Tuesday, July 25, 2017

'Ini MRT, bukan keretapi mel'.

Buaian dalam MRT. Foto dari Facebook Nana Abd Rashid.

Baru dua hari lepas saya naik MRT dari stesen Kajang ke stesen Muzium Negara. Dari Seremban ke Kajang saya naik KTM Komuter. Biasalah di tren Komuter walau pun sudah disediakan dua koc khas untuk wanita, masih ada lelaki yang secara sengaja atau tidak naik ke koc-koc itu.

Tetapi bagaimana pula di koc-koc di hadapan dan belakang yang terbuka kepala semua? Masih ada saya perhatikan wanita-wanita solo menaiknya. Jadi kita tidak boleh menyalahkan lelaki (kebanyakannya warga asing) yang menaiki koc-koc wanita itu.

Baru tadi saya terbaca ada ibu (mungkin dengan bapa) menggantung buaian dalam koc tren MRT. Untuk berlaku adil, saya perhatikan (seperti gambar di atas) tren itu tidak ramai orang. Mungkin ini gambar lama. Sebab di waktu ini, seperti yang saya alami dua hari lepas, MRT penuh. Tidak mungkin ibu itu dapat menggantung buaian jika MRT penuh.

Saya sudah menaiki keretapi sejak berumur 12 tahun. Di masa itu tidak ada keretapi ekspres seperti sekarang. Yang ada ialah apa yang dipanggil keretapi mel. Tiket-tiket juga terbuka dan tempat duduk tidak bernombor. Asalkan penumpang naik ke koc kelas tiketnya, sama ada kelas 1, 2 atau 3 sudah cukup syarat. Sekarang keretapi mel cuma terdapat di laluan Tumpat - Johor Bahru (maaf jika saya salah). Laluan Padang Besar - Gemas bukan sahaja tidak dilalui keretapi mel, keretapi ekspres pun sudah tiada sebab sudah diganti dengan apa yang dipanggil Electric Train Service atau ETS.  

Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah di zaman keretapi mel dulu pemandangan seperti di atas adalah perkara biasa. Biasanya satu keluarga akan menaiki keretapi mel untuk perjalanan jauh, contohnya dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Jika keluarga itu mempunya anak yang sedang berada dalam umur buaian, adalah lebih selesa jika buaian digantung dalam koc untuk mereka. 

Keretapi mel yang berbuai ke kiri dan kanan akan menyebabkan kanak-kanak dalam buaian tidur nyenyak. Pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) pun tidak menghalang perbuatan menggantung buaian dalam koc-koc mereka. Juga saya tidak terbaca apa-apa berita melibatkan kemalangan kanak-kanak dalam buaian di keretapi mel. 

Tetapi keadaan sangat bebeza dengan MRT. Dengan kuasa letrik, MRT lebih laju. 'Pick-up'nya juga cepat dan jarak untuk brek berhenti juga pendek. Jika penumpang yang berdiri tanpa berpegang ke mana-mana boleh terhumban semasa tren MRT mula bergerak atau berhenti, bayangkan kanak-kanak dalam buaian. Mereka juga boleh terhumban jika penjaganya leka.

Tidak tahulah saya jika ibu atau bapa kanak-kanak dalam gambar itu mendapat idea dari keretapi mel, sebab seperti saya katakan masih terdapat keretapi mel di laluan Tumpat - Johor Bahru. Jika itulah jawapannya nasihat saya ialah 'Ini MRT, bukan keretapi mel'.  

Monday, July 24, 2017

Naik MRT lagi.

Pagi semalam, 23 Julai 2017 saya menaiki fasa kedua MRT laluan Sungai Buloh - Kajang atau SBK yang mula beroperasi pada 17 Julai 2017 yang lalu. Biarlah gambar-gambar berikut menceritakan perjalanan saya itu.

Saya mulakan perjalanan dengan tren KTM Komuter bermula dari Platform 2 Stesen KTM Seremban. Di bahagian hujung inilah saya biasa menunggu tren komuter bila hendak ke utara. Koc pertama dan kedua akan berhenti di sini dan saya hairan kenapa masih ada perempuan yang menunggu di bahagian ini sedangkan mereka mempunyai koc-koc khas di bahagian tengah.

Tren saya dari Pulau Sebang (Tampin) sudah sampai. Perempuan itu akan duduk satu koc dengan saya. Di dalam tren pemandu membuat pengumuman meminta penumpang lelaki yang berada di koc-koc wanita supaya berpindah. Tetapi dia tidak pula meminta wanita solo supaya berpindah dari koc-koc biasa.

Saya sudah sampai di stesen MRT Kajang. Seperti Sungai Buloh, stesen KTM di sini juga sudah berpindah betul-betul di bawah stesen MRT.

Mereka juga menunggu tren MRT seperti saya.

Setibanya tren, saya terus pergi ke bahagian paling hadapan. Tren MRT tiada pemandu.



Dapatlah saya mengambil gambar-gambar seperti ini. Berselisih dengan tren MRT No. 001.

Lebuhraya Kula Lumpur - Kajang agak lengang di hujung minggu.

Tetapi MRT penuh.



Tren memasuki laluan bawah tanah. Stesen pertama ialah Maluri. Sila klik untuk melihat video.

Tren ini tidak bergerak.

Plaza Tol Batu 9 Cheras.

Cheras Central, dulu Plaza Phoenix betul-betul di sebelah stesen MRT. Biasanya jalan di bawah itu sesak dengan kenderaan.

Tren MRT berjalur gemilang. Perhatikan 'pemandu' di hadapan tu.

Saya sudah sampai ke stesen yang dituju, Muzium Negara. Dari situ saya berjalan kaki ke KL Sentral.

Tunjuk arah ke KL Sentral.

Saya sudah sampai ke KL Sentral, setelah berjalan kaki kebih kurang 200 meter dengan bantuan 'escalator'.

Setelah lepak di KL Sentral, masa untuk pulang dengan bantuan tunjuk arah ini. Saya menaiki MRT ke Kajang dan dari situ KTM Komuter ke Seremban.

Sekian.

Thursday, July 20, 2017

Dia serah cenderamatanya kepada perempuan paling tua.

Dato' Ishak Ismail merasmikan Mesyuarat Agung kami.

Dato' Sahak menyerahkan cenderamata untuknya kepada perempuan paling tua dalam majlis.

Dua malam yang lepas saya dikejutkan dengan berita pemergian ke Rahmatullah Dato' Ishak bin Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan. Allahyarham diberitakan rebah semasa Jamuan Hari Raya di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Beliau kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Oleh kerana saya bukan orang politik, saya tidak rapat langsung dengan Allahyarham (selepas ini saya sebut sebagai Dato' Sahak, kerana beliau lebih dikenali dengan panggilan itu).Tetapi kerana kedudukannya sebagai ADUN yang saya rasa cukup lama ditambah lagi pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Seremban untuk tempoh yang lama juga, mustahil jika saya mengaku tidak mengenalinya.

Dato' Sahak lantang membidas bukan sahaja lawan-lawan yang bukan satu parti dengannya, tetapi juga kawan-kawan satu parti dengannya. Contohnya dia tidak segan-segan membidas ketua partinya di peringkat negeri iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Saya pernah duduk semeja dengannya di Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Seremban di mana saya diarah mewakili jabatan saya Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Di situ Dato' Sahak tidak teragak-agak membidas jabatan-jabatan kerajaan yang didapatinya tidak menjalankan kerja memuaskan hatinya. Mujurlan MPS tidak sama-sama dibidasnya, mungkin kerana kawasan DUNnya terletak diluar bidang kuasa kami. 

Di mesyuarat itu juga Dato' Sahak tanpa segan dan malu menggunakan loghat Negeri Sembilan sepenuhnya.

Tetapi kelantangannya ada membuat orang tersipu juga. Pernah di Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Dato' Sahak menceritakan pengalamannya dengan Dato' Seri Najib Tun Razak. Antara ayat yang disebutnya ialah "Saya tak mahu Perdana Menteri yang tak ada telur" (dalam lohat Negeri Sembilan).

Empat bulan lepas saya sekali lagi duduk semeja dengan Dato' Sahak. Bukan setakat semeja, tetapi betul-betul disebelahnya seperti gambar di atas. Selepas itu sekali lagi kami duduk bersebelahan di meja makan.

Dato' Sahak dijemput merasmikan Mesyuarat Agung Angkatan Senifoto Negeri (ASFON), Negeri Sembilan di mana saya menjadi Setiausaha. Biasalah, selapas perasmian kami pun memberikan satu cenderamata kepada perasmi. 

Selepas menerima cenderamata berupa sebakul buah-buahan, Dato' Sahak telah meminta perempuan yang paling tua dalam majlis untuk datang ke hadapan. Rupa-rupanya dia hendak menyerahkan cenderamata itu kepada perempuan bertuah itu. Mengikut Dato' Sahak itulah yang biasa dilakukannya di majlis-majlis di mana beliau diberi cenderamata.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh Dato' Sahak.

Sunday, July 16, 2017

Using the same powerful weapon.

There is a thing called ePublic being used by the Local Authority where I used to work. It is a program where members of the public submit their complaints to the Local Authority online at the comfort of their homes. The program started when I was still working.

Being a man who love computers I enjoyed handling this program although a few of my friends did not. My friends' unhappiness was mainly because other staff including our bosses could read the submitted complaints too. So it was sort of an exposure of their weaknesses. But to me it was a question of being transparent in doing our jobs.

So the ePublic is a powerful weapon that keeps the Local Authority staff on their toes. So it is only natural that when I retired from work and become a member of the public I used it to make complaints against my former employers. I don't care if this is tantamount to biting the fingers that once fed me.

There was a time when one of my neighbours came to me with a complaint about one of the Local Authority's services. So I taught him how to submit the complaint via ePublic. But after doing so with no results after a few months he came to me again. This time I made my own ePublic complaint about his complaint. Only then the Local Authority took action.

More than three months ago I submitted a medical traveling claim to my former employers and after one month another similar claim. As a Local Authority retiree, I must submit my medical claims to the same government department although my pensions are paid by the Federal Government.

I knew something was amiss about my applications when the man in charge asked me where did I obtain my claim forms because not only he did not have them in stock but he did not know how or where to obtain them. So after hearing nothing after three months, I made a big decision. To get things done from this Local Authority I must use the ePublic.

So after a few days of submitting my ePublic complaint, I received a call from a lady. She said she had taken over the job of the former man who had now been transferred to a different department. She asked me to see her because I have to fill a banking form.

When I met her she spoke of her disappointment that I had to use the ePublic to see that my claims are looked after. I simply replied if I had not done that my applications will be in cold storage, just like for the past three months.