Thursday, March 9, 2017

Bila meter kereta menipu

Meter menunjukkan minyak kurang dari suku penuh, sebenarnya minyak hampir penuh.



1. Lebih setahun yang lepas:-

Kereta Waja Automatik 1.6 saya berbau minyak petrol. Mekanik biasa saya minta saya rujuk kepada bengkel pendawaian kereta. Saya pun pergi ke bengkel berkenaan dan pam minyak saya ditukar. Tidak ada lagi bau minyak


2. Lima hari yang lepas:-

Saya pergi ke kenduri biras saya Cik Gu Amir di Merlimau, Melaka. Dari rumah kereta menunjukkan minyak sudah berada di 'reserve' dan lampu kuning sudah menyala. Saya pun mengisi minyak dengan harga RM50 dan saya tahu minyak akan melebihi lebih setengah tangki dan meter menunjukkan sepertinya. Pada mulanya saya melalui Laluan Persekutuan No. 1 hingga Simpang Ampat, Melaka. Dari situ saya naik ke Lebuhraya Utara Selatan.

Sudah menjadi tabiat saya mengimbas meter kereta semasa memandu, tetapi jarang-jarang mengimbas meter minyak, Tetapi bila sampai berampiran kawasan Rehat dan Rawat (R & R) Ayer Keroh saya imbas meter minyak dan terperanjat bila penunjuk berada antara suku dengan setengah. Sepatutnya dengan perjalanan setakat itu minyak masih ada lagi lebih dari setengah.

Kemudian penunjuk turun dengan mendadak. Sambil memandu saya perhatikan jika ada minyak yang tumpah melalui cermin belakang. Tidak nampak apa-apa. Juga saya tidak menghidu bau minyak. Dari tol Ayer Keroh saya ke Merlimau melalui Bemban.

Apabila sampai di lampu trafik antara Jalan Jasin Merlimau dengan Lebuhraya AMJ lampu kuning menyala seolah-olah minyak yang saya isi berharga RM50 tadi sudah habis. Tetapi bila kereta berhenti di lampu trafik sebelah Politeknik Merlimau meter naik semula dan saya rasa lega sementara. Selepas itu semasa bergerak meter turun semula, tetapi tidaklah menunjukkan lampu kuning.

Sebaik saja saya sampai di rumah Cik Gu Amir saya matikan enjin. Kemudian saya pusing kunci ke 'on' tanpa mengidupkan enjin. Kali ini petunjuk minyak naik ke setengah tangki. Sekali lagi saya lega bahawa sebenarnya masih banyak minyak di dalam tangki. Kereta saya juga telah membakar bahan api seperti biasa. Saya pun pergi ke kenduri tanpa bimbang apa-apa.

Tetapi apabila hendak balik meter buat hal semula. Penunjuk turun ke bawah suku tangki. Untuk memuaskan hati, saya isi lagi RM50. Walau pun saya tahu tangki hampir penuh penunjuk masih menunjukkan sebaliknya.


3. Dua hari yang lepas:-

Meter minyak menunjukkan kosong dan lampu kuning menyala. Saya terus isi penuh tangki dan pergi ke bengkel di mana saya menukar pam minyak dahulu. Taukeh bangkel amat kenal dengan saya kerana di situlah saya menukar bateri-bateri kereta-kereta saya selama ini.

Dia kata hendak keluar sekejap dan serahkan kepada pekerja-pekerjanya. Pekerja-pekerjanya yang saya syak seorang Bangladesh dan seorang lagi Indonesia syorkan tangki diganti sahaja setelah mendapati meter masih baik. Saya jawab tangki baru ditukar di bengkel yang sama lebih satu tahun dahulu. Saya pun tunggu taukeh balik.

Apabila sahaja taukeh balik pekerjanya yang saya syak Indonesia itu menceritakan masalah kereta saya. Taukeh terus berjumpa saya dan meminta saya datang semula apabila tangki kereta saya setengah penuh.

Saya pun terus tekan butang 'trip meter' kereta menjadi sifar (0) dan akan pergi semula ke bengkel ini bila meter ini menunjukkan 200 km lebih.

Sekian.

No comments: