Thursday, October 20, 2016

Antara 'hot dog', 'under dog' dan 'top dog'.


Biasa dalam kuliah agama yang saya dengar di mana-mana, saya tidak bersuara. Tetapi beberapa tahun lalu saya telah bersuara apabila seorang jemaah bertanyakan kepada penceramah mengenai isu kononnya sebuah parti politik mengaku diri mereka sebagai 'syaitan'. 

Punca isu itu ialah dari satu ayat yang dikeluarkan oleh seorang mantan presiden parti itu di blognya dalam bahasa Inggeris 'Better a known devil than an unknown angel'.  Bagi seorang yang tidak memahami bahasa Inggeris sepenuhnya atau tidak menggunakan bahasa Inggeris dalam persekolahan rendah, menengah atau tinggi akan menterjemah 'devil' dalam ayat itu sebagai 'hantu', 'iblis' atau 'syaitan'. 

Tetapi jika di lihat di mana-mana kamus 'devil' juga boleh bermaksud seorang manusia yang hebat. Contohnya seorang 'dare devil' bermaksud seorang manusia yang berani. 

Saya terangkan di ceramah itu walau pun 'devil' mempunyai banyak makna tetapi perkataan yang khusus untuk 'syaitan' dalam bahasa Inggeris ialah 'satan'. Kenapa mantan presiden itu tidak menyebut 'Better a known satan than an unknown angel'? Jawapannya senang sahaja iaitu dia berpelajaran Inggeris dan tahu membezakan antara 'devil' dengan 'satan'. 

Saya bangkitkan perkara ini kerana timbul isu JAKIM (tak payahlah saya terangkan apa itu JAKIM) baru ini-ini mengarahkan supaya perkataan 'dog' tidak dibenarkan digunakan sebagai nama makanan, contohnya 'hot dog'.

Isu perkataan 'dog' juga pernah dibangkitkan dalam isu 'under dog' dan 'top dog'. Ada juga orang Melayu yang kurang senang dengan sebutan itu. 

Pada pendapat saya isu ini timbul kerana ramai di antara kita tidak memahami bahasa Inggeris sepenuhnya. Ini akibat dasar pendidikan kita sudah berubah. Bahasa Inggeris cuma menjadi satu mata pelajaran dan bukan bahasa pengajaran. 

Maka timbullah isu di mana pegawai JAKIM memikirkan 'dog' hanya bermaksud 'anjing'. Bagi mereka 'hot dog' ialah 'anjing panas', 'under dog' bermakna 'anjing bawah' dan 'top dog' pula 'anjing atas'.    

Sekian.

1 comment:

Abdul Hamid Hussin said...

Pendek kata 'jahil' tentang berbagai bahasa.......dan maksudnya. Juga, rasa saya tidak membuat komen bersandarkan hukum mengenai halal haram hinggakan 'bayangan iaitu gelaran' kepada sejenis makanan orang asing pun boleh diterima sebagai haram, bukannya bahan makan itu sediri tetapi sekadar nama yang biasa digunakan oleh kelompok tertentu itu. Kita perlu tahu akan budaya2 lain dan mampu menyesuaikannya dengan hukum agama kita....Wallahuaklam