Bagaimana hendak mengukur 'performance' seorang pekerja? Khususnya seorang kakitangan kerajaan. Tetapi ada beberapa kategori pekerja dalam jabatan saya dahulu yang boleh diukur 'performance' mereka. Cuma 'performance' mereka diukur secara kumpulan, bukan secara individu.
Kumpulan pekerja yang saya maksudkan ialah pekerja memungut sampah. Walau pun tugas mereka mungkin dipandang rendah tetapi bagi saya mereka membuat kerja yang mulia. Bayangkan sampah yang dihasilkan oleh manusia tidak ada sesiapa yang memungutnya. Sudah tentu tidak kurang masalah yang ditimbulkan.
Sebelum kerja-kerja pungutan sampah diserahkan kepada pihak swasta menjadi salah satu tugas jabatan saya dahulu memungut dan melulupuskan sampah. Untuk tujuan tersebut ditubuhkan kumpulan-kumpulan pekerja yang setiap satu dianggotai oleh seorang pemandu lori dan empat orang pekerja.
Di tapak pelupusan sampah Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menghadiahkan satu jambatan timbang berkomputer. Di sinilah 'performance' setiap kumpulan pemungut sampah diukur. Berat sampah yang dipungut oleh setiap kumpulan dapat diketahui melalui bacaan di komputer. Oleh itu pihak berkuasa boleh mendapat maklumat mengenai jumlah sampah yang dipungut oleh satu-satu kumpulan untuk tempoh sehari, seminggu, sebulan dan juga setahun.
Ada satu kumpulan pemungut sampah amat rendah pungutannya. Oleh kerana itu lorinya amat kurang bergerak. Dari itu juga lori pasukan ini sangat kemas. Jika dilihat dari penggunaan minyak dan tayar lori ini juga paling kurang mengabihkan bogheh. Pemandunya pula melanggar peraturan tetap dengan tidak meninggalkan kunci lori di pejabat pengangkutan tetapi membawanya pulang.
Pemandu ini berbuat demikian untuk mengelakkan lorinya digunakan oleh pasukan-pasukan lain pada waktu malam. Ini kerana setiap petang lori-lori disimpan secara lintang pukang kerana kekurangan tempat. Oleh itu pemandu-pemandu yang bekerja pada waktu malam akan memandu lori yang paling senang dikeluarkan walau pun pada siangnya mereka memandu lori lain.
Pemandu ini seolah-olah kebal. Walau pun pegawai-pegawai atasan tahu lorinya memungut sampah paling sedikit tiada siapa yang berani mencadangkan supaya kawasan pungutannya diluaskan. Disamping itu juga tidak siapa yang berani menegurnya kerana membawa pulang kunci lorinya.
Untuk membuktikan pemandu ini betul-betul kebal, jabatan telah memberikannya anugerah khidmat cemerlang.
1 comment:
quote : "Untuk membuktikan pemandu ini betul-betul kebal, jabatan telah memberikannya anugerah khidmat cemerlang."
Kah..kah..kah..nak pochah perot eden ketawo...serious lawak...
sangat tepat dengan tajuk artikel ni : "Bila pengadil tidak tahu mengadil - Bahagian 4."
Tahniah Tuan Haji...artikel yang sangat PODAS...berasapppp..macam lomak cili api.
ikhlas
Ojang Sonang
Post a Comment