Saya bersekolah menengah di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjong Malim, Perak di tahun-tahun 1962-1967. Pada tahun 1972 sekolah ini berpindah ke Jalan Sikamat, Seremban. Pada tahun 2002 sekolah ini berpindah sekali lagi ke Sungai Gadut, Seremban juga.
Bangunan di Tanjong Malim itu diserapkan kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang sekarang sudah dinaik taraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pada 4 Jun 2009 saya telah melawat semula tapak lama sekolah saya seperti gambar-gambar berikut:-
Inilah Jalan Maktab, Tanjong Malim yang menjadi jalan yang menghubungkan sekolah saya ke dunia luar. Di atas jalan inilah di mana saya berjalan kaki ke Masjid Jamik Tanjong Malim untuk bersolat Jumaat. Saya juga menggunakan jalan ini untuk ke pekan Tg. Malim pada hujung minggu. Apa yang jelas sekarang ialah jalan ini sunyi. Jalan utama ke Universiti Pendidikan Tanjong Malim (UPSI) juga sudah dipindahkan ke sebelah utara.
Ini pandangan Jalan Maktab menghala ke pekan Tanjong Malim. Bangunan yang nampak itu ialah Ibusawat Telekom Tg. Malim. Dulu itulah tapak Pejabat Pos Tg. Malim di mana saya menyimpan duit selain membeli setem untuk menghantar surat ke kampung. Nampak juga digambar sebuah keretapi 'shuttle' laluan Kuala Lumpur - Ipoh sedang meninggalkan Tanjung Malim.
Inilah satu-satunya bukti yang mengatakan jalan ini bernama Jalan Maktab. Sebelum ke sini saya telah menalipon seorang pegawai UPSI dan saya bertanya kepadanya 'Bolehkan saya masuk melalui Jalan Maktab?' Dari jawapannya dia seolah-olah dia tidak tahu ada satu jalan bernama 'Jalan Maktab' di Tanjong Malim.
Sebuah rumah kerajaan yang sudah ditinggalkan di Jalan Maktab. Rumah ini tidak berubah dari masa saya melihatnya kali terakhir dulu. Kelihatan di belakang jambatan motosikal merintasi landasan keretapi berkembar. Jambatan itu jambatan baru.
Sebuah rumah kerajaan yang sudah ditinggalkan di Jalan Maktab. Rumah ini tidak berubah dari masa saya melihatnya kali terakhir dulu. Kelihatan di belakang jambatan motosikal merintasi landasan keretapi berkembar. Jambatan itu jambatan baru.
Beberapa lagi rumah kerajaan yang tidak didiami lagi di Jalan Maktab.
Inilah pintu masuk ke sekolah saya dulu. Sekarang sudah menjadi Pintu Selatan UPSI. Setelah saya mengenalkan diri saya kepada pengawal saya dipersilakan masuk bebas tanpa apa-apa surat kebenaran.
Pandangan pertama saya di sekolah ialah blok ini. Dulu inilah blok kelas saya. Sekarang sudah menjadi Makmal Geografi.
Bilik pertama itu ialah kelas saya dulu. Tetapi saya lupa semasa tingkatan berapa. Malang sekali semasa saya datang semula ini universiti bercuti. Dari itu saya tidak dapat mengambil gambar-gambar di dalam bangunan.
Sekianlah siri cerita bergambar lawatan saya ke sekolah lama saya. Once a Sdarian always a Sdarian.
Pandangan pertama saya di sekolah ialah blok ini. Dulu inilah blok kelas saya. Sekarang sudah menjadi Makmal Geografi.
Bilik pertama itu ialah kelas saya dulu. Tetapi saya lupa semasa tingkatan berapa. Malang sekali semasa saya datang semula ini universiti bercuti. Dari itu saya tidak dapat mengambil gambar-gambar di dalam bangunan.
Satu lagi pandangan blok kelas saya.
Satu lagi blok kelas yang sekarang menjadi Makmal IT. Semua blok-blok kelas lama masih dikekalkan dengan sedikit ubahsuai.
Inilah bangunan pentadbiran sekolah saya dulu. Sekarang dijadikan Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki. Allayarham Aminuddin Baki ialah bekas Pengarah Pelajaran Malaysia dan pernah datang ke sekolah ini untuk menyelesaikan beberapa isu. Syukurlah namanya diabadikan di bangunan ini. Kawasan lapang ini dulu ialah tempat kami berkumpul setiap pagi Isnin. Jika ada sesiapa yang menerima hukuman sekolah di sinilah hukuman dijalankan.
Tepat di mana kereta Proton Iswara itu diletakkan berdiri megah dulu sebuah pokok hujan yang besar. Saya diberitahu ialah telah mati terkena panah petir.
Inilah rumah Pengetua kami dulu. Sekarang menjadi Bengkel Tiub Kaca. Dulu semasa Pengetua tidak ada dirumah kami boleh merintasi halaman rumahnya untuk pergi ke Masjid atau pekan.
Dari rumah Pengetua juga kami boleh pergi ke Padang Bandaran ini. Sekarang ia dipisahkan dengan Bengkel Tiub Kaca dengan satu pagar. Saya mengambil gambar ini melalui lubang di pagar pemisah. Di padang inilah kami berkumpul untuk meraikan Merdeka dan Maulidur Rasul.
Inilah dewan sekolah kami Dewan Rahman Talib. Bangunan serta namanya kekal seperti dulu terima kasih kepada UPSI. Allahyarham Rahman Talib ialah bekas Menteri Pelajaran Malaysia berasal dari Pahang. Selain digunakan oleh sekolah dewan ini juga disewa oleh badan-badan lain di Tanjung Malim. P. Ramlee dan Saloma pernah menyanyi dalam dewan ini.
Inilah tangga untuk pergi ke tingkat atas bangunan pentadbiran. Kami menaikki tangga ini dengan dua perasaan iaitu gembira atau takut. Gembira kerana menerima surat berdaftar (dulu boleh diisi wang) atau bungkusan kuih dari ibu bapa kami. Takut kerana dipanggil oleh pihak sekolah terutama Pengetua apabila kami melakukan apa-apa kesalahan.
Ini lobi perpustakaan kami. Di sini juga diletakkan surat-surat khabar. Oleh kerana saya kurang bersukan saya banyak menghabiskan waktu petang saya dalam perpustakaan ini. Tetapi selalunya apa yang saya baca bukanlah bahan akademik tetapi majalah-majalah dan buku-buku berkenaan hal-hal dunia seperti sukan dan filem.
Di sudut bangunan pentadbiran ini terdapat satu papan notis. Antara notis yang ada ialah nama-nama murid yang menerima surat berdaftar atau bungkusan dari kampung. Untuk mengelakkan diketahui ramai atau disabotaj ada diantara kami yang memadam terus nama-nama kami setelah membacanya.
Koridor antara bangunan pentadbiran dengan blok-blok kelas.
Tiang-tiang yang condong itu adalah unik. Di waktu dulu tidak ada tempat letak kereta di sini.
Ini koridor menghubungi blok-blok asrama dengan blok-blok kelas. Saya melalui koridor ini sekurang-kurangnya enam kali dalam sehari.
Bangunan tandas ini masih kekal. Asrama saya ialah yang disebelah kiri itu. Apabila tandas arsama penuh saya sering turun ke tandas ini.
Ini asrama saya Rumah Temenggung. Sekarang ia dinamakan Bangunan Yusuf Ahmad dan tidak menjadi asrama lagi. Dulu ada lima rumah kesemuanya iaitu Temenggung, Laksamana, Bendahara, Sultan dan Shahbandar. Dari itu cuma satu yang tinggal iaitu Rumah Temenggung ini. Yang lainnya sudah dirobohkan untuk memberi ruang kepada bangunan-bangunan lain.
Masih ada kesan papan nama 'RUMAH TEMENGGONG'.
Di belakang tingkap empat segi itulah bilik saya dahulu.
Ini koridor Rumah Temenggung. Di sinilah dulu kami berborak-borak, menggunting rambut, mendengar radio dan membaca buku dan komik.
Sekarang sudah ada tandas lelaki dan perempuan. Dulu tandas perempuan itu ialah tandas kami dan tandas lelaki pula bilik mandi.
Ini bangunan bilik makan kami yang sekarang menjadi Markas Palapes. Ada sedikit perubahan. Dinding-dinding yang mengadap ke pembaca itu ialah pintu masuk kami dahulu. Asalnya ialah dua bangunan kiri dan kanan. Kemudian disambung di tengah-tengah seperti huruh 'H'. Di sinilah terjadi peristiwa 'Pecah Pinggan' dulu. Sila lihat pos saya bertajuk 'Pecah Pinggan' dalam blog ini.
Di tapak bas itulah berdiri tangki air sekolah kami dahulu. Bangunan-bangunan di belakang itu semuanya baru. Di bangunan yang jauh dibelakang itu dulu tersergam satu bangunan yang asalnya dinamakan 'Riverside Hostel' kerana terletak di tebing Sungai Bernam. Dari itu ia menjadi 'Sick Bay' (meletakkan murid-murid yang dikuarantin kerana sakit) dan kantin sekolah. Sekarang semuanya menjadi kenangan sahaja.
Sekianlah siri cerita bergambar lawatan saya ke sekolah lama saya. Once a Sdarian always a Sdarian.
13 comments:
Tn Hj,
Tahniah Tn Hj atas lapuran dan gambar2 menarik yang tn hj rakamkan. Allahyarham Aminuddin Baki ialah Ketua Penasihat Pelajaran Malaysia kemudian diambil alih oleh Tun Hamdan Tahir,
Itulah sedikit pandangan yang dapat saya berikan.
Muhammad Abdullah A
Sg Jelok
السلام عليكم
سجق كلوار دري سدر ڤد تاهون 1965
ساي سمڤت ملاوت سدر ڤد 2003
مغايمباو كناغن 44تاهون منيغكتكن سدر
Haji Maskun Sarnan
Rumah Temenggung
1964-1965
Assalamualaikum.
Saya di SDAR dari tahun 1964-1965 saja.Masuk Form 4.Rumah Temenggong Dorm Atas . Bed paling tepi bersetentangan dengan Shukur Nordin
yang buat gitar solid sendiri. Bertemu beliau pada tahun 1970an Keptan di Kem Tentera Seberang Takir Terengganu.
Pernah sekali melawat tapak SDAR pada tahun 2003.
Setakat ini saya bukan SDARIAN.
MASKUN SARNAN
Pontian Johor.
Tn Hj Maarof
Foto-foto yang saudara paparkan
membawa saya kepada nostalgia tempat kita dilentur menjadi manusia. Saya terkilan sekali mendapati rumah saya Rumah Shahbandar telah dirobohkan untuk
tujuan pembangunan universiti.Kekesalan kerana tidak sempat mengambil gambar-gambar yang
boleh diabadikan padahal saya pernah bertugas di MPSI selama dua
tahun. Usaha saudara walaupun agak
terlambat amat baik sekali"better late than never".Tak sempat saya hendak dokumenkan artifek-artifek utama di sana.
Terima kasih.
Abdullah Junus
salam tuan..
sungguh seronok membaca catatan perjalanan tuan mengenai tanjong malim.. saya lepasan UPSI dan ini lah baru saya tahu sebahagian dari bngunan di UPSI adalah warisan dari SMDAR... satu info yang baik dari orang lama kepada orang baru... sudilah menjejak ke blog saya di http://indahrasajmalim.blogspot.com
saya sdarian 2002-2006..bru tau upsi tpak skolah SDAR dulu..time kasih atas info..
Ayah saya ex SDAR 63/64
Ayah saya Ishak b. Hj Nor ex SDAR 63/64
Assalam Tuan,
Saya pelajar SDAR batch 2000-2004. Saya sempat merasai kehidupan di Sikamat dan di Sungai Gadut. Post tuan tentang SDAR amat menarik hati saya untuk mendalami sejarah sekolah sendiri yang banyak berpindah di pelbagai tempat. Semoga usaha tuan diberkati Allah.
Menarik Bang...sejak saya meninggalkan sdar sikamat pada tahun 1985, belum sekali saya menjejakkan kaki saya disana tetapi sdar sikamat tetap mendapat tempat yang paling istimewa di hati saya sehingga kini!
Nice info bang. Tahniah. Once a Sdarian, always a Sdarian.
Sdarian 8488
Kawan saya Penghulu manaf dari luit maran pahang bekas Pelajar sini dlm tahun1964 telah meninggal dunia pada July 2016
Mengalir airmata melihat SDAR Tg Malim. Disinilah aku memulakan persekolahanku dan membawa harapan orangtuaku. Dan masih segar ingatanku blok2 asrama, dewan makan, dewan Rahman Talib, Jim, bilik darjah (kuliah?) dll. Segala peristiwa pahit manis jadi kenangan, yg kemudiannya disambung oleh anakku diSikamat N9. Alhamdulillah dialah penyambung hayatku (batch9296) diSDAR. Berilmu utk Berjasa.
Post a Comment