Thursday, December 3, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 6 (Singgah di Muar).

Persinggahan kami terakhir ialah rumah seorang kawan sekolah yang bergelar Yang Berhormat atau YB. Beliau ialah Dr. Mohammad bin Taslim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor kawasan Maharani di Muar.

Dr. Mohammad junior setahun dari saya di sekolah. Yang menarik mengenai YB ialah ia menang atas tiket Parti Islam Se Malaysia atau PAS. Ini di negeri di mana lahirnya UMNO. Saya masih ingat apabila saja YB menang saya telah menulis di blognya seperti ini "Di negeri di mana UMNO kuat, YB mesti mempunyai sebab yang baik menyertai PAS".

Berikut ialah gambar-gambar kunjungan ahli-ahli Sdara Seniors Club ke rumahnya.  

Antara yang mula saya nampak di Bandar Maharani, Kebetulan hari ini ialah Keputeraan DYMM Sultan Johor.

YB menyambut kedatangan kami.

Sila masuk.

Tak berjaya jadi YB atau doktor, bergambar dengannya pun sudah hebat.


Seperti biasa Zainuddin menerangkan tujuan kedatangan kami.

Walau pun ada di antara kami yang mempunyai fahaman politik berbeza dengan beliau, ini langsung tidak nampak. Semangat Sdarians mengatasi segalanya.


Ada dua orang lagi doktor selain Dr. Muhammad dalam gambar ini.

Dato' Ghani menympaikan cenderamata kepada YB. Dato' Ghani pun pernah bergelar YB atas jawatannya sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.



YB pula menyampaikan cenderamata kepada kawan-kawan di sekitar Muar dan Melaka.


Lagi penerima cenderamata.

Lagi.

Azudin dari Melaka.

Terima kasih, tuan rumah.

YB tuan rumah mengucapkan terima kasih atas kunjungan kami.

Setelah dijamu makan tengah hari, kami bergambar ramai.

Sekian cerita bergambar lawatan ahli-ahli Sdara Seniors Club ke Melaka dan Johor.

2 comments:

Admin said...

Syukur Alhamdulillah. Kunjungan silaturrahim shbt2 SDARA Seniors setelah berpuluh tahun terpisah.
Mewakili SDARA di Muar kami sangat teruja dg kunjungan yg sangat sentimental ini.Didoakan Allah berkati hidup kita seterusnya. Amin.

Admin said...

Syukur Alhamdulillah Allah perkenankan silaturrahim SDARA Seniors bertaut kembali selepas berpuluh tahun terpisah sejak tamat persekolahan di Sekolah Dato Abdul Razak Tg Malim/Seremban.
Didoaksn Allah berkati hidup kita seterusnya.
Once A Sdarian Always A Sdarian