Friday, November 14, 2008

Diterima menjadi ahli Muslim Bloggers Alliance

Saya merasa berbesar hati kerana diterima menjadi ahli Muslim Bloggers Alliance. Mengikut moderator forum ini sebab utama saya diterima ialah kerana pos-pos saya yang menceritakan pengalaman saya mengerjakan Haji.

Sebenarnya moderator forum ini pernah menjadi tetamu rancangan 'Blog' di TV1 RTM. Baru semalam saya melihat rakaman program tersebut. Mengikut moderator ramai blogger yang memohon untuk menjadi ahli Alliance atau Perikatan ini tetapi telah melalui penapisan. Nampaknya saya lulus dalam penapisan ini.

Oleh kerana pos Mengerjakan Haji saya menjadi sebab utama saya diterima saya telah meneliti semula pos-pos saya itu dan membuat beberapa pengemaskinian. Di samping itu saya juga bersyukur apabila melihat kepada maklum balas melalui Feedjit pos-pos Mengerjakan Haji saya itulah yang sering dituntun oleh pembaca.

1 comment:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Haji.

Tahniah diatas kemampuan tuan menulis artikel artikel yang mempunyai nilai kemanusiaan sejagat dan berfaedah kepada mana mana Muslimin Muslimat yang ingin mendapatkan maklumat terperinci dan terus terang tentang ibadah agung didalam Ad Deenullah kita.

Saya terpaksa menapis terlebih dahulu permohonan permohonan keahlian untuk menjaga nama baik MBA kita yang didalam peringkat penubuhan.

Pengalaman saya terpaksa melalui episod khianat oleh seorang yang saya amat mempercayai telah menyedarkan saya bahawa perlunya saya mengayak terlebih dahulu sebelum melebur untuk dijadikan perkakasan didalam usaha Dakwah al Islamiyah menerusi laman siber.

Harap Tuan Haji dapat menangkap maksud kiasan saya.

Saya amat bersyukur dengan kehadiran Tuan Haji bersama sama kami didalam Muslim Bloggers Alliance.

Nasihatilah saya jika perlu. Terimakasih.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum wr wb.