Setelah tidak diadakan selama empat bulan kawan-kawan sekolah saya di Seremban mengadakan sessi Tek Tarik mungkin untuk kali terakhir untuk tahun ini.
Untuk dua bulan yang lepas saya sempat menyertai kawan-kawan sekolah saya yang sekarang menetap di Melaka kerana saya kebetulan mempunyai program di Melaka. Sila sihat pos-pos saya sebelum ini.
Perjumpaan diadakan di restoran ini yang dinamakan Restoran Bunga Raya 2 terletak di Taipan, Senawang. Saya tanya dimana pula Restoran Bunga Raya 1? Pengurusnya menjawab yang itu berada di Bahau dan sudah lama beroperasi. Saya hanya berharap akan ada rangkaian Restoran Bunga Raya selepas ini.
Di kiri itu Bob, orang kuat geng Negeri Sembilan ini. Saya lupa pula nama junior saya yang berbaju hitam itu. Yang pastinya dia dibesarkan di Taman Paroi Jaya, Seremban dimana saya pernah tinggal selama 28 tahun.
Roslan dan saya.
Roslan dan saya.
Yang tengah-tengah tu datang dengan kereta BMW sports. Saya juga kurang pasti namanya.
Ibrahim menceritakan pengalamannya semasa menjadi peguam.
Zhazali, Zaki, Kamarulzaman alias Komando, Zamri dan Bob.
No comments:
Post a Comment