ETS dan saya di Stesen KTM Ipoh
Kaunter tiket di KL Sentral. Kaunter No. 4 sudah tentu untuk OKU.
Tiket ke Ipoh. Saya naik ETS Silver dengan bayaran RM 20.00 untuk warga emas.
Tiket balik ke KL. Saya naik ETS Gold. Mahal sedikit.
Dalam ETS. Ada tempat barang dan TV.
Ditunjukkan juga kelajuan tren dan waktu semasa.
Stesen KTM Ipoh. Pertama kali saya ke sini pada tahun 1971.
Bukti saya dah ke Ipoh.
Dengan tiba-tiba saya terfikir untuk menaiki tren baru yang dipanggil ETS ke Ipoh. ETS bererti Electric Train Service atau Khidmat Tren Elektrik. Sebab utama saya berhajat menaikinya ialah kerana saya sudah mempunyai Kad Warga Emas, di mana sebelum ini saya diberi diskaun 50% apabila menaiki tren KTM Komuter. Tetapi saya sedikit kecewa apabila mendapat tahu untuk ETS warga emas hanya diberi diskaun 30%.
Saya boleh menaiki ETS di Seremban pada pukul 11.00 pagi tetapi saya bercadang untuk menaiki tren yang bermula dari KL Sentral pada pukul 10.45 pagi. Dengan ini saya boleh berada di Ipoh lebih lama sebelum balik pulang. Tetapi kerana kesilapan teknikal saya sendiri, saya hanya menaiki KTM Komuter dari Seremban pada pukul 9.30 pagi dan saya terlepas tren ETS pukul 10.45 pagi itu. Terpaksalah saya menaiki ETS pukul 11.55 dari KL Sentral, sedangkan tren yang sama bermula dari Seremban.
Ada 3 jenis perjalanan ETS. Pertama dinamakan Platinum iaitu perjalanan dari KL Sentral terus ke Ipoh tanpa henti melainkan berhenti sekejap di stesen lama Kuala Lumpur. Tren ini mengambil masa 1 jam 58 minit. ETS kedua dipanggil Gold dari KL Sentral ke Ipoh dengan berhenti di 8 stesen sahaja. Masa perjalanan ialah 2 jam 16 minit. ETS ketiga dipanggil Silver iaitu dari Seremban ke Ipoh. Masa diambil dari Seremban ke Ipoh ialah 3 jam 32 minit dan dari Ipoh ke Seremban 3 jam 25 minit. Dari KL Sentral pula ETS Silver mengambil masa 2 jam 32 minit. ETS Silver berhenti di 19 stesen dari Seremban ke Ipoh.
Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan khidmat ETS ini. Ia berhenti di tiap-tiap stesen tepat seperti masa yang dijanjikan. Penumpang juga boleh mengetahui kelajuan tren yang diterakan di TV.
ETS berpotensi untuk membawa penumpang di laluan Ipoh - Kuala Lumpur untuk pergi ke KLIA. Pihak-pihak tertentu hendaklah mempromosikan perkara ini. Di samping itu KTMB hendaklah membaiki khidmat KTM Komuter untuk menyenangkan penumpang di laluan Kuala Lumpur - Seremban dan Kuala Lumpur - Sungai Gadut menggunakan ETS juga.
Disamping itu KTMB sepatutnya memberi diskaun 50% kepada warga emas seperti diberi untuk tren KTM lain. Sedangkan LRT dan Monorail Kuala Lumpur pun akan memberikan diskaun 50% untuk warga emas mulai 1 Januari 2012 nanti. Bayangkan buat masa ini saya hanya membayar RM 3.00 untuk KTM Komuter dari Seremban ke KL sedangkan untuk ETS Gold dari KL ke Ipoh saya membayar RM 27.00 atau sembilan kali ganda.

3 comments:
Menarik cerita ini.. tengah tunggu dari penang ke kl pulak...
best baca cerita bro ni very informative. tengah tunggu dari penang ke kl..
Mama saya memeperkenalkan blog ini kepada saya.
I am a new seremban"ian"
You are a very good writer I find your thoughts fascinating and this is a very informative entry.Looking forward for my own ETS ride.
Salam perkenalan-Azura
Post a Comment