Monday, July 30, 2012

"Tahniah, Simcard anda telah terpilih memenangi wang RM 30,000.00......"


Itulah sebahagian mesej yang saya terima di Tab saya berapa hari yang lepas. Ia menyatakan saya telah memenangi peraduan yang diadakan oleh satu syarikat minyak. Mesej itu juga meminta saya menalipon satu nombor telefon bimbit. Tetapi hati saya telah curiga dari mula lagi berasaskan perkara-perkara berikut:

  1. Setahu saya syarikat-syarikat minyak akan mengumumkan nama-nama pemenang apa-apa peraduan mereka di akhbar.
  2. Saya tidak memasuki apa-apa peraduan pembelian minyak untuk sekian lama. Di situ pun saya masukkan nombor telefom bimbit biasa saya, bukan nombor telefon untuk Tab.
  3. Mesej dihantar oleh satu nombor bermula dengan 014. Tetapi saya diminta untuk menghubungi nombor bermula dengan 017.
Untuk memuaskan hati saya menalipon nombor pertama (014). Tak ada jawapan. Kemudian saya menalipon nombor kedua (017). Kali ini ia di jawab oleh seorang lelaki bukan Melayu dan juga saya syak bukan orang Malaysia. Sama ada dia orang Bangladesh, India atau Indonesia. Mungkin juga orang Afrika yang boleh bertutur Bahasa Melayu sedikit.

Dia mengesahkan saya telah memenangi peraduan tersebut dan terus bertanya di bank mana wang itu harus dimasukkan. Saya pun memberikan nama bank di mana saya mempunyai akaun dengan baki duit berpuluh ringgit sahaja. 

Kemudian dia meminta saya pergi ke mana-mana tempat di mana ada ATM bank tersebut. Saya mula syak sesuatu. Kalau dia mahu memasukkan wang kepada akaun saya, apa perlu saya pergi ke mana-mana mesin ATM. Minta nombor akaun sudahlah.

Saya bertanya kenapa saya perlu pergi ke mesin ATM. Dia menjawab dia akan beritahu bila saya berada di mesin ATM nanti. Dia meminta saya menaliponnya balik bila sampai ke mana-mana mesin berkenaan. Katanya lagi wang akan dimasukkan ke akaun saya dalam lima minit saya menekan beberapa kekunci di mesin ATM.

Saya pun terus menalipon 103 Telekom Malaysia untuk mendapatkan nombot ibu pejabat syarikat minyak tersebut. Nombor 'bertunang' walau saya telah mendail beberapa kali.

Saya telefon 103 sekali lagi dan kali ini diberi nombor tol percuma khidmat pelanggan syarikat minyak tersebut yang bermula dengan 1800. Sekali dail sahaja saya sudah dilayan. Saya pun terus menceritakan pengalaman saya beberapa minit sebelum itu.

Pegawai di khidmat pelanggan terus menyatakan itu satu penipuan. Dia telah banyak menerima pertanyaan yang serupa.

Saya berfikir kembali dan bertanya sendiri jika apakah yang mungkin berlaku jika saya pergi ke mana-mana mesin ATM seperti yang diminta pada awalnya. Inilah yang mungkin berlaku:
  1. Saya diminta memberikan nombor akaun, nombor kad ATM dan juga nombor PIN.
  2. Saya diminta membuat pemindahan sedikit wang sebagai 'bayaran perkhidmatan' sebelum wang hadiah dimasukkan ke dalam akaun saya.
Akhirnya bukan sahaja saya tidak menerima apa-apa 'hadiah' tetapi wang saya hilang. Saya tidak tahu beberapa ramai sebelum saya ini telah tertipu tetapi malu untuk membuat apa-apa aduan.

Wednesday, July 18, 2012

"Aku tak tahan kena air-con"

Kepada kawan yang dimaksudkan aku minta maaf jika tulisanku ini mengaibkan kau. Aku tidak bermaksud begitu.

Sudah menjadi kebiasaan kawan-kawan sekolah ku berjumpa sebulan sekali. Kebetulan kami dari sekolah asrama penuh, dari itu bila berjumpa banyak cerita-cerita lama yang kami bincangkan.

Ada seorang kawan aku ini tidak pernah masuk campur dalam sembang bulanan yang kami panggil 'sessi teh tarik' ini. Tetapi baru-baru ini aku hairan apabila dia tiba-tiba menunjukkan minatnya. Akaun 'facebook'nya yang selama ini tidak aktif, tiba-tiba aktif. Gambar profilnya yang dibiarkan kosong tiba-tiba memunculkan gambarnya. Aku pun turut gembira kerana perkembangan positif ini.

Selama ini kami mengadakan perjumpaan bulanan merata-rata tanpa tempat yang tetap. Tetapi kebetulan seorang kawan kami menjadi ahli kepada satu kelab eksklusif. Dia pun menawarkan untuk kami bersessi teh tarik di kelabnya. Selepas ini aku akan menyebutnya sebagai tuan rumah sahaja.

Apabila notis dikeluarkan dalam 'facebook' oleh tuan rumah antara yang mula-mula menjawab akan hadir ialah kawan yang baru muncul ini. Sehingga dia bertanya kat aku kenapa si polan dan si polan tidak dijemput sama. Aku jawab aku bukanlah tuan rumah dan juga jika si polan dan si polan itu membuka 'facebook' mereka sudah tentu mereka juga nampak akan jemputan kali ini.

Tibalah masa untuk sessi teh tarik ini beberapa malam yang lepas. Akulah yang mula-mula sampai sedangkan tuan rumah tak nampak batang hidung lagi. Cuba teka siapa yang kedua sampai? Tak lain tak bukan ahli kumpulan kami yang baru itu. Cukup bersemangat dia.

Apabila tuan rumah sampai bersama kawan-kawan yang lain kami berborak sebentar di lobi kelab. Kawan-kawan yang sudah biasa agak terperanjat dengan kehadiran ahli kami yang paling baru ini. Oleh kerana dia kawan sekelas dengan aku, akulah yang memperkenalkannya dengan kawan-kawan lama itu.

Tuan rumah kemudian mengajak kami masuk ke satu bilik khas berhawa dingin yang sudah ditempahnya. Dia pun memanggil seorang pekerja kelab dan menanya kami seorang demi seorang apa makanan yang kami ingin tempah. Tidak kira apa yang kami makan, akhirnya kami akan bayar secara purata. Sementara menanti makanan tiba,  kawan baru kami tiba-tiba keluar meninggalkan bilik tanpa memberi apa-apa alasan. Tekaan kami dia hendak ke tandas atau merokok di luar bangunan kelab. Tetapi fakta kedua ini jika benar akan memeranjatkan aku, sebab setahu aku dia ini tidak merokok.

Tunggu punya tunggu kawan kami ini tidak muncul-mucul. Sehingga masuk beberapa orang kawan yang lewat sampai kawan ini tidak mucul kembali. Kami semua merasa cemas dan mereka semua meminta aku menaliponnya. Tapi apa yang ada padaku ialah nombor telefon rumahnya. Walau bagaimana pun aku takut untuk memanggil nombor itu. Buat-buat dia belum sampai ke rumah, nanti apa pula sangkaan keluarganya?

Tiba-tiba aku lihat ada mesej melalui program 'facebook' di telefon bimbitku. Mujur juga telefon bimbitku ada kemudahan internet. Kawan kami yang tiba-tiba hilang itu meminta maaf terpaksa beredar kerana tidak tahan kesejukan dalam bilik berhawa dingin. Tangannya gatal-gatal terkena angin 'air-con' katanya,

Sayang seribu kali sayang dia yang baru sahaja hendak bermesra semula dengan kawan-kawan lama satu sekolah hanya dapat berbuat demikian untuk beberapa minit. Tuan rumah kenalah memikirkan sesuatu untuk sessi akan datang selepas raya nanti.

Sementara itu kita lupakanlah episod itu dan tumpukan perhatian kepada abidat berpuasa di bulan Ramadan nanti.

Tuesday, July 17, 2012

Toffee and choc ice.



I had an Indian subordinate in my my office. For an Indian he was quite dark and big in size too. One day I was introduced by him to a Chinese friend who was a member of the public. During our brief conversation this Chinese friend referred my Indian subordinate as 'Toffee'. My subordinate seemed not to bother about this. But when I looked at him I said to myself "Yeah, he looks like a toffee himself".

But when I thought deeply I realised that referring my Indian friend as 'Toffee' was in fact a racial slur. I would never accept it if somebody called me 'Hash Brown' just because of the colour of my skin. I am sad to say that this Indian friend was dismissed from service due to disciplinary reasons. Nevertheless I am glad it was not due to the colour of his skin or his body size. He shied away from his friends, including me since.

Now we hear about a football player calling another football player 'choc ice' which means a black man who  thinks he is white. This was after another footballer had been found not guilty for uttering racial slurs while playing football. 

Suddenly I think about my Indian friend. I wonder where my Indian friend is now. Oh yes, I never called him 'Toffee'. 


Saturday, July 14, 2012

Kita asyik berdemo dan berkonvensyen, orang asing mengotorkan bandaraya kita.


Gambar di atas bukan diambil di Jakarta, Bandung atau Manila. Tetapi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Pagi tadi saya menghadiri satu konvensyen di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Semasa ucapan pembukaan penganjur konvensyen menyatakan Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur sangat strategik. Di situlah berlaku demonstrasi yang di namakan Bersih 1, 2 dan 3 dan pada petang tadi juga diadakan satu lagi demonstrasi yang dinamakan Oren.

Sedang konvensyen berlaku saya pun memandang sekeliling untuk mencari apa-apa yang boleh digambarkan. Saya pun ternampak pandangan di atas. Kata orang 'a picture is worth a thousand words', jadi tidak payahlah saya menerangkan panjang lebar mengenai gambar tersebut.

Cuma saya berani menyatakan perbuatan membuang sampah itu dilakukan oleh pendatang asing yang membanjiri Kuala Lumpur sekarang. Semasa menuju ke stesen monorail dalam perjalanan pulang saya terasa seolah-olah berada di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Lagu-lagu minang dan dangdut terdengar di sana-sana sini.

Inilah akibat kita asyik bergaduh sama sendiri, berdemo dan berkonvensyen. Sedangkan orang asing datang mengotorkan negara kita. Ini saya belum sebut lagi masalah sosial yang mereka bawa bersama.

Kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur saya ada satu cadangan, hasil dari pengalaman saya bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT. Adakan satu gotong-royong dan paksa penghuni-penghuni yang membuang sampah itu memungut sampah yang mereka sendiri buang itu. Letak beberapa orang sahaja pekerja DBKL untuk membantu, terutama jika apa-apa jentera diperlukan.

Dengan cara itu si pengotor akan terasa, kerana mereka akan memungut sampah yang mereka buang sendiri. Jika tidak selagi kita asyik berdemo dan berkonvensyen orang asing akan terus mengotorkan negara kita. 

Thursday, July 12, 2012

Bila Al Quran disalah tafsir.



Saya bukanlah seorang yang arif tentang agama Islam. Saya langsung tidak tahu berbahasa Arab. Oleh itu jika ada apa-apa yang saya tulis ini salah atau menyinggung sesiapa saya minta berbanyak-banyak maaf. Tolong betulkan jika perlu.

Kenapa filem Hollywood pendek jika dibandingkan dengan filem Bollywood dan filem Melayu sedangkan isinya padat? Kerana dalam banyak situasi filem Hollywood tidak perlu dialog atau monolog untuk menjelaskan sesuatu.

Di dalam The Godfather Part II ada adegan dimana seorang ketua Mafia beresedia untuk memberi keterangan di Jawatankuasa Senat yang boleh menjatuhkan terus organisasi jenayah Godfather dan membolehkannya dipenjara. Tetapi disaat ketua Mafia itu hendak memberi keterangan tiba-tiba muncul abangnya yang selama ini menetap di Sicily dan bertembunglah empat biji mata tanpa dialog. Seperti senikata lagu 'Madah Pujangga':-
  • Mata bertentang mata
  • Lidah kelu untuk berkata
Akibatnya ketua Mafia tadi mengubah keterangannya dan Godfather dibebaskan. Oleh kerana tiada dialog antara mereka, terpulanglah kepada penonton untuk menafsir apakah yang ingin disampaikan oleh si abang kepada si adik. Mungkin "Kalau kau tak ubah keterangan aku akan mati dibunuh (oleh Godfather)". Mungkin juga "Kenapa kau nak jatuhkan orang sebangsa kita?".


  • Semasa saya menunaikan Haji di Makkah dulu diantara solat-solat di Masjidil Haram saya suka membaca Al Quran yang mempunyai terjemahan dan nota dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimana pun tidak semua ayat dan terjemahan mempunyai nota. Tetapi apa yang memeranjatkan saya ialah ada nota yang bercanggah antara satu Surah dengan satu Surah. Contohnya Fardhu Haji ada ditulis dalam beberapa Surah Al Quran. Tetapi saya dapati ada nota(bukan terjemahan) mengenai Saie diantara Safa dan Marwah berlainan diantara satu Surah dengan Surah yang lain. 


  • Mungkin nota itu ialah pemahaman penulis mengenai ayat atau terjemahan itu. Bagi saya tak apalah asalkan ayat asal dan terjemahannya tidak diubah. Saya menyesal tidak dapat membawa balik Al Quran dengan terjemahan dan nota dalam Bahasa Inggeris itu ke Malaysia. 


  • Kalau kita lihat Surah Al-A'raaf ayat-ayat ke-12, 13, 14, 15, 16, 18, 24 dan 25 bermula dengan 'Qa La'. Tetapi terjemahannya  tidak sama. Ia sama ada 'Allah berfirman' atau 'Iblis berkata' di mana yang tepat. Tetapi bagi mereka yang tidak dapat menafsir Al Quran dengan betul ada kemungkinan ayat-ayat tersebut disalah ertikan.


Kenapa saya berkata begini? Kerana apa yang telah terjadi kepada Hamba Allah bernama Khalil Afandi bin Abdul Hamid yang mati ditembak polis di kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada Hari Isnin 9 Julai 2012 yang lalu.

Alhamdulillah saya telah selesai membaca semua 17 pos Allahyarham yang ditulis dalam satu bulan iaitu Jun 2012. Saya baca dengan komen-komennya sekali. Yang banyak menulis komen ialah seorang yang bernama 'dhada'. Kalau tekaan saya tidak salah 'dhada' ialah Mudhalina bt Ahmad yang datang bersama Allahyarham ke kompleks tersebut. Mudhalina atau 'dhada' cuma cedera kena tembak di peha. 

Saya dapati Allahyarham banyak menurunkan ayat-ayat Al Quran beserta terjemahan dalam blognya. Dari itu saya membuat kesimpulan Allahyarham telah membaca Al Quran dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Naas. Bukan setakat membaca, tetapi memahami akan terjemahannya. Cuma di segi tafsiran mungkin Allahyarham berlainan  pendapat dengan orang lain. 

Kenapa saya kata begitu? Kerana Allahyarham sering menyebut Allah (sebagai Allah Tuhanku) dan Iblis dalam tulisannya. Mungkinkah Allahyarham keliru seperti ada pembaca mungkin keliru dengan terjemahan Surah Al-A'raaf ? Atau seperti penulis nota Al Quran terjemahan Bahasa Inggeris di Masjidil Haram itu?

Kebetulan Allahyarham juga meminati filem The Godfather.

Tanpa prasangka, ikhlas dari saya.
    

Wednesday, July 11, 2012

"Dia lupa kenapa dia datang ke sini"



Beberapa hari lepas saya menonton semula filem kegemaran saya The Guns of Navarone yang saya minati sejak di sekolah lagi. Filem menceritakan sekumpulan komando yang hantar ke pulau Navarone, satu wilayah Greece di Perang Dunia Kedua untuk meletupkan dua meriam gergasi kepunyaan tentera Germany. Kumpulan komando ini mengandungi pakar mendaki gunung, pakar letupan dan tidak kurang pakar membunuh jarak jauh dan dekat.

Dalam kumpulan itu ada satu karaktor bernama Spyros Pappadimos, seorang keturunan Greece tetapi telah menetap lama di Amerika. Di Navarone dia ditemukan dengan kakaknya yang mengetuai satu gerakan bawah tanah menentang penaklukan oleh Germany. Spyros ditugaskan membuat kacau sebanyak yang boleh dan membunuh apabila perlu sambil pakar-pakar bom meletupkan meriam Navarone. Tetapi Spyros telah hilang akal, membunuh lebih dari perlu dan akhirnya dia sendiri terbunuh.

Selepas The Guns of Navarone berjaya diletupkan kakaknya sedar adiknya tiada untuk merayakan kejayaan misi mereka dan dia pun mengagak adiknya Spyros terbunuh. Apabila dia bertanya bagaimana adiknya boleh terbunuh, seorang ahli misi menjawab "He forgot why he came here" atau "Dia lupa kenapa dia datang ke sini".

Itulah juga yang terjadi kepada seorang hamba Allah bernama Khalil Afandi bin Abdul Hamid yang terbunuh di perkarangan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada Hari Isnin 9 Julai 2012 yang lepas. Khalil terbunuh setelah ditembak oleh pihak polis di luar kompleks Jabatan Perdara Menteri setelah diberitakan mengamuk dengan pedang Samurai dan mengaku dirinya Imam Mahadi.

Rupa-rupanya Allahyarham Khalil juga ada menulis blog. Saya sempat membaca sebahagian blognya sebelum ia ditahan atau 'blocked'.  Saya tidak tahu mengapa blognya ditahan dan siapa menahannya. Tetapi dari apa yang sempat dibaca saya anggap Khalil bukanlah sebarang manusia. Artikelnya panjang-panjang dan dari pengalaman saya menulis blog saya tahu setiap artikel dikarangnya dalam tempoh beberapa jam.

Saya anggap setiap penulis blog sebagai manusia yang luar biasa. Ramai orang mempunyai akaun laman sosial seperti Facebook tetapi tidak ramai yang mempunyai blog.  Di dalam hal ini saya sering menegur isteri saya yang tidak dapat membezakan antara  blog dengan Facebook. Apabila saya menulis blog dia ingat saya sedang 'chatting' di Facebook. Ramai penulis blog yang saya tahu menulis separuh jalan. Jika meneruskan pun setakat 'copy and paste' atau salin dan tampal sahaja. Mereka seolah-olah hilang idea. 

Tetapi tidak Allahyarham Khalil. Dalam hanya sebulan iaitu Jun 2012 ialah telah menulis berpuluh artikel dalam blognya, kalau tak salah saya. Tulisanya pula boleh mempengaruh pembaca. Jika tidak masakan Allahyarham datang ke Putrajaya dengan seorang wanita yang terpengaruh dengan tulisannya. Ini berbeza dengan saya yang menulis tidak sampai sepuluh artikel dalam sebulan. Sayang sekali Allahyarham tidak dapat lagi meneruskan menulis.

Saya bukan seorang pakar psikologi. Tetapi dari akaun Facebook saya dapati Allahyarham seorang yang tidak ramai kawan. 'Friends' Facebooknya hanya berbelas orang walau pun Allahyarham mempunyai dua akaun. Mungkinkah kerana kurang kawan menyebabkan beliau bertindak seperti mana yang telah terjadi itu?

Apabila Allahyarham datang dengan seorang teman wanita ke Jabatan Perdana Menteri sudah tentu dia tidak terfikir akan ditembak mati. Saya tidak pasti sama ada Allahyarham terpengaruh dengan filem seperti 'Rambo, First Blood'. Tetapi itu adalah filem, di mana Rambo tidak dapat dibunuh walau pun beratus anggota bersenjata dikerah memburunya setelah membuat kacau di satu balai polis.

Cuma agaknya dia lupa kenapa dia datang ke situ.

Sunday, July 8, 2012

"Dulu Pak Cik kerja kedai basikal ke?"

Dua tahun lepas kerajaan kita mengadakan Banci Penduduk dan Perumahan dan saya terlibat dengan banci tersebut. Di antara soalan yang ditanya dalam borang selidik ialah berapa kenderaan yang dipunyai oleh tiap-tiap keluarga. Kemudian soalan dipecahkan kepada berapa kereta, berapa motosikal dan berapa basikal.

Boleh dikatakan setiap keluarga mempunya sama ada kereta atau motosikal atau kedua-duanya sekali. Tetapi bilangan yang mempunyai basikal amat mengecewakan, sekurang-kurangnya bagi saya. Pertama mungkin kerana saya mempunyai ketiga-tiga kenderaan tersebut. Tetapi yang lagi mengecewakan saya ialah kebanyakan basikal yang dipunyai oleh satu-satu keluarga ialah basikal mainan untuk anak-anak mereka. 

Tetapi jawapan saya untuk soalan ini senang sahaja. Kita sedang menuju taraf negara maju dan kita tidak mahu dilihat mundur ke belakang. Dulu kita menggunakan basikal. Kemudian apabila taraf hidup kita bertambah baik kita membeli motosikal atau skuter. Akhirnya kita membeli kereta, dari satu ke dua dan seterusnya. Sebagai contoh di deret rumah saya ini setiap rumah mempunyai sekurang-kurang dua kereta, termasuk saya sendiri. 

Dari itu kita tidak mahu menoleh ke belakang dengan kembali kepada basikal. Sedangkan di negara maju seperti Jepun semua orang tidak malu untuk berbasikal. Harap-harap cepatlah negara kita maju supaya kita kembali berbasikal balik. 

Pagi tadi di pusingan akhir 'jogging' saya ternampak anak seorang jiran saya cuba membaiki basikal kawannya. Apa yang perlu dibuat ialah meninggikan tempat duduk penunggang. Tetapi saya lihat anak jiran saya cuba menggunakan 'pliers' untuk tujuan tersebut. Sudah tentu tidak boleh kerana 'nut' yang memegang tempat duduk itu bersaiz 14 mm iaitu itu terlalu besar untuk 'pliers' bersaiz sederhana.. Saya pun mengajak budak yang punya basikal ikut ke rumah saya.

Saya terus mengeluargan 'spanner' no 14 dari skuter saya dan membetulkan tempat duduk basikal budak tadi. Rupa-rupanya seorang lagi kawannya mempunya masalah yang sama. Cuma tempat duduk basikalnya tidak menggunakan 'nut' tetapi satu 'clamp' yang boleh dibuka dengan tangan. Masalahnya ialah 'clamp' itu telah longgar, oleh itu tempat duduknya  berada di paras minima. Saya pun mebetulkan kekuatan 'clamp' tadi, menaikkan paras tempat duduknya dan akhirnya menutup 'clamp'. Saya sempat menasihat budak kedua tadi bahawa walau pun tempat duduknya agak canggih tetapi pencuri boleh mencuri tempat duduknya dengan menggunakan tangan sahaja. Oleh itu dia tidak boleh meletakkan basikalnya di mana-mana.

Lepas itu budak kedua terus bertanya "Dulu Pak Cik kerja kedai basikal ke?". Saya tanya balik kenapa dia tanya bagitu. Dia jawab saya boleh baiki dua-dua basikal dengan senang sahaja. Lebih-lebih lagi saya tahu 'spanner' nombor berapa patut digunakan. Memang saya ada menyebut 'Nombor 14' apabila melihat basikal pertama. 

Saya jawab saya tak pernah kerja di kedai basikal, tetapi saya menyimpan satu set 'spanner' yang boleh digunakan untuk basikal, skuter dan kereta saya. Untuk kerja-kerja kecil macam tadi tak payahlah hantar basikal ke kedai. 

Mungkin saya sudah dapat satu lagi jawapan kenapa orang kita jarang menggunakan basikal. Bila ada basikal tak kan nak naikkan tempat duduk pun nak hantar basikal ke kedai. Tetapi bila tahu buat nanti takut ada orang bertanya "Dulu Pak Cik kerja kedai basikal ke?".

Tidak semua khidmat di pusat sehenti baik.

Saya menulis pos ini kerana tertarik dengan apa yang berlaku di satu kedai alat-alat elektrik di Karamunsing, Sabah yang disiarkan di Youtube di sini.. Saya akan menggunakan istilah pusat sehenti untuk menceritakan kedai alat-alat elektrik itu selepas ini. Apa yang saya difahamkan ialah seorang peniaga di sana berang kerana ramai pelanggannya telah 'lari' ke pusat sehenti itu dan membeli alat-alat elektrik di sana.

Saya tidak pernah membeli apa-apa alat elektrik dari pusat sehenti yang diserang itu walau pun ia mempunyai cawangan di Seremban di mana saya tinggal. Tetapi dari gamabr video yang saya lihat pusat sehenti itu menjual alat dari telefon bibit kepada komputer, kamera, television, peti sejuk dan lain-lain. Itulah sebab kenapa saya memberinya gelaran pusat sehenti.

Pusat sehenti tidak terhad kepada alat-alat elektrik sahaja. Pusat Perniagaan atau 'Shopping Complexes', Pasaraya dan Pasar Hyper adalah juga pusat sehenti kerana kita boleh mendapat segala-galanya di situ. Ada Pasar Hyper mengandungi bank, pejabat pos, restoran makanan segera dan juga apa yang dipanggil 'food-court'.

Konsep pusat sehenti adalah baik kerana kita boleh mendapat banyak khidmat di bawah satu bumbung. Kemudahan tempat letak kereta biasanya disediakan. Kita hanya perlu meletak kereta di satu tempat dan kita boleh merayau di kompleks berkenaan dan mendapatkan apa yang kita hendak. 

Ada juga pusat sehenti yang memberi khidmat kepada kereta sahaja. Di situlah pelanggan boleh menukar tayar kereta, membuat 'alignment' tayar, 'tuning' enjin dan menukar minyak hitam.

Ini mengingatkan saya beberapa bulan yang lepas apabila menantu lelaki saya meninggalkan keretanya kepada saya. Dia ingin saya menukar keempat empat tayar kereta, membuat 'alignment' tayar dan akhirnya menukar minyak hitam serta penapisnya sekali. Saya pun membawa keretanya ke tiga tempat yang berlainan. Di kedai pertama saya menukar tayar keretanya, di kedai kedua tayarnya dibuat 'alignment' dan akhirnya di kedai ketiga minyak hitam dan penapisnya ditukar.

Apabila saya menunjukkan tiga resit yang berlainan kepada menantu saya dia hairan dan bertanya kenapa saya tidak menghantar keretanya ke satu tempat sahaja. Saya jawab memang ada di Seremban ini kedai yang memberi ketiga-tiga khidmat tersebut tetapi sudah menjadi kebiasaan saya menghantar kereta ke tempat-tempat yang berasingan jika ia memerlukan apa-apa khidmat.

Mungkin kerana pengalaman lama tinggal di bandar Seremban yang sederhana besarnya ini dan juga kerana pernah bekerja di Majlis Perbandaran Seremban membuatkan saya tahu di mana kedai-kedai yang memberi khidmat khusus yang terbaik. Contohnya saya tahu kedai mana yang boleh memberi khidmat telefon bimbit yang baik untuk saya dan juga saya tahu dimana untuk menghantar television saya jika ia rosak.

Ada satu kedai yang terletak di pinggir bandar Seremban yang memberi khidmat 'alignment' tayar semata-mata. Walau pun kedai ini tidak menjual dan memasang tayar tetapi pelanggan yang perlu khidmat 'alignment' tayar terpaksa menunggu berjam lamanya. Pelanggan sanggup bersabar kerana mereka tahu mereka menerima khidmat terbaik. 

Teori saya satu sahaja iaitu pusat sehenti sudah tentu tidak sanggup menggaji ramai pakar dalam satu bumbung. Mereka mungkin mempunyai pakar dalam bidang television tetapi tidak ada pakar dalam bidang kamera walau pun kedua-dua alat itu dijual dalam satu kedai.

Mungkin saya dianggap 'old fashioned' dalam hal ini, tetapi bagi saya apabila memerlukan satu-satu khidmat saya akan memilih dari tempat yang terbaik walau pun kedudukannya agak tersorok.

Friday, July 6, 2012

The doctor knows best.

I was not feeling well since Monday. On Tuesday morning I made my condition worse by walking uphill six times towards the water reservoir in front of my house. At the end of the walk my limb muscles were aching.

At the same time I felt a slight pain in my neck. On closer inspection I saw a little lump on the neck. When I showed this to my wife she told stories of people she knows who had their necks operated on. I then went to the government health clinic only one kilometer away from my house and asked to see a doctor.

The nurse at the counter asked what my problem was and  how long it had existed. When I told her everything she replied on cases like these the doctor would require for my blood samples to be taken. Unfortunately this health clinic which was just being upgraded from a maternal and child health clinic do not have a laboratory at the moment. So she suggested that I go to the main government health clinic across town which have the laboratory facilities.

So off I went to the other clinic. The thought of my blood samples being taken and then my neck being operated on had me worried. Fortunately I did not have to wait for so long to see a doctor at this clinic. I don't think this was because I am a senior citizen because the doctor asked me what I do for a living. Maybe the reason is there are now four government clinic in town, not to mention the 1Malaysia clinics. 

The doctor did the usual checks and told me not to worry and gave his prescription. I did spend more than 30 minutes there and I am feeling better now.

The doctor knows best.