Hj. Hamdan dan saya di Terachi, Kuala Pilah semasa ziarah kematian ibu kepada jemaah surau kami yang kebetulan juga bersaudara dengan saya. Perhatikan baju kami mempunyai corak yang sama.
Saya mengenali Hj. Hamdan Jamaluddin pada tahun 2006 bila saya berpindah ke taman perumahan kami sekarang. Kebetulan rumah Hj. Hamdan terletak di hadapan surau sementara taman kami. Di situlah kami sering bertemu.
Saya dapati Hj. Hamdan seorang yang 'knowledgable' iaitu tahu tentang perkara-perkara duniawi. Bila kumpulan kami bercakap tentang apa-apa topik, haiwan umpamanya, Hj. Hamdan boleh memberikan fakta-fakta yang betul. Ini menarik perhatian saya kepadanya, kerana saya pun begitu. Sekurang-kurangnya bila kami bercakap kami tidak bermula dengan menyebut 'Saya dengar......'.
Saya tidak sedar yang Hj. Hamdan juga memerhatikan saya. Dia sedar saya diantara dua orang di taman kami yang boleh membetulkan waktu jam elektronik di surau kami. Sebenarnya saya membetulkan waktu jam itu (yang selalu lewat dari waktu sebenar) melalui 'trial and error'. Saya tidak belajar mengenainya di mana-mana pun.

Tahun 2007 merupakan tahun bersejarah bagi saya dan juga Hj. Hamdan, kerana kami dipilih untuk mengerjakan Haji. Yang menariknya ialah pada tahun itu 8 orang jemaah dari taman kami terpilih untuk tujuan tersebut. Lorong saya yang hanya mempunyai 18 rumah, menyumbangkan 6 orang jemaah (terdiri dari 3 pasangan suami isteri) dan 2 lagi terdiri dari Hj. Hamdan yang menemani ibunya. Beberapa tahun kemudian Hj. Hamdan ke tanah suci sekali lagi, kali ini menemani isterinya pula.
Surau kami meraikan kami di satu majlis sebelum kami bertolak ke Arab Saudi. Tidak seorang pun tahu bahawa empat dari lapan orang yang diraikan itu bersaudara.
Biasalah di zaman sekarang, kita mempunyai kumpulan Whatsapp dan sebelum ini entah apa namanya. Taman kami sahaja mempunyai sekurang-kurang tiga kumpulan, antaranya kumpulan surau dan Rukun Tetangga. Tetapi entah kenapa saya tidak berani memberi komen terhadap komen-komen yang diberikan oleh Hj. Hamdan. Sebenarnya saya tidak berani, memikirkan Hj. Hamdan yang 'knowledgable' itu. Hj. Hamdan pun tidak pernah memberi komen terhadap komen-komen saya, sehinggalah baru-baru ini.
Beberapa minggu lepas, apabila jemaah Haji Malaysia mula terbang ke Arab Saudi, sepupu saya Razif, seorang pegawai Tabung Haji memberitahu kumpulan Whatsapp keluarga kami yang beliau sekarang bertugas di Madinah. Memikirkan beberapa jemaah dari taman kami juga akan ke sana, saya memanjangkan pos Razif itu ke Whatsapp taman kami beserta foto Razif sekali.
Tujuan saya ialah jika kawan-kawan kami itu mempunyai masalah di tanah suci, mereka boleh berhubung terus dengan sepupu saya itu. Kemudian saya lihat pertama kali Hj. Hamdan memberi komen terhadap pos saya. Komennya senang sahaja iaitu saya dan Razif memang ada iras. Saya anggap itu komen biasa sahaja.
Beberapa hari selepas itu satu keluarga dari taman kami mengadakan kenduri termasuk majlis doa selamat. Saya sampai lewat, itu pun setelah pergi ke surau dahulu untuk memastikan adakah orang seperti saya ini dijemput untuk majlis doa selamat tersebut. Setelah melihat jawapan positif, saya pun pergi ke majlis itu.
Sebaik sahaja majlis doa selamat selesai saya dipanggil oleh Hj. Hamdan dan bertanyakan adakah saya kenal dengan seorang yang bernama Ghani dari Jelebu. Saya jawab tentu kenal, kerana Ghani yang dimaksudkan ialah sepupu saya juga (dari berpuluh sepupu yang lain). Dia menerangkan baru bermesyuarat dengan Ghani membincangkan aktiviti keluarga kami yang besar. Dari situlah saya baru tahu yang Hj. Hamdan ini bersaudara dengan saya.
Baru-baru ini bila ibu kepada sahabat setaman kami (yang sebenarnya bersaudara juga dengan saya melalui talian perkahwinan) meninggal dunia, saya mempelawa Hj. Hamdan untuk menziarahinya di Terachi, Kuala Pilah. Saya fikir inilah masa yang terbaik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan persaudaraan kami.
Dalam perjalanan itu saya dapati memang banyak persamaan antara kami berdua. Antaranya kami berminat kepada perkara-perkara duniawi yang tidak kena mengenai dengan tugas kami. Kemudian Hj. Hamdan memberitahu satu perkara yang saya tidak tahu sebelum ini.
Kalau melihat kepada salasilah keluarga, Hj. Hamdan bertaraf anak buah kepada saya. Ini kerana ibunya bertaraf tiga pupu saya. Mengikutnya ibu kepada moyang saya ialah dari keturunan Cina. Itulah sebabnya saya perhatikan Hj. Hamdan ini ada iras-iras Cina. Malah saya sendiri ada yang mengatakan mempunyai iras Cina juga.
Salah satu sebab mengapa kami tidak mengenali diri masing-masing sebelum ini ialah moyang saya telah berhijrah ke Jelebu dari Kuala Pilah semasa kecil atau muda, sedangkan keluarga Hj. Hamdan tetap di sana.
Sekian.

No comments:
Post a Comment