Semasa kerja dulu saya sering diminta oleh boss saya untuk melayan tetamu dari Sumatera Barat, Indonesia dalam program Bandar Kembar antara Seremban dengan Bukittinggi, Indonesia. Untuk tujuan tersebut saya sering memerlukan kereta dan bas rasmi dari Kerajaan Negeri Sembilan.
Jabatan saya menyalurkan melalui saya duit poket untuk pemandu-pemandu yang disediakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan. Sebenarnya duit poket tidak perlu. Pertama, kemana kami pergi makanan disediakan oleh penganjur program. Kedua pemandu-pemandu tersebut boleh menuntut apa-apa elaun dari Pejabat SUK. Jika duit poket ini dianggap rasuah saya tidak menafikannya.
Selama ini pemandu-pemandu berkenaan tidak ada masalah menerima duit poket yang saya berikan. Mereka menerima berapa sahaja yang saya beri tanpa membantah, kerana duit itu berupa bonus bagi mereka. Hinggalah seorang yang saya anggap loyar buruk enggan menerimanya.
Bila saya hendak menyerahkan duit poketnya dia terus berkata lebih kurang 'Bukan jumlah ini yang patut kami dapat'. Saya bertanya jumlah bagaimana yang dia mahu? Dia kemudian berjanji akan datang ke pejabat saya untuk memberi maklumat terperinci.

Pagi esoknya pemandu ini pun datang ke pejabat saya dengan satu senarai tuntutan yang patut diterimanya. Walau pun saya seorang pegawai teknikal, saya tahu juga lebih kurang mengenai elaun-elaun yang patut diterima oleh kakitangan kerajaan mengikut gaji dan gred mereka. Tetapi tuntutannya memeranjatkan saya.
Saya bertanya dari mana dia mendapat angka-angka tersebut. Jawapannya 'Semasa saya bawa pasukan bolasepak (Negeri Sembilan) dulu macam itulah tuntutan saya (kepada Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan)'. Oh ya, pemandu loyar buruk ini memandu bas SUK Negeri Sembilan.
Saya terus menjawab 'Oh, awak samakan kami dengan pasukan bolasepak ya. Awak tahu tak saya pernah jadi Ahli Majlis PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan). Saya pernah ikut pasukan kita ke Kedah dan Perlis (menaiki bas). Saya tahu awak pemandu ambil duit dari kami (PBNS), lepas tu tuntut elaun 'overtime' dari SUK.' Saya bercakap benar.
Saya menambah 'Kami bukan pasukan bola sepak. Kami juga jabatan kerajaan (Majlis Perbandaran Seremban (MPS)) seperti SUK. Sebenarnya kami (MPS) yang tolong awak (SUK) dan bukan awak tolong kami'. Sebenar saya berbohong kepadanya kerana program Bandar Kembar Seremban - Bandar Tinggi ialah program MPS, dan Kerajaan Negeri cuma membantu.
Akhirnya saya beritahu dia 'Macam ni lah, awak tunjukkan slip gaji awak dan saya akan bayar awak mengikut kelayakan awak. Tetapi jangan pulak awak menuntut apa-apa elaun dari SUK'.
Dia tidak memenuhi permintaan saya. Walau pun dia terus turut sama dalam program Bandar Kembar Seremban - Bandartinggi itu sebagai pemandu bas, dia tidak berani bercakap apa-apa kepada saya. Selepas itu apabila tetamu kami dari Indonesia datang lagi mukanya tidak kelihatan.

No comments:
Post a Comment