Saturday, November 20, 2010

Tak payahlah tubuh parti baru.

Saya terpaksa melanggar janji saya tidak mencampuri politik. Tetapi melihatkan apa yang sedang dialami oleh Datuk Zaid Ibrahim, saya rasa patut juga saya mengeluarkan pendapat saya.

Setelah ditendang oleh parti pertamanya dan sekarang dengan rela hati keluar dari parti keduanya, Datuk Zaid mengumumkan ingin bertanding dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Dengan itu juga dia mengumumkan mungkin akan menubuhkan satu  parti baru.

Nasihat saya kepada Datuk Zaid ialah: cukuplah tu. Tak payahlah tubuh parti baru. Negara kita Malaysia ni dah banyak sangat parti politik. Dari banyak sangat parti politik sudah tentu kita banyak berpolitik atau 'politicking.' Jadi secara tak langsung benda-benda lain kita tinggalkan. 

Tengok negara USA tu. Negaranya besar dan kuat. Tetapi setahu saya dia ada dua parti politik sahaja iaitu Democrat dan Republican. Simbolnya pula senang, kaldai untuk Democrat dan gajah untuk Republican. Tak tahulah saya kalau ada parti lain. Saya ni memang bodoh hal politik ni. 

Nasihat saya seterusnya, tak payahlah Datuk Zaid nak bertanding dalam pilihanraya lagi. Tumpukan usaha kepada profesion Datuk tu iaitu peguam. Teruskan usaha Datuk untuk memperkasakan peguam Melayu. 

Kalau Datuk nak berbakti ke, jadilah macam Tan Sri Lee Lam Thye tu. Sekurang-kurangnya orang akan hormat.

Sekian.

2 comments:

Abu Nu'man said...

Di Amerika Syarikat mmg itulah dua parti yang terkuat. Ada satu atau dua parti lagi yang turut bertanding tetapi kekuatannya tidak ke mana. Salah satunya Liberal Party kalau tidak silap saya

Captain said...

makin byk parti,, maka makin berpecah & makin lemah.. kalau asyik suka tubuhkan parti baru,, tak mustahil kita bakal "dijajah".. org lain sibuk bersatu tapi kita makin berpecah..