iaitu "This is the only English I know, whether it is high class or not I don't know".

Saya bimbang melihat anak-anak Melayu kita sekarang tidak berbahasa Melayu dengan betul. Apa lagi berbahasa Inggeris. 'Kenapa' disebut 'nape', 'tidak ada' ditulis 'x de'. Sampaikan 'boleh' ditulis 'bley'. Masya Allah!. Lama kelamaan orang Cina atau India boleh berhasa Melayu (dan Inggeris) lebih pandai dari kita. Saya pernah menalipon kawan saya berbangsa Cina dan anaknya menjawab "Bapa saya sedang memandu kereta". Bayangkan anak seorang Melayu yang menjawab. Mungkin "Ayah tengah driving". Itu tetap salah.

Lepas pilihanraya baru-baru ini saya cuba masuk ke forum dalam Bahasa Melayu. Tetapi apabila melihat Bahasa yang ditulis saya pun minta maaf. Saya takut saya pun akan ikut berbahasa seperti mereka yang saya anggap 'morons' tu.

Saya pernah dihantar oleh pejabat saya menjadi pengadil dalam memilih papan-papan iklan yang mengutamakan Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya terperanjat juga pada mulanya bila mendapati ketua pengadil ialah seorang berbangsa Cina. Rupa-rupanya dia ialah seorang professor atau dekan dalam pengajian Bahasa Melayu di sebuah universiti tempatan. Saya pernah terbaca sebuah artikelnya di sebuah akhbar Bahasa Melayu. Katanya Bahasa Melayu ini memang indah. Untuk orang kedua kita menggunakan beberapa perkataan mengikut kesesuaian tidak seperti Bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan 'you' untuk semua orang kedua tak kira apa darjatnya. Dia pernah memarahi seorang penuntutnya kerana memanggilnya sebagai 'kamu'. Baru-baru ini saya ada melihat blog Tun Dr. Mahathir. Ada penulis yang memangginya 'ayahanda'. Saya fikir ini ialah panggilan yang paling sesuai untuknya.

Pokoknya disini berbahasalah dengan betul. Orang Malaysia dari semua bangsa sebenarnya kaya 'vocabulary' nya baik dalam Bahasa Melayu atau English. Cuma nahu atau 'grammar'nya sahaja yang tidak digunakan dengan betul. Saya suka mendengar wawancara dengan ahli-ahli sukan seperti pemain bolasepak, tennis atau pemandu Formula 1 yang bukan berbangsa English. Mereka mungkin berbangsa French, Spanish, German atau Finn. English vocabulary mereka mungkin kurang. Tetapi mereka boleh bercakap English dengan nahu atau grammar yang betul dan baik dengan menggunakan 'simple words'.

Sunday, June 15, 2008

Loghat Nogoghi Sombilan

Ese dah tulih blog dalam Bahaso Molayu dan Bahaso Oghang Putih. Jadi ese cubo-cuba nak tulih dalam bahaso omak se yo tu Loghat Ngogoghi Sombilan (lopeh ni se tulih LNS yo).

Somaso se sekolah monongah dulu ado kawan se budak Juho ghaso mogah. Kato eh oghang Melesia tighu cakap orang Juho. Ese jawab sobona eh kau tu yang ghugi. Aku ado dua bahaso yo tu Bahaso Molayu dan satu lagi Bahaso loghat aku LNS. Samo juo dongan oghang Kolantan, Kodah dan Peghak. Kau ado satu Bahaso yo. Sapo tighu sapo aku tak poduli.

Ado soghang derebar se yang kaghang dah pencen inghat se ni tak tau nak cakap LNS. Ese jawab bulih. "Tak ponah donga pun" kato eh. Ese jawab "tengok tompek yo". Bilo se mulo cakap LNS dongan dio baghu dio topoghanjat.

Sapo yang baco ni mungkin heghan konapo se pangge dighi se ni "ese" atau "se" dan bukan "eden" atau "den". Sobona eh sobutan "eden" atau "den" tu yo lah bahaso kasa. Samo lah macam oghang Molako anggap "aku" tu sobagai kasa (kalau tak salah se lah). Omak se sobut dighi eh "ese", "se" dan "ayo" tengok koadaan. Dongan ogang mudo dio sobut "ese" atau "se". Dongan oghang tuo dio sobut "ayo". Dio tak ponah se donga sobut "eden" atau "den". Jadi se pun ikut omak se lah.

Jangan ingat ogang Noghosi Sombilan yo yang cakap LNS. Besan-besan se (montuo Halimi, omak ayah Zura) duduk di Boghanang, Solangor tapi cakap LNS. Sampaikan cucu-cucu se Danial dan Fahim bulih sikit-sikit cakap LNS dek mondonga atuk dan nenek eh cakap macam tu. 

Samo yo besan-besan abang se, oghang Masjid Tanah, Molako tapi cakap LNS yo. Sayang sokali anak-anak se tak pandai cakap LNS. Anak sulong se Halimi baghu cubo-cubo nak belaja bilo dio kojo di MPS.

Ese bukan paka dalam LNS ni tapi sotau se ado sikit bezo-bezo ikut tompek. Contoh eh oghang Ghombau sobut "langsat' tu "langsek" dan "eden" atau "den" yang bahaso kasa tu disobut "dan". Ogang Jolobu pulak sobut "kono" (kena) tu "keno". Oghang kampung se ikut loghat Kolo Pilah sobab asa uso kami daghi situ.

Cumo se cukup maghah bilo ado oghang cubo nak main-mainkan bahaso omak se tu. Somaso se di Mokah dulu ado soghang jomaah daghi Kampung Gontam, Kolo Pilah tak malu-malu cakap LNS. Oghang Kolantan dan oghang Kodah pun cakap loghat masing-masing samo dio ni. Tapi masing-masing paham samo yang lain.

Kito patut banggo dongan loghat masing-masing. Somaso se duduk di Kolantan maso se bujang dulu se cumo cakap ayat Kolantan bilo se pasti oghang yang mondonga tu tak faham bahaso se. Macam mano se tak suko oghang main-mainkan loghat omak se macam tu lah se tak ondak oghang ingat se main-mainkan loghat dio.

Cukuplah setakat ni. Esok se sambung lai.

Tuesday, June 10, 2008

Naik 'Terror ride'

Saya lupa tahunnya tetapi yang pasti di masa itu Seremban belum mempunyai hotel-hotel besar Klana Resort (dulu Allson Klana Resort) dan Royale Bintang (dulu Hilton dan Royal Adelphi). Ada dua orang VIP luar negara yang menerima pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Oleh kerana masalah ketiadaan tempat tinggal yang sesuai mereka ditempatkan di Hotel Regent, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Mereka ialah Azwar Anas, semasa itu menjadi Menteri Pengangkutan Indonesia dan Hassan Basri mantan Governor Sumatera Barat.

Saya dan kawan saya Najib (sekarang Haji) ditugaskan untuk menemani kedua-dua VIP ini yang juga membawa isteri masing dan rombongan kebudayaan dari Indonesia termasuk penyanyi Hetty Koes Endang. Tugas pertama kami ialah menunggu VIPs ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (KUL). Kami merasa lega juga apabila mendapati Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah menyediakan dua kereta Mercedes-Benz 300D beserta pemandu untuk digunakan oleh VIPs ini. Seorang pemandu berumur empat puluhan dan saya lupa namanya. Beliau ini banyak cakap sedikit dan kaki temberang juga. Manakala yang seorang lagi bernama Zainuddin, berumur tiga puluhan, bersifat 'cool' dan kurang bercakap. Saya dan Najib diberi sebuah bilik di hotel berkenaan. Beberapa bilik lagi disediakan untuk pemandu dan anggota Polis Trafik yang mendahulu rombongan kami.


Najib keletihan setelah melayan tetamunya.


Najib memeriksa injin kereta Mercedes 300 bersama-sama seorang tetamu Indonesia (berpakain kelabu) dan pemandu Wisma Putra.

Tugas seterusnya ialah membawa VIPs ke Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk menerima anugerah mereka. Saya menemani Governor kerana telah mengenali beliau sebelum ini dan Najib menemani Menteri. Kami duduk di sebelah pemandu manaka VIPs dan isteri duduk di belakang. Seronok juga kerana didahului oleh Polis Trafik dengan kereta dan motosikal mereka. Saat-saat yang paling menggembirakan ialah apabila melanggar lampu perah. Walau bagaimana pun Polis Trafik memandu mengikut had laju. Di lebuhraya mereka membawa kami dengan kelajuan 110 km sejam. Oleh itu seronok juga melihat kenderaan-kenderaan lain tidak berani memotong kami kerana melihat ada kenderaan polis di hadapan.

Di istana juga saya terserempak dengan penerima-penerima pingat lain. Di antaranya ialah yang saya kenali sebagai penyangak di Seremban. Di sini para penyangak ini menerima pingat. Bila saya tanya bukan sebarang pingat yang mereka dapat. Antaranya ialah PMC dan ANS. Setakat PJK tu tak main lah atau mereka dah dapat dulu. Dari itu juga saya membuat keputusan tidak akan menerima apa-apa pencalunan untuk pingat dari istana Negeri Sembilan. Oleh itu segala borang-borang pencalunan yang dihantar kepada saya saya buang ke dalam tong sampah.

Di hari ketiga saya menemani Pak Menteri untuk melawat Pelabuhan Kelang. Beliau disambut oleh Dato' Michael Chen (mendiang) yang menjadi Pengerusi Pelabuhan Kelang semasa itu. Najib tidak ikut sama dan beliau menemani Governor dan isteri untuk membeli belah di Kuala Lumpur.

Tugas akhir kami ialah membawa VIPs untuk jamuan makan malam dan tari menari di Istana yang sama. Dalam perjalanan Governor memberitahu saya beliau bercadang untuk makan malam sahaja. Beliau tidak mahu tinggal untuk tari menari, itu pun jika mendapat perkenan DYMM Tuanku. Saya pun mengarahkan pemandu meletak kereta di tempat yang senang keluar nanti. Saya juga memberitahu pegawai Istana di mana boleh menghubungi saya apabila saja Governor dapat perkenan Tuanku.

Di istana ada tiga tempat makan disediakan. Para VIP ditempatkan di khemah utama. Khemah kedua ialah untuk pegawai-pegawai dan saya dan Najib pun memasuki kemah ini. Khemah yang ketiga ialah untuk anggota polis, pemandu dan 'body-guards'.

Sementara menunggu boss-boss mereka yang terdiri dari Raja-raja dan anak raja dari negeri lain, para Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Malaysia, para diplomat dan VIPs yang lain pemandu-pemandu dan bodyguards yang siap berpakaian seragam masing-masing asyik berjudi. Ini dilakukan tanpa segan silu di hadapan anggota polis yang bertugas di istana. Dalam istana pula botol-botol arak bersedia untuk dibuka apabila pesta tari menari bermula.

Tiba masanya seorang pegawai istana datang memberitahu saya bahawa Governor telah diperkenan Tuanku untuk beredar awal. Governor juga tidak memerlukan polis trafik untuk mengirinya pulang.

Oleh kerana keadaan gelap menjadi masalah juga bagi saya untuk mencari pemandu dan anggota polis trafik saya. Kebanyakan pemandu pula asyik dengan perjudian mereka. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengangkat tangan saya di kalangan pemandu tersebut. Tiba-tiba sahaja kedua-dua pemandu saya datang entah dari sudut mana. Tetapi yang jelas mereka tidak berjudi. Saya arahkan Zainuddin untuk mendapatkan kereta sambil memberitahunya polis trafik tidak diperlukan. "Lagi bagus" katanya yang memeranjatkan saya juga. Saya juga meminta Najib untuk mengaturkan kepulangan Pak Menteri di akhir acara tari menari nanti.

Walau pun tidak didahului polis trafik Zainuddin membawa Mercedes dengan cukup baik. Di belakang saya terdengar Governor bercakap dengan isterinya lebih kurang "dia tu ketua agama di negeri ini, mengapa dibenarkan (judi, tari menari, minum arak) disitu?". Apabila tiba di Plaza Tol Senawang Zainuddin tidak mengambil tiket toll tetapi hanya menyebut "Tetamu negara" kepada kakitangan tol. Begitu juga keadaannya di Plaza Tol Sungai Besi.

Apabila sahaja kereta memasuki lebuhraya Zainuddin telah menekan pedal minyak kereta ke taraf maksimum dan kereta pun melompat kehadapan. Sampai sahaja ke kawasan Plaza Tol Rasah bacaan di speedometer ialah 140 kmph. Saya nampak meter RPM naik turun dengan cepatnya selari dengan penukaran giar secara otomatik. Barulah saya sedar mengapa Zainuddin menyebut "Lagi bagus" apabila diberitahu polis trafik tidak bersama kami.

Saya menjeling speedometer dari masa ke semasa dan saya lihat Zainuddin telah memandu hingga kelajuan 170 kmph. Purata kelajuan ialah 140 kmph. Hati saya berbelah bagi sama ada hendak menegur Zainuddin atau tidak. Saya cuma bimbang jika Mercedes ini perlu membuat brek kecemasan. Kemana perginya? Ke kiri, ke kanan atau melanggar kenderaan di hadapan? Akhirnya berhampiran Nilai Zainuddin terpaksa memberek kecemasan juga dan kereta Mercedes ini hanya meluncur dengan selamat dengar sedikit bunyi dari tayar. Nyatalah ABS (Anti-locking Braking System) kereta ini berfungsi dengan baik. Jadi saya pun merasa lega. Kami tiba di Hotel Regent dengan selamat. Kawan saya Najib hanya balik jam 2 pagi.

Tugas kami yang terakhir ialah menghantar VIPs dan rombongan ke Lapangan Terbang Subang untuk mereka kembali ke Indonesia. Lepas itu saya dan Najib bersalaman pula dengan pemandu-pemandu kami untuk beberapa hari itu sambil mengucapkan terima kasih dan selamat berjumpa kembali (tak jumpa pun). Di situ juga Zainuddin bertanya kepada saya kenapa saya tidak menegurnya apabila memandu laju pada malam itu. Saya hanya menjawab "buat apa saya tegur, sebab you cekap bawa kereta".

Friday, June 6, 2008

Harga Minyak Naik

Inilah cara saya menghadapi kenaikan harga minyak. Saya gunakan kenderaan di sebelah kiri yang kurang menggunakan minyak dan tidak perlu membayar tol untuk tujuan berikut :

  1. Pergi kerja
  2. Hantar anak ke sekolah
  3. Pergi surau dan masjid
  4. Pergi beli barang kecil-kecilan dan bila orang rumah tidak ikut sama.
  5. Pergi mengambil gambar
  6. Pergi mengambil pizza dari Domino's menggunakan Millennium Gold Card mereka.

Saya hanya gunakan kenderaan yang di sebelah kanan untuk tujuan berikut :

  1. Bila membawa orang rumah ke mana-mana kerana dia pantang naik kenderaan di sebelah kiri tu.
  2. Bila musim hujan (kalau hujan sikit-sikit pakai kenderaan yang lagi satu).