Saya tertarik membaca berita seorang ahli penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pukul di Padang Merbok, Kuala Lumpur semasa perhimpunan apa yang dipanggil Black 505 pada 22 Jun 2013. Sila klik di sini. Ini mengingatkan saya kepada perkara sama saya alami beberapa tahun yang lalu.
Kami bekerja di satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga tetapi bukanlah Bandaraya. Salah satu tugas kami ialah penguatkuasaan juga. Satu hari kami diarahkan memberhentikan satu perniagaan berbentuk 'expo' di atas satu padang awam kerana tidak mendapat kelulusan.
Oleh kerana 'expo' ini dianjurkan oleh satu parti politik dan agak sensitif, Yang Di Pertua (YDP) kami telah mengarah boss saya sendiri mengetuai operasi memberhentikannya. Boss saya ini jarang mengetuai mana-mana operasi, tetapi saya menerima berita ini dengan senang hati juga, kerana sekurang-kurangnya beban tanggungjawab dikurangkan dari saya.
Memang menjadi kebiasaan kami meminta bantuan anggota polis di mana-mana operasi. Kali pertama kami berdepan dengan penganjur expo dan peniaga-peniaga mereka berjanji tidak akan meneruskan perniagaan dan seterusnya akan membuka khemah-khemah yang telah di bina. Tetapi dari pengalaman saya meragui sama ada janji-janji mereka ini akan ditepati.
Tekaan saya tepat kerana dua tiga hari selepas itu kami menerima maklumat bahawa expo itu diteruskan. Sudah tentu boss saya naik berang dan dia telah mengerahkan anggota yang lebih ramai dengan peralatan lengkap untuk berdepan dengan penganjur expo dan peniaga-peniaga mereka. Anggota polis juga ditambah dan diketuai oleh seorang pegawai berpangkat ASP.
Mungkin melihat pasukan kami yang telah bertambah dan bersedia dengan peralatan yang lengkap penganjur expo dan peniaga-peniaga mengalah. Dengan arahan kami mereka memberhentikan perniagaan dan membuka khemah-khemah.
Tetapi mungkin kerana bimbang janji-janji mereka sekali lagi tidak ditepati, boss saya mengarahkan semua peralatan dirampas, atau disita dalam bahasa rasmi. Di sinilah penganjur expo, peniaga-peniaga dan tuan punya khemah membantah. Sebenarnya khemah-khemah disewa dari seorang operator khemah.
Kemudian ASP polis menarik boss saya ketepi dan menasihatkan supaya peralatan tidak disita. Katanya jika kita teruskan menyita akan berlaku pergaduhan. Beliau turut menunjuk kepada besi-besi khemah yang mungkin akan dijadikan senjata.
Tetapi boss saya berdegil dan terus mengarahkan kami memunggah semua peralatan itu. Di masa itulah timbul kekecohan di mana boss saya ditumbuk dan dipukul. Tetapi syukur kehadiran anggota polis menghalang keadaan menjadi lebih buruk.
Boss saya cuma bengkak sedikit dan tidak ada darah yang tumpah. Beliau ke hospital untuk mendapat rawatan pesakit luar dan kemudian membuat laporan polis. Tetapi kerana dalam kekecohan itu sukar untuk menentukan siapa yang salah, tidak ada sesiapa yang didakwa.
Dalam pengalaman saya peniaga-peniaga selalunya mematuhi arahan-arahan kami. Lebih-lebih lagi jika mereka cari makan dengan berniaga sepenuh masa. Jika peralatan mereka disita dengan apa mereka hendak terus berniaga? Dari itu jika diarah tutup perniagaan atau berpindah, mereka biasanya akan mengikut arahan itu. Cuma sebilangan kecil sahaja yang degil dan memaki hamun kami.
Yang selalu membuat kacau ialah orang ramai yang lalu lalang. Mereka tidak hilang apa-apa jika berlaku pergaduhan. Mereka inilah yang selalu memaki dan mencabar pihak berkuasa. Dari video yang saya lihat orang semacam inilah yang memukul anggota penguatkuasa DBKL itu.
Sekian.