Saya ternampak notis di atas di satu Klinik Kesihatan kerajaan yang tidak mahu saya sebut di sini. Sesiapa yang tidak meneliti notis itu tidak akan merasa apa-apa. Tetapi bagi saya yang suka membaca tulisan-tulisan kecil atau 'the small prints' agak tercabar juga.
Notis itu seolah-olah menunjukkan contoh pakain yang sesuai dipakai bila berada di premis kesihatan. Pada pendapat saya 'premis kesihatan' termasuklah Klinik Kesihatan, Klinik 1 Malaysia dan Hospital. Mungkin untuk mereka yang melawat pesakit di hospital pakaian seperti yang dipakai oleh kedua-dua model itu amat sesuai, walau pun perempuan itu tidak menutup aurat.
Tetapi orang awam yang datang ke klinik-klinik kesihatan rata-rata pesakit belaka. Patutkah kita menghendaki para pesakit itu berpakaian kemas seperti kedua-dua model itu? Lebih-lebih lagi apabila memakai selipar tidak dibenarkan. Bayangkan mereka yang luka atau berbalut di kaki dikehendaki balik ke rumah dan datang semula memakai kasut?
Setelah saya poskan gambar itu di laman sosial 'Facebook' barulah saya tahu sebenarnya notis itu untuk mereka yang mempunyai urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Malah salah seorang 'model' itu sendiri mengaku gambar itu gambarnya dan beliau hairan bagaimana gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan. Saya yang dulu rata-rata bekerja dengan kerajaan amat setuju jika kod pakaian atau 'dress code' seperti itu dikenakan kepada semua pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan, tetapi tidak di klinik kesihatan atau hospital.
Agaknya ada seorang atau lebih kakitangan klinik kesihatan di atas ternampak notis itu di mana-mana Jabatan Pendaftaran dan terus berfikir hendak menampalkannya di klinik di mana dia bekeja. Sama ada dia atau mereka hendak mengampu saya tidak hendak tahu.
Apa yang jelas dia atau mereka tidak pandai meniru.
1 comment:
Salam,
Saya sentiasa mengikuti perkembangan blog ini dan sudah agak lama menjadi silent reader..
kali ini saya berminat untuk berkongsi satu blog oleh seorang bekas askar British yang pernah berkhidmat di Kem Paroi, banyak gambar2 bandar Seremban dan sekitarnya dipaparkan dalam blog tersebut..
boleh dibaca di sini
http://twoflight.blogspot.com/
Post a Comment