LEMAH DALAM UNDANG-UNDANG
Semasa Y bertanya saya apa kelemahan R, saya terus terang mengatakan R lemah dalam undang-undang. Betul salah satu subjek dalm latihan kami ialah undang-undang. Untuk mendapat Diploma bermakna kami wajib lulus subjek undang-undang, tetapi mengamalkannya adalah satu perkara lain.
Saya jelaskan kepada Y tidak semua kesalahan dalam AKTA KERAJAAN TEMPATAN dan AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh dikompaun, atau diselesaikan dengan membayar denda kepada PBT.
Contoh kesalahan yang tidak boleh dikompaun ialah 'Kacauganggu' atau 'Nuisance'. PBT hendaklah menghapuskan kacauganggu itu secara drastik atau mendapatkan perintah mahkamah. Jika dikompaun sahaja, pesalah akan meneruskan mengacau dan mengganggu setelah membayar denda.
Contoh yang baik ialah PKP di negara kita sekarang. Pada mulanya pihak berkuasa seperti Polis mengenakan kompaun kepada mereka yang melanggar PKP . Tetapi bagi orang yang berduit ini tak jadi masalah, sudah bayar kompaun buat salah lagi. Itu sebabnya sekarang pesalah terus dibawa ke mahkamah. Mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara, yang tidak boleh dibuat oleh pihak Polis dan sebagainya.
Saya ceritakan pada Y bahawa N asyik mengkampuan segala kesalahan tanpa merujuk kepada akta-akta berkenaan. Itu sebabnya R sering ditegur oleh S (Timbalan Yang DiPertua) oleh kerana walau pun R menjawab satu-satu kesalahan itu sudah dikompaun, S masih tidak berpuas hati kerana ia masih berterusan.
PERUBAHAN DI MPS
Dalam pada itu ada sedikit perubahan di MPS. S meninggalkan MPS dan digantikan oleh Z. Menteri Besar Negeri Sembilan tidak lagi memegang jawatan Yang Di Pertua. Z merupakan Ketua Eksekutif pertama di MPS yang memegang jawatan itu.
Tentulah R lega S ditukarkan, Saya pun bersama-sama lega kerana ada sedikit salah faham dengan S, Jika sempat saya akan ceritakan di satu episod akan datang.

Seorang lagi pegawai yang dipinjamkan dari Kerajaan Malaysia memegang jawatan Setiasaha. Y yang selama ini memangku jawatan itu diberikan jawatan Pengarah Pelesenan dan Pembersihan. Saya dan R bekerja dibawahnya. Saya akan merujuk Setiausaha ini sebagai SU.
MEMANGKU JAWATAN PEGAWAI PENDAKWA
Pegawai Pendakwa MPS diletakkan di bawan Jabatan Penguatkuasaan dan Undang-Undang. Apabila dia tidak dapat hadir ke mahkamah di hari-hari pendakwaan kerana berkursus dan sebagainya, seorang dari jabatan kami diminta untuk menggantikannya. Y tidak pernah memberikan tugas itu kepada R. Sebabnya nyata, iaitu R lemah dalam undang-undang. Sebaliknya sayalah ditawarkan.
Malah pernah jawatan Pegawai Pendakwa MPS kosong sehingga enam bulan. Dalam tempoh itu sayalah yang dilantik memangku jawatan itu. Sehingga isteri saya faham akan keadaan ini. Setiap hari Selasa, iaitu hari sebutan mahkamah, isteri saya akan menyediakan pakaian mahkamah saya iaitu seluar hitam dan baju lengan panjang putih. Kot dan tali leher saya sedia tergantung di pejabat.
Jika saya perlu membuat pemeriksaan selepas kes-kes mahkamah, saya terpaksa mengenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa. Ini kerana saya tidak lagi memakai uniform MPS yang sudah tertera logo MPS.
TEMUDUGA LAGI
SU sebagai Setiausaha baru banyak mengubah hala kerja MPS. Dia mengisi mana-mana jawatan kosong, termasauk jawatan-jawatan naik pangkat. Pada suatu hari saya dan R pun dipanggil untuk temuduga. Siapa yang berjaya dalam temuduga ini bermakna telah mencapai tahap paling tinggi yang boleh diberi oleh MPS. Jika di Kementerian Kesihatan pemegangnya mengetuai satu negeri.
Sebelum temuduga semasa menaiki satu kenderaan MPS, saya menyatakan kepada pemandu bahawa saya dan R akan menghadapi temuduga naik pangkat. Pemenangnya akan menjadi 'winner takes all'.
Pemandu itu terus menjawab "You mesti dapatlah". Bila saya tanya mengapa dia fikir begitu dia menjawab "You pandai komputer, sedangkan R tak tau langsung". Mungkin dia tidak tahu saya pun lebih tahu undang-undang dari S.
Saya terus menjawab "Itulah masalahya, kerana Y pun tak tau komputer. Jadi mereka ini ada kesamaan". Tidak payahlah saya berbincang dengan pemandu itu kesamaan lain antara Y dan S iaitu mereka datang dari kawasan yang sama dan pernah tinggal se rumah.
Temuduga pun berjalan, walau pun saya tahu ia cuma satu formaliti. Keputusan sudah dibuat walau bagaimana hebat pun aksi saya di temuduga tersebut.
NO NEW IS BAD NEWS.
Beberapa hari selepas temuduga saya tidak menerima apa-apa berita, sama ada secara surat atau perkhabaran lain. Gossip pun tak ada. Akirnya saya bertanya kepada seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan dan Personnel. Dia memberi jawapan seperti yang saya jangka. Dia tak kata saya tak dapat, dia cuma kata R berjaya dalam temuduga itu.
Ini bermakna saya tidak ada peluang lagi untuk memegang jawatan naik angkat itu. Sebabnya? Kerana R muda setahun dari saya, walau pun ramai tidak tahu fakta itu. Jadi saya akan bersara dulu dari R.
ABANG, PAKCIK DAN ATUK

Saya masih ingat di satu petang seorang budak berumur lebih kurang 10 tahun memasukki 'lift' MPS yang sudah ada dalamnya R, seorang Pembantu Teknik (PT) dan saya. PT itu menegur budak itu kerana tidak menyapa kami. PT itu menunjuk kepada dirinya sambil berkata "Ini panggil abang". Kemudian menunjuk kepada saya "Ini panggil pakcik". Akhirnya dia menunjuk kepada R sambil berkata "Ini panggil atuk".
Sebenarnya PT itu dan kebanyakan staff MPS yang lain tidak tahu yang "pakcik" itu sebenarnya lebih tua dari "atuk". Malahan kebanyakan staff di Jabatan kami memanggil R sebagai 'atuk'.
Jadi bila R dinaikkan pangkat mengalahkan saya isu ini tidaklah heboh di MPS. Mereka fikir sesuailah R yang dijangka lebih tua dari saya itu diutamakan. Cuma saya yang punya badan menanggungnya.
AKU TAK TERLIBAT
Y sebagai ketua jabatan selalu memanggil saya untuk berbincang mengatur strategi kerja, menjawab surat-surat dan sebagainya. Beberapa hari selepas mengetahui keputusan temuduga, saya beritahu Y secara sepontan bahawa saya tidak berjaya dalam temuduga itu. Saya mahu melihat reaksi Y.

Y terus berkata "Aku langsung tak terlibat dalam temuduga kau berdua". Itu pembohongan pertama kerana di setiap proses naik pangkat ada ruang untuk laporan sulit ketua jabatan dan sebagainya.
Kemudian Y menambah "Tapi aku 'fight' untuk L". L ialah kerani yang selama ini memangku jawatan ketua kerani jabatan kami. Dia berjaya dalam temuduganya yang diadakan di masa yang sama dengan temuduga saya itu.
Di sinilah saya tahu Y membuat pembohonan kedua. Siapalah L jika dibandingkan dengan R? Jika L tidak berjaya, kerusinya boleh diduduki oleh orang lain. Jika L malu hendak bekerja di bawah orang baru, dia boleh ditukarkan ke jabatan lain.
Tetapi jika R tidak berjaya apa kata orang kampung nanti? Kawan-kawan bersama Y dan R ramai di Seremban. Jadi persoalannya jika Y mengaku 'fight' untuk L, kenapa dia tidak "fight" untuk 'R'?.

Kemudian seorang kawan saya mengesahkan pembohongan Y. Dia berjumpa SU yang menjadi pengerusi panel temuduga. SU berkata, sebelum temuduga Y ada menaliponnya dan meminta jawatan naik pangkat itu diberi kepada R.
Beberapa hari kemudian saya membalas dendam
Bersambung.......
No comments:
Post a Comment