Sunday, June 12, 2011

Mana datangnya 4 minit lagi tu?


Tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Terangganu kerana memenangi Piala FA Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Tetapi saya pasti ramai penyokong pasukan negeri Kelantan (termasuk saya sendiri) terasa tertipu. Ini disebabkan jaringan gol penyamaan oleh pasukan Terengganu dilakukan di minit 98 permainan. Ini bermakna ia dibuat di minit ke-8 tambahan masa yang dibenarkan untuk kecederaan dan masa terbuang.

Di dalam perlawanan bolasepak tambahan masa untuk kecederaan  dan masa terbuang dibenarkan. Di tahun-tahun kebelakangan ini tambahan masa itu di tunjukkan kepada penonton oleh pegawai keempat perlawanan melalui papan digital beberapa minit sebelum masa rasmi 45 minit tiap-tiap separuh masa tamat.

Dari apa yang saya lihat tambahan masa yang ditunjukkan oleh pegawai keempat ialah 4 minit. Tetapi pengadil utama boleh menambah masa lagi jika dalam tambahan masa itu berlaku lagi kecederaan dan masa terbuang. Tetapi dari apa yang saya nampak tidak ada kecederaan dan masa terbuang dalam tambahan masa itu. Oleh itu timbul persoalan dari mana datangnya 4 minit tambahan kepada tambahan masa itu?

Walau bagaimana pun saya ucapkan tahniah juga kepada para penyokong pasukan negeri Kelantan kerana tidak meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan bertindak liar dan sebagainya.

2 comments:

Anonymous said...

ada gangguan pada awal separuh masa kedua...

maarofkassim said...

Kalau bagitu jelas pegawai ke-4 tidak menjalankan tugas dengan betul. Sepatutnya tambahan masa yang dibenarkan lebih dari 4 minit.