Saya nampak iklan ini. Saya tertarik dan terus masuk ke dalam.
Di kaunter saya nampak notis ini. Walau pun ia dalam Bahasa Inggeris kerana sebab-sebab mereka sahaja yang tahu, saya masih memahaminya. Jangan risaukan GST, katanya.
Saya diminta membayar RM 9.45 seperti diiklan. Wow, ini cukup bagus.
Tetapi apabila saya lihat di bawah resit ternyata harga sebenar Super Jimat Box itu ialah RM 8.91. Ditambah G.S.T sebanyak .54 sen, menjadikan jumlah semua RM 9.45 seperti diiklankan. Jadi masih ada G.S.T. lah ya.
Tahniah KFC kerana menarik pelanggan cara ini.
1 comment:
Seingat saya harganya sebelum 1 April pun mmg sama...makna kata mereka serap kos GST tersebut. Cuma dalam resit, mesin tersebut secara automatik ditulis kos GST bersama
Post a Comment