Friday, December 11, 2009

Kabel lompat

Saya sedih membaca berita kematian dua orang pelatih jururawat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Puncanya ialah sebuah kereta yang cuba dihidupkan enjinnya dengan cara menolak telah melanggar tembok tempat letak kereta di tingkat atas kompleks perniagaan ini. Akibatnya kereta telah terhumban ke bawah. Kedua-dua gadis ini meninggal dunia terkena serpihan batu-batu yang jatuh dan bukan dihempap kereta.

Sudah tentu kereta ini bertranmissi manual kerana boleh ditolak untuk dihidupkan enjinnya. Walau bagaimana pun untuk menghidup enjin cara ini memerlukan pemandu yang berpengalaman. Dari apa yang saya baca pemandu sebenar yang berada di dalam kereta dalam kes ini tidak berpengalaman langsung. Ini sepatutnya tidak berlaku. Saya tidak tahu apakah tindakan yang boleh diambil terhadap pemandu ini.

Kereta bertranmissi otomatik tidak boleh dihidupkan enjinya dengan cara menolak. Ia mesti dihidupkan dengan kuasa bateri semata-mata. Oleh itu jika 'jump cables' atau kabel lompat hendaklah digunakan. Kabel lompat juga boleh digunakan untuk menghidup kereta bertranmissi manual.

Setelah mengalami kereta saya terpaksa ditolak untuk menghidupkan enjinnya saya telah membeli sepasang kabel lompat seperti gambar di bawah. Saya simpan di bonet kereta dan ia telah menolong saya beberapa kali. Di samping itu ia juga telah menolong orang lain. Beberapa bulan yang lalu jiran di belakang rumah saya ditolak keretanya sampai ke hadapan rumah saya untuk menghidupkan enjin. Saya menawarkan kabel lompat saya dan keretanya dengan senang dihidupkan. Dia berterima kasih dan saya pun gembira.

Pembaca yang belum mempunyai kabel lompat patut membelinya dan simpan dalam kereta. Kita tidak tahu bila akan terpaksa menggunakannya. Kalau pemandu kereta di KB Mall itu mempunyai kabel lompat kemalangan maut kepada dua pelatih jururawat itu tidak mungkin berlaku.






1 comment:

Anonymous said...

sdr Maarof

sebenar nya itu lah dia yang dinamakan takdir Ramai diantara kita baik orang Islam atau bukan Islam, lupa akan mati....... Allah sudah berfirman, setiap insan atau benda yang bernyawa akan mati. Caranya, dimana dan bila seseorang itu akan mati, hanya Allah yang tahu. Setiap insan esp Muslim, digalakkan ingat akan mati.

Bersedialah.....untuk mati.

Berbalik kepada dua orang jururawat pelatih Skillmaster itu, memang a freak accident. Siapa sangka kereta itu melanggar tembok di kawasan parking terus melompat ke dalam supermart tu.... landing keatas escalator pula tu.... memang tidak masuk akal. In the first place macam man orang awam akan terfikir benda macam akan berlaku.

Ada beberapa faktor atau penyebab... asbabnya.

1. Kenapa tuan punya kereta rosak itu, menghalakan ke kawasan tembok supermart itu untuk menghidupkan injin nya. Kenapa tidak ke jalan yang lapang tidak ada halangan.

2. Kenapa pemandu yang tidak berpengalaman memandu kereta itu. Silap2 dia tidak ada lesen memandu lansung.

3. As what you have said, kenapa tidak guna 'jumping cable' untuk menghidupkan injin kereta itu.

4. Empunya kereta sepatutnya cari mekanik untuk menghidupkan kereta nya.

5. Tembok di kawasan parking itu tidak teguh.... sepatutnya kereta itu cuma langgar tembok itu dan berhenti. Nampak sangat tembok itu tidak teguh.

ala kulihal, itu lah dia takdir dari Allah SWT - Qoda dan qadr.

wallah hu aklam

wassalam
MA(B)