Friday, September 18, 2009

Perginya seorang kawan

Entah mengapa malam tadi saya tidak selesa tidur walau pun saya tidur lewat dari biasa. Biasanya saya tidur pada jam 10.00 malam tetapi oleh kerana biras saya Cik Gu Ishak sekeluarga datang berkunjung pada waktu itu saya mula tidur pada jam 11.00 malam. Malam tadi saya asyik terjaga sahaja.

Saya terus bangun pada jam 4.45 pagi walau pun penggera di telefon bimbit saya sudah diprogramkan untuk berbunyi pada jam 5.00 pagi tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan ini untuk saya bangun bersahur.

Pada jam 5.30 pagi saya terdengar ada panggilan di telefon bimbit saya. Saya lihat nama penghantar ialah kawan saya Ibrahim Moideen. Saya sudah mengagak berita kurang baik darinya. Jika tidak mengapa dia menalipon pagi-pagi bagini. Betul, Ibrahim bertanya saya sudah mendapat tahu belum? Bila saya jawab belum dia terus memberitahu kawan kami Abd. Hafidz yang kami lawati kerana uzur pada 5 September 2009 yang lalu baru sahaja meninggal dunia dua jam yang lalu. Allahyarham akam dikebumikan selepas Solat Jumaat katanya.


Ibrahim menerima berita dari kawan kami Md. Shah yang sama-sama menziarahi Allahyarham dahulu. Cerita lawatan kami ada di sini:
http://maarofkassim.blogspot.com/2009/09/melawat-kawan-lama-yang-uzur.html


Walau kami kehilangan kawan sekurang-kurangnya Allahyarham bebas dari penderitaannya di dunia. Dia pergi pula di pagi Hari Jumaat di bulan Ramadhan. Semuga Allah mencucuri Rahmat kepada Roh Allahyarham Abd. Hafidz.

2 comments:

jainah bt jantan said...

Sebenarnya selepas sahur pagi tadi saya terima SMS dari Sdra Mohamad Abdullah B memberitahu bahawa beliau telah menerima SMS drp Sdara Atzuddin Hassan batch Sheikh Awadz (adik Nordin Hasan)mengatakan Hafidz telah meninggal dunia. Dia minta kepastian dari saya, lalu saya terus telefon Borhandudin Yusof (abang Hafidz. Beliau mengesahkan berita tersebut.

Anonymous said...

Tak berkesempatan saya nak menziarah Allahyarham semasa hidup sebagaimana saya beritahu Tn Hj Maarof yang saya cadang musim raya ni apatah lagi saya sudah jarang sangat balik ke kampong sejak perginya Allahyarham ibu saya.
Allahyarham Hafidz adalah DO SDARA yg kedua selepas Mustafa Saad jadi DO daerah Jempol. Allahyarham Hafidz pernah diceritakan cousin saya seorang Penghulu di daerah Jempol.
Semoga Allahyarham Hafiz tergolong dikalangan orang yang soleh. Alfatihah.