Friday, October 30, 2009
Perkahwinan di masjid
Monday, October 19, 2009
Jalan Baru Bukit Putus
Sempena Pertabalan DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz pada 26 Oktober 2009 akan datang separuh dari jalan baru Bukit Putus yang menghubungi Seremban dengan Kuala Pilah mula dibuka semalam.
Mengapa separuh sahaja? Sebenarnya cuma laluan menghala Kuala Pilah atau laluan mendaki sahaja yang dibuka. Pemandu dari arah Kuala Pilah ke Seremban masih lagi mengunakan laluan menurun yang lama.
Kenapa tak buka dua-dua laluan? Tak dapek se nyawab do.
Friday, October 16, 2009
Eloklah Dato' Dato' ni dah bedamai.
Seghonok yo se donga ucapan Dato' Sahak Ismail di Perhimpunan UMNO semalam. Se tak kesah bilo dio puji Datuk Seri Najib. Yo lah, maso ni lah nak puji kan? Lobih-lobih lai bilo oghang yang dipuji tu ado koso.
Tapi apo yang se sodap donga yo lah bilo dio puji musuh lamo eh Dato' Seri Utama Tan Sri Isa Samad. Oghang Nogoghi Sombilan (sepuluh tolak satu kato Dato' Sahak) ghamai tahu Dato' Sahak dan Dato' Isa dulu musuh kotat. Satu sobab eh yo lah maso Dato' Isa jadi Montogi Bosa dulu bulih kato tak ado pombangkang dalam Dewan Undangan kito tu. Jadi Dato' Sahak lah jadi pombangkang pulak.
Se tengok Dato' Seri Utama Rais pun dah baik samo Dato' Isa. Itu yo Montoghi Bosa kaghang ni Dato' Seri Utama Muhammad Hassan.
Bayangkan koompek-ompek Dato' ni bosatu pimpin Nogoghi Sombilan ni. Tontu siah palih musuh-musuh eh.
Monday, October 12, 2009
Tahniah Dato' Seri Utama Tan Sri Cik Gu Isa Samad
Wednesday, October 7, 2009
Kenangan Pertama Pilihanraya
Oleh kerana ADUN ini akan bertanding semula pengundi-pengundi yang tidak berpuas hati tadi berbincang untuk meletakkan seorang calon untuk melawan calon berkenaan. Nama Aminuddin dipersetujui. Sebenarnya Aminuddin bukan berasal dari kampung kami. Keluarganya berasal dari Negeri Pahang tetapi telah menetap di Kampung Chenor, Jelebu.
Saya masih ingat Aminuddin bertanding menggunakan logo Meja. Beliau pula terpaksa menentang dua calon lain iaitu calon Perikatan-UMNO yang mempertahankan kerusinya dan calon PAS.
Sunday, October 4, 2009
Gempa bumi di Padang, Indonesia
Saya pernah singgah di Padang dalam perjalanan ke dan balik dari Bukittinggi pada tahun 1992. Bandar-bandar Seremban dan Bukittinggi telah lama diisytihar sebagai Bandar Kembar. Semasa awal tahun 90an banyak aktiviti dijalankan di bawah program Bandar Kembar ini. Tetapi nampaknya program ini telah terhenti dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Di tahun 1992 itu saya menyertai delegasi jabatan saya bermesyuarat dengan Kantor Walikota Bukittinggi. Padang terletak di tepi laut dan berada selatan dari Bukittinggi. Apabila sahaja saya keluar dari kapal terbang terasa bahang panas.