Sunday, July 12, 2009

Pesta Makan Durian

Jawatankuasa Surau Taman saya telah mengadakan satu Pesta Makan Durian petang tadi. Oleh kerana buah durian melambak sekarang baik juga diadakan pesta bagini disamping mengiratkan silaturrahim penduduk taman ini.

Pesta diadakan di tapak surau kami yang masih lagi belum didirikan apa-apa bangunan. Insya Allah hajat kami untuk mendirikan sebuah surau di tapak ini akan termakbul juga. Buat masa ini kami menyewa sebuah rumah untuk dijadikan surau sementara.




Yang tua, yang muda, lelaki dan perempuan sedang menikmati durian. Kotak berwarna hijau muda disediakan untuk sesiapa yang sudi menderma terhadap Tabung Pembinaan Surau kami.




Yang memakai baju hijau muda itu ialah Imam kami Ustaz Affendi.



Saya tidak makan durian. Memadai makan buah rambutan yang melambak ini. Buah manggis juga disediakan.


Kaum ibu tidak ketinggalan.


Lagi kaum ibu.


Berdiri menikmati durian.



Kami juga menjemput jiran-jiran berbangsa Cina untuk sama-sama menikmati durian. Yang berbaju merah dengan nombor 12 itu ialah Pengerusi Taman kami Ustaz Norazlan.


Inspektor Sahab tersenyum sambil mengupas durian.


Ambil gambar sendiri.



Hazimin yang bertongkat kerana mengidap gout pun tidak melepaskan peluang untuk bersama.


Jiran-jiran kami berbangsa Cina ini betul-betul menikmati durian.


Durian masih banyak lagi.


Dan lagi.

No comments: