Wednesday, July 30, 2008

Baghu nak sihat

Ini gamba se paling baghu. Anak se Anis ambik pagi tadi. Lobih sominggu ni se kughang sihat. Sampai se poi jumpo doktor dokek ghumah se tu. Lopeh tu se mintak cuti sakit. Dio tanyo nak boghapo haghi. Se jawab satu haghi cukuplah. Makan pun se koghang selegho. Solalu eh se poi ko sughau naik basika yo, tapi dek sakit se naik sekuta se tu. Baghu duo haghi ni se naik basika balik.

Dulu bilo pagi hujung minggu se selalu jogging di kawasan ghumah se ni. Ado yo se jalan kaki di lobuh ghayo Kajang - Soghomban yang tongah buek tu. Lobuh ghayo tu tigo ghatuih mito yo jauh he daghi ghumah se. Tapi kalau jalan kaki tu duo jam baghu se sampai ghumah balik. Jadi se baikki basika se yang lamo tak pakai tu. Jadi se kayuh basika se lalu ateh lobuh ghayo tu.

Tapi dek tak sihat ni tak bulih lah se nak jogging atau bobasika. Potang semalam dan pagi ni se boghosihkan kobun sayur se di belakang ghumah tu. Bopoluh yo sikit. Insya Allah hujung minggu ni kalau se dah sihat bulihlah se jogging atau bobasika di lobuh ghayo tu. Yang ponting eh hujung minggu ni se nak poi kondughi di duo tompek. Satu tu anak kawan oghang ghumah se kawin. Yang lagi satu anak kawan se sekolah pulak.

Wednesday, July 23, 2008

Usia Muda lawan Pengalaman


Ini gambar semasa sessi latihan untuk berkayak. Muin berdiri betul-betul di hadapan saya.

KURSUS BINA SEMANGAT

Saya masih ingat dihantar untuk menyertai Kursus Bina Semangat di Pusat Bina Semangat Pasir Panjang, Port Dickson pada tahun 1991. Dalam kelas yang seramai lebih kurang 20 orang itu saya adalah antara yang paling tua. Aktiviti fizikal yang kami lalui lebih kurang sama dengan yang dilalui oleh peserta-peserta Khidmat Negara sekarang. Kami yang tua dan berbadan berat agak sukar menjalankan aktiviti fizikal seperti memanjat dan berlari. Walau bagaimana pun bagi saya yang suka berjogging dan berasal dari kampung tidak menjadi masalah bila berlari jauh, merentas hutan dan berkhemah solo dalam hutan.

SAYA DIKETAWAKAN

Ada seorang peserta kursus ini bernama Muin dan semasa itu bekerja di JKR Bahau. Saya tidak pasti beliau berasal dari mana oleh kerana Muin bukanlah nama biasa untuk orang Negeri Sembilan. Dia muda belia dan berbadan kurus lampai. Oleh itu tidak menjadi masalah baginya untuk membuat aktiviti memanjat dan berlari dekat. Masalahnya ialah dia suka mentertawakan kami yang tua dan berbadan berat ini. Bukan sahaja dia mempermainkan kami semasa aktiviti lasak, tetapi semasa mendengar syarahan di kelas.

BERJALAN KAKI 10 KM

Antara aktiviti kami yang terakhir ialah berkayak di laut. Kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Pada hari pertama satu kumpulan dikehendaki berkayak dari Pasir Panjang sehingga ke pantai Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan di Port Dickson. Di waktu yang sama kumpulan yang satu lagi (dimana saya dan Muin menjadi ahlinya) berjalan kaki lebih kurang sepuluh kilometer menuju tempat yang sama. Kami membawa barangan keperluan di beg belakang (back pack).

LAUT BERGELORA

Rupa-rupanya kumpulan pertama tidak dapat berkayak oleh kerana laut bergelora. Oleh itu mereka di bawa ke tempat pertemuan bersama-sama kayak menaiki lori tentera.

BBQ SAMBIL BERDOA

Pada malam itu kami menyalakan BBQ. Mengikut rancangan, kedua-dua kumpulan akan menjalankan aktiviti terbalik pada kesesokannya. Kumpulan pertama akan berjalan kaki balik ke Pasir Panjang dan kumpulan kedua akan berkayak pula. Sepanjang malam saya berdoa supaya laut tidak bergelora keesokan harinya oleh kerana saya hendak sangat berkayak.

DOA DIMAKBULKAN

Doa saya termakbul apabila mendapati laut tenang dan cuaca cerah pada pagi esoknya. Kumpulan pertama pun bergerak berjalan kaki manakala kami dari kumpulan kedua menolak kayak kedalam laut. Setiap kayak didayung oleh dua orang. Supaya kayak tidak senget kami dipasangkan mengikut berat badan. Yang ringan dengan yang ringan dan yang berat dengan yang berat. Pasangan saya sudah tentulah berat macam saya. Beliau pula tua sedikit dari saya. Pasangan Muin pula ringan dan sama muda sepertinya.

ORANG MUDA PECUT DAHULU

Apabila sahaja kami diarahkan mengayuh, pasangan yang muda-muda memecut dihadapan sedangkan saya dan pasangan mengikut di belakang. Kami semua diekori oleh sebuah perahu berinjin yang membawa para jurulatih kami.

MUNTAH

Saya merasa hairan juga walau pun saya dan pasangan adalah berat dan berumur kami dapat memotong pasangan yang lebih muda. Di antara Port Dickson dan Pasir Panjang terdapat sebuah pulau dan kami behenti berehat seketika. Saya sampai sebelum Muin dan pasangannya. Apabila sahaja Muin berlabuh dia telah berlari ke darat dan muntah.

DIA TIDAK BERKAYUH LAGI

Setelah beberapa minit kami pun meneruskan perjalanan ke Pasir Panjang. Tiba-tiba saya melihat perahu berinjin yang membawa para jurulatih telah memotong kami. Bukan itu sahaja, terdapat Muin duduk bersama-sama mereka. Jelaslah dia tidak boleh berkayuh lagi. Pasangan Muin pula duduk kesaorangan dalam kayak yang di tarik oleh perahu. Dia tak payah berkayuh lagi.

HUTANG KAMI DIBAYAR

Kami sama-sama sampai ke pantai Pasir Panjang. Di situ saya lihat Muin terbaring terlentang di atas pasir pantai. Para jurulatih kemudian mengelilingi beliau dan seorang lepas seorang melepaskan geram memaki hamun Muin. Mereka seolah-olah membayar balik hutang kami yang dipersendakan Muin apabila tidak dapat membuat aktiviti lasak seperti memanjat dan sebagainya.

BUKAN DIA SAHAJA YANG KALAH

Sebenarnya bukan sahaja Muin yang 'kalah' dalam disiplin berkayak ini. Pasukan orang-orang muda kalah kepada pasukan orang-orang berumur seperti saya. Ada lagi dua tiga orang sebaya muda dengan Muin juga muntah apabila berkayak. Bezanya mereka dapat menghabiskan aktiviti ini. Tetapi tidak ada pun peserta sebaya dengan saya yang muntah-muntah.

PENGALAMAN MENGALAHKAN USIA

Kesimpulan saya ialah orang-orang muda kurang kesabaran. Mereka hendak cepat-cepat selesai berkayak ini. Sedangkan pada petangnya kami tidak ada aktiviti apa-apa. Kami yang berusia dan mempunyai pengalaman hidup lebih lama seolah-olah sudah merancang strategi berkayak ini. Akhirnya pengalaman mengalahkan usia muda.

Bagi Muin pula semenjak peristiwa itu dia membisu seribu bahasa baik dalam kelas atau di aktiviti luar.

Monday, July 21, 2008

Sessi Teh Tarik Bulanan

Pada malam 19 haribulan yang lepas saya telah bertemu dengan kawan-kawan sekolah saya di Restoran D9, Seremban 2. Perjumpaan ini dinamakan "Sessi Teh Tarik" oleh kerana itulah minuman popular yang dipesan. Setiap 'Chapter' negeri mengadakan sessi teh tarik bulanannya sendiri. Di samping itu ada juga kawan-kawan dari negeri-negeri berjiran yang tumpang semangkuk. Tetapi walau menumpang pun bayaran dikenakan sama rata. Didalam kes saya ini ada kawan-kawan dari Melaka, Selangor dan Putrajaya yang tumpang sama.


Saya tidak dapat ceritakan siapa tu siapa oleh kerana ramai yang saya tidak kenal. Kebanyakan yang datang ialah junior saya.

Yang berbaju Melayu biru muda tu ialah the Batu Kikir Kid. Dia junior saya satu tahun dan sekarang menetap di Melaka dan menjadi orang kuat 'Chapter' di sana.

Batu Kikir berbincang dengan kawan saya Ibrahim. Hari esoknya Batu Kikir akan bertolak ke Batu Pahat, Johor.

Yang berdiri tu ialah brother Busri, pilot Emirates Airlines yang sedang bercuti.

Monday, July 14, 2008

Pecah pinggan (the English version follows)

Semasa kenduri orang-orang Melayu terutama semasa kenduri kahwin biasalah jika beberapa pinggan mangkuk pecah. Tetapi keadaannya tidaklah teruk sekarang oleh kerana kita orang Melayu menggunakan pinggan mangkuk melamine untuk tujuan kenduri kendara. Apa yang saya nak cakap ini bukan cerita satu dua pinggan pecah. Tetapi ini cerita beratus pinggan pecah dalam masa kurang dari satu minit.

Tiap kali saya berjumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah saya kami akan bertanya sama ada masih ingat peristiwa pecah pinggan. Tidak heran bila semua menjawab ingat. Untuk pengetahuan saya dulu bersekolah menengah di Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjong Malim, Perak. Sekolah itu sekarang telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan.

Ia berlaku pada tahun semasa saya di Tingkatan Limau. Banyak pingggan mangkuk kami di dewan makan telah retak atau sumbing. Kami mempunyai satu badan yang dinamakan Food Committee atau Jawatankuasa Makanan. Saya kurang pasti sama ada ahli-ahlinya dilantik atau dipilih. Tugas asas Jawatankuasa ini ialah melihat keadaan di dapur dan bilik makan. Mereka memastikan dewan makan serta peralatan bersih dan makanan layak dimakan manusia.

Sudah tentu Food Commitee ini melaporkan ke pihak sekolah tentang keadaan pinggan mangkuk kami itu. Pengetua kemudian telah memesan set pinggan mangkuk baru untuk satu sekolah dan ia dihantar tanpa masalah. Tetapi ia tidak diletakkan di dewan makan untuk menggantikan pinggan mangkuk yang sumbing itu. Ini telah menaikkan angin kami. Ahli-ahli Food Committee telah berjumpa dengan Pengetua supaya menggantikan pinggan mangkuk lama dengan yang baru sampai. Tetapi permintaan mereka tidak diindahkan. Mengapa kami tak tahu.

Jadi ahli-ahli Food Committee memutuskan untuk memaksa pihak sekolah menggantikan pinggan mangkuk kami. Bagaimana? Dengan memecahkan pinggan mangkuk yang ada tak kira mereka retak, sumbing atau tidak. Ahli-ahli Food Committee kemudian pergi dari kelas ke kelas untuk memberitahu keputusan ini. Upacara memecah pinggan akan dilakukan serentak selepas satu makan malam yang ditentukan. Tidak ada ulangan atau 'retakes' mengikut bahasa filem.

Pihak sekolah telah terbau rancangan ini dan di malam penentuan guru penjaga harian telah masuk ke dewan makan seolah-olah cuba menahan kami meneruskan rancangan. Mungkin juga dia mahu lihat siapa yang berani memulakan kerja nakal ini.

Kami makan serentak seperti biasa. Selesai sahaja makan kami semua berdiri dan dewan menjadi senyap sunyi seketika. Kami berpandangan antara satu dengan lain seolah-olah mahu melihat siapa yang akan memulakan hempasan pertama. Tiba-tiba terdengar bunyi 'pang' macam pinggan jatuh di satu sudut. Kemudian diikuti dengan bunyi yang sama di sudut yang lain. Kemudian dewan berdering dengan bunyi hempasan pinggan mangkuk. Beratus-ratus pinggan mangkuk berkecai di atas lantai. Agaknya ada yang luka kena serpihan kaca. Tetapi saya tidak kena.

Bunyi ini mengingatkan kami kepada bunyi botol-botol kosong yang kami baling ke tembok terowong keretapi di bawah Bukit Aman setiap kali kami balik kampung bercuti dan balik sekolah semula.

Selesai kerja memecah pinggan kami pulang ke bilik asrama masing-masing. Pada keesokan harinya pinggan mangkuk baru siap sedia terletak di meja-meja makan kami. Kami jangkakan pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Food Committee. Tapi tiada tindakan lanjut dikenakan. Bagi saya pihak berkuasa yang memilih tidak mengambil tindakan apa-apa telah membuat keputusan yang bijak.



Smashing of crockeries

During Malay feasts or kenduris especially weddings it is normal to find a few broken crockeries during or after the functions. But the situation is not that bad now since most of us Malays use melamine crockery for those purposes. But what I am going to talk about is not about a few broken crockeries. This is about hundreds of crockeries being smashed in less than one minute.

Every time I met my secondary schoolmates we would be asking each other do we remember the crockery smashing incident. Not surprisingly we all do. For information I was schooled in Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjong Malim, a fully residential school which had since shifted to Seremban, Negeri Sembilan.

It was in 1967 when I was in  Form Five. Many of our plates, cups and saucers in the school dining hall were cracked and chipped. We had a body called the School Food Committee. I am not sure whether the committee members were elected or appointed. This committee's basic job was to oversee the school kitchen and dining hall. They made sure that the kitchen and it's equipment were clean and the food prepared there fit for human consumption.

Naturally the Food Committee members alerted the school authorities about the crockeries' conditions. The school Principal then ordered for a new set of crockery and they were duly delivered. But for some reason unknown to us they were not sent to the dining hall. We students were irked. The Committee members talked to the Principal about releasing the new crockery set to no avail. No reasons were given.

So the Committee decided to force the school to replace the crockeries. How? By breaking the old ones whatever their conditions were. So the Committee members went around the classes telling about their decision. The crockeries smashing session would be done on one specified date after dinner. There would be no retakes like in movie production.

Somehow the Principal smelled our decision and during the fixed evening the teacher on duty was seen walking in the dinning hall as if to warn us not to do what we agreed. Perhaps he wanted to see who smashes the first plate, saucer or cup.

We had our dinner as usual. After dinner was finished we all stood up and suddenly there was a momentary silence in the hall. We all looked at each other as if to see who should begin this naughty act. Suddenly there was a clinking sound of a plate being dropped to the floor from one corner. Next there was a similar sound from another corner. Then in the next few seconds all hell broke loose and the plates, cups and saucers on the tables were smashed to the floor creating a ringing sound.

This sound reminded us of the sound we created when we smashed empty bottles against the railway tunnel walls below Bukit Aman every time we went home or returned to school. After that we simply left the dining hall and returned to our hostel dormitories.

The next day we were greeted by new plates etc. on our dining tables. We expected members of the Food Committee to be punished for planning this act. Fortunately the school understood our intentions and no action was taken against any body. I think it was a wise decision.

Gayat naik bas 2 tingkat

Hari ini saya bercuti kerana pergi ke KL untuk mencari bateri komputer laptop saya. Saya diberitahu banyak pilihan di Plaza Low Yatt, Jalan Bukit Bintang. Mula-mula saya bercadang untuk menaiki KTM Komuter tetapi memandangkan syarikat bas SKS-KL telah menyediakan beberapa bas 2 tingkat saya pun pergi ke Terminal 1 Seremban untuk mencuba basib. Saya bernasib baik kerana sebuah bas 2 tingkat sedia menunggu. Saya orang yang pertama membeli tiket bas untuk perjalanan ini selepas saya sengaja melepaskan peluang menaikki bas 1 tingkat sebelumnya.

Ini basnya. Perempuan yang berbaju putih itu ialah penjual tiket. Mat Salleh itu kemudian turun di Bukit Jalil.


Saya memilih tempat duduk paling hadapan.

Ada pemeriksaan polis di Jalan Sungai Ujung, Seremban kerana jangkaan ada perhimpunan di luar bangunan Parlimen, KL.


Ternampak bas serupa di persimpangan Jalan Sungai Ujung/Jalan Labu menuju ke Seremban.

Ada kesesakan sedikit selepas Tol Sungai Besi. Pemandu membawa bas ke laluan paling kiri.


Kemudian beliau membawa ke laluan paling kanan pula.

Inilah lokasi pemeriksaan polis. Lepas ini laluan adalah lancar. Saya mendapat tahu banyak kesesakan lalulintas di KL hari ini.

Bas sudah sampai ke Jalan Petaling, KL.

Saya kemudian naik LRT Putra ke KL Central.

Dari KL Central saya naik Monorail dan turun di Jalan Bukit Bintang.
Selepas dapat apa yang saya cari saya naik Monorail kembali ke KL Central. Akhirnya balik ke Seremban dengan KTM Komuter.


Sunday, July 13, 2008

Jumpa kawan-kawan lama

Beberapa minggu dulu kawan sekolah saya Ibrahim menalipon saya meminta saya memasukki satu pertandingan bowling sumbangsih di Sunway Pyramid. Kawan punya pasal saya jawab okaylah. Tujuan utama pertandingan ialah untuk mengumpulkan sedikit sumbangan untuk persatuan murid tua sekolah dimana Ibrahim menjadi naib presiden.

Pada 12 Julai lepas kami pun ke Sunway Pyramid untuk tujuan tersebut. Ini kali kedua saya kesini. Pertama kali dulu mewakili Jabatan saya di Hari Kitar Semula peringkat kebangsaan.

Inilah quartet paling tua dalam pertandingan. Kami semua dah jadi datuk-datuk belaka.
  1. Yang paling kiri itu ada dua title datuk kerana telah dianugerah DSNS oleh DYMM Yang di Pertuan Besar NS. Beliau ialah kawan saya Dato' Zainal Azirun berasal dari Port Dickson dan telah bersara dari jawatan seorang Pengarah di TNB. Di gambar Class of 62 dia berdiri nombor empat dari kanan di barisan tengah. Sekarang menetap di Bangi.
  2. Di sebelahnya ialah kawan saya Ibrahim yang berasal dari Rembau dan sekarang menetap di Bukit Chedang, Seremban. Beliau telah bersara dari menjadi peguam dan sekarang bekerja dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Di gambar Class of 62 dia berdiri paling tengah di barisan belakang.
  3. Di celah Ibrahim dan saya ialah kawan saya Rasdi Mohamad. Berasal dari Johor dan pernah bekerja di TNB tapi tidaklah setinggi Dato' Zainal. Di gambar Class of 62 dia berdiri paling kiri di barisan tengah. Juga menetap di Bangi.
  4. Saya tak payahlah dikenalkan.

Ini lah dewan bowling di Sunway Pyramid yang dipanggil Mega Lanes.




Ibrahim menjadi tetamu kehormat mewakili presiden kami. Yang berbaju biru muda di belakang Ibrahim ialah Dr. Khairun Nadzar, AJK, pemberita dan juru foto persatuan murid tua kami. Seperti saya agaknya dia peminat fotografi juga. Dia menggunakan DSLR Olympus kali ni. Kalau tak salah saya dulu dia menggunakan Nikon. Mengikut Akta Pengamal Perubatan doktor tidak boleh iklan. Tapi kawan punya pasal saya beritahulah dia bekerja di Klinik Rawatan Islam Az-Zahrah di Bandar Baru Bangi.

Yang menang sudah tentulah yang muda-muda. Kami tak kisah. Janji seronok.

Friday, July 11, 2008

Thema, apa thema?

Sekarang ini ada trend di kalangan masayarakat Melayu iaitu menggunakan satu warna thema untuk majlis perkahwinan. Saudara mara akan memakai pakaian sewarna dengan warna pakaian pengantin. Pakaian pengantin biasanya disewa melalui pakej perkahwinan. Tetapi saudara mara tadi terpaksa menempah pakaian baru yang tidak kurang mahalnya.

Saya fikir ini adalah satu perbuatan membazir. Kalau dalam tahun itu ada empat saudara yang kahwin, saudara mara yang lain terpaksalah menempah empat pakaian yang warna berlainan. Jangan lupa untuk hari raya pun kita kena menempah pakaian baru.

Saya masih ingat semasa menerima pingat dari Yang Di Pertuan Agong dulu isteri saya Salmah telah menempah satu set pakaian berwarna hijau. Saya pula disyaratkan memakai baju Melayu berwarna hitam. Tak apa juga kerana saya boleh menuntut balik kos baju Melayu itu. Tetapi saya tak ingat bila masanya lagi isteri saya memakai pakaian hijau itu. Sekurang-kurangnya baju Melayu warna hitam itu saya pakai juga untuk pergi surau dan masjid.

Saya bernasib baik kerana diberi pakaian seragam (uniform) kerja. Jadi kuranglah saya berbelanja untuk pakaian. Kasut tak payah beli langsung melainkan kasut jogging. Sampaikan untuk hari raya anak-anak dan menantu saya yang belikan baju baru. Tapi jangan lupa ya, atuk ni tak lupa beli baru baju untuk cucu-cucunya semasa hari raya.

Saya fikir pemakaian baju thema untuk upacara perkahwinan perlu dihentikan. Perlu dingat kita ada warna pilihan kita sendiri. Oleh itu kita akan rasa janggal bila memakai pakaian bukan berwarna kesukaan kita. Jadi dalam kes ni nampaknya sekali sahajalah kita memakai pekaian itu. Sebagai seorang peminat fotografi saya lebih suka bila dimana-mana keramaian saya melihat banyak warna.

Jadi pakai sahajalah pakaian yang kita suka. Tak payahlah ikut thema-thema.

Thursday, July 10, 2008

Sini lah se duduk dulu


Tadi se ado kojo kek Flet Tun Dr. Ismail, Soghomban. Alang-alang poi situ se pun jongok-jongok ghumah se ponah duduk maso se bujang dulu. Tu de yang botando panah hijau tu. Numbo eh A58, makno eh di tingkat limo blok A. Se tengok plet numbo eh tak boghubah. Itu lah plet eh maso se duduk dulu. Maso se datang tu ghumah tu bokunci, agak eh tuan ghumah dah poi kojo. Ghumah tu dah ado grill, maso se duduk dulu tak ado lai.

Se bedighi kek tompek se solalu monung dulu. Kaghang ni pandangan eh dah lain. Dulu se nampak utan yo, kaghang ni se nampak Terminal 2 yang baghu siap tu.

Lif pun dah tuka banghu, tapi masih lambek yo. Se donga kerajaan nak pindahkan flet ini. Eloklah tu, dah lamo bona flet ni. Flet yang se duduk tu satu bilik yo. Mano sosuai lai maso ni. Se ingat lai sewo eh maso dulu ompek puluh ghingghit yo sobulan. Ontah boghapolah pulak maso ni.

Wednesday, July 9, 2008

Berniaga tak kena tempat



Boss saya ada menerima aduan ada seorang berniaga Tom Yam di tempat letak kereta Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJ). Katanya ia berniaga pada waktu malam. Jadi malam tadi saya pun keluar menyiasat. Dalam pada itu saya pun singgah di rumah seorang kawan saya berbangsa Cina dan mengajaknya keluar. Ada juga kawan berborak dalam kereta.

Rupa-rupanya aduan itu benar. Pengusaha kantin di Klinik Pakar HTJ mendirikan gerai Tom Yam di luar kantinnya. Masalahnya ialah gerai didirikan di atas tempat letak kereta. Semasa kami datang tu seorang pekerja sedang menutup gerainya awal lagi kerana tiada pelanggan katanya.

Kawan saya ini memang suka berseloroh dengan saya. Terus dia berkata "Ini lah Melayu bodoh, siapa hendak pergi makan Tom Yam di Hospital?. Hospital tempat orang sakit. Bukan tempat membawa kawan-kawan atau keluarga untuk enjoy makan Tom Yam".
Betul juga ya.

Sunday, July 6, 2008

Pengalaman semasa kerja

Dalam filem James Bond kedua From Russia With Love ada disebut "There's no substitute for experience". Maknya pengalaman tidak boleh dibandingkan dengan apa-apa. Oleh kerana secara rasmi saya telah bersara dari kerajaan saya ingin ceritakan sedikit pengalaman saya.

1. Siapa yang boleh bekerja dan siapa yang tidak.

Saya dapati orang yang betul-betul boleh bekerja ialah orang yang kurang bercakap. Ini tidak pula bermakna saya ingin memuji diri saya sendiri sebab saya fikir saya ialah seorang yang kurang bercakap. Orang yang selalu bercakap asyik menumpukan perhatian kepada bercakap sampai dia tidak ada masa untuk bekerja. Malangnya orang yang kurang bercakap dan rajin bekerja itu tidak diberi peluang untuk berfikir. Dia mengikut arahan sama ada betul atau tidak. Oleh itu ada yang mengambil kesempatan terhadap pekerja seperti ini.


2. Penguatkuasaan

Salah satu kerja saya ialah menguatkuasakan undang-undang. Saya akan bersukacita jika sesiapa yang dikenakan tindakan menganggap saya hanya menjalankan tugas saya. Biasanya yang membantah bukan yang dikenakan tindakan, tetapi pemerhati. Inilah yang kadang-kadang menimbulkan keadaan tegang. Saya akan bertindak lebih keras jika yang dikenakan tindakan melawan seperti memaki hamun saya. Sebenarnya yang dikenakan tindakan itu berani memaki hamun oleh kerana tindakan biasanya dilakukan 'di padang' dan beliau dibantu oleh pemerhati yang biasanya bersimpati. Tetapi jika berdepan dengan kami di pejabat beliau seperti tikus. Oleh itu biasanya untuk orang yang begini saya menalipon boss saya untuk mengenakan tindakan yang lebih keras jika beliau datang menyelesaikan tindakan terhadapnya. Jika tidak beliau akan berlakun di hadapan boss saya dengan mengatakan beliau dianiaya dan sebagainya.

3. Aduan

Satu perkara yang sering memeningkan saya ialah bila menerima aduan. Jika aduan itu menasabah tak apa juga. Tetapi kadang-kadang tu aduannya remeh temeh. Ada juga aduan timbul dari masalah peribadi antara dua pihak. Tetapi saya ada cara supaya mengurangkan menerima aduan.

Saya pernah didatangi oleh seorang yang mengadu pekerja-pekerja saya menyebabkan rumput-rumput beterbangan ke tempat letak keretanya bila memotong rumput. Oleh itu beliau meminta pekerja saya masuk ke dalam rumahnya dan membersihkan rumput tersebut. Saya kata tak boleh kah tuan bersihkan sendiri. Dia jadi marah dan menanya saya balik jika terjadi di rumah saya bagaimana? Saya jawab saya bersihkan sendiri seperti biasa. Selepas itu beliau tidak berani lagi berjumpa saya walau pun beliau sering saya nampak datang ke pejabat untuk membuat aduan-aduan lain. Beliau ini memang kaki pengadu.

Di Jalan Tok Ungku Seremban ada satu kawasan yang dinamakan Kampung Singh. Ini disebabkan kebanyakan penduduknya beragama Sikh. Tetapi penduduk yang tinggal adalah warga emas tinggal beberapa kepala sahaja. Bilangan mereka telah mengecil oleh kerana anak-anak mereka telah berpindah ke kawasan-kawasan yang lebih selesa. Beberapa rumah juga telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada Projek Lingkaran Tengah Seremban. Tetapi percaya tak terdapat satu Balai Raya di kampung yang kecil ini. Saya fikir jika ia digunakan sebulan sekali pun sudah cukup baik.

Balai Raya ini didirikan hasil pergaduhan antara dua individu. Seorang individu telah membuka perniagaan garaj lori dengan mamakan sedikit tanah kerajaan. Musuhnya yang mengaku dirinya ketua kampung telah sakit hati dan meminta kerajaan membina Balai Raya di atas tanah kerajaan tersebut. Tujuannya hanya satu iaitu supaya peniaga garaj lori memberhentikan perniagaan. Tetapi setelah Balai Raya siap garaj lori masih lagi beroperasi. Ketua kampung ini kemudian mengadu kepada saya. Saya cuma menjawab "Jangan gunakan kami untuk menyelesaikan masalah peribadi awak berdua". Selepas itu beliau tidak berani jumpa saya lagi. Balai Raya pun menjadi semak samun.

Saturday, July 5, 2008

Poor Bala

Things happening in the past few days remind me of a scene from The Godfather Part II. The Godfather was facing a US Senate Commitee for being involved in organised criminal activities. The case was made more serious in that he was suspected to be a Don or Godfather to a crime family.

The Senate Committee used the services of the FBI in their investigations. Some witnesses had already testified. The Godfather then made a sort of statutary declaration that he was innocent of all the charges. This would make things become even worse for him if he was found guilty as he would be charged for an additional charge of perjury.

The FBI had already obtained under their custody another crime family head just below the rank of Don. His post was known as Caporegime. This Caporegime was once working under the Godfather but he was somehow tricked into believing that he was betrayed by the latter. The FBI then obtained a sworn statement from this Caporegime telling all he knew about the Godfather. The Godfather smelled this betrayal and treachery due to him having some government people under his payroll. He then got hold of the Caporegime's brother who was living in Sicily and brought him for the hearings. Once the brother entered the hearing room he looked hard towards his Caporegime sibling who was ready to go to the winess stand.

When the time came for the Caporegime to answer questions he shocked everyone by denying everything he wrote in the sworn statement he gave to the FBI. When pressed as to why he made the sworn statement in the first place and eventually signing it he answered that he was just giving what the FBI wanted. "But they were all lies" he said.

The hearings were abruptly adjourned. The Godfather was a free man but the Caporegime was still being detained by the FBI. The Godfather was still worried beause as long as the Caporegime was still alive he was considered a threat. So the Godfather sent his lawyer to visit the Caporegime in the FBI detention centre. The lawyer indirectly told the Caporegime to commit suicide. That's what the Caporegime eventually did.

The Godfather found out later that the Senate Committee hearings was orchestrated by his enemy who was pretending to be his business partner. He got that man killed too.

Poor Bala, as a policeman once he should be watching movies like The Godfather instead of Bollywood tearjerkers.

Thursday, July 3, 2008

Gambar-gambar pengantin

Saya telah mengeluarkan topik 'Gambar-gambar pengantin' dari blog saya. Ini berikutan kepada apa yang berlaku kepada tunang si Saiful di mana gambar-gambar pertunangannya yang sepatutnya menjadi hak peribadi disiarkan secara meluas. Manalah tau ada diantara para pengantin itu nanti 'buat hal'. Saya pulak yang disalahkan.

Saya bersetuju gambar-gambar pertunangan, perkahwinan dan sebagainya adalah gambar peribadi dan tidak boleh disiarkan tanpa persetujuan yang punya badan. Oleh itu saya minta maaf.

Wednesday, July 2, 2008

Pendapat umum lawan realiti

Beberapa kajian pendapat mendapati kebanyakan orang percaya terdapat satu konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa yang berlaku semasa saya di sekolah menengah dahulu.

Memang menjadi kebiasaan bagi sekolah-sekolah berasrama penuh mengadakan kelas-kelas persediaan di waktu malam. Kelas malam ini dipanggil 'prep' iaitu singkatan kepada 'preparatory class'. Semasa prep ini jugalah pengawas-pengawas sekolah atau 'school prefects' menyampaikan pesan pengetua atau guru-guru lain kepada kami.

Pada satu malam datang seorang pengawas ke kelas saya dan sudah tentulah kami semua menjangka ia akan menyampaikan pesan biasa. Rupa-rupanya tidak. Pengawas ini seorang yang berkarisma juga walau pun secara peribadi saya tidak menyukainya. Ia seorang yang pandai berpidato dan sering mewakili sekolah dalam pertandingan pidato antara sekolah-sekolah.
Ia terus meletakkan satu surat ke atas meja guru dan terus 'berpidato' mengatakan ada seorang di antara kami cuba menganiayanya. Beliau dituduh mencuri wang sejumlah sepuluh ringgit sedangkan beliau menafikannya.

Beliau terus bersyarah menyatakan setakat sepuluh ringgit tiada masalah baginya. Ayahnya boleh kirim. Beliau seterusnya menerangkan belum pernah mencuri duit sesiapa bla..bla..bla.. Dari hujah-hujah beliau yang tidak mendapat tentangan itu 39/40 dari kami dalam kelas itu percaya beliau becakap benar. Ini termasuk saya pada mulanya. Satu-satunya orang yang tidak percaya ialah penulis surat itu sendiri.


Setelah beliau beredar kami pun melihat surat yang ditinggalkannya itu. Ia berbunyi lebih kurang "...... Aku tahu kau yang curi duit aku. Duit itu ialah hasil titik peluh ayahku. Tolong pulangkan balik duit aku itu..." Dari tulisannya kami tahu siapa penulisnya.

Sebelum balik ke asrama saya telah berjumpa dengan penulis surat tersebut dan bertanya mengapa beliau membuat tuduhan begitu. Beliau menjawab memang sah pengawas itu yang mencurinya kerana ada orang nampak. "Aku menulis surat itu dengan tujuan tidak mahu memalukannya" tambahnya. Kes itu berlalu begitu sahaja tanpa penghakiman.

Pengawas yang dituduh mencuri itu telah meninggal dunia bebarapa tahun yang lalu akibat sakit jantung. Kawan saya yang membuat tuduhan itu sekarang ini ialah seorang pengusaha stesen minyak Petronas yang berjaya di Ampang, Kuala Lumpur. Sebelum ini beliau menjadi seorang pegawai polis. Kalau nak tengok gambarnya dia berdiri nombor tiga dari kiri di barisan belakang sekali di gambar 'Class of 62' saya di bawah blog ini.

Kes DSAI tidak lain tidak bukan satu kes peribadi antara beliau dengan Saiful. Itu sahaja. Tetapi DSAI telah menggunakan karismanya dengan memberitahu seluruh dunia bahawa beliau sedang dianiaya oleh satu konspirasi. Itu lah sebabnya kebanyakan orang percaya kepadanya sedangkan Saiful tidak mempunyai kemudahan sebegitu.

Biarlah pihak berkuasa menjalankan kerja mereka tanpa gangguan.

Birthday Dinner

Sabtu lepas kami mengadakan satu Birthday Dinner untuk anak sulung saya Halimi. Biasanya kami membuat Birthday Party ahli keluarga dalam skala lebih besar. Tetapi memandangkan ada ahli keluarga yang sibuk untuk persediaan kahwin anak buah saya yang 24 jam dipanggil Kakak tu kami buat makan malam di satu restoran Tom Yam popular di Seremban. Nasib baik bilik VIPnya tidak digunakan. Dapatlah kami memekak tanpa mengganggu sesiapa.


Lepas tu pulak budak dua orang ni tak nak balik ikut ibu dan ayahnya. Kenalah saya 'baby-sit' mereka. Sampai esoknya saya nak lihat Ulu Temiang banjir mereka ikut sama. Ini gambar 'the two rascals' dengan 'back drop' Sungai Temiang yang sedang 'overflowing'. (Kenapa saya tak tulis semua dalam Bahasa Inggeris sahaja?).


Berita baik sedikit ialah Masjid kesayangan saya Masjid India Muslim Ulu Temiang tidak kena banjir!.

Tuesday, July 1, 2008

Politics and Crime, P. Ramlee and Clint Eastwood.

Mario Puzo must be a genius in coining the phrase "Politics and crime, they are the same" for the film The Godfather Part III. For the past few days the main issue in the local mass media is about the accusation of sodomy against former Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). DSAI ia a politician, sodomy is a crime in this country and falsely accusing somebody of sodomy is also a crime. So that is where the two words 'politics' and 'crime' are coined at the moment.

As the police are making their investigations let them be. We should not make any conclusions of our own. But what made me laugh was when Dr. Wan Azizah who is DSAI's wife and also the official president of the party that DSAI un-officially leads claimed that all these are the ruling party's conspiracy. She showed as proof the photo of the accuser standing side by side with an assistant of the supposed government chief conspirator. I asked myself "Have you seen a group of conspirators take a group photograph before committing a crime?". Actually yes. But only in a movie.

The movie was 'Enam Jahanam' meaning 'The Condemned Six' directed by P. Ramlee who also acted in the main role. In the movie six men took a group photograph before raping and murdering P. Ramlee's wife acted by Nor Azizah. Somehow P. Ramlee got hold of the photograph and traced every one of the six, committing his vengeance by killing them in the process. Towards the end he was helped by Yusof Latif who acted as a bounty hunter. As far as I know this is the only time in the Malay movie industry where the role of bounty hunter is used.

The term 'bounty hunter' or 'bounty killer' was first used in the western or cowboy movies. A bounty hunter made a living out of collecting rewards for catching wanted criminals dead or alive. Clint Eastwood made this character famous when he acted as one in the so called 'Spaghetti Westerns'. I think P. Ramlee got the bounty hunter idea from the 'Spaghetti Westerns' which was popular in the late sixties as Enam Jahanam was made during that time.

Clint Eastwood further starred as a bounty hunter in High Plains Drifter and Unforgiven where he won the Best Director's Oscar Award. At the same time he killed bounty hunters in The Outlaw Josey Wales and Pale Rider.

So whether DSAI will do like what P. Ramlee did in Enam Jahanam and at the same employ a bounty hunter like Clint Eastwood is left to be seen.

Like Mario Puzo, P. Ramlee and Clint Eastwood are also geniuses.





Melawat Menara ATC, KLIA

Semalam saya bersama kawan-kawan saya dari Malaysian Wings telah melawat Menara ATC (Air Traffic Control) KLIA, Sepang. Inilah gambar-gambar yang sempat poskan. Menara ini dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia (DCA).

Menara


Selamat Datang ke DCA


Panel


Geng saya. Gambar dengan ihsan Alan Bligh, yang paling kanan tu. Dia pernah menjadi juru acara TV RTM. Saya yang paling tua dalam geng ini.

Saya dengan Terminal sebagai latar belakang