Tuesday, November 10, 2015

Tidak semua kita dapat beraya.

Mereka merayakan Deepavali di sini sahaja.

Kita di Malaysia ini bernasib baik mempunyai banyak perayaan, terutama perayaan agama. Orang Islam dengan Aidilfitri dan Aidiladha, orang China dengan Tahun Baru China, orang Kristian dengan Kristmas dan orang Hindu dengan Deepavali yang dirayakan hari ini.

Kita yang yang tidak trlibat secara langsung dengan perayaan-perayaan itu tetap terasa akan kemeriahanyna. Sekurang-kurangnya kita tidak bekerja di hari-hari itu, maka hilanglah apa-apa tekanan, contohnya untuk seketika.  

Pagi tadi saya keluar minum pagi dengan Ricky, seorang kawan lama saya berbangsa China. Kami telah membuat rutin ini (minum pagi bersama) sejak saya bekerja lagi, hingga ada di kalangan staff di pejabat saya termasuk boss saya sendiri kurang senang dibuatnya.

Kami minum di satu gerai Mamak. Di situ saya melihat seorang seorang berbangsa India berumur lebih kurang 50 tahun lebih (kerana beruban) dan yang saya agak berbangsa Hindu duduk minum seorang. Setahu saya di hari-hari 'raya' begini yang makan dn minum di luar rumah adalah anak-anak muda, bukan orang tua sepertinya. 

Malang sekali saya tidak bertanya apa-apa kepadanya, tetapi dari gerak-geri dan air mukanya saya agak dia bersedih kerana tidak merayakan Deepavali bersama keluarga. Oleh itu apabila sahaja saya berpisah dengan Ricky saya pun mencari jika ada orang-orang lain sepertinya.

Saya ternampak tiga orang India di kali lima bangunan lama panggung wayang Ruby di Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Seremban. Dalam perjalanan ke bandar tadi saya nampak orang-orang India berpakaian cantik belaka, tetapi mereka bertiga ini cuma berpakaian biasa sahaja. Seorang dari mereka berkerusi roda.

Saya tanya adakah mereka orang Malaysia, kerana di sebelah mereka ialah kedai kiriman wang yang sentiasa dikunjung oleh bukan warga negara. Mereka jawab ya. Bila saya tanya kenapa tidak berada di rumah merayakan Deepavali jawapannya ialah mereka tidak mempunyai keluarga atau rumah, jadi beraya di sini sahajalah.

Bila saya mohon untuk mengambil gambar, meraka bersetuju dan bergaya seperti di atas, di mana dua dari mereka menyusun sepuluh jari 'menyembah' saya,

Sekurang-kurang mereka bersuka seketika kerana mereka mendapat perhatian saya di hari raya mereka ini.     

No comments: