Wednesday, September 29, 2010

Is there no other way?

There was a hornet's nest about 200 meters from my house. I said 'was' because it is no more in existence now. The nest was hanging on a branch of a tabebuia tree. I passed by the tree and nest every time I went to the surau or town.

I know the dangers of being stung by a hornet. When I was small in my kampung I was stung by a hornet once while eating my langsat fruits. Somehow hornets like to feed on the juice of the langsat fruits discarded by humans. I got stung when I stepped barefooted on some discarded langsat fruits. I did not realise that there were some hornets feeding on the fruits.

When I saw the nest it never occured to me to perform a vendetta on them just because one of their members stung me many years ago. I thought if I don't disturb them they in turn will not disturb me. I thought of taking a photograph of their nest but postponed the idea because I wanted to use my DSLR and shoot from far. Who knows if I get too close using my digicam the hornets might think I wanted to disturb them.

I was just hoping that my neighbours were thinking like I was thinking. That the hornets will not disturb us if we do not disturb them. Unfortunately somebody had other ideas. When attending a Hari Raya open house the other day somebody mentioned about the nest and suggested that I contact my former department to do something. I just replied that my former department, a local authority, do not include the destruction of hornets' nests as one of their functions.

Yesterday when I passed by the tabebuia tree I saw some of its leaves had turned dark. I sensed something must had happened to the hornets' nest. My fear was confirmed when I saw what remained of the nest on the ground. The nest had been burned and surely most of the hornets, if not all had been killed by fire.

From my knowledge of insects I know that the nest was started by a couple of male and female hornets. They must had chosen the wrong tree to built their nest. What a pity the couple and their off springs had to pay a heavy price for being in the wrong place and the wrong time.

We seldom hear of people dying after being stung by hornets. But we do hear of people dying due to dengue fever which is transmitted by harmless looking aedes aegypti mosquitos. If only we fear the aedes mosquito like we fear the hornets there may not be many people suffering from dengue fever.

I wonder if there is any other way of getting rid of hornets without killing or burning them.

Monday, September 27, 2010

Beraya di rumah YB - Bahagian 2

Pada hari Sabtu 25 September 2010 sekali lagi beraya di rumah seorang Yang Berhormat. Kali ini YB yang dimaksudkan ialah Dato' Seri Utama Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Dato' Seri lebih dikenali di sini sebagai Tok Mat sahaja.

Rumah terbuka ini di adakan di Kampung Tanjung, Rantau iaitu rumah kampung Tok Mat dan keluarga. Saya pernah beraya di sini dulu sebelum Tok Mat menjadi Menteri Besar.

Sudah disiarkan dalam Radio Malaysia Negeri Sembilan bahawa sesiapa yang hendak pergi beraya di rumah MB di Rantau meletakkan kereta di tempat-tempat letak kereta yang dikhaskan. Dari situ pengangkutan ke rumah MB secara percuma disediakan. Oleh itu saya pun meletakkan kereta betul-betul di sebelah satu perhentian bas yang dijadikan tempat berkumpul sesiapa yang ingin ke sana. 

Saya tidak perlu menunggu lama kerana satu bas shuttle khas sudah sedia untuk bergerak. Perjalanan bas berjalan dengan lancar kerana jalan di hadapan rumah Tok Mat dijadikan jalan sehala. Ini berbanding dengan beberapa tahun yang lalu di mana terjadi kesesakan lalulintas apabila Tok Mat mengadakan rumah terbuka.

Satu lagi perubahan yang saya lihat ialah minuman disediakan di warung khas minuman. Pengunjung dikehendaki mengambil minuman di sini. Ini berbanding dengan tahun-tahun lepas dimana botol-botol minuman 1.5 liter diletakkan di atas meja. Akibatnya ramai yang saya nampak membawa pulang botol-botol minuman yang belum dibuka.

Semasa balik pun saya tidak menunggu lama. Kali ini saya menaiki satu van pula. Dalam perjalanan saya perhatikan banyak kereta diletakkan sehingga lebih satu kilometer jauhnya dari rumah Tok Mat. Saya fikir mereka ini sama ada tidak mendengar pengumuman di radio, sengaja hendak meletakkan kereta berhampiran dengan tempat tujuan atau tidak yakin dengan perkhidmatan bas dan van percuma yang diberikan. Ahirnya mereka juga yang rugi.    

Kali ini saya bukan sahaja bersalaman dengan tuan rumah, tetapi sempat bergambar dengannya. 

Bas shuttle khas ke rumah Tok Mat. Saya mengambil gambar dari tempat di mana saya meletakkan kereta.

Menaiki bas Cityliner. Ini pertama kali saya menaiki bas ini.


Berdiri pun tak apa. Bukan jauh sangat.

Bas saya sudah sampai di hadapan rumah Tok Mat.


Hadirin di rumah Tok Mat.


Muzik disediakan oleh Putrasari. Yang bermain keyboard ialah anak saya Halimi.


Salmah di meja makanan.


Anak lelaki Tok Mat dan isteri.

Ini rumah kampung Tok Mat.

Kono salam somuo oghang, Tok.

Boss saya dulu Dato' Abd. Halim mengawal perjalanan tetamu. Dio kono jago boss eh pulak.


Masih handsome dan ayu, Dato' Seri dan Puan Seri. 

Pengunjung tak henti-henti datang.

Salmah dan anak saya Miza di depan rumah Tok Mat.

Polis trafik kerja senang kali ini kerana lalulintas terkawal.

Bukan senang hendak dapat bergambar dengan Dato' Seri Utama dan Datin Seri.

Sunday, September 26, 2010

Beraya di rumah YB - Bahagian 1

Baru sampai dan terus duduk. Di luar hujan sedang turun.

 
Awi di kiri bersalam dengan Aziz.

 
Pentas. Saya ingat kamera saya rosak. Yang memutih itu ialah air yang disembur untuk menyejukkan tetamu. Tidak ada siapa yang ingat bahawa di luar hujan sedang turun dan semburan air tidak perlu.

 
Pada malam hari Jumaat 24 September 2010 saya pergi beraya di rumah Yang Di Pertua persatuan murid tua sekolah saya yang dipanggil SDARA.  Dia menjemput kawan-kawan sekolah  di rumah terbukanya di Putrajaya. Kebetulan beliau ialah seorang Timbalan Menteri.

Dari Seremban lagi hujun turun, kadang-kadang lebat dan kadang-kadang tidak. Dengan petunjuk GPS di kereta, saya tidak ada masalah untuk sampai ke rumah beliau. Saya masih ingat pada raya tahun lepas saya diminta meletak kereta jauh dari rumahnya kerana terdapat satu lagi rumah terbuka di kawasan yang sama.

Kali ini nasib saya cukup baik kerana cuma lebih kurang 50 meter dari rumahnya saya nampak satu kereta sedang keluar dari tempat di mana ia diletak. Saya pun terus memenuhkan ruang yang kosong dengan kereta saya. Hujan masih turun dan saya sudah bersedia dengan payung yang kemudian saya letakkan di tepi satu tong sampah.

Seperti biasa tujuan saya ialah untuk berjumpa dengan kawan-kawan sama sekolah. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang berpuluh tahun tidak berjumpa. Kali ini saya berjumpa dengan seorang bernama Awi Abdullah berasal dari Terengganu. Di sekolah dia dikenali dengan nama Awi Dichu iaitu nama seorang pahlawan berbangsa Thai atau Siam yang terdapat dapat buku sejarah kami. Kali terakhir saya menemui Awi ialah di tahun 1966 iaitu tahun ia meninggalkan sekolah. Awi senior satu tahun dari saya di sekolah.

Saya sempat menemukan Awi dengan seorang lagi senior saya Aziz Nawi dari Kelantan. Saya ada berjumpa Aziz beberapa kali selepas meninggalkan sekolah. Aziz senior satu tahun dari  Awi. Saya bangga dapat menemukan mereka berdua ini kerana jelas mereka tidak mengenali antara satu sama lain bila ditemukan. Hanya bila nama masing-masing disebut baru mereka ingat.

Kerana terlalu gembira berjumpa dengan kawan-kawan lama saya lupa hendak bersalam dengan tuan rumah. Apabila saya hendak balik saya dapati payung saya masih berada di tepi tong sampah.

Thursday, September 23, 2010

Kalau nak ajak jemaah surau baca doa....

Sekarang ialah bulan Syawal. Tiap-tiap malam ada sahaja penduduk taman saya menjemput jemaah surau untuk berhari raya di rumah mereka. Biasannya majlis diadakan selepas solat Isya'. 

Kadang-kadang sampai dua jemputan pada satu malam. Ada pula dua rumah yang berhampiran mengadakan jamuan hari raya serentak. Untuk menjimatkan masa dan tempat kedua-dua tuan rumah ini mengadakan majlis di satu rumah sahaja. Ada tuan rumah meminta kami mengadakan bacaan tahlil dan doa. Ada pula kata tak payah doa, terus makan sajalah.

Ada tuan rumah cuma menjemput jemaah surau semata-mata. Ada juga yang menjemput jemaah surau dan jiran-jiran tidak kira bangsa dan agama. Tetapi dalam kes ini jemaah surau didahulukan. Jiran-jiran yang tidak kira bangsa dan agama tadi diminta datang setelah jemaah surau selesai baca doa.

Tetapi tadi lain pula ceritanya. Kami jemaah surau dijemput ke satu rumah yang setahu saya tuan rumah belum pernah saya nampak mukanya di surau. Seperti biasa kami diminta datang selepas solat Isya'. Kami siap membawa sekotak surah Yasiin kepunyaan surau dalam jangkaan kami diminta membacanya. 

Setibanya ke rumah berkenaan saya dapati jiran disebelahnya pun mengadakan jamuan makan juga. Cuma jiran ini bukan mengadakan jamuan hari raya kerana mereka berbangsa Cina. Apa nak dikato, dah botombung. Mano tau oghang sobolah tu samo-samo nak buek jamuan maso tu yo?

Itu nak buek macam mano? Kan kito ni satu Malaysia? Tapi yang tidak menyenangkan saya dan mungkin jemaah yang lain ialah sudara mara, kawan-kawan dan mungkin jiran-jiran tuan rumah ini sedang makan di tempat letak kereta apabila kami sampai. Makanan dihidang secara bufe. Kami pun diminta masuk ke dalam rumah. Mujurlah kami tidak membaca Yasiin yang sudah sedia dibawa. Saya tidak tahu sama ada keputusan in dibuat oleh tuan Imam sendiri atau atas permintaan tuan rumah. 

Kami membaca tahlil ringkas dan doa sahaja. Tetapi semasa tahlil dibaca saudara mara, kawan-kawan dan mungkin jiran-jiran tadi terus sahaja makan. Cuma semasa doa mereka menadah tangan yang ada berlumur dengan makanan.

Saya memikirkan ada makanan khas yang disediakan untuk kami. Rupanya tidak. Setelah selesai tahlil ringkas dan bacaan doa kami diminta mengambil makanan di luar bersama-sama jemputan yang lain. Saya nampak beberapa orang jemaah terus meninggalkan majlis dan menuju ke kenderaan masing-masing. Sedang saya menimbangkan sama ada hendak mengikut jejak mereka telefon bimbit saya berdering. Seorang kawan saya ajak saya keluar. Dia nak belanja saya makan, katanya. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatanglah. Saya pun mengikut jejak jemaah yang meninggalkan majlis tanpa makan tadi.

Saya merasa kesal kerana tidak meminta izin dari tuan rumah. Tetapi saya fikir kalau hendak memanggil jemaah surau untuk membaca tahlil dan doa ada etikanya. Suka atau tidak kami hendaklah didahulukan. Sepatutnya tiada siapa pun boleh mula makan sebelum bacaan doa selesai. Juga janganlah kami diminta untuk makan makanan lebihan orang atau 'left-overs'. 

Monday, September 20, 2010

Kenapa susah sangat nak masuk persatuan ini?


Buku Program Teh Tinggi.


Saya diantara pesara-pesara kerajaan.

Semalam saya menghadiri satu jamuan teh tinggi atau 'high tea' yang dianjurkan oleh Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Sembilan. Mula-mula saya hairan juga kenapa majlis tidak dinamakan Jamuan Hari Raya kerana kita masih berada di dalam bulan Syawal. Setelah memandang sekeliling baharulah saya faham.  

Saya mendapat tahu tentang wujudnya persatuan ini ketika menguruskan bayaran perubatan isteri saya baru-baru ini yang memerlukan pembedahan mata. Alhamdulillah pembedahan berjaya tanpa apa-apa komplikasi. Saya dinasihatkan pergi ke pejabat persatuan ini untuk urusan selanjutnya. Sebenarnya saya boleh menguruskan perkara itu dengan sendiri. Tetapi saya terus mendaftar untuk menjadi ahli persatuan apabila mendapat tahu ia diketuai oleh sahabat saya Haji Khalil bin Abd. Rahim.

Saya sendiri pernah bertemu dengan Haji Khalil di pejabat persatuan dan diberitahu mengenai statistik ahli persatuan. Mengikutnya di Negeri Semblan persatuan ini mempunyai lebih kurang 2,100 orang ahli. Tetapi ahli yang berbangsa Melayu dan beragama Islam cuma lebih kurang 200 orang ialah 10 peratus dari jumlah ahli. Mengikutnya juga ia telah berkali-kali mengajak ramai pesara kerajaan Melayu menjadi ahli tetapi beberapa alasan telah diberikan. Yuran keahlian ialah RM 50 untuk seumur hidup. Agaknya jumlah ini tersangat besar bagi mereka.  

Saya  rasa dengan 10 peratus orang Melayu menjadi ahli persatuan ini di Negeri Sembilan tidak mencerminkan keadaan sebenar pesara kerajaan di negeri ini. Orang Seremban dan mungkin orang Negeri Sembilan tahu ada sekumpulan pesara kerajaan Melayu di Taman Paroi Jaya, Seremban berkumpul tiap-tiap pagi dan petang di bawah satu pokok mangga di tempat letak kereta Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Mereka berborak mengutuk kerajaan yang membayar pencen mereka. Mereka menjamu mata dengan memandang perempuan yang lalu lalang di hadapan mereka. Alangkah baiknya dari membuang masa mereka menjadi ahli persatuan ini dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktivitinya.

Dalam ucapannya di jamuan teh tinggi ini Haji Khalil menyatakan setiap hari ada lebih kurang lima orang ahli persatuan yang datang ke pejabat untuk mendapatkan bantuan. Ini bermakna persatuan ini mempunyai aktiviti harian dan tidak wujud dengan nama sahaja.

Saya baharu sahaja selesai menjalankan tugas-tugas Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Sebenarnya saya menghadapai sedikit masalah dengan para pembanci saya yang terdiri dari kakitangan kerajaan. Mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja banci kerana boleh mengganggu tugas harian mereka. Tetapi saya sebagai pesara tidak menghadapi apa-apa masalah. Juga kerana saya sudah dewasa saya dihormati. Terfikir oleh saya mengapa tidak ada pesara seperti saya diminta membuat kerja-kerja banci?

Alangkah baiknya jika ramai pesara kerajaan menjadi ahli Persatuan Pesara. Ia boleh menjadi rujukan jika pihak-pihak berkuasa memerlukan kakitangan sementara seperti semasa pilihanraya atau banci. Juga para pesara mempunyai pengalaman dan kepakaran masing-masing. Ada yang pernah bekerja di hospital, di Jabatan Kerja Raya dan di Pihak Berkuasa Tempatan seperti saya. Melainkan kebanyakan pesara memikirkan mereka ingin berehat setelah berpuluh tahun bekerja. Tetapi tidak bagi saya. 

Berbalik kepada jamuan teh tinggi semalam. Kenapa ia tidak dinamakan Jamuan Hari Raya? Kerana cuma 10 peratus dari pesertanya terdiri dari orang Islam. Ini mencerminkan hanya 10 peratus ahli persatuan terdiri dari orang Melayu Islam. Mujurlah katerer makanan berbangsa Melayu. Oleh itu dihidangnya makanan Hari Raya seperti lemang, rendang dan roti jala.

Sunday, September 19, 2010

One big circle with a little help from my little friend.

My GPS Navigator.

I had been buying and using road maps since I owned a car. Since roads and highways are being built every day I have to keep buying new and updated maps every now and then. I was tempted to buy one of the many GPS navigators being sold in the market but kept on postponing the decision. When I was stuck in a traffic jam in Klang more than a year ago on the way to a relative's wedding I finally decided the time was ripe to own one. It had been helping in my road travels ever since.

How big this little thing can help me was demonstrated in the past one and half days. I had to visit relatives staying in Selangor and Kuala Lumpur for the Hari Raya. I started my journey after Maghrib prayers on Friday 17th September 2010. The first stop was my son-in-law's parents' house in Shah Alam for a light dinner. To go there I rode on Federal Route 1, LEKAS or E21, Industrial Federal Route 3265 which was not in good shape, PLUS or E2  and ELITE or E6. Reaching Shah Alam was never a problem, but finding my in laws'  house had been a problem for me all these years. Not now with my little handy friend.

I slept at my daughter's house in Sungai Buloh, Selangor. The next morning I went to visit my late brother's family in Selayang. The navigator guided my through Kg. Merbau Sempak and Kg. Kubu Gajah before joining Federal Route 52 and then to Selayang via MRR2.

From Selayang I used Federal Route 1 and MRR2 to visit one brother in law and two sisters in law in Taman Permata. From there I went to visit another brother in law in Ampang. Reaching his house had been a problem for me all these years. Again my little navigator helped me.

Finally I went to my youngest brother law staying in Putra Perdana, Puchong. This time I was advised not to follow the navigator strictly and use the Maju Expressway or MEX instead. Although the journey seemed longer I was not stuck in traffic jams.

At Putra Perdana I realised that a niece of mine is staying somewhere in Puchong. I rang up her husband but there was no reply. Luckily I wrote their house address in my mobile phone. By searching through Google Earth using my other little friend the laptop I was able to locate their house and coordinates. I entered the coordinates to my little navigator.

The navigator showed that my niece's house is only about two kilometers away from my brother in law's house. Fortunately she and her family were at home. So I killed two birds using one stone in Puchong. 

I left Puchong around 9.30 in the evening. I had to override the navigator until I reached Lingkaran Putrajaya and drove towards KLIA and Seremban. When I reached ELITE or E6 my travelling in a big circle was complete. Thanks to my little navigator friend, for the first time in years of visiting my relatives in Selangor and Kuala Lumpur during Hari Raya I was not lost.   

Tuesday, September 14, 2010

Daulat Tuanku.


TUANKU Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra menerima Watikah Pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, di Istana Negeri Kubang Kerian.

Semasa saya bekerja di Kelantan pada tahun 1972 dulu seorang kakitangan saya orang Kelantan ada berkata "Bila raja-raja kita sekarang mangkat dan digantikan oleh anak-anak mereka raja kita............" Saya tidak mahu meneruskan apa yang sebenar disebutnya kerana ia agak sensitif. Memadai saya nyatakan dia menjangka satu kelainan akan berlaku di negeri Kelantan dibandingkan dengan negeri-negeru lain di Malaysia.

Saya tidak menyangka apa yang disebutnya itu berlaku sekarang. Tuanku Muhammad Faris Petra baru sahaja di masyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda Tuanku Ismail Petra. Dalam bahasa diraja Inggeris ada disebut 'The King is dead, long live the King.' Dalam bahasa diraja Negeri Sembilan pula ada disebut 'Yamtuan mangkat, Yamtuan menanam.' Kedua-dua ayat mempunyai maksud yang agak sama iaitu apabila raja yang lama mangkat raja yang baru akan menggantikannya. Tugas pertama raja yang baru pula ialah memberi titah pemakaman raja yang mangkat.

Tetapi pemasyhuraan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru bukanlah kerana kemangkatan ayahandanya. Tugas pertamanya pula bukanlah seperti apa yang saya sebutkan. Saya tidak tahu sama ada dalam sejarah raja-raja di Malaysia pernah berlaku seorang raja menggantikan raja yang lama bukan kerana kemangkatan. Setahu saya tidak di Negeri Sembilan. 

Saya tidak mahu mengulas terhadap faktor-faktor yang membenarkan pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru sedangkan Sultan yang sedia tidak turun takhta. Walau bagaimana pun pemasyhuran ini sudah tentu untuk tujuan yang baik atau positif. Ini juga untuk memudahkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mentadbir negeri Kelantan tanpa apa-apa keraguan.

Patik hanya boleh menyebut "Daulat Tuanku."

Sunday, September 12, 2010

Kini baru dia sedar.

Mereka berkahwin bukan atas dasar suka sama suka. Tetapi Alhamdulillah perkahwinan mereka kekal sampai ke anak cucu. Suami berasal dari keluarga yang miskin sedangkan isteri datang dari keluarga yang berada. Bapa kepada suami meninggal dunia semasa suami berusia tiga tahun tetapi Alhamdulillah ibunya masih sihat walafiat sekarang. Suami dan  isteri pula berasal dari dua negeri yang berlainan tetapi berjiran.

Memang menjadi kebiasan kepada orang Melayu Islam beraya di kampung walau pun mereka hari-hari tinggal di bandar. Timbullah soalan di mana hendak beraya. Di kampung suami atau di kampung isteri. Kebanyakan pasangan mengambil jalan mudah dengan bergilir-gilir. Tahun ini di kampung suami dan tahun hadapan pula di kampung isteri. Bagitulah seterusnya.

Tetapi tidak bagi pasangan ini. Suaminya sudah biasa tidak beraya dengan ibunya. Suami belajar di sebuah sekolah berasrama penuh sejak berumur 12 tahun. Sejak itu suami sudah biasa tidak beraya dengan ibunya. Ibu pula sudah biasa tidak beraya dengan anak lelakinya yang ini. Oleh itu suami mengalah dengan beraya di rumah keluarga isteri setiap tahun. Tetapi di hari raya kedua mereka beraya di rumah keluarga suami pula.

Sebab lain mengapa suami mengalah ialah kerana pasangan ini tinggal satu negeri  dengan ibu suami. Oleh itu kampung suami berdekatan dengan tempat tinggal tetap mereka.

Pernah di pagi satu raya suami dihina oleh seorang ahli keluarga isteri tetapi ia tetap bersabar. Pernah juga isteri menyatakan mahu balik ke rumah keluarga suami di hari raya ketiga. Ini menghilangkan kesabaran suami dan dia balik ke rumah ibunya di hari raya kedua kesaorangan.

Sehinggakan pasangan ini mempunyai menantu mereka tetap beraya di kampung isteri. Sehinggakan kedua-dua ibu bapa isteri kembali ke Rahmatullah mereka juga beraya di kampung isteri. Cuma apabila mereka mempunyai cucu keadaan berubah. Barulah mereka beraya di rumah sendiri pula. Walau bagaimana pun mereka sekeluarga tetap balik kampung setelah solat raya di hari raya pertama atau hari raya kedua. Soal raya bergilir yang mereka tidak amalkan selama ini sudah lenyap langsung.   

Seorang ahli keluarga isteri lain pula ceritanya. Setiap tahun di hari raya ia meninggalkan isteri dan anak-anaknya untuk beraya dengan ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawan sekampungnya. Dia sanggup meninggalkan keluarganya beberapa hari untuk tujuan tersebut. Dalam buku dan filem yang bertajuk sama, 'The Godfather' ada berkata "A man who does not spend time with his family is not a real man." Agaknya inilah jenis orang yang dimaksudkan oleh The Godfather.

Setelah ibu bapa kepada isteri meninggal dunia adik beradiknya pernah menganjurkan program 'Hari Keluarga' sebanyak dua kali. Suami menganggap ada agenda tersembunyi dalam program 'Hari Keluarga' ini. Di program pertama suami sengaja tidak hadir dengan memberi alasan ada kerja. Sebenarnya tidak ada kerja pun. Dia sanggup menjadi 'not a real man' di waktu itu.

Di program 'Hari Keluarga' kedua suami sudah bersara. Kali ini alasan ada kerja tidak boleh digunakan lagi. Terpaksalah suami mengharungi tempoh tiga hari dua malam yang paling membosankan baginya. Di sini jugalah agenda tersembunyi yang dijangka oleh suami dari dulu lagi terbongkar.

Keluarga suami isteri ini telah ditempelak depan-depan oleh seorang ahli keluarga lain. Bagi suami ini sudah menjadi perkara biasa. Ia berasal dari keluarga yang miskin dan susah. Dari kecil lagi dia sudah biasa ditempelak dihina dan dicerca oleh jiran-jiran dan kawan-kawan sekolahnya. Tetapi arwah nenek dan ibunya pernah berpesan supaya jangan membalas jika kita ditempelak, dihina dan dicerca nista. Biarlah Allah membalasnya, pesan mereka.

Tetapi tidak bagi isteri. Dia belum pernah ditempelak, dihina atau dicerca oleh sesiapa termasuk suaminya. Oleh itu dia tidak dapat menerima tempelak ini.

Akibatnya untuk pertama kali dalam berpuluh tahun setelah berkahwin dia membuat keputusan tidak balik beraya di kampungnya.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Ku

1 Syawal 1431 ku bermula dengan aku berbuka puasa dengan isteri ku Salmah dan anak-anak ku Miza dan Anis. Aku kemudian menunakan solat Maghrib di rumah sahaja. Apabila mendengar azan Isya' dari surau aku terus ke sana membawa lebihan makanan berbuka puasa. Seperti jemaah lain aku meletakkan makanan di dewan makan surau.

Pada perkiraan ku inilah jemaah solat Isya' yang paling kecil direkodkan di surau ku sejak ia dibuka lebih dari dua bulan yang lalu. Jumlah ini juga berbeza dengan bilangan yang datang untuk solat Tarawikh dalam sebulan Ramadan. Ini tidak menghairankan kerana sebilangan besar penduduk Islam taman ku telah balik kampung. Maklumlah taman ku ini dipenuhi oleh orang-orang muda belaka dengan anak-anak mereka yang masih kecil. Gulungan tua seperti aku ini boleh dibilang dengan jari.

Setelah solat Isya' kami pun makan makanan yang kami bawa tadi. Orang-orang kuat surau yang biasanya memeriahkan acara seperti ini sudah balik kampung. Kemudian kami membuat tiga kumpulan dan pergi ke rumah tiap-tiap ahli kumpulan dan melaungkan takbir Raya. Kumpulan ku diketuai oleh Ustaz Sharul yang tinggal hanya dua pintu dari rumah ku.

Pada pagi raya kami berempat pergi ke Masjid Sikamat yang letaknya satu kilometer dari rumah kami untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Aku duduk di saf kedua dari hadapan kerana aku hendak mengambil gambar imam membaca khutbah dari dekat.

Setelah berehat sekejap di rumah kami pun bergerak ke kampung ku di Jelebu. Sampai sahaja di rumah aku dapati rumah ibuku penuh sesak dengan anak-anak dan cucu-cucu buahnya. Aku menunggu sepupu-sepupu  dan anak-anak-buah ku beredar sebelum bersalam serta mencium tangan ibu ku.

Tiba waktu Zohor aku pun pergi ke masjid kampung ku untuk menunaikan solat Jumaat. Gembira juga aku melihat ramai orang kampung ku yang datang bersolat Jumaat. Yang menyedihkan aku cuma satu, iaitu aku tidak mengenali kebanyakan mereka. Tetapi aku bangga kerana kawan sama sekolah ku Aziz Basirun ialah Imam 2 Masjid ini. Kebetulan pula Aziz ialah tiga pupu ku. Aziz ini dulu bertugas sebagai Polis dan kahwin dengan orang Kelantan. Semasa aku di Kelantan semasa bujang dulu aku pernah bercakap dalam talipon dengan Aziz. Syukur juga aku kerana Aziz memilih untuk menetap di kampungnya sendiri setelah bersara.

Aku sempat beraya di rumah dua orang ibu saudara ku iaitu adik-adik kandung ibuku. Seperti ibu ku mereka pun sudah kematian suami. Sambil itu aku pun bertemu dengan anak-anak mereka yang menjadi sepupu ku. Sepupu ku Razif atau kami panggil Ajip baru pulang dari Jeddah, Arab Saudi setelah bertugas dengan Tabung Haji selama tiga tahun di sana. Dia banyak bercerita mengenai kerenah orang Arab Saudi. 

Kemudian kami balik ke Seremban di mana anak-anak ku Halimi dan Ina datang dengan isteri, suami dan anak-anak mereka. Kami sempat bergambar sekeluarga. 
Takbir Raya di rumah jiran.

Takbir Raya di rumah ku.

Takbir Raya di Masjid Sikamat.
Imam berdoa sebelum mengetuai solat sunat Aidilfitri.


Imam membaca khutbah Aidilfirti.

 
Aku bersama jemaah Masjid Sikamat.

 
Pandangan di belakang ku. Jemaah perempuan di tingkat atas.

 
Jemaah perempuan turun dari tingkat atas.

 
Suasana dalam rumah ibu ku.

Aku mencium tangan ibu ku.

 
Imam masjid kampungku membaca khutbah Jumaat.


Aku bersama jemaah masjid kampung ku.

 
Keluarga ku di petang Raya.

Wednesday, September 8, 2010

'Upstairs' dan 'Offside'.

Saya hanya membeli kenderaan sendiri apabila bekerja dengan Majlis Perbandaran Seremban. Sebelum itu saya menaiki kenderaan awam seperti bas dan teksi.

Saya masih ingat satu hari menaiki bas LIM dari Kuala Klawang, Jelebu ke Seremban. Di masa itu saya masih bujang dan saya balik ke Seremban setelah bercuti Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentulah bas penuh dengan penumpang yang hendak balik ke tempat kerja masing-masing dan ramai yang berdiri. Saya tak ingat sama ada saya duduk atau berdiri.

Apa yang saya ingat ialah di dalam bas ada seorang lelaki Melayu yang cuba berlawak. Dari Kuala Klawang hingga ke Seremban dia asyik bercakap dan kebanyakan penumpang bas ketawa dengan lawaknya. Dia cuba berlawak mengenai khidmat bas Seremban - Jelebu yang tidak memuaskan. Dia cuba berlawak mengenai jalan Bukit Tangga yang bengkang bengkok. Tetapi saya tidak ketawa kerana saya anggap lawaknya lawak bodoh.

Lawak bodohnya sampai ke kemuncaknya apabila bas bas melalui kawasan Pantai, Seremban. Penduduk Pantai, Seremban yang hendak ke Bandar Seremban dan kawasan-kawasan lain terpaksa menaiki bas LIM dari Jelebu. Bas yang penuh sesak berhenti juga. Jika tidak berhenti penumpang terpaksa menunggu satu jam lagi untuk bas seterusnya.

Kerana seolah-olah tiada lagi ruang kosong di dalam bas pelawak tadi terus bersuara 'apdes' kepada penumpang yang baru naik. Dia mengulang 'apdes' beberapa kali. Penumpang-penumpang lain pada awalnya terpegun seolah-olah tidak faham apa yang dimaksudkan 'apdes'. Akhirnya mereka faham bahawa apa yang dimaksudkannya ialah perkataan Inggeris 'upstairs' bermaksud 'tingkat atas'.

Pelawak ini berlawak seolah-olah bas yang kami naiki ialah bas dua tingkat dan kerana tingkat bawah telah penuh sesak penumpang yang baru naik hendaklah pergi ke tingkat atas atau 'upstairs'. Cuma agaknya kerana tidak fasih bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris ia menyebut 'upstairs' sebagai 'apdes'.

Penumpang-penumpang lain ketawa 'kih kih kih'. Bukan ketawa terhadap lawaknya, tetapi ketawa terhadap kepelatannya. Saya tetap tidak ketawa dan berkata dalam hati 'Padan muka kau orang semua, lawak bodoh orang macam ini pun kau orang ingat lucu.' Pelawak tadi bukan main naik angin lagi. Dia tidak sedar orang lain mempersendakannya.

Setahu saya perkataan 'offside' hanya digunakan dalam perlawanan bolasepak. Saya belum terjumpa lagi perkataan itu digunakan dimana-mana situasi lain. Malah tidak ada satu terjemahan tepat untuknya dalam Bahasa Melayu, oleh itu saya sering melihat ia ditulis sebagai 'ofsaid' dalam bahasa kita. Kalau disebut 'bahagian off' pelik pula bunyinya.

Saya sekarang jarang-jarang melihat perlawanan bolasepak di padang. Agaknya sejak saya berpindah dari Taman Paroi Jaya saya belum pernah lagi ke mana-mana padang atau stadium untuk melihat perlawanan bolasepak. Di sana dulu saya pergi juga kerana Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi cuma terletak 200 meter dari rumah saya dan sebagai kakitangan Majlis Perbandaran Seremban saya boleh masuk dengan percuma.

Apa yang menyakitkan hati saya apabila melihat bolasepak ialah gelagat penonton kita yang tidak faham peraturan permainan ini terutama peraturan mengenai 'offside'. Yang lebih menyakitkan hati saya apabila ada yang menjerit 'Outside, refree!' bila mereka memikirkan seorang pemain itu dalam keadaan 'offside' dalam pengertian mereka. Apa yang 'outside' atau 'diluar' tak tahulah saya. Saya terfikir "Menyebut 'offside' pun tak tahu macam mana nak faham peraturannya."

Sekurang-kurangnya pelawak bodoh puluhan tahun lalu itu tahu apa yang disebutnya 'apdes' bermaksud 'upstairs' atau 'tingkat atas'. Tetapi 'offside' dan 'outside' mempunyai erti yang berlainan sekali.   

Saturday, September 4, 2010

What retirement brings.

I had the urge to write this post a few months ago but kept postponing it. But a few days ago I received an SMS message through my mobile phone asking for my house address. The sender messaged that he wanted to send me a Hari Raya card. I realised that the sender was already registered in the contacts list of my mobile phone.

Normally I would immediately recognise my contacts as their names, some long and some short would appear in the mobile screen instead of numbers. But not in this case. I wondered who he was and even thought of calling him. But then I thought this might embarrass him for me not recognising my friends. Only when I eventually received his Hari Raya card yesterday I realised who he is. 

I had specified caller ringing tones for my mobile phone for calls from my close contacts. Since I like The Beatles my ringing tones are based on their songs. For example the ringing tone from my wife is 'Oh Darling'. From my former boss is the song 'Help' since every time he called me he wanted some help. Actually I dreaded his calls and since my retirement my mobile phone rang to the song 'Help' only once. This time he wanted no help. 

A few days ago another Beatles song rang from my phone. Normally I could guess who the caller was. But not this time. Only when I answered and heard his voice did I know who the caller was. 

A few months ago there were news about something happening in a housing estate in Seremban. The news appeared on TV and the newspapers. Normally I could guess where exactly the housing estate was as I knew the whole of Seremban like the back of my hand. But for this case I had to refer to the Internet find out what I wanted to know.

Talking about Seremban I used to follow its progress during my working days. When a new road opened I was among the first to drive on it. But not now. The last portion of the Kajang - Seremban Highway or LEKAS linking linking Jalan Jelebu to Paroi was opened a few weeks ago but I am yet to drive on that portion.  

The above are a few examples of the prices I have to pay for my retirement from government service.