Beberapa tahun sebelum seniman agung P Ramlee meninggalkan kita untuk selama-lamanya saya ada melihat di memberi satu kenyataan di TV lebih kurang begini "Untuk memastikan muzik tradisional Melayu terus hidup anak-anak muda kita hendaklah sering didedahkan kepadanya. Kalau tidak mereka akan terpengaruh kepada muzik barat oleh kerana dada mereka kosong".
Saya sungguh gembira oleh kerana RTM telah mengujudkan satu saluran khas untuk muzik tradisional Melayu iaitu saluran Klasik Nasional. Saluran inilah yang menjadi saluran tetap radio saya di rumah dan di kereta.
Negeri-negeri kita juga mempunyai muzik tradisional mereka sendiri. Contohnya negeri Johor dengan Ghazal dan Zapinnya. Negeri Sembilan pun tidak kurangnya. Cuma dari apa yang saya lihat ramai yang menganggap muzik Minang dari Indonesia itu sebagai muzik tradisional Negeri Sembilan. Anggapan itu sebenarnya kurang tepat. Muzik tradisional Negeri Sembilan sebenarnya ialah Randai dan Bongai.
Tapi walau bagaimana pun dari perhatian saya cuma orang Negeri Sembilan sahaja yang dapat menyanyikan lagu-lagu Minang dan Negeri Sembilan dengan baik. Contohnya Aisyah dapat menyanyikan 'Ubekkan Denai' sebiji macam orang Minang. Sedangkan penyanyi yang diakui bertaraf antarangsa Anita Sarawak menyanyikan lagu 'Ayam Den Lapeh' macam hampeh.
Bagitu juga Ally Nor dan Mastura dari Pahang tu. Apabila saya dengar mereka menyanyi lagu loghat Negeri Sembilan contohnya 'Apo Kono Eh Jang' saya tutup radio.
Bagi saya orang Negeri Sembilan sahaja yang boleh menyanyi lagu Negeri Sembilan dengan baik. Selain Aisyah contoh lain ialah Hattan dan Ito. Ito sebenarnya orang Melaka, tetapi orang sekampungnya bercakap dengan loghat Negeri Sembilan. Itulah sebabnya dia dapat menyanyikan lagu 'Apo Nak Di Kato' betul-betul dengan loghat Negeri Sembilan.
Apa yang saya nak katakan di sini ialah terdapat satu kumpulan muzik yang memainkan lagu tradisional Negeri Sembilan. Kumpulan ini bernama Putrasari dari Seremban. Ia diketuai oleh sahabat lama saya En. Zainuddin Bujang seorang Penghulu bersara. Selain mengetuai kumpulan ini dia juga memainkan alat muzik caklempong dan boleh menyanyi.
Caklempong merupakan alat muzik eksklusif Negeri Sembilan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Ia berasal dari Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Semasa saya berada di Bukit Tinggi, Indonesia dulu saya dengar orang sana menyebut caklempong sebagai talempong.
Saya tertarik dengan usaha En. Zainuddin dengan mencampurlan orang tua dan muda dalam kumpulan muzik ini. Ini selaras dengan apa yang disebut oleh P Ramlee itu. Alat-alat muzik lain dalam kumpulan ini ialah keyboard, guitar utama, guitar bass, dram dan gong. Pemain guitar bass ialah seorang buta yang dapat bermain dengan baik.
Selain dari memainkan muzik tradisioanal Negeri Sembilan iaitu Randai dan Bongai kumpulan ini juga boleh memainkan lagu-lagu Inggeris, Cina dan India dengan alat muzik utama caklempong. Lagu Minang tu sudah tentulah boleh selain dari lagu Melayu semasa.
Kumpulan ini sering kali dijemput untuk menyerikan kenduri-kenduri kahwin. Mereka bukan sahaja dijemput untuk bermain di Seremban dan Negeri Sembilan, tetapi di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka juga.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat kumpulan Putrasari silalah berhubung dengan ketua mereka En. Zainuddin Bujang di nombor Talipon 013 3987720.
7 comments:
yg ni tak sama ke>
www.caklempong.com
Tak sama.
Salam, saya sudah melihat persembahan Putrasari pada 10/10/2010 di Taman Maluri Kuala Lumpur dlm satu majlis perkahwinan.Memang hebat sangat-sangat dan saya begitu teruja dgn kumpulan ini.Tahniah Putrasari.
Kump Budaya PUTRASARI NS juga terlibat dalam Malaysian Book Of Records untuk Bermain Caklempong Tanpa Henti Selama 36 Jam di Putrajaya bersempena dengan Hari Sejuta Belia pada 27 - 29hb Mei 2011. PUTRASARI diberi penghormatan untuk memulakan acara yang bersejarah ini.
ada jugak org yg tak tau bahawa bahasa (loghat) MINANG dan NEGERI SEMBILAN adalah 2 bahasa yg berbeza.. suka2 die mengaku diri keturunan minang sambil menyeru suku sakat utk menghidupkan semula bahasa MINANG tapi tak sedar yg dia dah tergunakan bahasa NEGERI SEMBILAN.. rupa2nya ramai anak muda yg tak tau beza antara 2 bahasa tu...
Salam mcm mana nak tempah kumpulan ini.boleh tahu harga x
En. Rizal, saya ada letak nombor telefon di situ.
Post a Comment