Dulu kawasan lapang di mana kononnya saya bermain 'drone'.
Kisah bermula pagi semalam bila saya lihat kumpulan WhatsApp surau taman perumahan saya tiba-tiba aktif. Walau pun kumpulan ini menggunakan nama surau, cuma 10% dari isinya ada ciri-ciri keagamaan atau surau. Baki 90% diisi dengan lawak bodoh, sindir-menyindir dan sebagainya dan dihiasi dengan emoji kartun makhluk ketawa terbahak-bahak yang dihantar oleh ahli-ahli kumpulan yang saya anggap bertaraf badut atau 'clowns'.
Saya berani berkata begitu kerana pagi semalam saya menjadi mangsa lawak bodoh tersebut. Sekurang-kurangnya itulah yang difikirkan oleh penghantarnya, iaitu satu bahan lawak. Tetapi sebenarnya dia hanya mendedahkan niat jahatnya yang bertaraf fitnah dan pembohongan bertaraf najis di kumpulan WhatsApp menggunakan nama keagamaan itu.
Bahan cerita pagi semalam ialah satu perkara serious, iaitu seorang penghuni taman kami didapati positif Covid-19. Ambulans telah datang membawanya ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) pada malam sebelumnya. Ini bermakna dia diantara 208 kes baru semalam seperti disebut oleh Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Tetapi ahli-ahli kumpulan WhatsApp surau yang saya anggap bertaraf badut itu telah menjadikannya satu bahan lawak. Mereka tolak menolak tanggungjawab untuk menentukan 'toboh mano' rumah pesakit itu. Akhirnya seorang 'super clown' atau badut hebat mencadangkan saya menggunakan 'drone' untuk mencari rumah pesakit itu.

Saya yang hanya ketawa dengan lawak di filem-filem Clint Eastwood dan James Bond atau sebagainya dengan sekelip mata menangkap niat si badut hebat ini. Niatnya semata-mata hendak menyindir saya dan dia gunakan media WhatsApp surau untuk tujuan jahatnya. Pembaca lain terus senyap, agaknya terpegun dengan keberanian kawan setaraf badut mereka yang berani mengusik saya.
Apakah sindiran si badut ini? Dia menyindir kononnya saya tidak dapat lagi bermain 'drone' saya di tempat biasa. Jadi gunakanlah 'drone' itu untuk menentukan rumah pesakit Covid-19. Tak tahu kah dia bila melihat 'drone' di udara, Polis akan mencari siapa pemainnya. Orang ramai pula akan keluar rumah. Tak pasal-pasal saya kena dakwa di mahkamah. Agaknya itulah yang dia mahu.

Semua orang di taman perumahan saya ini tahu Kawasan Lapang yang sudah diwartakan begitu dan betul-betul terletak di depan rumah saya sedang di 'locked-out' sekarang kerana pembinaan satu Dewan yang dibina secara haram oleh pihak berkuasa. Semua orang juga tahu saya tidak dapat lagi bermain salah satu hobi saya iaitu layang-layang. Malah seorang penghuni taman ini juga telah menyindir saya di akaun Facebooknya. Tak apalah, itu akaun Facebook dia.
Tetapi bila ada orang menyindir saya melalui WhatsApp surau adakah saya hendak berdiam diri? Oh ya, beberapa tahun yang lalu sebelum adanya kumpulan WhatsApp, badut yang sama pernah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya di kumpulan 'Yahoo group' taman kami ini. Bila saya cabarnya untuk mengemukakan bukti, dia telah meminta maaf. Tetapi saya tidak memaafkannya.

Jadi kali ini saya terus memberi amaran supaya jangan memfitnah saya lagi, sedangkan permohonan maafnya untuk fitnah lama belum saya tunaikan. Kenapa saya tuduh dia mefitnah? Kerana saya tidak mempunyai 'drone' dan tidak pernah mempunyainya. Memang dulu saya pernah mempunyai kereta dan helikopter mainan, tetapi saya fikir tak payahlah sampai ke 'drone'.
Si badut ini tentu malu untuk meminta maaf kali kedua. Oleh itu dia berkeras mengatakan saya mempunyai 'drone'. Dia cuma mengalah bila saya menawarkan RM 1,000.00 kepada sesiapa yang boleh membuktikan saya pernah mempunyai 'drone'. Komennya 'maleh nak layan orang lamo'.
Nasib baik dia sebut 'orang lama' dan bukan 'orang tua'. Ini kerana saya pernah membalas komen seorang muda yang memanggil saya 'orang tua' di Facebook begini 'Betul saya sudah tua, sudah 65 tahun umur saya (di masa itu), tetapi awak belum pasti dapat mencapai umur saya.'
Apa yang hendak saya beritahu di sini ialah si badut ini dalam usaha hendak berlawak bodoh sambil menyindir saya, cuma berjaya mendedahkan niat jahatnya. Sekali lagi dia telah berbohong dan memfitnah saya di media sosial.

No comments:
Post a Comment