Saya mencium tangan emak di Hari Raya Aidilfitri tahun 2010.
Emak dengan cucu-cucunya Ina, Halimi (anak-anak saya) dan Hizam (anak Shamsiah).
Pos ini mengenai arwah emak saya. Jadi tak payahlah saya bercerita mengenai kenakalan kami adik-beradik. Cuma saya hendak menekankan mengenai reaksi emak terhadap kenakalan kami itu.
Saya, Zahari dan Pak Yo bukanlah manusia kejam terhadap binatang. Kami juga memelihara ayam, itik dan kucing. Kami cuma hendak mengajar jiran kami yang memikirkan dengan kekayaan mereka, kami boleh dibuli. Seperti yang saya katakan, mereka juga memelihara anjing, mungkin supaya harta mereka payah diceroboh. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh melepaskan binatang peliharaan mereka menceroboh harta emak.
Kerana biri-biri mereka diperangkap di sawah emak, dengan senang kami mengambil lumpur dari sawah itu dan melumurkannya ke badan biri-biri Seliah. Kemudian binatang malang itu kami lepaskan.
Seliah dan keluarga tidak perlu menyiasat siapa yang 'mengajar' biri-birinya. Dia tahu ini kerja 'anak-anak Dagho'. Dia pun meluru datang ke rumah emak dan mengeluarkan bahasa mencarut.
Emak boleh memilih jalan senang dengan menjawab 'Mano akak tau yang anak-anak ayo yang buek kojo tu?'. Sepanjang hayatnya emak cukup menjaga budi bahasa. Dia tetap memanggil Seliah dengan panggikan 'akak', walau pun Seliah itu musuhnya.
Emak juga tidak pernah membahasakan dirinnya 'den' bila bercakap dengan orang. Dengan orang lebih tua dan sebaya dia membahasakan dirinya 'ayo' dan dengan orang lebih muda 'akak', 'mak cik' dan 'wan'. Setahu saya juga, emak tidak pernah mencarut.

Seolah-olah mengakui anak-anak dan adiknya yang mendera biri-biri Seliah, emak mempertahankan kami dengan berkata Seliah dan keluargalah yang bersalah kerana melepaskan ternakan mereka tanpa kawalan.
Selepas itu hubungan keluarga Seliah dengan keluarga emak yang selama ini dingin, terus merudum. Tetapi yang lebih penting ternakannya tidak lagi menceroboh ke tanah kami. Seliah dan suaminya Pilus sudah meninggal dunia berpuluh tahun yang lalu.
Setelah kematian emak dan ayahnya, Bedah telah berdamai dengan emak. Dia masih hidup dan duduk di kampung dengan anak-anaknya setelah suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada abangnya Yusuf.
Semasa episod biri-biri abang saya Shamsudin (yang kami panggil Bang Ngah) sudah memasukki sekolah menengah di Seremban. Syukurlah adik-adik emak Saleha dan Banun bersuamikan anggota Polis dan mereka bekerja di Seremban. Bang Ngah tinggal di rumah mereka.
Semasa Bang Ngah bersekolah di Seremban, emak berkahwin dengan suami ketiga, bernama Mohd. Zain. Perkahwinan emak ini banyak mengubah hidup saya sebenarnya dan tidak payahlah saya mencerikannya. Saya pernah menunjukkan satu deraf bertajuk 'Dianak tirikan' kepada anak-anak saya untuk diposkan ke blog saya ini, tetapi mereka melarang kerana mungkin menyinggung hati orang lain.
Seperti yang saya katakan, emak tidak pernah membahasakan dirinya 'den'. Begitu juga adik-adiknya walau pun emak dan ayah mereka atau wan dan atuk saya menyebut 'den'. Tetapi suami ketiga emak ini membahasaakan dirinya 'den' sewenang-wenangnya kepada emak dan anak-anak emak. Itulah satu contoh budaya yang dibawanya kepada keluarga emak.

Emak berkahwin semasa saya di Darjah 5 pada awal tahun 1960. Mereka kemudian mendapat anak yang diberi nama Faridah. Tetapi semasa Faridah berumur beberapa bulan, emak diceraikan dan dia menjadi janda semula. Mohd. Zain kemudian berkahwin dengan seorang janda bernama Tijah di kampung kami juga.
Pada bulan Februari tahun 1962 saya berjaya masuk ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Tanjong Malim, Perak. Bang Ngah pula sudah berpindah ke Sekolah Tuanku Muhammad (TMS), Kuala Pilah dan tinggal di asrama. Emak membawa Faridah menghantar saya ke Tanjong Malim dengan adiknya Ibrahim.
Bang Ngah kemudian berjaya memasuki Sekolah Alam Shah, Jalan Cheras, Kuala Lumpur, pada tahun 1963. Sudah tentu emak berbangga kerana dua orang anaknya berjaya memasukki sekolah berasrama penuh atau SBP. Ini satu contoh ketegasan emak kepada anak-anaknya tentang pelajaran dari mula lagi, walau pun kami tinggal di satu kampung yang 'ulu' di daerah Jelebu yang juga 'ulu' jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Negeri Sembilan.
Perkahwinan Mohd. Zain dengan Tijah tidak menghasilkan anak walau pun Tijah mempunyai beberapa orang anak dengan suami sebelumnya, Rashid. Mungkin kerana itu, Mohd. Zain sering datang ke rumah emak untuk berjumpa dengan anaknya Faridah. Akhirnya Mohd. Zain menceraikan Tijah dan berkahwin semula dengan emak. Jadilah emak seperti Elizabeth Taylor yang kahwin dua kali dengan suaminya Richard Burton.
Ada cerita sampingan mengenai Tijah yang menjanda dua kali itu. Tijah becerai dengan suami pertamanya Rashid kerana Rashid menjadi tidak siuman dan dimasukkan ke Hospital Bahagia, sama ada di Tanjong Rambutan, Perak atau Tampoi, Johor, saya kurang pasti. Sebelum itu Rashid menjadi tukang gunting. Anak-anak emak termasuk saya dan Pak Yo sering bergunting rambut dengannya. Bila Tijah menjadi janda itulah Mohd. Zain menceraikan emak saya dan berkahwin dengannya.
Bila Tijah diceraikan oleh Mohd. Zain (dan sudah tentulah setelah habis edah) jiran di depan rumahnya yang saya lupa namanya menceraikan isterinya dan berkahwin pula dengan Tijah.
Cerita itu tidak habis kerana Rashid kemudian pulih dari sakitnya dan balik ke kampung. Tetapi dia mendapati isterinya telah diambil orang, bukan sekali tetapi dua kali. Dia tidak ada pilihan lain dari mengahwini janda kepada jiran depan rumahnya yang mengambil isterinya itu. Di lain perkataan Rashid dengan jiran depan rumahnya bertukar isteri secara sah dengan bapa tiri saya Mohd. Zain berada di tengah-tengah.
Perkahwinan kedua antara emak dengan Mohd. Zain menghasilkan seorang anak lagi bernama Abdul Razak pada tahun 1965. Perkahwinan mereka kali ini kekal, walau pun emak sekali lagi menghadapi cubaan.
Pada tahun 1984 bapa tiri saya Mohd. Zain kena 'stroke' yang mengakikbatkan dia lumpuh setengah badan, iaitu sebelah kanan. Dia berkeadaan begitu sehingga akhir hayatnya pada tahun 2003 dn emaklah yang menjaganya selama itu..
Abang saya Shamsudin meninggal dunia pada tahun 2009 semasa berumur 61 tahun. Adik saya Zahari pula baru meninggal dunia pada bulan Ogos 2018 semasa berumur 66 tahun.
Lima dari adik-adik emak telah meninggal dunia, yang terbaru Pak Yo Zolkopli pada awal tahun 2018. Cuma Mak Cik Saleha yang tinggal sekarang.
Setelah suami ketiganya meninggal dunia, emak pada mulanya tinggal seorang di kampung. Kemudian dia tinggal dengan adik saya Shamsiah sehingga tahun 2011. Dari tahun itu pula saya, Zahari, Shamsiah dan Razak menjaganya secara bergilir sehinggalah Zahari kena 'stroke' pada tahun 2017.
Sejak itu Razak menjaga emak, mula-mula di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan kemudian mengikut Razak berpindah ke Seremban beberapa bulan yang lalu sehingga akhir hayatnya.
Al Fatihah untuk emak. Semoga emak tenang di alam barzakh.