Friday, May 3, 2013

Bolehkah imigran mengundi?


Untuk menjadi pengundi di Malaysia seorang itu hendaklah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR. Yang boleh mendaftar dengan SPR pula ialah warganegara Malaysia. 

Banyak cara untuk menjadi warganegara mana-mana negara. Ini bermakna mereka yang bukan dilahirkan di negara-negara tertentu boleh menjadi warganegara. Saya akan menggunakan istilah imigran untuk mereka selepas ini. 

Kenapa kebelakangan ini pasukan bolasepak kita sering kalah dengan pasukan Singapura? Sebabnya pasukan Singapura menggunakan imigran dan menjadikannya warganegara mereka. Mereka ini lebih besar saiz badannya dan sudah tertentu tidak setanding dengan pemain-pemain kita yang bersaiz kecil. Lebih-lebih lagi kita belum terjumpa pemain bola yang mempunyai ketinggian seperti Santokh Singh dan James Wong.

Singapura juga menggunakan imigran dari negara China sebagai pemain ping pong. Itu sebabnya di sukan Olimpik tahun lepas Singapura yang tidak pernah mendapat pingat selama ini dapat menandingi Malaysia dalam pungutan pingat.

Baru-baru ini saya melihat di TV perlawanan ragbi antara Hong Kong dengan Jepun. Saya tengok tidak ada nama-nama Cina dalam senarai pemain Hong Kong. Sudah tentu mereka ini juga imigran. Pemain Jepun juga ramai imigran.

Istilah pemain import tidak boleh digunakan dalam situasi di atas kerana ia boleh bermakna pemain warganegara asing yang bermain untuk kelab-kelab bolasepak di negara lain. Di Malaysia ramai pemain import jenis ini, tetapi mereka tidak boleh mewakili Malaysia kerana mereka bukan warganegara. 

Di Malaysia sekarang dihebohkan cerita imigran dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina yang berdaftar dengan SPR sebagai pengundi. Bagi saya selagi mereka warganegara kita, mereka boleh mengundi. Bagaimana mereka mendapat kewarganegaraan ialah soal lain yang saya tidak tahu apa jawapannya. Tetapi bukankah ramai datuk nenek dan moyang keturunan Cina dan India di Malaysia sekarang asalnya imigran juga dan menjadi warganegara kita dengan cara yang sama?

Bagi saya lebih baik diberi kewarganegaraan kepada imigran yang sama-sama membangunkan negara kita dari kita menghabiskan wang menjaga orang-orang kita di pusat-pusat rawatan dadah. 

No comments: