Wednesday, December 30, 2009

Faktor manusia sebenarnya.


Saya masih ingat di tahun 1972 di mana saya bekerja di Pasir Putih, Kelantan. Saya balik kampung menaiki bas ekspres MARA dari Kota Bharu hingga Kuala Lumpur dan sebaliknya. Saya sudah mengalami khidmat bas ekspres ini siang dan malam.

Oleh kerana saya tinggal di Pasir Putih yang terletak di Laluan Persekutuan 3 saya hanya menunggu di pekan terebut apabila hendak ke Kuala Lumpur setelah membeli tiket di Kota Bharu. Begitu juga apabila balik ke Kelantan saya turun di pekan Pasir Putih dan dari situ saya berjalan kaki ke rumah kerajaan saya.

Apabila saya balik ke Kelantan menaiki bas ekspres malam saya sampai di Pasir Putih waktu Subuh. Setelah berehat sekejap di rumah saya terus pergi kerja.

Oleh kerana saya sendiri pernah beberapa kali menaiki bas ekspres berjalan jauh saya merasa cukup sedih bila membaca berita kemalangan jalanraya melibatkan bas ekspes. Lebih-lebih lagi apabila kemalangan sedemikian melibatkan kehilangan nyawa.

Kita dikejutkan baru-baru ini dengan berita kemalangan ngeri melibatkan bas ekspres yang berjalan malam. Sepuluh nyawa melayang akibatnya. Antara yang terkorban ialah kakak dan abang ipar kepada seorang jiran saya yang tinggal di seberang padang depan rumah saya.

Itu sebabnya saya nampak rumah jiran saya bergelap sahaja beberapa malam ini oleh kerana tuan rumahnya berada di Kelang, Selangor menjaga anak-anak suami isteri yang terkorban itu.

Bila terjadi kejadian seperti ini macam-macamlah cadangan diberikan. Ada yang mencadangkan supaya bas ekspres dilarang berjalan malam. Mengapa bas ekspres sahaja? Kalau bagitu haramkan sahaja semua kenderaan berjalan malam.

Oleh kerana kemalangan melibatkan bas dua tingkat ada yang mencadangkan supaya bas dua tingkat tidak boleh dijadikan bas ekspres. Kemalangan tidak memilih bas satu tingkat atau dua tingkat. Setahu saya inilah kemalangan ngeri pertama melibatkan bas dua tingkat.

Melihat kepada gambar-gambar di akhbar dan TV bas yang terlibat itu adalah bas baru. Ia dari jenis yang baik juga iaitu SCANIA. Oleh itu factor mekanikal tidak timbul.

Oleh itu kemalangan ini terjadi kerana faktor manusia atau 'human factor' dalam Bahasa Inggeris.

Dari pengalaman saya tidak ada satu hari pun berlalu tanpa saya melihat kesalahan jalanraya dilakukan oleh pemandu-pemandu. Contohnya penunggang motosikal memotong kiri dan kanan diantara kereta-kereta, pemandu kereta melanggar lampu merah dan pemandu bas memandu laju di lebuhraya.

Jika penunggang atau pemandu yang saya sebutkan diatas membahayakan diri mereka sendiri sahaja tak apa juga. Masalahnya ialah apabila mereka melibatkan orang lain. Lebih-lebih lagi jika mereka menyebabkan kita kehilangan orang yang disayang.

Kalau setiap penunggang atau pemandu bertanggungjawab dan mematuhi segala peraturan jalan raya kemalangan ngeri seperti diatas tentu dapat dikurang atau dihapuskan.

Tuesday, December 29, 2009

Reunion Dinner 2009

Last Saturday was one of the happiest moments of my life. I met a few of my friends whom I last saw in 1967, forty-two years ago. The function was our Alumni Annual Dinner. It was held at the Puspanitapuri Hall, Putrajaya. Pictures speak a thousand words, they say. So I just let the pictures do the talking, with little notes of my own.


The first person I met was Ismail Mustaffa from Kelantan. I took this photo in the surau. I still had 'air sembahyang' on my chin. In the 'Class of 62' photo at the bottom of my blog Ismail was seated at extreme right. His face is still chubby.



Our guest of honour, former Prime Minister Tun Dr. Mahathir arriving.



Tun Dr. Mahathir shaking hands with my fellow school mates. His hands are not shaky, though.



Tun Dr. Mahathir and wife sitting at the main table.



Tun Dr. Mahathir giving his speech. This is the third time I took pictures of Tun.




In the centre is my 'Class of 62' teacher, Mr. Leonard Wee. Everybody loves him.



Another photo of Tun Dr. Mahathir speaking below the picture of our imposing school badge. My friend Hodori told of a story about the badge. He was riding an LRT wearing the badge when somebody asked him "Are you a member of any royal family?". Hodori replied "No, why". "Because of the yellow colour" was the reply.




Fans of Tun Dr. Mahathir sharing a photograph with him. My batch members were among them.


Showtime. Professor Jamaludin Mat playing bass guitar.




My batch members. From left Latif Mas'od, Salim Sabino, Md. Shah Bachik, Raja Shahrom, Ismail Latif, Ismail Mustaffa and Husin Bachik. I think Husin was not advised as what to wear for this occasion.



Kopratasa singing. At centre is Mohd. Shah Ibrahim, my junior schoolmate.



Hodori playing lead guitar with Gen. Rani looking.


Ali Che' Din playing drums.


Hodori playing Santana's 'Gypsy Queen' with Hamdan Haji Idris looking.


From left Abu Fatah Sanusi, Gen. Jaffar, Ismail Mustaffa, Wan Ismail and Hashim Kassim. Except for Ismail all are my juniors.


Ismail Latif with Latif Mas'od.


Zainal Abidin Enon and Mokhtar Muhammad, surviving members of The Flanders. They were just one year senior to me. Drummer Punawan could not come because his daughter got married during the day.

Raja Shahrom, Salim Sabino and Latif Mas'od. Raja was thin in school while Salim and Latif remain thin as ever.


Mokhtar Muhammad playing rhythm guitar.




Zainal Abidin Enon playing the keyboards.


Md. Shah Bachik, Dr. Hilmi Yahya, Adnan Saat and Professor Wan Kadir.



Ismail Mustaffa, Ismail Latif, Salim Sabino, Latif Mas'od and Raja Shahrom.


Me shooting video. Picture courtesy of Dr. Khairun Nazar.



My batch students. From left: Ismail Mustaffa (Kelantan), Raja Shahrom (Juasseh, NS), Md. Shah Bachik (Gemencheh, NS), Latif Mas'od (Johor), Adnan Saat (Johor), Maarof Kassim(Jelebu, NS), Ibrahim Moideen (Rembau, NS), Husin Bachik (Merlimau, Melaka), Wan Kadir (Kelantan) and Salim Sabino (Johor). Ibrahim is the one who got us together. Picture courtesy of Dr. Khairun Nazar.


From left: Ali Hashim, Shuib Samah, Zainal Mubarik Zainudin, Muhamad Abdullah, Dr. Azahar Idris, Maarof Kassim and Yahya Pakih. I was senior to all of them. Picture courtesy of Dr. Khairun Nazar.





Last and not least I give credit to the man second from right. He is my junior Mohd. Nor Yahya who was the organising chairman for this dinner. Without he and his committee's efforts things would not run smoothly. Picture courtesy of Dr. Khairun Nazar.

Sunday, December 27, 2009

How fortunate we are.

Last night I had the oppotunity to attend a function where our former Prime Minister Tun Dr. Mahathir was the guest of honour. Of course, any function attended by Tun Dr. Mahathir would not be complete without him being given the opportunity to make a speech.


I don't want to give details as to everything Tun mentioned, but there is one matter which I seemed not to realise all the while. Tun mentioned that our country Malaysia is fortunate to be situated in a protected enclave.

We are surrounded by Indonesia at the west and south, The Phillipines at north-east and Indochina at north. So, most of the country are protected by the earth's elements like typhoons, tsunamis and the like.

I remember four years ago landing at Kansai Airport, Japan on my way for a training course at Kitakyushu and Fukuoka. We landed in the rain. There I was welcomed by officers of JICA or Japan International Cooperation Agency, my hosts. One of the officers told me my flight to Fukuoka might not materialise because according to weather forecasts the city might be hit by a typhoon.

I was shocked for a while. I learned about typhoons in school, read about them in the papers and watched them on TV. But I never thought of being near one.

One of the officers, a Japanese, of course said "Insya Allah (yes, he said it) you will make it to Fukuoka". Maybe the mention of Allah changed everything. After a few hours wait the officers said everything is fine in Fukuoka and my plane is waiting. I landed safely at Fukuoka also in the rain.

During the journey from Fukuoka to Kitakyushu I saw the trees on torn he hills were swaying from the heavy winds. The rain was not heavy like the one in Malaysia but the winds must be moving fast although I never felt the effects as I was travelling in an air-conditioned van provided by the hosts.

Back to Tun Dr. Mahathir's speech, we must by grateful for being born in a safe place like Malaysia. Anybody who says our country is a failed or almost failed nation must be mad. Worst still, if he or she is Malaysian.

Wednesday, December 23, 2009

Betulkah cara ini?

Pagi tadi saya hantar isteri saya Salmah ke Hospital Tuanku Jaafar, Rasah, Seremban untuk membuat temujanji pemeriksaan matanya. Siapa yang biasa dengan Hospital ini sudah tahu mengenai masalah kekurangan tempat letak keretanya.

Selepas meninggalkan Salmah di bangunan Klinik-Klinik Pakar saya meletakkan kereta di tempat ketak kereta khas untuk orang awam. Tempat letak kereta ini dahulu sebahagian dari padang Hospital ini di mana pada waktu-waktu petang ramai kakitangan hospital dan juga penduduk kawasan Rasah bermain bola. Saya masih ingat di tahun-tahun tujuh puluhan pasukan bolasepak Jabatan Perubatan Negeri Sembilan atau disebut NS Medicals adalah salah satu pasukan yang kuat di Seremban dan Negeri Sembilan.

Padang itu tidak menjadi padang lagi kerana sebahagian darinya telah diambil oleh kerajaan untuk Projek Lingkaran Tengah Seremban. Sebahagian lagi yang tinggal itu dijadikan tempat letak kereta di mana saya meletakkan kereta saya pagi tadi.

Dari tempat letak kereta ini pemandu dan penghuni kereta boleh menaikki bas percuma untuk ke Hospital. Tetapi oleh kerana Klinik-Klinik Pakar terletak diantara Hospital dengan tempat letak kereta ini saya memilih untuk berjalan kaki untuk mendapatkan Salmah. 'Hogheh' juga saya berjalan kaki menaiki bukit ke Klinik-Klinik Pakar ini.

Perjalanan balik ialah menurun dan Salmah kata dia sanggup berjalan kaki sama. (Kalau diperhati betul-betul Salmah ada dalam gambar di atas). Keluar sahaja dari bangunan Klinik saya nampak tiga kereta sudah digari tayar hadapan sebelah kanannya.

Saya nampak ada notis diletak dicermin tiap-tiap kereta. Notis memberitahu pemandu bahawa kereta mereka diletak di tempat yang salah. Mereka diberi masa 30 minit untuk memindahkan kereta mereka, jika tidak tayar kereta mereka akan digari.

Sebenarnya notis ini adalah syarat sahaja. Tanyalah sesiapa yang berurus dengan Hospital Tuanku Jaafar ini adakah sempat mereka diperiksa atau melawat pesakit dalam masa 30 minit? Oleh itu tidak mungkin pemandu ketiga-tiga kereta di atas kembali ke kereta mereka dalam tempoh 30 minit melainkan mereka tinggal barang seperti rokok (tak mungkin, kerana dilarang merokok di kawasan hospital) atau telefon bimbit.

Memang betul ketiga-tiga kereta tersebut salah letak kerana menghalang. Tetapi dengan menggari tayar bukankah kereta berkenaan tetap menghalang. Oleh itu masalah sebenar iaitu halangan tidak diselesaikan.

Setahu saya pihak berkuasa tidak mempunyai kuasa menggari kereta-kereta yang menghalang. Kerana dengan menggari halangan tetap ada dan tidak terhapus. Saya masih ingat lagi semasa Majlis Perbandaran Seremban mula-mula mengenakan bayaran letak kereta dahulu kereta-kereta yang diletak di luar petak letak kereta digari. Tiba-tiba seorang pemandu telah mencabar tindakan Majlis ini di mahkamah dan mahkamah memutuskan tindakan menggari kereta kerana kesalahan menghalang adalah melanggar undang-undang. Majlis telah memberhentikan tindakan menggari kereta dengan serta merta.

Apakah tindakan sepatutnya diambil untuk kereta-kereta seperti di atas? Pihak-pihak berkuasa seperti Polis dan JPJ boleh menyaman kereta berkenaan. Dalam hal ini pihak Hospital tidak mempunyai kuasa kerana jalan berkenaan adalah jalan awam.

Tindakan secara fizikal pula ialah pihak berkuasa menarik kereta dan diletakkan di tempat-tempat khas di Balai Polis atau pejabat JPJ. Tindakan ini agak drastik memikirkan pemandu terpaksa pergi ke Balai Polis atau pejabat JPJ, kemudian membayar saman termasuk upah menarik kereta.

Walau bagaimana pun tindakan menggari kereta kerana menghalang adalah tindakan yang salah. Sesiapa yang kereta mereka digari dalam keadaan di atas boleh menyaman pihak yang menggari dan mana tahu, dapat bayaran ganti rugi.

Tapi bagi saya buat apa buang masa dan buat apa bertekak. Letak sahaja kereta di tempat yang sah.

Monday, December 21, 2009

Berkhatan beramai-ramai

Jawatankuasa surau taman perumahan saya telah mengadakan satu Majlis Berkhatan anak-anak kami pada hari Ahad 20 Disember 2009. Kami menghadkan penyertaan kepada sepuluh kanak-kanak sahaja. Alhamdulillah tujuh orang kanak-kanak menyertai acara ini. Inilah cerita bergambar saya mengenai upacara bersejarah bagi tiap-tiap anak ini.



Notis yang ditulih di papan pemberitahu di surau.



Notis yang diedarkan dari rumah ke rumah.




Pendaftaran di surau kami.


Kaum ibu menyediakan bunga telur.


Pendaftaran lagi.



Itulah dia kanak-kanak yang bakal dikhatankan.


Dikelilingi ibu bapa dan adik-adik. Kami sedang bertahlil diketuai Ustaz Affandi.


Ustaz Affandi, membaca doa selamat.


Ustaz Affandi menghadiahkan bunga telur kepada anak-anak.


Lagi bunga telur dihadiahkan.


Kanak-kanak sangat gembira mendapat bunga telur.



Mereka dijamu sedikit makanan ringan. Kami pun merasa sama.


Mereka menaikki kereta Proton Exora kepunyaan seorang jemaah kami untuk dibawa ke Klinik.



Kereta muat menampung tujuh kanak-kanak.


Bersedia untuk bergerak.



Ini Kliniknya, Klinik Penawar, Ampangan, Seremban.


Kanak-kanak sedang menunggu di bilik menunggu klinik.


Musa bin Norazlan, anak pertama sudah selesai dikhatankan. Selepas ini ibu bapa membawa balik anak masing-masing.

Friday, December 18, 2009

Congratulations, Malaysia!

I don't want to be left behind in congratulating the Malaysia football team ini winning the gold medal at the 25th SEA Games in Laos. I only watched the game live on TV for the first half. Then I had to go to my surau to perform my Maghrib and Isya' prayers. I received the results through my moblile phone's SMS in between the prayers sent by a friend.


But we Malaysians cannot be too happy about the result. Please remember that for the SEA Games the football competition is among players who are under 23 years of age. So the gold medal was not won by the full Malaysian team although the under 23 players form the bulk of the senior team.


Still I am impressed by the progress made the team from the start. After being beaten 3-1 by Vietnam (the team we eventually beat 1-0 in the final game) in the group stage all seemed lost to Malaysia. But we managed to beat Thailand 2-1 to qualify for the semi-finals. When the Thai coach Steve Darby who once coached our Perak state team was asked to comment he simply said "What can I say? Malaysia Boleh!".


Then we met the other group winners Laos in the semi-finals. In front of their vocal home crowd we managed to beat them 3-1. Our young boys must be having guts of steel to do this.


In the finals we met Vietnam who as we all know had beaten us in the group game. The stadium as I saw it on TV was all red from the colours of the Vietnam supporters' shirts. Don't forget Laos and Vietnam are neighbours. I am sure too any Laotian in the stadium would be supporting Vietnam.


But we managed to beat the Vietnamese. Forget that the goal was an own goal. A goal is a goal no matter how it is scored.


My only hope is that this win will bring greater success for Malaysian football which had been in the doldrums for a very long time. Thirty years or so ago we could beat Japan and South Korea easily, but just look at where they are now. Even China with more than a billion in population was at par with us.


Looking at the Malaysian football or even the state teams I notice something missing. I am talking about the Chinese Malaysian players. I hardly see any of them. If I am not mistaken there was not a single Chinese player in the recent Malaysia Cup final between Kelantan and Negeri Sembilan.


We had great Chinese players many many years ago in the form of Soh Chin Aun, Wong Choon Wah and Chow Chee Keong. I enjoyed watching them displaying their skills. Something should be done to attract more Chinese players to play football for our state teams and eventually for the national team.

Wednesday, December 16, 2009

Cakap Melayu sajalah - Bahagian 2

Cuba lihat gambar di atas. Notis ini dilekatkan di beberapa unit KTM Komuter. Bahasa Melayunya betul tetapi Bahasa Inggerisnya salah. Oleh kerana 'hentian' yang dimasudkan lebih dari satu ia sepatutnya ditulis 'LIMITED STOPS'.

Penumpang tren kita bukan sahaja orang Malaysia tetapi orang asing juga. Apa pandangan orang asing tentang betapa rendahnya pengetahuan Bahasa Inggeris rakyat kita. Di dalam kes ini sepatutnya pegawai-pegawai KTM bertanya dahulu kepada sesiapa yang tahu sebelum mencetak notis di atas.

Bercakap mengenai KTM saya pernah naik tren antara-bandarnya dari Seremban ke Johor Bahru. Apabila hendak berhenti di mana-mana stesen akan terdengar pemberitahuan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahasa Inggerisnya berbunyi begini "Ladies and gentlemen, this train will be arriving Tampin Station". Begitulah seterusnya di Gemas, Segamat sehingga Singapura. Silapnya sedikit sahaja iaitu sepatutnya diselitkan perkataan pendek "at' antara "arriving" dengan nama Stesen. Saya tidak faham kenapa KTM tidak bertanya kepada sesiapa yang tahu mengenai perkara yang memalukan ini.

Saya masih ingat lagi semasa Kolam Renang Negeri di Paroi, Seremban baru dibuka dahulu. Diletakkan juga notis-notis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Untuk notis "DILARANG TERJUN" ditulis "NO JUMP" dalam Bahasa Inggeris. Nasib baik juga selepas itu Kolam Renang itu diserahkan kepada Majlis Perbandaran Seremban untuk jagaan. Yang DiPertua saya yang tahu Bahasa Inggeris terus mengarahkan notis itu diganti dengan bahasa yang betul iaitu "NO DIVING".

Soalnya di sini kenapa pihak yang berkuasa tidak bertanya kepada pihak yang tahu mengenai pencemaran bahasa ini. Agaknya mereka terlalu ego dan takut maruah mereka tercemar kerana disyaki tidak tahu berbahasa Inggeris.

Monday, December 14, 2009

Kenalilah jiran-jiran kita - Bahagian 2

Setelah mengadakan gotong royong membersihkan belukar di belakang rumah, kami pun memulakan rondaan malam bergilir-gilir. Kemudian kami bermuafakat untuk mendirikan sebuah pondok kawalan. 'Bendahari' tidak rasmi kami ditugaskan untuk memungut wang dan membeli peralatan membina pondok.



Inilah lokasi pilihan pertama. Tetapi ia didapati tidak sesuai kerana sedikit terlindung. Juga terlalu hampir dengan rumah yang nampak dalam gambar. Tebing yang terang di belakang itu ialah sebahagian dari Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) yang dalam pembinaan.






Kerja-kerja membancuh simin dimulakan.




Lokasi yang ini dipilih. Lubang pertama untuk tiang pondok sedang digali.



Kerja-kerja menggali lubang untuk tiang dimulakan. Yang berambut putih itu ialah Uncle Chan yang banyak meminjamkan peralatan membina pondok ini. Dia juga 'arkitek' tidak rasmi untuk pondok ini.



Kerja-kerja menggali lubang sedang giat dilakukan.




Simin terus dibancuh.



Tiang-tiang ditegakkan.



Lagi tiang ditegakkan. Uncle Chan memberi tunjuk ajar.



Sudah siap berpalang di atas. Uncle Chan sudah meninggalkan kami kerana ada program lain.



Sudah nampak sedikit bentuk pondok.



Tiang-tiang distabilkan dan lubang-lubang diisi simin yang sudah dibancuh. Di waktu ini saya terpaksa meninggalkan mereka untuk menghadiri dua kenduri kahwin di Umbai dan Merlimau, Melaka.



Apabila saya balik dari Melaka pada petangnya pondok sudah siap dibina.




Pandangan tepi sebelah kanan.



Pandangan di hadapan pondok. Basikal itu ialah basikal saya.




Pandangan di kanan pondok. Di hujung jalan itulah kawasan lapang di mana saya melepaskan layang-layang saya. Kalau diperharikan betul-betul nampak juga tiang gol untuk anak-anak muda bermain bola.


Pandangan di belakang pondok.




Untuk rekod, tarikh pondok ini dibina.