Saturday, February 26, 2011

Merlimau

Ada seorang kontraktor kerja-kerja pembersihan dan pungutan sampah di Seremban berasal dari Melaka. Sudah tentu dia berurusan dengan jabatan saya dahulu. Apabila kami diperkenalkan saya terus memberitahunya bahawa isteri saya orang Melaka juga, dari Merlimau. Komennya ialah "Bukan sebarang orang boleh berkahwin dengan orang Melemo (sebutan orang Melaka bagi Merlimau)". Jadi saya ini termasuk dalam golongan khas juga, agaknya.

Saya mula mendengar nama Merlimau semasa saya berumur 12 tahun apabila saya memasuki Sekolah Dato' Abdul Razak, Tanjong Malim (SDAR). Ada dua orang kawan sekelas saya berasal dari Merlimau. Saya merasa gerun apabila masuk sekolah berasrama penuh dan terpaksa berpisah dengan keluarga. Tetapi saya perhatikan kedua-dua budak Merlimau tadi tidak gerun langsung. Mereka dengan senang sahaja bergaul dengan kawan-kawan, sedangkan saya di minggu-minggu pertama rasa hendak menangis sahaja.

Apabila saya ditakdirkan berkahwin dengan orang Merlimau baharu saya tahu sebabnya. Keadaan Merlimau jauh berbeza dengan kampung saya di Jelebu, Negeri Sembilan. Itulah sebabnya dua orang kawan saya tadi tidak merasa takut apabila berpindah ke Tanjong Malim, Perak. Itu juga sebabnya kawan baru saya itu berkata "Bukan sebarang orang boleh kahwin dengan orang Melemo". 

Tiba-tiba nama Merlimau disebut-sebut sekarang kerana satu Pilihanraya Kecil atau PRK akan diadakan di sana pada 6 Mac 2011. Ramai orang berkata melainkan para pengundi ingin kepada perubahan, keputusan pilihanraya ini sudah diketahui dari mula lagi. Perubahan di sini banyak maksdunya.

Saya tidak mahu menyebut secara khusus nama-nama parti yang akan bertanding. Semasa saya menulis ini pula pencalonan belum dibuka lagi. Besar kemungkinan cuma dua parti yang akan bertanding iaitu parti pemerintah dan satu parti pembangkang. Kemungkinan calon bebas masuk daun tetap ada.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau diwakili oleh parti pemerintah sejak pilihanraya pertama lagi. Dengan itu Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)nya diberikan peruntukan untuk membangunkan kawasannya. Peruntukan itu jugalah yang dinikmati oleh penduduk Merlimau selama ini. Oleh itu jika penduduk Merlimau inginkan peruntukan pembangunan ini diteruskan mereka akan mengundi parti pemerintah  seperti yang mereka lakukan semenjak sebelum merdeka lagi.

Parti mana yang menang tidak akan mengubah situasi di DUN Melaka. Parti yang memerintah tetap memerintah. Cuma jika parti pembangkang menang bilangan pakatan mereka akan bertambah. Tetapi penduduk Merlimau akan kehilangan peruntukan pembangunan kerana kawasan mereka kawasan pembangkang. Mungkin parti pembangkang yang bertanding menjanjikan habuan dari bentuk lain. Tidak payahlah saya huraikan apa bentuk habuan itu.

Oleh itu terpulanglah kepada pengundi Merlimau untuk sama ada untuk mengekalkan keadaan semasa atau membuat perubahan.  

Thursday, February 24, 2011

Ini dah melampau.

Saya tidak mahu memburukkan jabatan lama saya Majlis Perbandaran Seremban. Tetapi bila sudah berlaku keadaan seperti dalam gambar-gambar ini saya terpaksa menghebahkannya. Gambar-gambar diambil di perkarangan Pasar Besar Seremban.

Dua-dua kereta di hadapan ini sedang diletakkan. Pemandu entah kemana. Kereta di kanan diletak sebelah garisan kembar kuning. Kereta di sebelah kiri tak mahu kalah. Ia diletak betul-betul tengah jalan.


Kereta sebelah kanan tadi sudah berlalu, tetapi kereta ini masih diletakkan di tengah jalan. Mana pihak berkuasa?

Tuesday, February 15, 2011

Orang lain ada hak juga.

Semasa saya bekerja dengan kerajaan dulu, atau lebih tepat pihak berkuasa tempatan saya sering ditanya oleh peniaga-peniaga mengapa jabatan saya tidak membenarkan mereka meletakkan barang-barang seperti kerusi meja di tempai-tempat awam, contohnya kaki lima kedai. Saya sendiri telah beberapa kali terlibat dalam operasi membersihkan halangan di tempat-tempat awam ini. Sila lihat pos saya di sini. Mereka kemudian memberi alasan mahu berbuat demikian kerana diminta sendiri oleh pelanggan mereka. Jawapan saya senang sahaja. Walau pun ramai orang yang mahu, ada juga yang tidak mahu walau pun golongan mereka kecil. Hak golongan minoriti ini hendaklah dijaga juga. Tidak ada demokrasi dalam kes melibatkan hak seperti ini.

Jika kita memandu di taman-taman perumahan dalam negara kita, perjalanan kita diperlahankan oleh bonggol-bonggol jalan. Ada baiknya bonggol ini dari segi keselamatan jalan raya, tetapi bagi pemandu ia menjadi satu gangguan, terutama jika tidak dibina dengan spesifikasi tertentu. Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT juga mempunya kriteria atau dasar mengenai pembinaan bonggol ini. Bonggol tidak boleh di bina di jalan utama, contohnya.

Taman perumahan saya pun sudah mempunyai beberapa bonggol. Setelah surau kami siap dibina jawatankuasa taman ada memohon supaya beberapa bonggol dibina di jalan hadapan surau. Saya difahamkan permohonan ditolak oleh kerana jalan tersebut merupakan jalan utama. Saya difahamkan juga menjadi dasar PBT di sini tidak membenarkan pembinaan bonggol.

Oleh itu saya terperanjat apabila melihat tiga bonggol dibina pada petang Jumaat 11 Februari yang lalu di jalan utama hadapan surau. Saya sempat berhenti dan bertanyakan kepada 2 orang berbangsa India yang membina bonggol tersebut. Kalau dibina mengikut spesifikasi tak apa juga, tetapi bonggol-bonggol ini 'boleh membunuh orang'. Itulah bahasa yang saya lemparkan kepada pekerja-pekerja tersebut. Mereka menjawab bonggol ditempah oleh jawatankuasa taman. Agaknya mereka tidak peduli bonggol yang mereka bina 'boleh membunuh orang' atau tidak. Yang penting duit telah masuk ke dalam poket mereka.

Saya fikir tidak guna lagi berbincang dengan pihak jawatankuasa taman. Oleh itu saya bercadang untuk mengadu kepada PBT yang kebetulan jabatan di mana saya bekerja dahulu. Tetapi saya terperanjat sekali lagi apabila melihat dari rumah saya kenderaan berjalan lancar pada pagi Ahad 12 Februari 2011 sedangkan saya belum lagi membuat aduan. Rupa-rupanya ada orang lain yang juga  perihatin telah mengadu lebih awal. Pagi itu juga JCB dari Majlis Perbandaran Seremban menyodok bonggol-bonggol yang 'boleh membunuh orang' tersebut.

Seperti yang saya tulis tadi, ada orang yang suka, tetapi ada juga yang tak suka. Tetapi dalam kes ini lebih ramai lagi yang tak suka, kerana jalan hadapan surau itu ialah jalan utama menghubungkan Jalan Sikamat dengan Jalan Temiang. Oleh itu kebanyakan kenderaan yang lalu di jalan itu ialah kenderaan orang luar. Mereka membayar cukai jalan dan mereka juga berhak untuk berjalan lancar. Mungkin seorang dari mereka yang mambuat aduan tersebut.

Jika setiap orang memikirkan dirinya sendiri cuba bayangkan Laluan Persekutuan 51 di antara Seremban dan Kuala Pilah. Berapa banyak rumah, masjid dan surau terletak cuma beberapa meter dari jalan tersebut. Cuba bayangkan jika setiap jawatankuasa taman (JKT) atau JKKK kampung di laluan tersebut memohon bonggol kepada pihak berkuasa. Jika tidak diluluskan bayangkan JKT dan JKKK ini membina sendiri bonggol yang 'boleh membunuh orang'.

Berbalik kepada kes di taman saya tadi mungkin pekerja-pekerja memasang bonggol itu menceritakan kepada mana-mana ahli jawatankuasa taman mengenai aduan saya. Mereka mungkin memberitahu jenis dan nombor kereta saya kepada mereka. Mereka juga mungkin menceritakan bentuk badan saya dan sebagainya. Bagi saya biarlah jiran-jiran saya nanti memandang serong kepada saya, sedangkan bukan saya sebenarnya yang mengadu. Tetapi saya memang mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Saya, seperti orang lain ada hak juga.

Monday, February 14, 2011

Aku tidak minta menjadi kawannya.

Aku tidak minta menjadi kawannya. Dia berkenalan dengan ku melalui seorang kawan ku yang kebetulan menjadi anak kepada ketua kampung. Dia berurusan dengan ketua kampung sebagai sebahagian dari tugasnya. Dari itu dia berkenalan dengan anak ketua kampung dan juga kawan-kawannya termasuk aku.

Aku dan anak ketua kampung baharu sahaja lepas sekolah menengah dan menunggu untuk meneruskan pelajaran atau mencari kerja. Kawan ku lebih bernasib baik dari ku dan berjaya meneruskan pelajaran. Orang kata kita memilh kawan kita sendiri. Walau pun aku tidak minta menjadi kawannya, aku terpaksa berbuat demikian untuk menggantikan kawanku yang telah meninggalkan kampung. Tinggallah aku melayan kawan barunya sama ada aku suka atau tidak. Di musim buah-buahan  dia ada singgah ke rumah ibu ku untuk menikmati durian dan sebagainya. Ibu ku tidak mahu menerima apa-apa bayaran darinya kerana menganggap dia kawan ku walau pun hakikatnya tidak. 

Semasa aku masih menganggur aku ada juga keluar ke bandar di mana pejabatnya ditempatkan. Apabila berjumpa dengannya dia pernah membelanja aku minum. Tetapi kalau dibandingkan dengan harga buah-buahan seperti durian yang ibu ku berikan padanya berapa sangat harga minuman itu.

Akhirnya aku mendapat kerja dan meninggalkan kampung. Aku juga tidak menghubungnya lagi. Suatu hari dia telah datang ke rumah ibu ku. Ketika itu ibu ku tiada di rumah dan cuma adik perempuan ku sahaja yang tinggal. Kebetulan di masa itu durian ibu ku sedang gugur dan ada beberapa biji durian dilunggukan di bawah rumah untuk dijual.

Dia bertanya di mana aku sekarang? Adik ku yang mengenalinya menjawab apa yang patut. Tiba-tiba dia terus mencapai parang keluarga ku, mengambil sebiji durian, mengupas dan memakan isinya. Adik perempuan ku terus marah kerana jelas perbuatannya kurang ajar. Dia cuba mempertahankan perbuatannya dengan berkata dia pernah membelanja ku minum. Adik ku menjawab bukan aku yang memintanya berbuat demikian dan dengan mengungkit perkara lama jelas dia tidak jujur.

Aku kagum dengan ketagasan adik ku. Selepas itu dia tidak datang lagi menganggu aku dan keluarga ku. Aku pun tidak kisah kerana aku tidak minta menjadi kawannya.

Sunday, February 13, 2011

Jam, oh jam - Bahagian 2.

Saya membuat keputusan untuk menghantar jam-jam saya untuk dibaiki. Bila ditanya kedai-kedai jam di Seremban, mereka berkata jam-jam ini akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk tujuan tersebut. Menghantar melalui mereka akan mengambil masa berbulan-bulan. Oleh itu jika boleh, lebih baik saya sendiri menghantarnya ke sana.

Dengan merujuk kepada internet saya tahu kemana hendak saya bawa jam-jam saya. Saya memutuskan untuk ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 12 Februari 2011. Hati saya berbelah bagi sama ada hendak menaiki bas atau KTM Komuter ke Kuala Lumpur.

Agak sudah lama saya tidak menggunakan pengangkutan awam. Agaknya semenjak balik dari mengerjakan Haji, melainkan menaiki bas diantara pekan Rantau dengan rumah kampung Dato' Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Hari Raya Aidilfitri lepas. 

Akhirnya saya memutuskan untuk menaiki bas. Untuk cerita seterusnya sila klik di sini.

Sekian.

Saturday, February 12, 2011

Jam, oh jam - Bahagian 1.

Ada saya terbaca seorang itu boleh dinilai peribadinya melalui jam yang dipakainya. Oleh itu apabila saya berkenal dengan seseorang saya sering meneliti jam tangannya. Ada saya perhatikan seorang itu memakai jam yang mahal tetapi waktunya lari sampai lima minit dari waktu sebenar. Ada pula yang memakai jam yang murah sahaja tetapi waktunya tepat. Diantara kedua-dua jenis manusia ini saya lebih menghormati manusia yang kedua.

Saya membuat penilaian ini terhadap lelaki sahaja. Saya tidak menilai perempuan melalui jam tangan yang dipakainya atau yang tidak dipakai langsung. Sebab pertama, isteri saya Salmah memang tidak suka memakai jam tangan. Semasa kami mengerjakan Haji dulu saya membelikannya satu jam tangan, tetapi apabila balik ke Malaysia saya tidak nampak lagi jam tersebut. Mungkin salah seorang anak saya telah mengambilnya. Sebab kedua, apa pula kata perempuan yang di hadapan saya jika saya asyik meneliti jam tangannya, jika ada.

Dulu ada seorang peniaga berbangsa India dari Kuala Lumpur sering berjumpa saya di pejabat kerana urusan perniagaan cawangannya di Seremban. Saya perhatikan setiap kali datang dia memakai jam tangan yang berlainan. Satu yang menarik lagi ialah waktu di jamnya tepat kerana sudah menjadi lumrah saya memastikan waktu di jam tangan saya tepat sampai ke saatnya. Dia terperanjat apabila saya bertanyakan mengapa dia sering menukar jam kerana belum ada orang lain yang sedar terhadap kegemarannya ini. Dia terus berkata mempunyai 30 buah jam tangan dan ia memakai jam yang berlainan pada tiap hari. Oleh itu setiap jam hanya dipakai sekali dalam sebulan.

Di lawatan seterusnya dia menghadiahkan saya sebuah jam tangan. Untuk tidak menghampakannya saya terima hadiahnya walau pun ia boleh dianggap sebagai rasuah. Untuk membersihkan fikiran, saya telah menghadiahkan pula jam itu kepada seorang saudara saya. 

Untuk mengikut perangai kenalan saya itu saya pun menambahkan bilangan jam saya kepada 10 peratus dari jumlah jam yang dipunyainya. Di lain perkataan saya menambah jam kepunyaan saya dari satu menjadi tiga. Di bawah ialah jam-jam saya, tetapi sebenarnya ketiga-tiganya mempunyai masalah.


Ini jam kegemaran saya jenama Seiko. Ia juga mempunyai jam jangka (stop watch) dan boleh memberitahu kelajuan kenderaan melalui tachymeter. Ia berjalan dengan baik dan tepat. Tetapi jika diperhatikan betul-betul ia mempunyai dua masalah. Pertama jarum pendeknya atau 'hour hand' lari sedikit akibat jam ini terhempas. Bila terhempas kali kedua jarum saatnya pula tercabut. Jika diperhati betul-betul jarum inia tersangkut di antara nombor 85 dengan 90. Selain itu ia masih berfungsi dengan baik.


.

Ini jam kedua saya jenama Alba. Juga tepat seperti Seiko, tetapi berat sedikit. Juga mempunyai jam jangka tetapi tiada tachymeter. Masalahnya jelas iaitu cermin sudah retak kerana terhempas juga.



Ini pula jam ketiga saya, Casio G-Shock yang saya pakai untuk tahan lasak. Ia mempunyai bacaan digital dan juga analog. Jam inilah yang saya bawa ke Arab Saudi semasa mengerjakan Haji dulu kerana sekali gus ia boleh menunjukkan waktu-waktu di sana dan Malaysia. Saya terpaksa menggunakan khidmat satu kedai jam di Madinah untuk menentukan jarum analog menunjukkan waktu di Arab Saudi. Semasa di atas pesawat dalam perjalanan pulang saya diberi tugas mengubah waktu di jam-jam jemaah kita kepada waktu Malaysia seperti di bacaan digital di jam ini.

Tetapi ia mempunyai masalah sekarang kerana bacaan digitalnya putus-putus. Jika dihantar ke kedai jam sudah tentu jawapannya "Beli jam baru lagi jimat dari membaikinya". Tetapi jarum analognya masih berjalan dengan baik, cuma tidak ada jarum saat.

Bersambung......

Saturday, February 5, 2011

When a customer won't pay a second visit.

In the movie Midnight Run the hero, a bounty hunter manages to arrest his bounty, a fugitive accountant rather easily. When the accountant asks the successful bounty hunter what he will do with his reward, the hunter replies that he intends to open a restaurant. The accountant advices his catcher not to, saying that the restaurant business is too risky. He has seen many restaurant businesses fold after a few months.

Sad to say this is the state of affairs I see among Malay restaurants in Seremban. We have many fast fast food, Chinese, Indian and Mamak restaurants in town but very few Malay restaurants. There is a Mamak restaurant operator who has five branches in town. Even among the few Malay restaurants most are offering tom yam food with Thai workers. Most of the time is is embarrassing for me when a friend from another state pays a visit and asks for Negeri Sembilan Malay food.

There was this restaurant in Seremban 2 which was serving Negeri Sembilan Malay food. It opened about two years ago with the name Kafe Batu Keras which is the direct translation of Hard Rock Cafe. It served authentic Negeri Sembilan Malay food, which should not be confused with Minang food. You can find Minang food everywhere but not Negeri Sembilan Malay food. A few weeks ago I passed by the restaurant and noticed that the name has changed. Surely the ownership has changed too and I wonder whether they serve the same food.

From my experience both as a customer and law enforcer I found that what is lacking among Malay restaurants is the service. The food being prepared may be tasty and clean but they cannot beat the service given by Mamak restaurants, for example.  

Yesterday we celebrated my youngest daughter's birthday. It was agreed that we dine outside. My wife and daughters made their own survey and chose a Malay restaurant situated in a nearby housing estate. It  had been in operation for the past six months, unknown to me. They booked the food chosen from the restaurant's menu. Fortunately for us at least the operators did not ask for any deposit. We had done this a few times before at other restaurants as we did not want to wait for our food to be cooked and served.

All the food ordered were at the table when we arrived except for the drinks and rice, which was quite normal again. The drinks came but it took about half an hour for the rice to arrive and this too after us giving two reminders. In the meantime we were eating the other food and when the rice came half of the other food had been eaten. Maybe this is a strategy by the operators to save rice I never know. Because in the end only half of the rice served were eaten by us. The offered excuses like some customers coming late after ordering and some not coming at all. 

Whatever excuse they made surely did not encourage me to go there for a second time.