Saya mula sedar akan sikap pegawai-pegawai kerajaan sekarang beberapa tahun selepas saya bersara. Sikap mereka tidak sama dengan sikap pegawai-pegawai kerajaan seangkatan dengan saya. Pegawai-pegawai kerajaan sekarang seolah-olah takut untuk memberi pendapat professional mereka. Mereka juga tidak ambil tahu sama ada tugas yang diberikan kepadanya sudah disempurnakan sepenuhnya.
Contoh pertama terpampang di depan mata saya tiap kali saya memandang keluar rumah. Apa yang terpampang ialah sebuah dewan komuniti yang didirikan di atas tanah yang sudah diwartakan sebagai KAWASAN LAPANG. Ia dibina kerana pegawai-pegawai di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) tidak ada telur untuk memberikan pendapat professional mereka kepada pihak atasan yang mengarahkan satu dewan didirikan di satu kawasan larangan. Mereka seolah-oleh hanya berminat untuk mengampu pihak atasan.
Saya tidak mahu menulis lebih lanjut mengenai pembinan dewan ini kerana kes ini sedang dikendali oleh pihak mahkamah.
Contoh pertama terpampang di depan mata saya tiap kali saya memandang keluar rumah. Apa yang terpampang ialah sebuah dewan komuniti yang didirikan di atas tanah yang sudah diwartakan sebagai KAWASAN LAPANG. Ia dibina kerana pegawai-pegawai di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) tidak ada telur untuk memberikan pendapat professional mereka kepada pihak atasan yang mengarahkan satu dewan didirikan di satu kawasan larangan. Mereka seolah-oleh hanya berminat untuk mengampu pihak atasan.
Saya tidak mahu menulis lebih lanjut mengenai pembinan dewan ini kerana kes ini sedang dikendali oleh pihak mahkamah.
Contoh kedua berlaku baru-baru ini. Sebagai Setiausaha kepada satu badan bukan kerajaan atau NGO saya telah menghantar surat kepada satu ketua jabatan kerajaan untuk meminta sedikit bantuan. Untuk memastikan surat diterima, saya telah menghantarnya secara sendiri atau 'by-hand' dan mendapat akuan diterima. Selain logo dan alamat, kepala surat NGO saya mengandungi nombor telefon talian tetap, nombor telefon bimbit saya serta email.
Beberapa minggu kemudian, saya diberitahu surat saya itu sudah dijawab melalui email NGO saya. Saya juga diberitahu nama pegawai yang menghantar email itu. Tetapi 'inbox' email NGO saya tidak menunjukkan apa-apa email dari pihak penghantar.
Saya pun mencari email pegawai berkenaan di internet. Setelah mendapatnya, saya terus menghantar email kepadanya bertanyakan email yang tidak berjaya diterima itu. Saya minta dia menghantar semula email itu disamping menghantar satu salinan ke email peribadi saya. Itu saya buat di waktu malam.
Pagi esoknya saya terus menalipon pegawai yang kononnya menghantar email kepada saya itu. Syukurlah walau pun saya menalipon talian tetap pejabatnya, ia disambungkan ke telefon bimbitnya yang sedang berada di luar daerah Seremban. Ini tidak menghairankan kerana saya sudah pun berbuat begitu kepada telefon talian tetap pejabat saya sejak permulaan PKP pada tahun 2020 lagi. Siapa yang menalipon pejabat saya dapat terus bercakap dengan saya di mana saya berada.
Pegawai itu berjanji akan menghantar semula email kepada saya tetapi hanya akan dapat berbuat demikian di hari bekerja berikutnya kerana ia mungkin berada di luar daerah Seremban sehingga habis waktu bekerja hari itu. Ini bermakna saya akan menerima email yang amat-amat saya nantikan itu empat hari selepas itu.
Bila email yang saya tunggu itu akhirnya diterima barulah saya tahu di mana silapnya. Pegawai yang menghantar email itu tertinggal satu digit email saya bila menghantarnya kali pertama. Sudah tentu email tidak berjaya dihantar. Soalan saya ialah 'Tidakkah pegawai itu melihat 'inbox' emailnya yang menyatakan emailnya kepada saya itu tidak berjaya dihantar?' Kegagalannya berbuat demikian telah menyebabkan saya ditegur oleh pegawai-pegawai NGO saya. Tidak tahulah saya jika email jabatannya tidak ada kemudahan memberitahu akan kegagalan menghantar email.
Pegawai itu langsung tidak meminta maaf, walau pun jelas telah melakukan satu kesilapan. Mungkin dia berfikir bahawa kami NGO ini bertaraf peminta sedekah dan tidak berhak menagih kemaafan dari seorang pegawai tinggi kerajaan sepertinya.
Akibat kelewatan menerima email, saya telah ditegur oleh seorang lagi pegawai kerajaan (yang menerima salinan email itu) bila saya menghubunginya. Tetapi walau pun menegur dia tetap melayani apa yang diminta oleh NGO saya secara professional. Sekurang-kurangnya masih ada pegawai kerajaan yang mempunyai sikap seperti pegawai-pegawai seangkatan dengan saya dulu.
Berikut adalah kronologi kepada episod diatas:
- Tarikh 12 September 2022 (Isnin). Saya pergi sendiri ke pejabat ketua jabatan berkenaan menyerahkan surat 'by-hand' dan menerima akaun diterima.
- Tarikh 30 September 2022 (Jumaat). Surat jawapan kepada saya ditanda tangan.
- Tarikh 3 Oktober 2022 (Isnin). Surat jawapan diemail kepada saya tetapi gagal dihantar kerana alamat email tidak dimasuk dengan betul.
- Tarikh 6 Oktober 2022 (Khamis) malam. Saya mendapat tahu akan email di No. 3 tetapi 'inbox' email saya tidak menunjukkan apa-apa penerimaan. Saya terus hantar email kepada pegawai yang menghantar email kepada saya itu. Tidak ada apa-apa jawapan.
- Tarikh 7 Oktober (Jumaat) pagi. Saya menalipon pegawai berkenaan. Dia berada di luar daerah Seremban kerana urusan jabatannya. Berjanji akan bertindak jika sempat balik ke pejabat. Tidak ada tindakan apa-apa.
- Tarikh 8 Oktober 2022 (Sabtu). Pejabat kerajaan ditutup.
- Tarikh 9 Oktober 2022 (Ahad). Pejabat kerajaan ditutup.
- Tarikh 10 Oktober 2022 (Isnin). Pejabat kerajaan ditutup kerana hari kelepasan Keputeraan Nabi Muhammad.
- Tarikh 11 Oktober 2022 (Selasa). Saya menerima email. Pegawai penghantar mengakui tidak menulis alamat email dengan betul. Saya terus telefon dan hantar email kepada pegawai yang namanya tertulis dalam email untuk bertemu dengannya. Dia beri tarikh 13 Oktober 2022.
- Tarikh 13 Oktober 2022 (Khamis). Bersama tiga lagi pegawai NGO berjumpa dengan pegawai kerajaan berkenaan. Dia menegur kami kenapa lewat menghubungi beliau. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, kami tidak berani menjawab kelewatan ini sebenarnya disebabkan oleh kelalaian dan ketidak perihatinan sahabatnya. Walau bagaimana pun pegawai ini telah melayan kami dengan baik dan dapat menyempurnakan apa yang NGO kami perlukan.
Sekian.