Showing posts with label Current affairs. Show all posts
Showing posts with label Current affairs. Show all posts

Sunday, June 19, 2022

PERATURAN LAPUK.

Gambar persediaan pilihanraya di mana saya terlibat.

LURUS BENDUL.

Di Pilihanraya Umum ke 8 (PRU 8) tahun 1990 saya dilantik sebagai Pembantu Pilihanraya oleh boss saya yang sudah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus atau Assistant Returning Officer (ARO).  Sebelum hari mengundi kami sering ke pejabat Pegawai Pengurus atau Returning Officer (RO) yang kebetulan Pegawai Daerah Seremban. 

Satu pagi RO panggil kami ke pejabatnya yang cuma 200 meter di belakang pejabat kami Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Perkara pertama yang disebutnya ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru sahaja memberinya Writ Pilihanraya. Kami diberi salinan-salinan Writ untuk diisi dan ditampal untuk perhatian umum. 

Boss terus minta saya balik ke pejabat membawa beberapa salinan Writ untuk diisi oleh seorang bernama Rusli (Allahyarham) yang tulisannya cukup cantik. Boss saya ini jenis yang tidak mahu menangguhkan kerja, tetapi sering mempersendakan mereka yang lurus bendul iaitu mereka yang mengikut arahan tanpa menyoal rasionalnya.

Sampai di pejabat saya dapati Rusli sudah keluar. Jika saya seorang yang lurus bendul saya boleh berdiam diri sambil menunggu boss balik. Bukankah arahannya untuk saya berjumpa Rusli?.  Tetapi saya bukan begitu dan meminta kawan saya Halim (Allahyarham) yang tulisannya juga cantik, untuk mengisi Writ tersebut.

Boss saya balik ke pejabat hampir waktu rehat tengah hari. Dia terus panggil saya dan minta tunjukkan Writ-writ yang sudah diisi. Mendapati ia diisi dengan sempurna dia panggil pula seorang pemandu van pejabat dan meminta saya menampal Writ 'di masa itu juga'.  Dia tidak peduli akan bantahan saya hendak pulang ke rumah dulu untuk makan tengah hari. Jelaslah dia juga seorang yang lurus bendul. Saya tidak pedulikan arahannya dan meminta pemandu datang semula ke pejabat pada jam 2.00 nanti. 

Tepat jam 2.00 saya dan pemandu dengan berbekalkan tukul besi dan paku tekan pergi menampal Writ di beberapa pokok. Boss asyik memanggil saya melalui 'walkie talkie' tetapi saya tidak pedulikannya. 

Saya balik ke pejabat bila ia hampir ditutup. Boss tanya ke mana saya pergi dan kenapa saya tidak jawab panggilannya. Saya jawab pergi ke kampung-kampung menampal Writ Pilihanraya dan saya tidak jawab panggilannya dengan alasan 'line' 'walkie talkie' tidak jelas di kampung-kampung.

Kemudian saya terangkan kenapa saya tidak akur kepada arahannya untuk menampal Writ Pilihanraya 'di masa itu juga'. Saya jelaskan penampalan salinan Writ Pilihanraya di tempat-tempat awam  tidak relevan lagi sekarang. Itu di tahun 1990.

'Fast forward' 32 tahun ke tahun 2022.

UNDANG-UNDANG LAPUK.

Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri mahu undang-undang lapuk di negara ini dihapuskan, lebih-lebih lagi di zaman digital sekarang. Bagi saya bukan sahaja undang-undang lapuk, tetapi peraturan-peraturan lapuk juga patut dihapuskan. Antaranya peraturan menampal salinan Writ Pilihanraya di tempat-tempat awam.

Apabila hendak diadakan Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK), SPR akan bersidang. Selepas bersidang, Pengerusi SPR akan mengumumkan beberapa tarikh penting. Tarikh pertama ialah tarikh pengeluaran Writ Pilihanraya diikuti oleh tarikh penamaan calon dan diakhiri dengan tarikh keramat hari mengundi. 

Untuk mereka yang tidak tahu, Writ Pilihanraya atau BORANG 1 SPR  ialah surat arahan daripada SPR kepada Pegawai Pengurus atau RO untuk menjalankan pilihanraya. Writ tersebut hendaklah dibuat salinan untuk ditampal di tempat-tempat awam. Tujuannya untuk memberitahu orang awam akan kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Oleh itu siapa yang berhajat untuk mengisi kekosongan tersebut bolehlah bertindak sepatutnya. Sudah tentu isi Writ berbeza dari satu kawasan dengan kawasan yang lain. 

Walau pun Writ Pilihanraya asal  (dari SPR kepsada RO) mungkin bersaiz kertas A4, tetapi salinannya (yang hendak ditampal ditempat-awam) dibuat dari kertas tebal bersaiz 2 kaki lebar dan 4 kaki panjang. Ia hendaklah tahan hujan dan panas walau pun tempoh lakunya hanya untuk beberapa hari.  

Salinan Writ untuk ditampal di tempat-tempat awam mungkin perlu di PRU 1 (tahun 1955) dan PRU 2 (tahun 1959) bila rakyat negara baharu sahaja dikenalkan dengan pilihanraya. Tetapi selepas itu mereka yang bercita-cita untuk mendapat gelaran Yang Berhormat (YB) sudah tahu apa yang mereka wajib buat untuk tujuan tersebut. Saya belum terbaca cerita di mana seorang itu mendakwa pihak berkuasa kerana tidak berpeluang bertanding kerana tidak ternampak mana-mana Writ Pilihanraya. 

Seperti kata Y.A.B. Perdana Menteri kita sudah masuk ke era digital. Mengisi salinan Writ Pilihanraya secara fizikal dan menampalkannya di tempat-tempat awam sudah tidak relevan lagi di era ini. Cuba bayangkan berapa keping salinan Writ diperlukan untuk semua 222 kawasan Parlimen di Pilihanraya Umum. Kerajaan boleh menjimatkan beribu atau berjuta ringgit jika salinan Writ Pilihanraya tidak diperlu dibuat.

Tetapi untuk memenuhi syarat-syarat undang-undang, mungkin Writ Pilihanraya boleh dipaparkan secara 'online' sahaja. Bakal-bakal Yang Berhormat boleh memilih kawasan DUN atau Parlimen di mana dia ingin bertanding untuk melihat Writ yang dipaparkan secara digital dan mencetaknya jika perlu. 

Sekian. 

Friday, May 14, 2021

SAYA TAK KISAH BERAYA DI MANA.

Di hari baik, bulan baik ini, iaitu Hari Raya Aidilfitri 1442 Hijrah, saya ingin bercerita tentang tiga perkara, kesemuanya ada kaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

  1. Saya tidak suka duduk di baris atau saf hadapan semasa solat di surau atau masjid, walau pun saya datang awal. Berapa kali saya dihimpit kiri dan kanan oleh jemaah yang pada mulanya duduk di saf belakang. Bila tiba masa Iqamah diseru, ramai dari mereka itu menyerbu ke hadapan. Tak payahlah saya terangkan kenapa. Yang saya tahu saya tidak selesa bila dihimpit. Ada kalanya saya memberi jalan kepada mereka yang berebut untuk solat di saf hadapan ini. Biarlah apa orang kata, yang penting bagi saya ialah keselesaan dan saya tidak ada perasaan marah.                                                                       
  2. Saya juga kurang senang bila Khatib membaca ayat-ayat panjang semasa Solat Jumaat. Kadang-kadang saya tertanya "Tidakkah Khatib ini terfikir yang ramai dari jemaah itu akan meneruskan kerja di pejabat. Pembacaan ayat-ayat yang panjang akan membuatkan ramai dari kami datang lewat ke pejabat di waktu petang".                                                                                                         
  3. Kita banyak terdengar dan terbaca cerita suami isteri bergaduh hendak beraya di mana? Di kampung suami ke atau kampung isteri. Sejak saya berkahwin sehingga anak sulung kahwin, saya beraya di kampung isteri. Saya beraya di kampung saya cuma di hari kedua. Saya tidak mempunyai masalah tentang itu kerana sejak umur 12 tahu  saya sudah biasa tidak beraya dengan emak dan adik beradik kerana bersekolah di satu sekolah berasrama penuh.
Bila Covid-19 menyerang negara kita yang mengakibatkan ujud apa yang dipanggil PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN, tiga masalah itu telah dapat diselesaikan seperti berikut:
  1. Semua masjid dan surau diarahkan menjarakkan kedudukan jemaah supaya mereka berada sekurang-kurangnya 1 meter (ada yang 1.5 meter) antara satu dengan lain. Akibatnya perebutan untuk berada di saf paling hadapan tidak timbul lagi.                                                                          
  2. Khatib di Solat Jumaat diarahkan untuk membaca ayat-ayat dan doa-doa yang pendek. Akibatnya jemaah tidak lagi sama ada mereka boleh sampai ke pejabat sebelum waktunya petang nanti.                                                                                                                         
  3. Rakyat dilarang merentah negeri dan daerah semasa Hari Raya Aidilfitri. Melainkan suami isteri tinggal di satu daerah dengan kampung-kampung asal mereka, perbalahan hendak beraya di kampung mana tidak timbul lagi. 




Wednesday, December 30, 2020

DIA RUNTUHKAN ISTANANYA SENDIRI - BAHAGIAN KEDUA


 Gambar hiasan, tidak kena mengena dengan cerita.

8.    BAGAIMANA FOTO INI BOLEH DITANDINGKAN?

Lebih kurang pada tahun 2015, semasa pengadilan satu pertandingan fotografi anjuran Persatuan A, saya nampak satu foto yang masuk pertandingan di saat-saat akhir. Apa yang menarik perhatian saya ialah foto itu tidak patut ditandingkan. Saya berani kata begitu kerana saya tahu sangat akan sejarah foto itu.

Foto diambil di satu konsert dalam sebuah auditorium di Seremban. R, saya dan beberapa ahli jawatankuasa Persatuan A sama-sama hadir di konsert itu. Saya masih ingat juruacara mengingatkan hadirin supaya tidak mengambil apa-apa foto. Ini kerana pengambilan foto adalah hak ekskusif penganjur konsert. Jadi jurufoto penganjur bebas mengambil foto tanpa saingan.

Isu yang saya bangkitkan, iaitu foto itu tidak adil ditandingkan ialah kerana peserta-peserta lain tidak dibenarkan mengambil foto itu. Saya pasti jurufotonya bertaraf professional kerana tugasnya hanya mengambil foto untuk jabatan yang menganjur konsert itu. Sudah tentu kamera juga kamera jabatan, yang tentunya mahal.

Saya beri contoh pengambilan foto semasa penganugerahan pingat atau pertabalan Raja di mana-mana  istana di Malaysia. Hanya jurufoto yang dilantik oleh pihak kerajaan atau istana dibenarkan mengambil foto. Patutkah foto-foto yang hanya boleh diambil oleh jurufoto professional dan terpilih itu ditandingkan dengan foto-foto dari jurufoto amatur?

Tetapi R menolak bantahan saya dan penyertaan foto kontroversi itu diterima. Akhirnya foto itu mendapat hadiah pertama. Ingatan saya pergi ke 'Photo Safari' tahun 1990 di mana pasukan yang menceroboh surau dan menghalang orang lain menggunakannya diistiharkan sebagai 'Pasukan Paling Berdisiplin'. Disiplin apa itu?    

Saya terlibat dengan dua pertandingan yang melibatkan jurufoto di mana jarak masa antaranya ialah 25 tahun. Di kedua-dua pertandingan tersebut terdapat kontroversi. Mustahil jika saya katakan dalam 25 tahun itu, di mana saya menajdi ahli tidur Persatuan A, tidak ada kontroversi semasa pertandingan foto.

Jika 25 tahun sebelumnya kawan pasukan saya terus merajuk, kali ini saya pula mengambil keputusan untuk merajuk. Saya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Setiausaha Persatuan A, seperti juga beberapa orang Setiausaha sebelum saya, yang mungkin merajuk juga. Apa guna menjadi Setiausaha jika pendapat kami (yang ada asas) ditolak?



9.     ITU SEBABNYA RAMAI YANG LARI

Sejak Persatuan A ditubuhkan cuma R menjadi Yang Di Pertuanya. Tiap kali bila ada pertandingan jawatan di Mesyuarat Agung Tahunan, R menang tanpa bertanding. R pun mendabik dada dengan mengatakan dia sudah sama taraf dengan beberapa pemimpin negara di dunia yang tidak ada yang berani melawan.

Dia tidak sedar bahawa ramai ahli telah lari meninggalkan persatuan, sehingga di kebelakangan ini korum untuk Mesyuarat Agung pun tidak cukup. Tetapi R seronok dengan keadaan ini, kerana bila tak cukup korum, tidak adalah pemilihan dan R terus menerajui persatuan. Tetapi bagi saya pula, susah untuk saya untuk meletakkan jawatan.

Salah satu sebab mengapa ramai ahli meninggalkan persatuan ialah kerana di tiap-tiap pertandingan fotografi atau yang berkaitan dengannya, pemenang sudah ditentukan dari awal lagi.  


10.    AKHIRNYA DIA DIJATUHKAN JUGA

Sebelum R dijatuhkan di Persatuan A, dia sudah dijatuhkan di Persatuan B di Mesyuarat Agung Tahun 2019. Sebelum itu saya sudah melepaskan jawatan Setiausaha Persatuan A. Sepatutnya R mendapat mengajaran dari dua perubahan itu. Tetapi tidak, dia berkeras untuk bertahan di Persatuan A. 

Bebarapa orang ahli menyedari di tahun-tahun kebelakangan ini korum di Mesyuarat Agung tidak cukup. Ini bermakna pemilihan ahli jawatankuasa baru tidak boleh di buat. Ini juga bermakna R juga akan kekal menjadi Yang Di Pertua. 

Mereka berusaha untuk memastikan korum di Mesyuarat Agung Tahun 2020 cukup. Salah satu usahanya ialah menambah ahli.

Dipendekkan cerita, korum Mesyuarat Agung Tahun 2020 Persatuan A cukup dan pemilihan ahli jawatankuasa boleh diadakan. Di sinilah R dikalahkan dengan teruk.


11.    DUA PERSATUAN MENERIMA NOTIS DARI ROS

Tiba-tiba sahaja setelah tamat Mesyuarat Agung Persatuan A, persatuan itu dan juga Persatuan B (di mana saya masih menjadi Setiausaha) menerima surat notis dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Sembilan. ROS minta dua Persatuan ini mengemukakan beberapa dokumen. Ini sudah menjadi SOP kepada ROS bila mereka hendak menyiasat mana-mana NGO di bawah mereka.

Oleh kerana Persatuan A dan Persatuan B pernah diketuai oleh orang yang sama (yang kemudiannya dijatuhkan) sesiapa yang berakal boleh menduga kenapa ROS menghantar notis serentak kepada kedua-dua NGO tersebut. 

Sekarang ini musim Covid-19 dan bukan senang untuk sesiapa untuk masuk ke pejabat ROS. Bilangan penunggu di ruang menunggu dihadkan dan komputer-komputer mereka yang sebelum ini boleh digunakan oleh mana-mana NGO, sudah dilekatkan dengan huruf X saiz kertas A4.

Oleh itu bukan saja-saja ROS menghantar notis kepada dua NGO tersebut, melainkan ada orang mengadu. Yang menjadikan kes ini satu 'intrigue' (dengan izin) ialah si pengadu tidak lain tidak bukan orang yang pernah menerajui kedua-dua NGO itu. 


12.    ISTANANYA RUNTUH

Jika enam tahun yang lalu bila R memberi saya surat warna kuning dari ROS, saya berjaya menyelamatkan Persatuan A, kali ini saya tidak boleh berbuat apa-apa. Akibatnya status NGO itu di ROS sekarang ialah BATAL. 

Sekian.

Saturday, August 1, 2020

Huruf X

 X7 bermakna ini pokok yang ke tujuh akan ditumbangkan

 Ini di pokok X7 di Jalan Mutiara Galla, 70200 Seremban. Pandanglah pokok yang sudah berumur berpuluh tahun ini puas-puas sebelum ia ditumbangkan.  


Pokok X8 sudah ditebang.


 
Pokok-pokok sudah ditebang.

Pokok-pokok di seberang sana pun ditebang.

Apakah huruf yang paling popular sekarang? Bukan A, E, I, O atau U. Huruf yang paling popular di dunia sekarang ialah huruf X. Kita boleh nampak huruf X di mana-mana. Contohnya di barisan kerusi menunggu di klinik dan hospital. Malah di tiap-tiap permaidani masjid dan surau di seluruh Malaysia ada terpampang huruf X. Saya sudah lama tidak masuk ke panggung wayang. Mungkin di situ pun banyak ternampak huruf X.

Tetapi ada juga manusia jahil yang tidak faham akan penggunaan huruf X. Maka diletaknya huruf X di setiap pintu tandas kedua, keempat, keenam dan kiraan seterusnya di tandas-tandas awam.

Siapa yang tidak tahu mengapa huruf X terdapat di mana-mana sekarang bermakna dia tidak mengikut perkembangan zaman. Oleh itu tidak payahlah saya menerangkannya. Huruf X pula paling senang ditulis atau ditampal. Ia cuma memerlukan dua pita (tape) yang dipotong sama panjang dan boleh dibeli di kebanyakan kedai seperti kedai buku, kedai DIY, kedai RM 2.10 dan pasaraya.  Kemudian pita ditampal melintang seperti huruf X.

Sebenarnya huruf X tidak terdapat dalam persuratan Melayu. Kalau tidak kenapa kita tidak menulis paksa, laksa dan seksa sebagai 'paxa', 'laxa' dan 'sexa'. Bukankah bunyinya sama? Malah perkataan paling popular 'sex' ditulis 'seks' dalam Bahasa Melayu. Malah ada yang menulis 'X-Ray' sebagai eksray. 

Cuma kawan-kawan NK (nasi kawah) saya yang menulis Laksamana sebagai Laxamana. Oh ya, saya pernah tinggal di Rumah Laxamana semasa bersekolah asrama penuh dulu.

Huruf X banyak maknanya. Filem-filem yang dianggap lucah diberi kategori X. Bila kita hendak menyembunyikan identiti seseorang, kita sering memanggilnya Mr. X. Cuma bila seorang perempuan itu dipanggil Miss X atau Madame X, mungkin ia disalah erti.

Petak X di tengah-tengah jalan bererti tiada kenderaan boleh berhenti di atasnya, walau pun perintah ini sering tidak dipeduli. Dalam teks (text) ringkas X juga bermakna tidak. Contohnya, 'X de' bermaksud tidak ada. 

Tetapi ada juga huruf X diletak sebagai hukuman. Huruf X yang selalunya ditulis dengan cat berwarna merah di pokok-pokok bermakna pokok itu telah diberi hukuman tebang. Pihak berkuasa tentu ada sebab kenapa menjatuhkan hukuman begitu kepada pokok-pokok. Gambar-gambar di atas menceritakannya.

Sekian. 

Saturday, June 20, 2020

Mana jemaah lain?

 Jemaah tidak ramai.

Yang paling dekat tu cucu saya Haziq. 

The masked me.

Bila sahaja kerajaan mengumumkan solat Jumaat dibenarkan di semua masjid di Malaysia, pilihan saya tidak lain iaitu Masjid India Muslim, Ulu Temiang, Seremban. Ini kerana di masjid inilah saya menunaikan solat Jumaat setiap minggu selama ini. 

Beberapa minggu sebelum ini, beberapa masjid telah dibuka untuk tujuan yang sama, tetapi saya tahu saya tidak layak kerana fakta umur. Untuk membuktikannya saya telah cuba memohon secara 'online' dan seperti dijangka permohonan saya ditolak.

Saya pulang dari pejabat lebih awal dari minggu-minggu sebelumnya (minggu-minggu PKP).  Lebih kurang jam 12.15 saya singgah di masjid ini untuk meninjau keadaan. Saya dapati kenderaan jemaah tidak dibenarkan diletak dalam kawasan masjid. Tidak apalah, tempat letak kereta (yang juga digunakan oleh pengunjung kuil Hindu di sebelah masjid ini) cuma beberapa meter dari masjid.

Saya bertanya kepada seorang pegawai masjid yang bertugas di pagar masuk, masih adakah tempat untuk jemaah lagi. Jawapannya masih banyak. Kemudian saya tanya lagi, minggu ini khutbah dalam Bahasa Melayu ke atau Bahasa Tamil?. Jawabnya Bahasa Melayu. Saya pun pulang ke rumah.

Sampai sahaja di rumah saya terus mengajak menantu saya Nazeem dan cucu saya Haziq untuk ikut saya solat Jumaat. Seperti saya, mereka pun 'excited' untuk solat Jumaat, walau pun masjid ini tidak seperti masjid mereka di Saujana Utama, Sg. Buluh, Selangor. Kami membawa sejadah masing-masing setelah mengambil wuduk di rumah.

Jadual saya berjalan licin, walau pun saya masuk ke masjid lebih awal dari biasa. Biasanya saya akan ke masjid apabila masuk sahaja waktu. Tetapi pilihan saya kali ini tepat, kerana beberap minit setelah saya masuk, hujan pun turun.

Seperi diarahkan, saya meletak kereta di sebelah masjid. Pintu utama masjid ditutup dan jemaah kena massuk melalui pintu tepi di mana disediakan tempat pendaftaran. Untuk itu setiap jemaah diberikan satu borang kecil untuk dimasukkan butir-butir seperti nama, alamat dan nombor telefon. Saya cuma isi nama dan nombor telefon. Suhu badan juga diambil. Borang yang telah diisi dimasukkan ke dalam satu kotak.

Di dalam masjid beberapa pegawai mengarahkan kami memenuhkan ruang hadapan dahulu. Ini bermakna kami tidak boleh duduk sesuka hati seperti sebelumnya. Seperti arahan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, khutbah adalah pendek dari biasa. 

Masjid tidaklah penuh dengan jemaah seperti yang saya jangka. Jiran-jiran se taman saya seorang pun tak nampak batang hidung. Maaf, batang hidung memang tak nampak, sebab semua jemaah pakai 'mask'. Tetapi saya masih kenal mereka, jika mereka turut hadir. Semasa solat ruang utama masjid cuma setengah penuh. Ruang tambahan disebelah tidak digunakan.

Saya tidak hairan dengan kehadiran ini. Mungkin ramai jemaah biasa memikirkan oleh kerana masjid ini kecil, tentu ramai dari mereka tidak dapat masuk untuk solat. Jadi mereka pergi ke masjid-masjid lain. Saya yakin kehadiran akan bertambah di minggu-minggu akan datang.

Seperti dirancang, hujan yang bermula sebelum azan lagi tiba-tiba berhenti sebaik sahaja Imam selesai membaca doa selepas solat. 'Somebody turned off the rain'  kata Tom Hanks dalam filen 'Forrest Gump'. Kemudian matahari pun bersinar. "Here comes the sun" kata George Harrison dalam lagu berjudul sama.

Jangan keliru dengan nama Masjid India Muslim Ulu Temiang. Untuk solat Jumaat, jemaahnya terdiri dari 90% orang Melayu, seperti dibuktikan dalam gambar-gambar di atas. Khutbah pula berselang seli antara bahasa Melayu dan Tamil pada tiap-tiap minggu. 

Mengikut giliran, khutbah minggu hadapan ialah dalam bahasa Tamil. Saya tidak tahu bagaimana Imam itu nanti dapat memendekkan khutbahnya, kerana selama ini khutbah dalam bahasa Tamil disampaikan tanpa menggunakan teks.   

Sekian.

Tuesday, May 26, 2020

Mereka pun pahlawan juga.

Saya dan kawan-kawan semasa latihan di Institut Kesihatan Umum, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Dengan kembali hidupnya blog saya ini setelah digantung kerana tidak membayar yuran 'domain', saya mulakan menulis semula dengan pos pertama mengenai wabak Covid-19.

Malaysia sekarang telah melalui kemuncak wabak Covid-19. Saya tidak mahu menerangkan apakah bendanya Covid-19 itu kerana semua orang sudah tahu. Sehinggakan hidup kita berubah kerananya. Contoh yang baik ialah di tahun ini pertama kali kita merayakan Hari Raya Aidilfitri tidak seperti biasa.

Saya baharu sahaja balik dari menjelajah daerah-daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Kuala Pilah di Hari Raya Ketiga. Biasanya di hari ini orang-orang Islam di Malaysia masih merayakan Hari Raya itu. Kenderaan banyak di jalan raya dan suasana kunjung mengujung masih ternampak di kampung-kampung. 

Pekan Kuala pula biasanya sesak dengan kenderaan di Hari Raya ketiga ini. Tetapi kali ini tidak. Cuma saya perhatikan orang ramai beratur di Restoran KFC Kuala Pilah. Di Restoran McDonalds Kuala Pilah pula kereta beratur panjang. Saya terpaksa membatalkan niat untuk makan tengah hari di Kuala Pilah. Saya makan tengah hari di Restoran Marrybrown di Paroi, Seremban.

Banyak diceritakan mengenai 'front liners' yang menentang wabak Covid-19. Terbayang di kepala kita doktor dan jururawat memakan pakaian yang dipanggil 'Personal Protective Equipment' atau PPE di hospital-hospital. 

Tetapi ramai dari kita tidak sedar akan ujudnya satu lagi 'front liners'. Mereka tidak memakai PPE (kalau ada pun tidak penuh). Mereka tidak memakai uniform yang senang dikenali seperti Polis, Angkatan Tentera dan RELA. 

Mereka ialah Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Alangkah uniknya Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai 'initials' yang sama iaitu PKP.

Tetapi saya ingin menumpukan kepada jawatan kedua iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran atau PPKP. Kalau ada sesiapa ingin menyiasat apakah jawatan rasmi saya semasa saya bersara, itulah jawatannya seperti direkodkan di Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perhidmatan Awam atau JPA Pencen.

Itu jugalah satu-satunya jawatan rasmi yang saya pegang semasa semasa bekerja dulu. walau pun di jabatan-jabatan berbeza. Pertama di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kedua di Majlis Perbandaran Seremban (MPS). 

Jawatan ini dulu dipanggil Inspektor Kesihatan atau Health Inspector dan saya lebih selesa dipanggil begitu. Malah jawatan Inspektor Kesihatan ada disebut dalam Akta Mencegah Penyakit Berjangkit atau Akta 340 yang digunakan oleh kerajaan untuk mengawal penyakit Covid-19 sekarang.

Salah satu sebab mengapa orang ramai tidak sedar akan peranan kami dalam usaha-usaha mengawal penyakit Covid-19 yang sudah sampai ke taraf 'pandemic' (berbeza dengan taraf 'epidemic' seperti sekali sekala dalam kes 'cholera' atau 'typhoid') ialah bilangan kami. Bilangan kami kecil, baik di KKM Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Tetapi walau pun kecil, kami tidak kurang pentingnya.

Secara amya, tugas Inspektor Kesihatan dalam 'pandemic' Covid-19 ialah mengawal penyakit itu dari merebak. Setiap kes hendaklah disiasat untuk mencari puncanya. Kemudian 'contacts' kepada kes hendaklah dicari supaya mereka tidak merebakkan penyakit itu kepada orang lain.

Jika kita lihat di Negeri Sembilan, ketiga-tiga 'clusters' Rembau, Sendayan dan Pedas sudah dapat dikawal. Malah saya sendiri yang pernah menjadi 'contact' kepada satu kes 'cluster' Rembau menawarkan diri saya untuk disaring dan Alhamdulillah, keputusannya negatif.  Kejayaan mengawal 'clusters' itu ialah hasil usaha kawan-kawan se jawatan saya di Pejabat-Pejabat Kesihatan di Negeri Sembilan. 

Sekarang timbul pula 'cluster' Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Mengikut Dr. Noor Hisham, Ketua Pengarah Kesihatan di sidang akhbarnya hari ini, punca jangkitan 'cluster' ini belum dapat dipastikan. 

Tugas kenalpasti dalam 'cluster' DTI ini tentulah sukar sedikit, masalah utama ialah komunikasi. Saya pernah mengalami kesukaran komunikasi ini bila bertugas di Kelantan pada tahun 1972.

Selain dari kesukaran komunikasi, tentu PATI tidak mahu mendedahkan banyak rashsia, bimbang maklumat itu digunakan terhadap mereka. Terpulanglah kepada kawan-kawan saya di sana untuk menggunakan kepakaran mereka untuk memastikannya punca jangkitan di kalangan PATI ini dengan tujuan tidak merebakkannya kepada kita rakyat jelata Malaysia.

Sekian.

Thursday, April 16, 2020

Guna pendekatan agama / Use the religous appoach

Gambar hiasan.

Melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri membaca doa mengingatkan saya kepada satu perkara iaitu guna pendekatan agama untuk apa-apa tujuan. TS Muhyiddin berasal dari Johor dan dari belasan tahun lagi saya tahu orang Johor taat pada agama. Semasa mula-mula masuk ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di usia 12 tahun saya lihat kawan-kawan saya dari Johor sudah solat lima waktu, sedangkan saya baru hendak belajar solat.

Semasa dalam latihan kerja dulu, seorang pensyarah saya bukan sahaja berasal dari Johor, tetapi  dia kerabat diraja di sana. Dalam satu syarahannya dia minta kami menggunakan pendekatan agama dalam menjalankan tugas. Satu contoh yang baik ialah dalam kawalan penyakit berjangkit, iaitu salah satu tugas kami sebagai Inspektor Kesihatan atau Health Inspector.

Kalau kita guna istilah teknikal seperti 'Penyakit Typhoid disebabkan jangkitan bakteria bernama Salmonella Typhi' manalah rakyat biasa faham. Oleh itu gunakan ayat-ayat yang senang difaham seperti 'Seorang itu terkena penyakit Typhoid kerana dia makan najis atau 'eat shit''. Kerana bakteria Salmonella Typhi hidup dalam najis atau 'shit' manusia.

Tetapi makan najis atau 'eat shit' tidaklah bermakna memakan najis dalam pinggan yang terhidang di atas meja. Makan najis boleh berlaku bila seorang pesakit atau pembawa Typoid tidak mambasuh tangan dengan betul selepas pergi ke tandas dan kemudian memegang makanan seperti sayur mentah dan menghidangkannya di atas meja di rumah. Di restoran pula menghidang makanan yang tercemar dengan najis kepada pelanggan.

Tetapi di mana kita hendak gunakan pendekatan agama di sini? Pendekatannya bukan menyebabkan orang lain sakit, tetapi memberi makanan yang haram kepada orang lain. Seperti yang saya kata, seorang itu terkena penyakit Tyhoid akibat makan najis. Najis atau 'shit' adalah satu benda yang haram dimakan. Oleh itu pendekatan agama yang boleh kita gunakan ialah 'Apa hukumnya memberi  makanan yang haram kepada orang lain?'

Saya pernah guna pendekatan agama dalam isu lain semasa saya kerja dulu. Ekoran kenaikan taraf perkhidmatan, saya dan kawan-kawan dikehendaki dibayar tunggakan gaji. Tetapi jabatan asyik menangguhkan bayaran tunggakan dengan alasan-alasan yang tidak manasabah. Akhirnya saya sendiri berjumpa dengan ketua jabatan dan bertanya "Apa hukumnya memegang duit orang tanpa izin orang itu?". Boss saya cukup marah dengan soalan itu, tetapi sekurang-kurangnya matlamat saya dan kawan-kawan tercapai. Tunggakan gaji kami dibayar selepas itu.

Begitu juga dalam kes Covid-19 yang kita hadapi sekarang. Seperti Demam Denggi, saya tidak dilatih mengenai kaedah mengawalnya di zaman saya. Tetapi saya tahu virus corona yang membawa Covid-19 hidup dalam air liur atau 'saliva'. Air liur boleh berpindah jika kita makan berkongsi dulang saperti pos saya sebelum ini. 

Air liur atau 'saliva' juga boleh berpindah bila berlaku kucupan atau 'french kiss' antara manusia. Dalam Islam adalah haram berkucup antara yang bukan muhrim. Tetapi saya tidak tahu apa hukum memindahkan air liur kita kepada orang bukan muhrim dengan apa cara pun.

Biarlah pembaca yang pakar agama menjawabnya.

Wednesday, April 15, 2020

CEGAH SEBELUM PARAH

Makan berkongsi dulang.

Saya tertarik bila Tan Sri Mahyuddin Yassin, Perdana Menteri menyarankan supaya kita mengubah amalan biasa kita. Contohnya  kita tidak berjabat tangan lagi, memadai dengan mengucap salam sambil meletak tangan di dada. 


A. MAKAN BERKONGSI DULANG.

Berpuluh tahun lalu bila saya tinggal berdekatan dengan biras saya, dia sering menjemput kawan-kawan ke rumahnya pada waktu malam untuk satu majlis ilmu yang dipanggil 'usrah'. Pada mulanya saya turut sama, kemudian tidak lagi. 

Kenapa saya tidak datang lagi? Sebab di akhir majlis tetamu akan dihidangkan makanan yang dimakan bersama dalam satu dulang. Pinggan, piring atau sudu tidak disediakan. Dari itu tetamu akan mengambil makanan dan memakannya sekali menggunakan tangan. 

Sebagai seorang yang terlatih sebagai Inspektor Kesihatan atau Health Inspector, saya tahu makan cara itu boleh membawa jangkitan penyakit. Air liur atau 'saliva' boleh berpindah dari satu mulut ke mulut yang lain. 

Untuk menjaga hati tuan rumah, saya tidak membantah atau menegur secara terbuka. Tetapi saya beritahu isteri saya bahawa saya tidak akan lagi datang ke majlis 'usrah' di rumah kakaknya selagi makanan dihidang secara berkongsi dulang.

Sejak itu saya tidak makan berkongsi dulang lagi sehinggalah bulan Ramadan tahun lepas. Itu pun saya tidak diberitahu awal-awal lagi cara hidangan makanan. Majlis ialah  pemberian sumbangan untuk murid-murid miskin di sekolah lama saya, Sekolah Dato' Abdul Razak atau SDAR di Sungai Gadut, Seremban supaya mereka dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri seperti kawan-kawan mereka yang lain.

Saya tidak faham kenapa pihak penganjur bersama iaitu Alumni sekolah di mana saya seorang ahli biasa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengadakan majlis makan begitu dan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Syukurlah besar kemungkinan majlis yang sama tidak akan diadakan pada tahun ini.

Kita semua tahu dunia sekarang menghadapi serangan penyakit Covid-19. Di Malaysia pula kumpulan yang paling ramai terkena jangkitan dan meninggal dunia akibat penyakit ini ialah mereka yang menghadiri  Ijtimak Tabligh di satu masjid di Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari hingga 1 Mac 2020.

Saya mungkin salah dan jika begitu saya minta maaf. Tetapi saya percaya jemaah di majlis itu makan secara berkongsi dulang tanpa pinggan, piring dan sudu. Ini selain mereka tidur berhimpit-himpit seperti jemaah Haji semasa berada di Arafah dan Mina. Itulah punca-punca penyakit itu menular antara mereka. 

Ada pihak yang membandingkan Ijtimak Tabligh itu dengan perlawanan bolasepak di beberapa stadium di seluruh Malaysia di masa yang sama. Tetapi penonton bolasepak ini tidak makan berkongsi dulang atau tidur berhimpit.  


B. GUNA SUDU YANG SAMA UNTUK MAKAN DAN AMBIL LAUK PAUK.

Pembaca yang sering ke restoran-restoran Tom Yam yang berselerak di Malaysia tentu tahu akan cara mereka menghidangkan makanan kepada kita. Mereka tidak menyediakan sudu khas untuk lauk pauk yang kita pesan. Kita terpaksa mengambil lauk pauk menggunakan sudu yang sama kita gunakan untuk menyuap makanan ke mulut kita.  

Sekali lagi ini kaedah jangkitan penyakit yang cukup senang. Air liur atau 'saliva' dari mulut seorang tetamu akan berpindah ke lauk. Kemudian tetamu lain akan 'minum' air liur yang sudah bercampur dengan lauk yang sama.

Bila ke restoran Tom Yam walaupun dengan isteri atau keluarga, saya tetap meminta sudu berasingan untuk lauk pauk. Biasanya saya akan diberi sudu yang sudah dibalut bersama garfu dan kertas tisu. Ini membuktikan restoran-restoran Tom Yam tidak menyediakan sudu khas untuk lauk pauk.


Itu dia pembaca semua, dua cara bagaimana penyakit senang berjangkit dari seorang ke seorang. Dari itu, seperti kata YAB Perdana Menteri kita, ubahlah cara hidup kita.

Pertama, elakkan makan berkongsi dulang tanpa piring, pinggan dan sudu. 

Kedua, elakkan guna sudu atau garfu yang kita guna untuk menyuap makanan ke mulut untuk mengambil makanan di atas meja.  

Thursday, April 9, 2020

Pengalaman diambil 'throat and nasal swab' untuk Covid-19.

Peta Kompleks Klinik Ampangan, Seremban.

Saya tidak pergi ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban seperti niat saya semalam. Sebaliknya saya hubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan, Putrajaya pagi tadi. Telefon tidak dijawab, agaknya talian sibuk. Shukurlah WhatsApp dijawab.

Setelah menceritakan situasi, saya diarahkan menghubungi Pejabat Kesihatan, Seremban. Tetapi saya memutuskan untuk pergi terus ke pejabat itu. Sekuang-kurangnya ia membawa kembali kenangan saya pernah bekerja di situ pada tahun-tahun 1969 hingga 1971.

Saya tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan saya tidak membantah. Sebaliknya seorang pegawai keluar bertemu saya. Saya menceritakan situasi saya sambil menunjukkan gambar saya menghadiri mesyuarat di Rembau. Saya juga tunjukkan rekod WhatsApp saya dengan CPRC Putrajaya.

Seperti yang saya jangkakan, pegawai itu seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) lelaki merekodkan apa yang saya cakap. Dia juga menulis nama pesakit Covid-19 yang duduk semeja mesyuarat dengan saya di Kg. Pilin itu. Dia mengsyorkan supaya saya membuat 'throat and nasal swab' di satu fasiliti kesihatan yang akan dia beritahu tidak berapa lama lagi.

Belum sempat saya sampai ke rumah, PPKP itu menalipon saya dan minta saya pergi ke Klinik Kesihatan (KK), Ampangan, Seremban pada pukul 2.30 petang hari ini juga. Katanya lagi KK akan menghubungi saya tidak lama lagi.

Tidak lama kemudian seorang Jururawat KK Ampangan menalipon saya dan berkata akan mengirimkan saya satu peta. Saya jawab tak payahlah kirim peta sebab saya tahu di mana KK Ampangan itu. Dia jawab ini bukan peta lokasi, tetapi peta laluan kereta saya nanti, kerana 'swabbing' akan dibuat tanpa saya turun dari kereta. Untuk itu dia mahukan nombor dan jenis kereta saya. Saya pun terima peta seperti di atas. 

Saya sampai ke KK Ampangan pada pukul 2.20 petang dan terus diberi panduan laluan kereta. Tepat pukul 2.30 kereta di hadapan saya diarahkan masuk ke garaj bertanda merah dalam peta dan pemandunya di ambil 'swabs'. 

Selang beberapa minit tiba pula giliran saya. Sebenarnya semasa bekerja di Kementerian Kesihatan dulu saya pernah mengambil 'throat swab' dari kanak-kanak untuk mengawal penyakit 'diphteria'. Kali ini selain 'throat swab' melalui kerongkong, saya juga akan dilakukan 'nasal swab' melalui hidung. Betul kata pegawai yang mengambilnya, prosedur 'nasal swab' ada kesakitan sedikit.

Selesai membuat 'swabbing' saya diberi satu set borang untuk direkodkan situasi kesihatan saya selama 14 hari selepas ini. Saya dikelaskan sebagai PUI iaitu 'Patient Under Investigation'. Saya hanya berdoa kedua-dua 'swabs' saya didapati negatif dan kesihatan saya tidak berubah. 

Tahniah kepada staff Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan yang telah menjalankan tugas secara professional. 

Wednesday, April 8, 2020

Adakah saya termasuk dalam sub-kluster Rembau?

Kami bermesyuarat di Kg. Pilin, Rembau pada 13 Mac 2020. Seorang dari kami disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat.


Adakah saya termasuk dalam sub-kluster ini?

Bila Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah di taklimat hariannya pada petang 8 April 2020 menyatakan ada satu sub-kluster Covid-19 di Daerah Rembau, Negeri Sembilan, saya terus menghubungi kawan-kawan pesara saya di Rembau. Ini kerana pada Hari Jumaat 13 Mac 2020, Jawatankuasa Persatuan Pesara saya Cawangan Daerah Rembau telah mengadakan satu mesyuarat di Kg. Pilin. Kes terbanyak di sub-kluster Rembau terdapat di Kg. Pilin dengan 11 kes. Saya turut hadir di mesyuarat itu.

Saya mendapat jawapan bahawa seorang dari Ahli Jawatankuasa yang hadir di Mesyuarat itu positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Rembau. Anak dan cucunya juga didapati positif. Dia mendapat jangkitan di masjid kampung tersebut kerana seorang imam masjid hadir di satu mesyuarat di satu sekolah di Rembau sebelumnya. Hadir di mesyuarat sekolah tersebut ialah seorang peserta perhimpunan Tabligh di Seri Petaling, Selangor pada penghujung bulan Februari 2020 hingga awal Mac 2020.

Saya ingat bersalam dengan semua ahli jawatankuasa lelaki di mesyuarat tersebut. Saya juga ingat terus mandi bila sampai ke rumah selepas mesyuarat itu kerana waktu hampir Maghrib. Setakat ini saya tidak menunjukkan apa-apa simptom Covid-19. Selain dari kawan yang positif dan sedang dirawat itu, kawan-kawan saya yang lain juga tidak menunjukkan apa-apa simptom penyakit itu. Isteri saya di rumah pun tidak menunjukkan apa-apa simptom.

Tetapi saya tidak boleh berdiam diri. Pagi esok saya dan isteri akan pergi ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menjalani ujian Covid-19.

Friday, April 3, 2020

Dia dedahkan niat jahatnya

Dulu kawasan lapang di mana kononnya saya bermain 'drone'.

Kisah bermula pagi semalam bila saya lihat kumpulan WhatsApp surau taman perumahan saya tiba-tiba aktif. Walau pun kumpulan ini menggunakan nama surau, cuma 10% dari isinya ada ciri-ciri keagamaan atau surau. Baki 90% diisi dengan lawak bodoh, sindir-menyindir dan sebagainya dan dihiasi dengan emoji kartun makhluk ketawa terbahak-bahak yang dihantar oleh ahli-ahli kumpulan yang saya anggap bertaraf badut atau 'clowns'.

Saya berani berkata begitu kerana pagi semalam saya menjadi mangsa lawak bodoh tersebut. Sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh penghantarnya, iaitu satu bahan lawak. Tetapi sebenarnya dia hanya mendedahkan niat jahatnya yang bertaraf fitnah dan pembohongan bertaraf najis di kumpulan WhatsApp menggunakan nama keagamaan itu.

Bahan cerita pagi semalam ialah satu perkara serious, iaitu seorang penghuni taman kami didapati positif Covid-19. Ambulans telah datang membawanya ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) pada malam sebelumnya. Ini bermakna dia diantara 208 kes baru semalam seperti disebut oleh Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Tetapi ahli-ahli kumpulan WhatsApp surau yang saya anggap bertaraf badut itu telah menjadikannya satu bahan lawak. Mereka tolak menolak tanggungjawab untuk menentukan 'toboh mano' rumah pesakit itu. Akhirnya seorang 'super clown' atau badut hebat mencadangkan saya menggunakan 'drone' untuk mencari rumah pesakit itu. 

Saya yang hanya ketawa dengan lawak di filem-filem Clint Eastwood dan James Bond atau sebagainya dengan sekelip mata menangkap niat si badut hebat ini. Niatnya semata-mata hendak menyindir saya dan dia gunakan media WhatsApp surau untuk tujuan jahatnya. Pembaca lain terus senyap, agaknya terpegun dengan keberanian kawan setaraf badut mereka yang berani mengusik saya.

Apakah sindiran si badut ini? Dia menyindir kononnya saya tidak dapat lagi bermain 'drone' saya di tempat biasa. Jadi gunakanlah 'drone' itu untuk menentukan rumah pesakit Covid-19. Tak tahu kah dia bila melihat 'drone' di udara, Polis akan mencari siapa pemainnya. Orang ramai pula akan keluar rumah. Tak pasal-pasal saya kena dakwa di mahkamah. Agaknya itulah yang dia mahu.   

Semua orang di taman perumahan saya ini tahu Kawasan Lapang yang sudah diwartakan begitu dan betul-betul terletak di depan rumah saya sedang di 'locked-out' sekarang kerana pembinaan satu Dewan yang dibina secara haram oleh pihak berkuasa. Semua orang juga tahu saya tidak dapat lagi bermain salah satu hobi saya iaitu layang-layang. Malah seorang penghuni taman ini juga telah menyindir saya di akaun Facebooknya. Tak apalah, itu akaun Facebook dia.

Tetapi bila ada orang menyindir saya melalui WhatsApp surau adakah saya hendak berdiam diri? Oh ya, beberapa tahun yang lalu sebelum adanya kumpulan WhatsApp, badut yang sama pernah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya di kumpulan 'Yahoo group' taman kami ini. Bila saya cabarnya untuk mengemukakan bukti, dia telah meminta maaf. Tetapi saya tidak memaafkannya. 

Jadi kali ini saya terus memberi amaran supaya jangan memfitnah saya lagi, sedangkan permohonan maafnya untuk fitnah lama belum saya tunaikan. Kenapa saya tuduh dia mefitnah? Kerana saya tidak mempunyai 'drone' dan tidak pernah mempunyainya. Memang dulu saya pernah mempunyai kereta dan helikopter mainan, tetapi saya fikir tak payahlah sampai ke 'drone'.

Si badut ini tentu malu untuk meminta maaf kali kedua. Oleh itu dia berkeras mengatakan saya mempunyai 'drone'. Dia cuma mengalah bila saya menawarkan RM 1,000.00 kepada sesiapa yang boleh membuktikan saya pernah mempunyai 'drone'. Komennya 'maleh nak layan orang lamo'. 

Nasib baik dia sebut 'orang lama' dan bukan 'orang tua'. Ini kerana saya pernah membalas komen seorang muda yang memanggil saya 'orang tua' di Facebook begini 'Betul saya sudah tua, sudah 65 tahun umur saya (di masa itu), tetapi awak belum pasti dapat mencapai umur saya.'

Apa yang hendak saya beritahu di sini ialah si badut ini dalam usaha hendak berlawak bodoh sambil menyindir saya, cuma berjaya mendedahkan niat jahatnya. Sekali lagi dia telah berbohong dan memfitnah saya di media sosial. 

Sunday, March 29, 2020

Pengalaman PKP, setakat ini.


1. Hari sebelum - ke Jelebu.

Sebaik saja YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan atau PPK pada Hari Isnin 16 Mac 2020 saya pun berniat hendak balik ke kampung saya di Jelebu pada esoknya. Ini tidak bermaksud saya hendak lari ke kampung, kerana tidak ada lagi saudara rapat saya yang tinggal di situ.

Sebaik saja saya minum pagi di satu gerai di Jalan Sikamat, Seremban pada 17 Mac 2020, saya pun terus ke Jelebu sehelai sepinggang dengan isteri saya Salmah. Buat Salmah inilah kali kedua dia ke Jelebu setelah disahkan mengidap penyakit Vascular Dementia lebih tiga tahun yang lalu. Kali pertama cuma beberapa bulan yang lalu bila saya bawa dia hadir sama di mesyuarat persatuan pesara saya di Kuala Klawang. 

Kali ini saya bawa dia sampai ke kampung saya di Petaseh. Dia masih ingat rumah emak saya yang sekarang dijaga oleh adik saya Shamsiah. Shamsiah tinggal di Shah Alam dan balik kampung dihujung minggu. Tetapi dengan PKP ini tentu sukar untuknya untuk balik kampung.


2. Hari-hari seterusnya.

a) Dia tak tahu apa itu PKP.

Saya tahu isteri saya tidak akan faham apa itu PKP walau bagaimana cara pun saya menerangkan kepadanya. Dia hairan kenapa kami tidak turun makan ke restoran atau gerai seperti sebelumnya. Di kebelakangan ini dia lagi hairan kenapa saya langsung tidak membenarkannya mengikut saya pergi ke mana mana.  

b) Tidak ke pejabat. 

Sudah tentu saya tidak lagi ke pejabat walau pun saya boleh ke sana tanpa sesiapa tahu. Tetapi rakan-rakan pesara saya pun menghadapi PKP juga. Mereka yang sering ke hospital atau Institut Jantung Negara terpaksa menangguh jadual mereka hingga PKP tamat. Mereka inilah yang selalu datang ke pejabat menemui saya.

Jika selama ini saya sering menerima panggilan telefon dari pesara seluruh negara hampir setiap hari, tidak ada lagi panggilan begitu di telefon bimbit saya. Tadi saya ke pejabat untuk kali kedua sejak PKP dan mendapati cuma terdapat empat panggilan direkodkan di telefon pejabat. Dua dari pesara dan dua lagi panggilan 'scam'.  Wahai scammers, tolonglah berehat semasa PKP ini!

c) Menonton tv.

Saya fikir orang yang paling popular di Malaysia hari ini ialah Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, saya menunggu taklimat langsugnya mengenai Covid-19 di television pada jam 5 petang tiap-tiap hari. Sebagai seorang yang sepanjang kerjayanya bertugas di bidang kesihatan, saya turut sama berbangga. Saya harap bila episod Covid-19 ini selesai dan semua rakyat Malaysia hidup seperti biasa, Kerajaan Malaysis memberi perhargaan yang sepatutnya kepada Dr. Noor Hisham.

Selain menonton program dokumentari seperti BBC Earth, Love Nature, National Geographic dan Nat Geo Wild, saya suka menonton filem-filem lama di YouTube terutama fiem-filem koboi. Sambil itu ada juga menonton filem-filem baru melalui Astro. Tetapi ia tidak sama dengan program kesukaan saya iaitu menonton acara sukan seperti bolasepak dan tennis secara 'live'. Entah  bila saya boleh dapat tonton semula acara sukan secara 'live' ini?

d) Makanan 

Oleh kerana kami cuma tinggal berdua, makanan tidak jadi masalah. Di permulaan PKP dulu ada sedikit masalah untuk mendapatkan roti. Tetapi rupa-rupanya jiran belakang rumah saya yang rumahnya cuma 100 meter jauhnya, adalah pengedar roti satu jenama popular. Pagi tadi pertama kali dia berhenti depan rumah saya dengan stok rotinya. Saya harap ini tidak jadi kesalahan baginya.

e)  Keluarga

Siapa yang tak sayang keluarga? Gangster Mafia pun mengutamakan keluarga. Pada hujung minggu anak-anak kami dan keluarga mereka balik ke Seremban. Tetapi sekarang mereka pun terperangkap dengan PKP. Yang saya terasa hilang ialah cucu-cucu yang tujuh orang itu.

Sekian buat masa ini.

Friday, March 20, 2020

Chloroquine untuk Covid-19?

Ubat Chloroquine yang dijual di Indonesia.

Saya terbaca berita di media sosial berpunca dari Indoensia bahawa sudah terjumpa ubat yang boleh mengubati penyakit Covid-19 yang menjadi berita hebat di seluruh dunia sekarang ini. Ubat itu bernama Chloroquine.

Chloroquine sudah digunakan untuk mengubati penyakit Malaria sejak Perang Dunia Ke 2 lagi. Saya pula mengenalinya di tahun 1969 semasa saya bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat dua jenama Chloroquine di masa itu iaitu Darachlor dan Avlochlor. Darachlor lebih mahal, dari itu KKM banyak mengunakan Avlochlor sahaja.

Chloroquine bukan sahaja untuk mengubati Malaria, tetapi untuk mencegahnya. Oleh kerana saya bertugas sebagai Inspektor Kesihatan, saya gunakannya untuk tujuan yang kedua itu. Untuk Avlochlor seorang itu cuma mengambil dua biji ubat itu setiap minggu untuk mencegah Malaria.

Syarikat yang membuat Avlochlor ialah ICI yang kemudian menjadi CCM. Jadi orang-orang kampung mengenali Chloroquine sebagai 'ubat ICI' sahaja. Ini kerana di setiap pil Avlochlor tertulis 'ICI'.

Sekarang Malaria sudah terhapus di Malaysia, oleh itu saya ragu-ragu sama ada Chloroquine masih ada dijual di farmasi kita. Ia masih dijual di Indonesia kerana Malaria masih terdapat di negara itu (minta maaf jika saya salah).

Tetapi hapusnya Malaria di Malaysia bukan kerana Chloroquine. Ia terhapus kerana satu bahan kimia yang dipanggil 'Dieldrex'. 'Dieldrex' disembur di dinding rumah-rumah enam bulan sekali. Teorinya ialah setiap ekor nyamuk jenis Anopheles betina akan berehat di dinding setelah menghisap darah pesakit Malaria. Nyamuk itu akan mati bila perutnya yang penuh berisi darah itu tersentuh 'Dieldrex' di dinding itu. Dengan cara itu parasit Malaria yang ada dalam darah pesakit Malaria itu tidak dapat disampaikan kepada orang lain.

Chlroquine ialah ubat untuk mematikan pembawa Malaria jenis 'parasite' atau parasit . Sedangkan Covid-19 disebabkan oleh virus. Tak tahulah saya jika ubat kuno untuk parasit itu boleh digunakan untuk membunuh virus.

Tetapi kadang-kadang benda kuno inilah yang menyelamatkan kita. Dalam filem 'SKYFALL', James Bond 007 menyelamatkan dirinya menggunakan satu alat kuno dipaggil 'Radio'.

Friday, January 24, 2020

Itu sebab bisnes kau lingkup!


Saya rasa belum pernah menyerang sesiapa baik dalam blog yang sudah berumur 12 tahun ini atau dalam media sosial Facebook. Tetapi kali ini saya terpaksa berbuat demikian kerana saya dan kawan-kawan saya yang mempunyai satu tujuan diserang baru-baru ini.

Saya akan menggunakan Bahasa Melayu kasar kerana itulah yag digunakan oleh penyerang itu . Cuma saya tidak menyebut diri saya 'den' kerana tidak pernah menggunakannya seumur hidup saya.

Bila kau perli kononnya aku tak boleh lagi main layang-layang depan rumah aku sendiri, aku tak rasa apa-apa. Malah bila seorang ustaz sama-sama memerli, aku pun tak buat apa-apa. Tetapi sebagai seorang pakar agama, dia patut lebih tahu akan dosa pahala bila menyuarakan kegembiraannya melihatkan kesusahan orang.

Tetapi apa yang aku tak tahan ialah bila kau mengistiharkan perang kepada kami yang kononnya melapaorkan mengenai NGO yang kononnya mewakili penduduk-penduduk taman kita. Hey, kau dah baca tidak akan perlembagaan NGO kau tu? Atau pun kau tak tahu setiap NGO mesti ada perlembagaan,

Kalau kau masih tak tahu, aku pun pegawai NGO aku yang ahlinya melebehi tiga ribu orang. Aku dah download perlembagaan NGO kau dari internet. Tujuan NGO kau tidak lain tidak bukan untuk membuat kebajikan, bukan untuk berperang. Oh ya, kau bekas tentera rupanya. Kau tau tak ramai ahli NGO aku juga bekas tentera. Kalau kau rasa nak berperang, pergilah jumpa Mat Sabu.

Kau ingat aku tak tahu apa yang terjadi bila kau pergi ke pejabat ROS. Pegawai ROS kata NGO kau tu tak ada ahli, zero, nada, zilch. Macam mana kau mengaku mewaikili taman kita? Kalaulah kami tidak mengadu pada ROS, semua orang tidak akan tahu apa yang berlaku dalam NGO kau tu.

Kau tau tak sejak kau buka kedai kau tu, aku menjadi pelanggan tetap kau. Sebelum orang sibuk dengan BMF, aku sudah Buy Muslim First. Tiap-tiap tahun bila Mesyuarat Agung, aku tempah buku mesyuarat di kedai kau. Minit Mesyuarat Jawatankuasa pun aku fotostat di kedai kau, sedangkan aku ada mesin fotostat di pejabat aku. Tetapi apa yang aku dapat dari kau?

Semua ini kerana aku hendak menolong seorang bangsa ku. Aku berani cakap, antara orang taman kita, akulah yang paling banyak beri bisnes pada kau. Sudah beribu ringgit duit NGO aku yang kau dah dapat. NGO aku bukan macam NGO kau yang tak ada rekod Mesyuarat Jawatankuasa atau Mesyuarat Agung. Hingga ahli pun tak ada.

Sekarang kedai kau dah tutup. Bisnes kau dah lingkup. Kau kata tak dapat bersaing dengan kedai-kedai lain, seperi kedai RM 2.10 tu. Hey, dengan ramainya penduduk taman kita yang kononnya semua menjadi ahli NGO kau, tentu kedai kau boleh hidup.   

Tetapi tidak, bisnes kau lingkup kerana kau tu samseng dan kurang ajar.

Friday, November 29, 2019

CERITA ABU MAYAT

Image result for urn

Inilah contoh balang atau 'urn' di mana abu mayat biasanya disimpan.


Sekarang ini hebat diceritakan mengenai abu mayat Chin Peng yang pernah menjadi Setiausaha Agung, Parti Komunis Malaya (PKM). Ceritanya, abu itu sudah dibawa balik ke Malaysia dan ditaburkan. Ada yang mengatakan abu itu ditaburkan ke satu sungai dan ada juga dikatakan ditabur di banjaran gunung. Bagaimana ia ditaburkan di banjaran gunung, saya tak tahu.

Menaburkan abu mayat ke sungai mengingatkan saya kepada filem 'The Bridges of Madison County' lakunan Clint Eastwood dan Meryl Streep. Filem diarahkan oleh Clint Eastwood sendiri. Filem bermula dengan dua orang adik beradik (kakak dan adik lelaki) membaca wasiat ibu mereka yang baru sahaja meninggal dunia. Bapa mereka sudah meninggal dunia awal

Wasiat ibu mereka ialah supaya mayatnya dibakar dan abunya ditaburkan ke satu sungai melalui satu jambatan. Mereka hairan kerana belum pernah mayat ahli keluarga mereka yang meninggal dunia dibakar.

Di samping surat wasiat, terdapat juga surat tulisan ibu menceritakan kenapa dia membuat permintaan begitu. Ibunya menulis, semasa anak-anaknya yang dua orang itu masih remaja dia pernah berlaku curang dan membuat hubungan sulit dengan seorang lelaki bukan bapa mereka. Ini berlaku semasa dia tinggal keseorangan bila suami dan anak-anaknya pergi ke bandar selama empat hari kerana mempertandingkan seekor lembu mereka. Lembu itu menang pertandingan itu.

Membaca itu, si adik berkata dia hendak mencari lelaki itu untuk membunuhnya. Si kakak menjawab, nanti dulu. Kerana lelaki itu sudah meninggal dunia, mayatnya juga dibakar dan abunya ditaburkan ke sungai yang sama melalui jambatan yang sama seperti permintaan ibu mereka.

Filem itu kemudian membawa penonton ke 'flashbacks' menunjukkan bagaimana ibu mereka boleh jatuh cinta kepada lelaki bukan suaminya itu. Yang utama ditunjukkan cinta mereka bermula di atas jambatan yang dinamakan oleh ibu mereka itu.

Dipendekkan cerita kedua-dua adik beradik itu akhirnya bersetuju supaya mayat ibu mereka dibakar dan abunya ditaburkan ke sungai melalui satu jambatan, seperti permintaan ibu mereka.

Sekian.

Friday, July 26, 2019

Akibat buruk sangka.


 4WD MPS berhampiran sebuah gerai popular di Terachi, Kuala Pilah.

4WD yang sama sedang ditukar bateri.

Cerita bermula bila saya terbaca YAB Menteri Besar Negeri Sembilan menegur pegawai-pegawai kerajaan dari Seremban keluar minum pagi hingga ke Kuala Pilah. Sila lihat artikel teguran YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Saya sering ke Kuala Pilah dan Jempol dengan urusan dan aktiviti persatuan pesara dan ternampak banyak kereta diletak berampiran beberapa buah gerai di sepanjang jalan lurus antara Ulu Bendul dengan Terachi di Kuala Pilah. Antaranya kenderaan kerajaan. Tetapi saya besangka baik kerana memikirkan pegawai-pegawainya mungkin ada urusan di Kuala Pilah, Jempol dan mungkin di Negeri Pahang.

Dua hari lepas saya lalu sekali lagi di jalan lurus ini kerana menziarah seorang saudara yang meningal dunia di Terachi. Saya nampak antara kenderaan yang diletak di tempat popular itu sebuah kenderaan 4WD kepunyaan Majlis Perbandaran Seremban atau MPS iaitu jabatan di mana saya cari makan dulu. Kali ini saya bersangka buruk.

Saya fikir tidak ada sebab mengapa kenderaan MPS berada di luar kawasan operasinya melainkan kerana sebab-sebab tertentu. Lebih-lebih lagi di luar Daerah Seremban seperti di Kuala Pilah ini. Saya pula tidak ada masa untuk berhenti untuk berhenti dan bertanya akan situasi sebenar.

Teringatkan teguran YAB Menteri Besar itu, apabila balik ke Seremban saya pun membuat pos di laman Facebook saya. Saya masukkan foto di atas yang menjadi sebahagian dari video perjalanan saya dari Seremban ke Terachi. Kemudian ramailah pembaca yang memberi komen, ada yang menyokong dan ada yang juga yang mengutuk saya.

Kerana ingin memberi penjelasan panjang, beberapa jam kemudian saya pun membuat satu pos di blog saya ini dan sekali lagi memasukkannya di laman Facebook saya. Sekali lagi saya menerima komen-komen menyokong dan mengutuk saya. Apa yang saya kesalkan ialah ada yang mengatakan kerja Haji saya dan kehadiran saya di surau telah menjadi sia-sia kerana membuat fitnah.

Tetapi saya ingin ingatkan di sini bahawa saya tidak sekali-kali memfitnah MPS. Saya cuma sebut selagi saya tidak menerima penjelasan sebenar, saya tetap bersangka buruk tentang kenapa 4WD MPS itu diletak statik berhampiran satu gerai popular di Terachi, Kuala Pilah.

Pagi semalam saya bermesyuarat dengan Yang Di Pertua dan Bendahari persatuan saya dan saya tahu di waktu itu banyak komen-komen masuk ke laman facebook saya. Selepas mesyuarat barulah saya dapat jawapan kepada teka teki saya. Seorang kawan sekerja saya di MPS telah meghantar foto-foto melalui Whatsapp menerangkan situasi sebenar.

Kenderaan MPS itu hendak ke Kemaman, Terengganu untuk mengambil beberapa pegawai MPS yang berkursus di sana. Ia kehabisan bateri di Terachi dan terpaksa diletak berdekatan sebuah gerai popular di Terachi. Tidak lama selepas saya lalu itu sebuah bateri baru pun dihantar kesana.

Kerana tidak mahu memanjangkan isu yang saya anggap sudah selesai, saya pun membuat satu keputusan drastik. Saya buang pos atau 'delete' pos-pos saya di Facebook dan di blog ini. Sebab utama ialah kerana saya dapati telah timbul fitnah bukan saja terhadap MPS, tetapi terhadap saya sendiri.

Setelah menulis di blog selama lebih dari sepuluh tahun, inilah pertama kali saya membuang atau 'delete' pos saya.


Penutup: 

Sehari sebelum ke Terachi itu saya telah dipelawa oleh Dato' Abdullah Sani Abdul Hamid, seorang bekas Yang Di Pertua MPS untuk minum pagi di Kelab Golf Antarabangsa, Paroi, Seremban. Saya berasa bertuah kerana merupakan segolongan kecil dari beratus bekas kakitangan MPS yang dipilihnya  untuk minum pagi bersamanya. 

Antara celoteh Dato' Abdullah Sani ialah bagaimana dia terjumpa kakitangannya mengelat semasa kerja. Juga ada pegawai kanannya yang cuba sabotaj kerjanya semasa dia mula-mula dipinjamkan ke MPS dari Kerajaan Persekutuan. 

Kemudian ingatan saya kembali ke puluhan tahun dulu bila saya diajak sama oleh Dato' Abdullah Sani untuk pergi ke Gentam, Kuala Pilah untuk melawat kakitangan MPS yang berkursus di sana. Apabila balik di waktu malam kenderaan MPS kami tiba-tiba habis bateri dan kami letakkannya di Balai Polis Tanjong Ipoh, Kuala Pilah.

Kami pun menalipon bengkel MPS yang menghantar sebuah kederaan lain untuk mengambil kami balik ke Seremban. Pagi esoknya sebuah lagi kenderaan MPS datang ke Balai Polis membawa bateri baru untuk kenderaan asal kami.  

Memang benar, sekali sekala kenderaan MPS kena keluar kawasan juga. Dengan ini saya meminta maaf jika ada pihak-pihak yang rasa senang terhadap pos di Facebook dan blog saya sebelum ini yang telah saya buang itu.

Sunday, May 26, 2019

Maybe he was in awe.

In the movie 'UNFORGIVEN' there is a character called Engish Bob played by the late Richard Harris. In a scene, he is discussing the assassination of an American President. He compares the American President to English royalty. 

He says when someone comes face to face with royalty, he will be in awe. That feeling will diminish any urge of killing that royalty. But when the same person comes face to face with a President, English Bob hesitates and then says "Why not kill the President?".

A few days ago a member of the Malaysian royalty died or 'mangkat', the Malay royal word for it. Many of the Malaysian royalties came for the funeral, in a royal palace of course. So did many members of the Malaysian executives, including state Chief Ministers, federal Ministers and the Prime Minister himself.

Many hands shook that day. But somehow a state Chief Minister who happens to be the son of the Prime Minister did not offer to shake hands with a member of the royalty. This incident which happened to be broadcast live on national television was made an issue. The theory was that particular executive did not respect that particular royalty.

A few seconds snippet of the incident was made viral on social media with every viewer free to make his or her comments. One viewer even made a comment about etiquette in the royal palace, something which I never know before.

It seems that during a funeral of royalty,  members of the royalty wear white and the others or commoners wear black. The white and the black do not shake hands with each other unless the white makes the first move or 'hulurkan tangan dahulu' as the Malay saying goes. This rule sort of vindicated the Chief Minister who was wearing black. But as I saw it everybody was shaking hands, be they in white or black.

Due mostly to public outrage and due to the fact that a son of the Prime Minister was involved, the Chief minister apologised or 'mohon ampun' for his action or inaction. He said his action was not intentional.

Maybe he was in awe when he faced that particular royalty. Of course, murder or assassination was never in his mind. But that feeling also froze him from doing anything else, including 'hulurkan tangan'.

Saturday, December 15, 2018

Malangnya ada yang tidak mahu ikut perubahan.




Beberapa minggu lepas semasa merasmikan mesyuarat agung satu kesatuan sekerja, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah meminta supaya rakyat Malaysia 'tidak tertinggal apabila berlakunya perubahan teknologi'. Itulah yang saya amalkan selama ini. 

Pada tahun 2004 saya dihantar berlatih di bandar Fukuoka, Jepun bersama enam rakan-rakan dari Malaysia. Kami bergerak ke mana-mana dengan satu bas kecil. Satu hari dalam perjalanan balik ke hotel, bas terperangkap dalam satu kesesakan lalulintas. Tiba-tiba television di depan bas yang selama ini menunjukkan siaran television Jepun menunjukkan peta di mana kami berada. Ditunjukkan juga arahan untuk kami keluar dari kesesakan itu.

Saya perhatikan ada monitor kecil depan pemandu dengan visual yang sama. Dia menyambungkan vusual itu kepada kami supaya dia boleh berbincang dengan kawan-kawan Jepun kami di dalam bas laluan mana yang perlu diikut. Dengan cara itu kami dapat balik ke hotel dengan selamat.

Setelah balik ke Malaysia saya pun mencari jika alat serupa ada dijual di sini. Ada rupanya dan saya sudah ketinggalan zaman. Alat itu dipanggil GPS Navigator dan saya pun membeli satu. Saya yang selama ini memandu berpandukan peta telah beralih kepada alat itu. Sekarang saya mempunyai pilihan sama ada menggunakan alat tersebut atau pun telefon pintar saya yang juga mempunyai program yang serupa.

Itulah satu contoh saya tidak mahu ketinggalan apabila berlakunya perubahan teknologi. Saya juga meggunakan kaedah yang sama semasa bekerja dulu dan semasa bekerja semula sekarang di satu Badan Bukan Kerajaan atau NGO.

Sebagai contoh saya menggunakan komputer sepenuhnya. Semasa bekerja dulu saya menaip dan mencetak surat-surat, aduan mahkamah dan kertas pertuduhan mahkamah di komputer yang dibekalkan oleh jabatan. Sedangkan boss dan kawan-kawan sebaya saya menulis deraf atas kertas dan meminta jurutaip menaip dan mencetaknya.

Tetapi tindakan saya itu tidak dihargai sepenuhnya. Beberapa tahun sebelum saya bersara saya menjalani satu temuduga naik pangkat dan lawan saya cuma seorang sahaja. Semasa berbincang dengan seorang pemandu sebelum itu dia berkata dia yakin saya akan berjaya di temuduga itu. Bila saya tanya kenapa dia befikir begitu jawapannya saya tahu komputer sedangkan lawan saya tidak.

Saya jawab itulah masalah yang saya hadapi kerana boss kami pun buta komputer. Sangkaan saya betul dan lawan saya yang buta komputer itu dinaikkan pangkat. Untuk pengetahuan, lawan saya itu meninggal dunia beberapa minggu lepas setelah sakit sekian lama. Al Fatihah. 

Rupa-rupanya masalah saya dengan jabatan saya dulu belum selesai lagi selepas saya bersara. Salah satu tugas saya di NGO sekarang ialah menyemak permohonan bantuan perubatan dari ahli-ahli yang semuanya pesara. Kemudian tibalah masanya untuk saya memohon sendiri bantuan serupa apabila saya menghantar isteri saya untuk pemeriksaan dan rawatan di Institut Jantung Ngara (IJN) di Kuala Lumpur. 

Mengikut Akta Pencen taggungjawab tuntutan perubatan kepada pesara-pesara Persekutuan seperti guru, polis dan kakitangan kesihatan adalah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Tetapi untuk pesara Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT seperti saya ia jatuh kepada PBT berkenaan.

Dari itu saya pun membuat tuntutan perjalanan dengan memandu sendiri (dengan kod MS di borang tuntutan) kepada Majlis Perbandaran Seremban atau MPS di mana saya bekerja dulu. Alangkah terperanjatnya saya bila diberitahu kami pesara tidak dibenarkan menuntut melalui kod MS. Kami hanya boleh menuntut tambang bas dan teksi dengan kod BT.

Saya terus mengamuk dan menyatakan saya telah membuat perjalanan sebenar dengan mengemukakan resit tol dan letak kereta sekali. Jika saya dapatkan resit teksi atau bas sekarang, bermakna saya menipu. Kemudian saya tinggalkan segala dokumen saya kepada mereka dan terpulanglah untuk mereka untuk berbuat apa-apa. 

Beberapa hari kemudian saya diberitahu permohonan tuntutan perjalanan saya dengan kaedah memandu sendiri atau MS diluluskan. Dari hari itu juga MPS telah mengubah polisi mereka dengan membenarkan pesara mereka menuntut bantuan perjalanan perubatan dengan memandu kereta sendiri.

Saya bersyukur kerana bukan sahaja semasa bekerja dulu saya telah banyak membuat perubahan di jabatan saya  kerana  tidak mahu 'tertinggal apabila berlakunya perubahan teknologi'. Setelah bersara pun saya melakukannya. 

Malangnya masih ada mereka yang tidak mahu ikut perubahan.