Friday, November 18, 2011

Tajuk perlu sesuai - Bahagian 2 (Mereka pun nak cari makan)

Saya memilih untuk membuat pos baru ini untuk menjawab komen kepada pos asal saya oleh Abu Nu'man.

Tidak ada dalam pos itu saya menyebut mengenai kegiatan seks luar tabii kumpulan 'queer' itu. Saya hanya menyebut kita jangan menghina mereka. Saya tidak menyentuh kegiatan luar tabii mereka. Biarlah mereka menjawab terhadap kegiatan mereka itu di akhirat nanti. Mereka juga perlu hidup, perlu cari makan.

Saya mengambil contoh Brian Epstein kerana sumbangan besarnya terhadap kumpulan muzik terunggul The Beatles. Apa akan jadi jika The Beatles menolak tawaran Brian untuk mengurus mereka semata-mata kerana Brian seorang 'gay'? Jawapannya mungkin cari pengurus lain. Tetapi The Beatles pernah mempunyai pengurus sebelum dan selepas Brian Epstein tetapi sumbangan mereka tidak seperti Brian.

Tanpa disedari di Malaysia juga ramai mereka dari kumpulan 'queer' ini memberri sumbangan kepada kegiatan harian kita. Ramai 'mak nyah' menjadi mak andam pengantin. Saya pernah bertanya kenapa mereka ini dipilih untuk menyolekkan pengantin lelaki dan perempuan. Jawapannya orang perempuan selesa dengan mereka. Mereka tahu mak andam yang 'mak nyah' tidak akan mengambil kesempatan terhadap perempuan sedangkan pada hakikatnya kebanyakan 'mak nyah' ialah lelaki. Oleh itu mereka dibenarkan memasukki bilik pengantin yang biasanya dipenuhi orang perempuan. 

Tetapi persentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim tetap salah. Oleh itu persentuhan antara seorang mak andam 'mak nyah' dengan pengantin perempuan adalah salah. Mungkin kita boleh menjawab kenapa ambil mak andam 'mak nyah'? Ambil sahaja mak andam perempuan untuk pengantin perempuan dan biarkan 'mak nyah' mengandam pengantin lelaki. Tetapi alangkah baiknya jika kita menggunakan hanya seorang mak andam untuk dua pengantin? Membunuh dua ekor burung dengan satu batu, kata orang. 

Saya bimbang antara perkara negatif yang timbul dari kekeliruan tajuk program 'Seksualiti Merdeka' ialah golongan 'mak nyah' yang menjadi mak andam akan dipandang serong. Susahlah mereka nak cari makan. 

2 comments:

Abu Nu'man said...

Komen saya merujuk kepada ayat tuan haji ---> Saya pernah bertanya kepada seorang 'gay' bagaimana dia boleh jadi begitu. Jawapannya dia anak bongsu dari adik beradik yang lain semua perempuan. Dari kecil pula dia hanya berkawan dengan perempuan. (Untuk kawan yang dimaksudkan jangan ambil hati ya, identiti mu tetap ku jaga).

Komen saya lebih kepada sangkalan pada mereka yang menyalahkan takdir. Menyalahkan takdir tidak akan mengubah apa2. Sbb itu, pada pandangan saya kita tidak boleh menerima alasan sedemikian. Namun, itu tidak bermakna kita mesti menjauhi ataupun menekan mereka. Sebaiknya kita dampingi mereka dan bimbing mereka ke arah jalan yang benar. Lelaki perwatakan lembut adalah berbeza dengan lelaki yang punya nafsu sesama jantina. Ini kerana tak semestinya mereka yang berperwatakan lembut cenderung ke arah sesama jantina. Pun begitu, ramai lelaki yang sasa rupanya cenderung ke arah sesama jantina. Oleh itu, jgn terlalu 'generalize' mereka yang lembut sbg 'mak nyah' atau 'gay'. Wallahu a'lam

maarofkassim said...

Abu,

Saya juga tertarik dengan komen tuan

"kita dampingi mereka dan bimbing mereka ke arah jalan yang benar".

Mungkin itulah salah satu perkara yang hendak dibincangkan oleh penganjur program 'Seksualiti Merdeka" itu. Tetapi hasrat itu, jika ada, telah ditorpedo oleh mereka yang sengaja tidak faham atau mempunyai kepentingan sendiri.