Thursday, October 9, 2008

Hari Raya 2008 - Bahagian 3

Di Hari Raya pertama saya beraya di kampung saya di Jelebu, Negeri Sembilan. Di Hari Raya kedua pula di kampung isteri saya Salmah di Merlimau, Melaka. Di Hari Raya kesembilan saya berhari raya di pejabat pula. Pada tahun ini kami mengadakan rumah terbuka di dewan besar kami yang terletak di seberang jalan pejabat kami. Pada tahun-tahun sudah kami mengadakannya di rumah rasmi Yang Di Pertua di kawasan Taman Tasik Seremban.

Biasanya sepanduk digantung di pagar Dewan. Tetapi kali ini ia digantung di bangunan Dewan itu sendiri. Agaknya untuk mengelakkan kedatangan tetamu tidak diundang.


Kakitangan membuat persediaan awal. Yang ini menyediakan belon.


Lagi persediaan. Yang berbaju hijau adalah juru elektrik kami.


Upacara sudah bermula. Seperti biasa gerai sate menjadi tumpuan.


Dari pandangan dan pengalaman saya juga di hari-hari terbuka hari raya makanan lemang kurang mendapat sambutan. Ia hanya menjadi tumpuan di Hari Raya pertama.


Kakitangan dan para jemputan memenuhi dewan. Saya nampak ramai pada tahun ini dibandingkan dengan tahun-tahun sudah.


Satu lagi pandangan kakitangan dan jemputan. Di tepi mereka ialah gerai-gerai makanan. Saya kira di tahun ini juga pembaziran makanan adalah kurang.


Yang Di Pertua saya dan isteri menunggu jemputan khas. Sama ada beliau sedang membaca SMS atau menghantar SMS. Di kanan beliau berbaju gelap ialah Tiger Lee. Siapa Tiger Lee sila baca pos saya 'Dicekik Yang Berhormat'.


Ini dia jemputan khas yang ditunggu. Dato' Seri Utama Muhammad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Minta maaf gambar kurang jelas.


Dato' Seri Utama bersalaman dengan kakitangan di dalam dewan.


Lagi Dato' Seri Utama bersalaman.


Dato' Seri Utama dan jemputan lain duduk. Saya nak balik kerana sudah kenyang.
Saya belum pasti dapat berhari raya dengan kakitangan lagi pada tahun hadapan. Ini semua terpulang sama ada jabatan saya memerlukan lagi perkhidmatan saya.

No comments: