Saturday, October 8, 2011

Kenalah berkorban sedikit.

Selama ini saya sungguh selesa menggunakan kad Touch 'n Go bila menaiki KTM Komuter, LRT dan Monorail Kuala Lumpur. Saya tidak perlu beratur untuk membeli tiket di kaunter tiket atau di TVM (Ticket Vending Machine). Menggunakan Touch 'n Go dengan Smart Tag di tol-tol lebuhraya tak payah ceritalah. 

Tetapi apabila saya diberi Kad Warga Emas oleh KTM dan mendapat kemudahan diskaun 50% tambang perjalanan, saya terpaksa beratur membeli tiket seperti orang lain. TVM  juga tidak berguna bagi saya. Tetapi saya anggap itu sebagai satu pengorbanan yang yang terpaksa saya lakukan untuk mendapatkan kemudahan itu. Sepeti kata orang putih 'No pain, no gain'. Tetapi saya masih dapat menggunakan kad Touch 'n Go apabila menaiki LRT dan monorail Kuala Lumpur.

Tetapi sekarang di bajet 2011 warga emas seperti saya juga diberi kemudahan diskaun 50% untuk tambang LRT dan Monorail Kuala Lumpur. Saya tidak tahu sama ada mereka akan mengeluarkan kad seperti Kad Warga Emas KTM atau tidak. Tetapi yang pasti saya juga kena beratur untuk membeli tiket seperti orang lain. 

Saya ada satu cadangan. Mengapa tidak diadakan satu jenis kad Touch 'n Go untuk warga emas juga? Dengan  menggunakan kad khas ini apabila digunakan di KTM, LRT atau Monorail diskaun 50% secara automatik diberi. Cuma saya takut ia disalahguna. Contohnya seorang warga emas meminjamkan kad khas Touch 'n Gonya kepada seorang warga gangsa atau perak.Yang lebih cerdik pula akan mengenakan sedikit bayaran.

Tetapi bagi saya tidak apalah jika saya kena berkorban sedikit.

  

3 comments:

zindig said...

Warga Emas banyak kemudahan Wak dlm Bajet 2012 yg di bentangkan oleh YAB PM. Kita harus bersyukur.

Anonymous said...

Dah botak kepala kau Rof? Tak sangka. Lama kita tak jumpa. Balik ke Petaseh pun jarang jumpa you.

Abu Nu'man said...

senang je tuan haji...minta anak2 yang dah keja tu bayarkan hehe