Tuesday, January 27, 2015

Oh, rupa-rupanya meter tu rosak!

Sudahlah letak kereta di luar petak,di tengah-tengah jalan pulak tu dan melawan arus.

Saya merasa hairan melihatkan kereta Kancil hijau seperti di gambar di atas sering diletakkan begitu rupa. Sudahlah di luar petak yang diwajibkan, tetapi di tengah jalan dan melawan arus pulak tu. Ini sudah berlaku dan berlalu berbulan-bulan lamanya. 

Baru tadi saya dapat jawapannya. Meter berwarna kuning di sebelah kereta itu sebenarnya rosak. Kenapa meter itu tidak dibaiki Allah dan mereka yang berkuasa tentangnya sahaja yang tahu. 

Pemilik kereta Kancil itu tahu jika ia meletak kereta di petak meter yang rosak itu tidak ada apa-apa tindakan boleh diambil kepadanya. Setiap pagi dia akan cuba melatak kereta di petak itu. Tetapi jika sudah ada kereta diletak di situ bagaimana?

Jawapanya seperti gambar di atas. Dia akan meletak kereta Kancilnya di luar petak itu dan bersebelahan dengan kereta tadi seolah-olah memberi notis kepada tuan punya kereta itu bahawa 'petak ini aku yang punya'. 

Bila kereta dalam petak itu keluar sudah tentu tidak ada yang berani menggantikan tempatnya melihatkan ada kereta Kancil di sebelahnya. Kemudian kereta Kancil itu akan masuk ke petak itu dengan tiada sesiapa yang boleh mengambil tindakan kerana meternya rosak.

Dalam pada itu pihak berkuasa yang diberi tugas menjag tempat letak kereta ini rugi kerana tidak mendapat hasil dari meter yang rosak itu.

Sekian.  

Saturday, January 17, 2015

Kami sudah moderate dari dulu lagi.

Saya salin dan tampal gambar dan komen dari kawan-kawan sekolah saya. SDAR bermaksud Sekolah Dato' Abdul Razak dan SDARA Sekolah Dato' Abdul Razak Alumni. 

Saya tidak kenal siapa '25 Malay-Muslim Moderates' ini. Sepatutnya saya yang datang dari sekolah yang lebih 95% muridnya berbangsa Melayu dan beragama Islam bersikap 'rasis' dan 'exreme agama'. Tetapi tanyalah kawan-kawan se pejabat saya dulu, kawan-kawan pesara sekarang dan jiran-jiran saya yang berbilang bangsa sama ada saya rasis atau extreme agama.

Yang jelas kami sudah moderate dari dulu lagi.



Kumpulan murid-murid tua SDAR (kami panggil diri kami SDARA) Pahang bermesyuarat di Kuantan. Salah satu agenda ialah untuk menyambut SDARA luar Pahang termasuk saya yang akan menjadi tetamu mereka hujung bulan nanti. Selvajarah berbaju putih memandang kamera.


Khas Untuk so called influential ' 25 Malay-Muslim Moderates', gambar En Selvarajah yg riang,sihat walafiat ,penuh berisi , berjawatan tinggi di Kuantan Port , dan masih menyambut 'POJA' , di kelilingi oleh rakan2 beragama Islam dgn sebahagianya berjanggut putih dan berkupiah putih , adalah bukti hidup dan bukti jelas , bahawa Walaupun Selva adalah satu-satunya pelajar India beragama Hindu di SDAR Sikamat dikelilingi beratus2 pelajar Islam yg melaungkan azan secara terbuka 5 kali sehari, Selva tetap Selva , tidak di sunatkan , tidak dipaksa ditukar kepercayaanya tidak di musuhi diatas kelainan agamanya. Kerana apa? Kerana kita semua penganut Islam. Siapa paksa kita. Tiada. Memang itu ajaran Islam dan amalan pengikutnya.. Selva pun reti bahasa.. tak naik ke podium nak bertempik , "saya pun ada hak nak guna perkataan Allah dlm kitab saya" , "khutbah jumaat dan usrah di SDAR adalah ekstrim .." so kita sebenarnya memang 'moderate' dari dulu. Selva pun memang moderate sebab bercampur , makan sekali dan main sekali dgn kita. Apa yang jadi kepada mereka yg menyalak kata kita ekstrim .. mereka sekolah dgn dia sendiri tanpa bergaul, mereka tinggal di kawasan berpagar dan berkawal , mereka tidak tahu dan tak pernah rasa nasi kawah dan hanya reti rasa Stirloin Steak , Calsberg dan Caviar berkeliaran di Bangsar dan Mont Kiara, mereka tak pernah naik bas Mogah tapi bangga dgn Bentley serta Carreras ( mungkin juga Falcon yg di parkir di Subang ) .. mereka ingat mereka sajalah yang moderate dan Islam rupa merekalah yang moderate. Selva should just speak to the 25. Islam was, is , and will remain a religion of moderates . IT HAS ALWAYS BEEN AND IT WILL ALWAYS BE.

Friday, January 16, 2015

Kerana pakaian




Perkara-perkara yang saya hendak bawa dalam pos saya kali ini semuanya melibatkan pakian seperti berikut:


Kes Pertama:

Baru-baru ini kita dihangatkan dengan cerita tiga gadis Melayu Islam dicabul (perkataan paling tepat diantara perkataan-perkataan menceritakan hubungan mereka) oleh artis-artis K-Pop dari Korea di satu pertunjukan di Kuala Lumpur. 

Mereka dicabul sedang mereka memakai pakaian bertudung. Ini yang menyebabkan orang paling marah. Saya fikir jika mereka tidak bertudung kita akan berkata 'Padanlah dengan peebuatan mereka. Menutup aurat pun tidak'. 


Kes Kedua:

Sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur juga tidak membenarkan seorang pelajar perempuan bukan Melayu dan bukan Islam untuk memakai baju kurung ke sekolah. Kononnya baju kurung ialah untuk orang Melayu sahaja.

Saya teringat dulu ada seorang pengacara television perempuan berbangsa Cina dan beragama Kristian yang sering memakai baju kurung. Sehingga dia mengaku memakai baju kurung semasa ke gereja.  Apa salahnya?

  
Kes Ketiga:

Seorang kawan saya telah menghantar gambar satu 'brochure' kemasukan ke satu Institut Pengajian Tinggi. Antara muka-muka yang terdapat di 'brochure' itu ialah muka saya yang dikategorikan sebagai Pesara Kerajaan / Warga Emas. Ada empat Pesara Kerajaan / Warga Emas dalam gambar itu seperti di atas.

Betul, saya seorang pesara kerajaan dan seorang warga emas. Tetapi ada beribu pesara kerajaan dan berjuta warga emas dalam negara kita ini. Kenapa gambar kami berempat itu yang dipilih?

Mungkin kerana pakaian kami.

Sekian. 

Saturday, January 3, 2015

It has been a wonderful year.




Pretending to deliver a speech at a PPKM National Conference.

Since my birthday is on the 3rd of January my age changes barely two days after the new year. And since I was born in the year 1950 it is very easy to calculate my age as the last digit of the year coincides with the last digit of my age. So here I am, just turning 65 barely two days after the birth of the year 2015.

I am a Beatles fan, so I consider every song composed and sung by them as a group or as individuals as great. But the song 'When I'm Sixty Four' composed and sung by Paul McCartney really had a significance on me. When I was one day minus 64 exactly one year ago I began earning for a living again, so to speak. I began working again after being dormant for almost four years.

On 2nd January 2014 I began working as Secretary for the Negeri Sembilan Governtment Pensioners Association which I will refer as PPKM for Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia.   

My involvement with PPKM was coincidental. In 2011 my wife needed an eye operation. I had to buy an eye implant costing a few hundred ringgit which I considered initially as a lost. At the hospital I was told that my money could be refunded. So I went to the PPKM office but was asked to become a member first. I paid RM 50 for a lifetime membership. I was then given the form for my wife's medical claims which I duly filled and sent to the Pensions Department, Putrajaya. 

After a few days I received a reply from the Pensions Department saying they could not entertain my application as I was a Local Authority employee. My application was returned and I diverted it to my former employers. I was duly reimbursed the full sum I paid for the eye implant.

Since I was now a member of PPKM I began following their activities. It is also a coincidence that the President for PPKM Negeri Sembilan is an old friend. So when the former Secretary wished to resign at the end of 2013 I was offered by my friend to take over. We also had a full time employee who resigned at the same time. After making a study of the work load I told my President that we need not employ anybody.

So here I was serving my fellow pensioners and still am. It is a total change from the service I gave to the government from which I am now paid monthly pensions. When formerly it was enforcement work and lots of reports to be made, it is now preparing letters and minutes of meetings, answering the phone and making phone calls. I also write emails to those who have them.

Talking about emails one day I got fed up when I could not make calls to the Pensions Department, so I had no choice but to send an email to their boss or Director. To my surprise my request was duly entertained. But to be fair the current Pensions Department Director is one of the nicest government officials I have seen.

There are things I learned during the year which exposed my naiveness. There was one elderly couple, both pensioners who came to get my help in changing their bank accounts. They chose a bank nearer to their home. When I told them that they could withdraw their money at petrol stations instead of banks, they answered that they do not use ATM cards.

One of my scary moments was being called to the Registrar of Societies (ROS) local office to be interrogated, if that's the right word. The way the officer asked questions and recorded my answers reminded me of my similar experience with the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) many years ago. The only consolation was that in both cases the wrong doings, if any were not done by me. But the latest experience almost made me tender my resignation.

But the happier moments were rubbing shoulders with VIPs including a former minister and a present one plus shaking hands with a state ruler. The most memorable one was shaking hands with a state Menteri Besar just a few hours before he was sacked from his party.

Here I am, a better man after one year's experience working as secretary of a non-government organization (NGO). No wonder when last week my son-in-law asked whether I am going to continue working, I answered "Why not?"  

Friday, January 2, 2015

Perginya seorang Raja dan kawan.


Saya dan Raja Chulan di bulan Mei 2011 setelah 43 tahun berpisah.




Raja Chulan menyahut jemputan saya ke perkahwinan anak saya Miza pada bulan September 2012. Walau pun kurang sihat dan bertongkat dia tetap memberi senyuman seperti biasa.

Saya dikejutkan di hari pertama tahun 2015 dengan pemergian ke Rahmatullah seorang kawan lama saya yang berketurunan Raja. Kawan itu ialah Raja Chulan bin Raja Ahmad Tajuddin, seorang kerabat diraja negeri Perak. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Gombak pada pagi 1 Januari 2015 kemudian dibawa ke Makam DiRaja Kuala Kangsar, Perak untuk disemadikan. Saya akan merujuk Allahyarham sebagai YM selepas ini untuk Yang Mulia.

Saya mula kenal YM pada awal tahun 1966 apabila dia memasuki Tingkatan Empat Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Tanjong Malim, Perak. Saya pun berada di Tingkatan Empat di masa itu, tetapi berlainan kelas dari YM, 

Walau pun SDAR sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) tetapi kualiti pengajaran kepada kami tidaklah seperti sekarang. Di masa itu setiap tahun sudah pasti ada murid yang gagal dalam peperiksaan Lower School Certificate (LCE) dan tidak naik ke Tingkatan Empat. Tempat-tempat mereka yang gagal itu diganti oleh budak seperti YM. Di antara budak yang sama-sama masuk ke SDAR di Tingkatan Empat pada tahun 1966 ialah Y.B. Dr. Hilmi Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan sekarang. Saya menyebut 'budak' oleh kerana sesiapa yang memasuki SDAR akan dipanggil 'budak SDAR' seumur hidup.

Apa yang paling istimewa di diri YM ialah dia tidak langsung menunjukkan ciri-ciri seorang kerabat diraja, lebih-lebih lagi memandangkan dia berada di negerinya sendiri. Dia terus dapat bergaul dengan kami yang sudah bertahun-tahun makan nasi kawah sebelumnya. Ada juga antara mereka yang ditawarkan masuk ke Tingkatan Empat di masa itu menolak tawaran, tetapi YM (dan Y.B. Dr. Hilmi) tidak menolaknya. Baru saya dapat tahu hari ini bahawa YM ialah sepupu kepada Raja Nazrin, Sultan Perak sekarang. Ini satu fakta yang disembunyikan oleh YM dari kawan-kawannya.

Kebetulan pula YM ditempatkan satu bilik atau dormitori dengan saya dan kebetulan juga saya telah dipilih oleh penghuni bilik untuk menjadi ketua bilik tersebut. Oleh itu kebajikan penghuni bilik menjadi tanggungjawab saya. YM meminta kawan-kawan rapatnya memanggilnya 'Charlie' dan saya pun berbuat demikian.  

Bila satu hari YM ditimpa satu penyakit berjangkit iaitu 'measles' kalau tak salah, saya telah mengaturkan YM dimasukkan ke dormitori khas yang kami panggil 'sick bay', terletak di tepi Sungai Bernam, Saya juga telah mengaturkan YM diberi makanan khas untuk pesakit.

Setelah beberapa hari keluar dari 'sick bay' saya dikejutkan oleh YM dengan diberi satu kek yang dikirim oleh keluarganya dari Kuala Kangsar. YM telah menulis kepada keluarganya mengenai situasi beliau dan keluarganya meminta supaya kek itu diberi kepada saya. Tetapi seperti biasa bagi kami yang tinggal di asrama, kek itu saya kongsi dengan kawan-kawan se bilik.

Sejak itu saya cukup rapat dengan YM sehingga kami meninggalkan sekolah pada penghujung tahun 1967 dan membawa diri masing-masing. YM berjaya memasuki Universiti sedangkan saya tidak. Rupa-rupanya YM pernah bertugas di Perkeso atau Socso di Seremban pada tahun 1973 tanpa pengetahuan saya.

Saya mula berhubung kembali dengan YM pada tahun 2011 melalui laman sosial 'Facebook'. Saya cari 'Raja Chulan' dan namanya terpampang, Saya terus menegurnya 'Remember me, Charlie?'. Dia terus menjawab secara positif. Saya pun terus menghubungkan YM dengan kawan-kawan kami sama sekolah.

Rupa-rupanya YM telah bertindak lebih dari itu. Dia telah pergi ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama yang saya hubungkan balik dengannya. Akhirnya dia berjumpa dengan saya pada bulan Mei 2011 seperti gambar pertama di atas.

Sejak bertemu di Facebook saya mengikuti perkembangan YM melalui 'status'nya yang sering dikemaskini dengan gambar-gambar. Tetapi pada tahun 2012 saya dapati 'status'nya telah kurang dikemaskini. Saya mendapat tahu kemudian yang YM ditimpa 'mild stroke' dan terpaksa menggunakan tongkat. 

Tetapi ini tidak menghalang YM untuk menerima jemputan saya ke majlis kahwin anak saya Miza pada bulan September 2012 seperti gambar kedua di atas. Walau bagaimana pun YM tetap ceria seperti biasa. 

Saya menerima berita pemergian YM malam tadi. YM diberitakan meninggal dunia dengan tenang di rumahnya di Gombak. Untuk melengkapkan darjatnya sebagai seorang kerabat diraja, Allahyarham telah dikebumikan di Makam Di Raja Kuala Kangsar, Perak,

Al Fatihah saya ucapkan kepada Allahyarham Raja Chulan bin Raja Ahmad Tajuddin, seorang Raja dan kawan.