Showing posts with label Surau Al-Ansar. Show all posts
Showing posts with label Surau Al-Ansar. Show all posts

Tuesday, May 28, 2019

Malaysia baru perangai lama.


Jelas MB datang jam 9.30 malam, tetapi masih ada tetamu tidak diundang datang untuk berbuka puasa.

MALAYSIA LAMA

Kes pertama

Berpuluh tahun yang lalu Kelab Sukan jabatan saya Majlis Perbandaran Seremban atau MPS telah mengadakan satu majlis tari menari di Dewan Perbandaran Seremban. Kami menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan (selepas ini saya sebut MB) yang kebetulan menjadi Yang Di Pertua MPS. 

Sementara menunggu kedatangan MB saya lihat beberapa orang, antaranya saya kenali berlegar di lobi dewan. Sebagai Penolong Setiausaha Kelab saya tahu mereka bukanlah diundang dan bukan juga antara yang membeli tiket untuk majlis kami.

Saya yang tidak tahu menahu tentang politik bertanya seorang dari mereka yang saya kenal itu kenapa mereka berada di situ. Dengan nada angkuh dia menjawab mereka orang MB dan mereka mesti berada di mana MB berada.


Kes kedua

Semasa berbincang dengan katerer makanan bila mengatur perkahwinan anak sulung, saya menyatakan bimbang kalau makanan tidak cukup. Katerer menjawab jangan bimbang. Dia tahu berapa banyak makanan hendak disediakan semasa majlis kahwin. Dia cuma bimbang di majlis parti politik lebih-lebih lagi jika melibatkan pemimpin kerajaan seperti MB. 

Katanya mereka yang datang untuk majlis-majlis tersebut biasanya melebihi jumlah yang dinyatakan semasa tempahan makanan, kerana ramai tetamu tidak diundang akan datang. Dia sudah bersedia dengan menyediakan makanan lebih.


MALAYSIA BARU

Kes pertama

Awal tahun ini Persatuan Pesara di mana saya menjadi Setiausaha di peringkat negeri telah mengadakan satu Seminar di luar Seremban. Kami menjemput seorang Timbalan Menteri Malaysia untuk merasmikannya. 

Di saat akhir Timbalan Menteri memberitahu tidak dapat datang pada awal Seminar. Kami pun mengubah majlis perasmian ke hujung Seminar yang akan disudahi dengan makan tengah hari.

Sebelum kedatangan Timbalan Menteri, beberapa orang penyokong dan ahli partinya tiba untuk sama-sama menunggu. Mereka dikenali dengan pakaian parti mereka. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa saya bertanya cukupkah makanan untuk menampung tetamu tidak diundang ini?

Saya tidak bimbang sama ada makanan cukup atau tidak. Ia cukup, kerana kami pesara dan warga emas ini berapa banyak sangat hendak makan. Cuma saya akan malu dengan katerer makanan kerana membuat tempahan jumlah kepala untuk makan kurang dari jumlah sebenar.

Lebih-lebih lagi jika dia menegur tidak tahukah saya yang program ini melibatkan orang politik. Sudah tentu ramai penyokongya yang turut hadir, bukan untuk mengikuti program, tetapi untuk menunjuk muka kepada ketua mereka.

Tetapi syukur Alhamdulillah, apa yang saya bimbangkan tidak berlaku, kerana tetamu-tetamu yang tidak diundang itu tidak menunggu untuk makan sama. Mungkin mereka sedar akan hukum makan makanan di majlis di mana mereka tidak diundang.


Kes kedua

Kes ini berlaku dua hari lepas di surau taman saya. Risalah diatas yang juga dipaparkan sekitar taman perumahan saya jelas menunjukkan MB akan datang pada jam 9.30 malam. Tetapi ramai penyokonnya yang tidak tinggal di taman perumahan kami, datang untuk berbuka puasa, memikirkan MB akan ada sama.

Jika MB datang untuk berbuka puasa pun sudah tentu mereka ini tidak hanya menunjukkan muka sahaja. Mereka sudah tentu berbuka puasa sama. Hukum makan makanan di majlis tidak diundang diketepikan.

Maka terjadilah ramai jemaah  surau saya tidak dapat makanan yang secukupnya. Akhirnya saya perhatikan tidak ada makanan yang tinggal. Juga ramai jemaah tidak dapat tempat duduk, walau pun ada khemah tambahan diletak di luar surau. 

Kesimpulannya di tempat yang dipanggil Malaysia Baru, rakyatnya masih mengamalkan perangai lama. 

Saturday, June 27, 2015

Ditaja berbuka puasa.

Alhamdulillah, petang tadi saya ditaja berbuka puasa sepenuhnya disurau. Biarlah gambar-gambar di bawah ini menceritakannya.

Inilah restoran yang menaja makanan berbuka puasa kami.

Ustaz Ahyad juga menaja makanan Arab.

Kami berbuka puasa dengan makanan ringan dahulu.

Lagi berbuka puasa.

Sempat selfie semasa berbuka puasa.

Nombor dua dari kiri ialah Iman dari Timur Tengah yang mengetuai solat Maghrib, Isya' dan Tarawikh malam ini.

Kemudian kami ke surau untuk solat Maghrib berjemaah.

 Selepas solat Maghrib baru kami makan makanan berat.

 Kanak-kanak.

 Orang dewasa.

 Makan bersela memang seronok.

Tetapi VIP dan tetamu khas tetap makan di meja.

Tuesday, August 30, 2011

Solat Hari Raya di surau sahaja.

Kalaulah saya keluar rumah lima minit lebih awal, mungkin saya terlepas peluang bersolat raya di surau saya sendiri. Dalam seminggu yang lepas saya tidak ke surau untuk solat Isya' dan Tarawikh kerana ada sahaja sebabnya. Akibatnya saya tidak dapat tahu apa program surau untuk Aidilfitri tahun Hijri 1432 ini.

Sedang saya bersiap untuk keluar rumah saya terdengar takbir raya dari surau. Saya beruntung kerana dari rumah saya boleh nampak apa-apa aktiviti di surau, bukan setakat terdengar azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebelumnya. Saya lihat beberapa orang sedang memasuki surau dan beberapa kenderaan diletakkan berhampirannya. Saya pun membawa ahli-ahli keluarga saya ke surau. Jika kami ke masjid saya terpaksa meletakkan kereta jauh darinya.

Inilah gambar-gambar saya bersolat raya di surau sahaja.

Saya datang lewat, jadi terpaksa duduk di belakang dengan budak-budak.

Ada Bangla di belakang saya.

Membaca takbir. Antara rumah yang nampak di belakang itu ialah rumah saya.

Imam,  Ustaz Rosmin yang juga Timbalan Pengerusi surau memberi taklimat solat dan program seterusnya.

Imam membaca khutbah raya selepas solat.

Jemaah surau mendengar khutbah. Tabir pemisah antara lelaki dan perempuan sudah dibuka.

Bermaaf-maafan selepas solat raya.

Akhirnya kami menjamu selera ringan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal 1432.


Thursday, August 26, 2010

Berbuka puasa di surau.

Surau saya mengadakan program berbuka puasa tiap-tiap hari Ahad. Di bawah ialah gambar-gambar kami berbuka puasa pada 22 Ogos yang lalu. Kami berbuka puasa di bangunan ruang makan, dapur dan setor kami yang hampir siap. Saya ditugaskan menyelia kerja-kerja membina bangunan ini. Satu hari seorang Cina turun dari lorinya dan bertanya "Ini kantin kah?". Saya jawab "Ya lah tu." Dia beri kadnya dan berkata jika hendak air batu telefonlah dia.


Ambil makanan dulu. Imam Besar kami yang berbaju hitam itu masih relaks lagi.


Lihatlah kolam tebatan banjir di belakang kantin ini.


Makanan dibawa secara 'pot luck.' Saya bawa 'sandwich' sahaja.


Cara ini lebih baik dari berbuka puasa di hotel. Makanan di sini di jamin halal.


Kaum wanita di letakkan di satu khemah khas antara surau dengan kantin.


'Apo cito tu Pin? Oghang dah nak bobuko ni!' Gunung di belakang tu ialah Gunung Angsi.

Tuesday, August 24, 2010

A tale of two suraus.

Our surau.

Their surau.

Today in almost every newspaper in the country we read about a surau in Seremban being splashed with red paint and thrown with empty liquor bottles. The reporters came late and by the time they came the bottles had been taken by the Police. I was fortunate to pass by that particular surau yesterday morning and I took some photographs. The bottles were beer bottles. I wrote a story about that incident in my previous post.

That splashed surau is only about 500 meters away from my surau. The surau is not 'mine' in the sense that it was not built with my money. But I use the word 'mine' anyway because that's where I perform my prayers nowadays.

When I performed my Haj pilgrimage almost three years ago I was challenged by my religious teacher or Ustaz stationed at my hotel. He said if we could walk to the Masjidil Haram in Makkah which is situated about 800 meters from our hotel to perform our prayers why don't we do the same thing at home. So when I returned home I disciplined myself to perform my prayers at my housing estate's surau. 

The surau then was a temporary one. A few of my neighbours were brave enough to rent a double story link house and turned it to a surau. Of course this surau had its limitations. Not many people could use it at the same time. When occasionally we had functions like the Holy Prophet Muhammad's birthday we had to close the road in front of the surau to accommodate the extra patrons.

We knew that we could not rent the house forever. We had plans to built a proper surau. Fortunately our housing developer had reserved a plot of land for this purpose. An application was made to the State Government for them to give us a surau. Meanwhile we had Plan B. We appointed a few professional donation collectors to raise money for us. In case our application to the State Government being rejected we could still build the surau on our own. In the mean time we had regular prayers in the wish that our dreams would materialise.

Until the beginning of the year we received no positive news from the authorities. It was then decided that we were going to build the surau on our own. Suddenly out of nowhere we received news that the State Government had approved our application. Construction would start in April 2010 and the surau would be ready in two months.

Unknown to us the people in our neighbouring housing estate were also having similar plans of their own. Suddenly on 1st April 2010 they started the construction of their surau. We later learned that it was build according to their Plan B, meaning they were building on their own.

A few days later construction of our surau started. Suddenly two suraus about 500 meters apart were being build simultaneously. A few outsiders who were unfamiliar with the local geography were puzzled why two suraus of very close proximity to each other were being built at the same time. We had to explain the situation every time.

At the beginning it looked like their construction was faster than ours. On my part, since I was jobless I attended to the construction of our surau almost every day. But in the end, like the hare and tortoise race we beat them. We started using our new surau on 1st July 2010 while they only started using their surau 23 days later.

It is obvious just by looking at the above photographs their surau costs more than our surau. But the value of a religious institution like a surau is not based on the cost of construction. It is from the patronisation of it by the people. In this case I can proudly say our surau is patronised better than theirs.

What now? With the money collected from donations our surau is going to the second construction phase. There is no Plan A or Plan B here. We had almost completed building our dining hall cum kitchen cum store for our surau. For this part the surau committee had appointed me as the project supervisor. I had to report about the construction progress now and then.

As for the other surau somebody splashed it with red paint and thrown empty beer bottles in the early hours of yesterday. Who they were and for what purpose was not known by the time I wrote this post. About an hour ago I passed by the surau. The splashed surfaces had been cleaned. Undercoat paint had been applied to the affected masonry. People were digging holes around the perimeter to construct fences.     

Monday, August 23, 2010

Siapa punya angkara ini?

Surau yang disimbah cat merah.

Pandangan dekat di mana cat disimbah.

Beberapa botol arak dan serpihannya. Kenderaan itu ialah kenderaan Polis.

Semalam saya baharu sahaja bercerita mengenai surau saya. Kali ini saya terpaksa bercerita mengenai surau juga, tetapi bukan surau saya. Tetapi surau ini cuma terletak lebih kurang 500 meter dari surau saya di satu taman perumahan yang berjiran. Ia juga dibina semasa dengan surau saya. Seperti surau saya ia terletak di jalan utama dan bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak. Kelebihan surau saya ialah ia bersebelahan juga dengan kolam tebatan banjir. 

Pagi tadi saya berjumpa dengan Penguasa Banci saya berbincang mengenai Banci Perumahan dan Penduduk Negara yang tamat semalam. Seperti biasa saya balik melalui Jalan Temiang. Apabila sahaja saya melalui surau ini saya nampak ramai orang berkumpul. Juga saya nampak sebuah kenderaan Polis bertulis FORENSIK dan beberapa anggota Polis sedang membuat tugas dalam kawasan surau.

Fikiran saya terus teringat kepada kes bunuh seorang bekas jiran saya seperti pos saya ini. Kebetulan kes itu terjadi di bulan Ramadan juga. Saya pun terus turun dari skuter saya dan bertanya dengan seorang yang berkumpul di situ kenapa ada anggota Polis. Dia terus menunjukkan kepada surau yang disimbah cat merah. Kejadian disyaki dilakukan sebelum Subuh pagi tadi.

Selain disimbah cat surau juga dibaling dengan botol-botol kosong arak yang ditujukan kepada tingkap cermin. Cermin tidak pecah tetapi botol-botol yang berkecai. Kerosakan kepada surau cuma minima sahaja. Tidak ada bahagian yang pecah atau rosak. 

Saya berharap jemaah surau ini tidak mengambil tindakan yang di luar undang-undang. Biarlah pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menghukum siapa yang bertanggungjawab terhadap perbuatan ini.

Sunday, August 22, 2010

Bubur lambuk surau ku.

Bubur yang sudah dimasak dipindahkan. Di kiri ialah Cikgu Saiful, moderator blog surau kami.


Bubur dibahagikan kedalam bekas-bekas plastik ini. Yang berbaju hijau ialah Zafri 'Tok Siak' surau kami. Di Melaka dipanggil 'Noja.'


Para jemaah mengambil bubur untuk dibawa balik.


Lagi jemaah mengambil bubur.

Imam Besar kami Ustaz Afendi tersenyum lebar melihat usaha kami berjaya. Belum rasa belum tahu, Ustaz.

Hari ini 22 Ogos 2010 surau saya Surau Al-Ansar, Taman Coral Heights, Seremban menambah satu lagi aktiviti. Kali ini kami memasak bubur lambur untuk dibahagikan secara percuma kepada penduduk-penduduk taman atas dasar 'siapa cepat dia dapat.'

Ini juga pertama kali kami memasak makanan di bangunan tempat makan dan dapur surau yang belum lagi siap sepenuhnya. Bangunan ini kami bina dari dana hasil kutipan derma. Surau utama dibina dari dana Kerajaan Negeri.

Saya tidak ada di Seremban semasa bubur dimasak. Malam tadi saya berbuka puasa di rumah anak saya Ina di Sungai Buluh, Selangor dan seterusnya tidur di sana. Walau bagaimana pun saya sempat bersolat jemaah Zohor di surau saya dan di sana saya lihat bubur lambuk sudah siap dimasak. Diumumkan juga bubur akan dibahagikan selepas solat Asar.

Selepas solat Asar saya melihat bubur dibahagikan atas dasar di atas. Tidak ada baris panjang atau perebutan. Cuma semasa memasak tiada siapa yang 'mencuba' sama ada bubur ini cukup ramuannya. Semuanya akan dapat diketahui semasa berbuka puasa nanti.

Thursday, July 8, 2010

Kenapa karpet lambat dipasang.

Mengukur lantai surau untuk dipasang karpet.


Karpet dipesan belum sampai. Karpet dari surau lama terpaksa digunakan.


Karpet lama dengan sejadah di atasnya bersedia menerima jemaah surau.


Karpet baru dipasang.


Surau baru karpet pun baru.

Saya minta maaf jika pos saya ini menyinggung atau mengecilkan hati sesiapa. Sebenarnya saya tidak sepenuhnya pasti sama ada apa yang saya ceritakan ini tepat atau tidak. Saya telah bertanya dengan beberapa ahli jawatankuasa surau tetapi maklumlah mereka, seperti saya juga, tidak mahu mengaibkan sesiapa. Walau bagaimana pun tujuan saya menulisnya ialah untuk kita sama-sama belajar darinya.

Segala-galanya telah siap sedia untuk kami mula menggunakan surau baru kami pada 1 Julai 2010. Penyewaan dengan tuan rumah surau lama telah ditamatkan. Lantai surau baru sudah disamak. Bekalan elektrik telah masuk pada 30 Jun 2010. Yang tinggal hanya sistem pembesar suara dan karpet.

Saya berada di Nilai dari tengah hari 1 Julai 2010 kerana menghadiri Kursus Pembanci. Saya menerima panggilan telefon dari Setiausaha Surau Ustaz Shamsuri mengenai pemesangan sistem pembesar surau. Telah menjadi tugas saya secara sukarela mengambil gambar-gambar pembinaan surau ini. Gambar-gambar yang sesuai diambil oleh Cik Gu Saiful untuk dimasukkan ke dalam blog surau.

Saya nyatakan kepada Ustaz Shamsuri tidak dapat mengambil gambar-gambar pemasangan pembesar suara. Selepas itu saya tidak lagi menerima apa-apa panggilan darinya.

Dalam perjalanan balik ke rumah saya terus singgah di surau. Bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an berkumandang dari sistem pembesar suara yang baru. Ahli-ahli jawatankuasa dan yang tidak berkuasa sama-sama membuat persiapan akhir. Tetapi yang ketara ialah karpet baru belum dipasang.

Beberapa orang jemaah memasang karpet lama yang diambil dari surau lama. Di atasnya diletakkan sejadah, juga dari surau lama. Agaknya jika kami tidak mempunyai surau sebelum ini terpaksalah sejadah dipungut dari rumah ke rumah untuk kegunaan sementara surau.

Saya bertanya kepada Ustaz Shamsuri bila karpet baru nak sampai? Waktu Maghrib cuma satu jam lagi. Dengan muka risau Ustaz menjawab mengikut syarikat karpet di Kuala Lumpur karpet sudah dibawa keluar. Tetapi pembawa karpet tidak dapat dikesan. Telefon bimbit pembawa pula ditutup.

Di antara solat Maghrib dengan Isya' pada 2 Julai 2010 Ustaz Shamsuri memberitahu saya syarikat karpet berjanji menghantar dan memasang karpet pada malam itu juga.

Selepas jemaah semua balik dari solat Isya' saya memandang sekali sekala ke surau dari rumah. Beruntung juga saya oleh kerana surau baru ini boleh dilihat jelas dari rumah saya. Tiba-tiba apabila pasukan Brazil sedang menentang Belanda di Piala Dunia saya lihat ada aktiviti di surau dan saya pun terus ke sana untuk mengambil satu dua gambar pemasangan karpet baru,

Saya tidak dapat tinggal lama kerana perlawanan bolasepak itu tidak kurang juga tarikannya. Walau bagaimana pun moderator blog surau kami Cik Gu Saiful ada mengambil gambar-gambar pemasangan karpet seperti  di sini..

Pemasangan karpet siap sebelum Subuh 3 Julai 2010. Saya merupakan antara jemaah pertama menggunakan karpet baru itu. Sebelum itu Belanda telah mengalahkan Brazil dan Uruguay mengalahkan Ghana.

Inilah cerita yang saya dapat dengar mengapa karpet lambat dipasang. Tuan punya kedai karpet di Kuala Lumpur telah mengarahkan seorang (atau lebih) pekerjanya untuk menghantar karpet yang telah sedia dijahit mengikut ukuran. Pekerjanya diberi wang RM300.00 untuk menyewa sebuah lori untuk membawa karpet ke Seremban.

Pekerja ini berfikir buat apa susah-susah sewa lori. Boleh bawa dengan keretanya sendiri. Oleh itu karpet dipotongnya pendek-pendek untuk dimasukkan ke dalam kereta. Sama ada dia berhajat untuk membuat lebih dari satu perjananan tidak dapat dipastikan.

Tetapi kemudian dia dapati tidak dapat mengisi semua karpet dalam kereta dan tak mungkin dapat memasang karpet di surau kami dalam tempoh yang dijanjikan iaitu sebelum Maghrib 1 Julai 2010.

Dia yang panik terus menutup telefon bimbitnya. Ketuanya yang putus hubungan dengannya terus terfikir yang pekerjanya telah melarikan karpetnya beserta wang sebanyak RM300.00. Lapoan Polis telah dibuat.

Pada esoknya 2 Julai 2010 rahsia telah terbongkar. Tetapi kerana menjaga reputasi syarikat karpet kami tetap dihantar. Kali ini dengan lori syarikat sendiri. Dengar kabarnya lori terpaksa membuat dua perjalanan. Kami juga mendapat bonus kerana akibat percubaan potong memotong oleh pekerja berkenaan kami mendapat karpet lebih.

Saya tidak pasti sama ada syarikat karpet ini rugi atau untung akibat 'kehilangan' sementara karpet tadi. Juga sama ada apa-apa tindakan dikenakan terhadap pekerja syarikat yang terlibat. Yang pentingnya karpet untuk surau baru kami terpasang juga.

Friday, July 2, 2010

Akhirnya impian menjadi kenyataan.

Semalam 1 Julai 2010 bersamaan 20 Rejab bermula satu sejarah di taman perumahan saya apabila surau baru kami mula digunakan. Sungguh tepat masanya kerana ia mula digunakan pada malam Jumaat dimana kami biasa mengadakan majlis membaca Yasiin dan Tahlil.

Tamatlah penantian kami selama tiga tahun untuk mendapatkan surau ini. Bagi saya pula belum pernah terasa terlibat dalam pembinaan mana-mana surau. Boleh dikatakan dari hari pertama surau ini mula dibina saya tidak pernah terlepas satu hari pun terlepas dari mengikut perkembangan pembinaannya. Kemajuan pembinaan boleh dilihat di sini.  

Program-program surau kami boleh dilihat di sini. Blog surau ini diusahakan oleh Cik Gu Saiful.

Ahli-ahli jawatankuasa menghamparkan karpet. Kami gunakan karpet surau lama dulu sementara yang baru siap dijahit.

Sejadah dari surau lama diletakkan di atas karpet.


Berehat selepas membuat persediaan akhir.

Selepas solat pertama di surau ini.


Jemaah lelaki.

Jemaah wanita.

Kanak-kanak di saf belakang dewasa lelaki.


Selesa di serambi surau.


Bersalam-salaman selepas solat pertama.

Berehat di serambi sementara menunggu acara seterusnya.

Imam Besar kami Ustaz Affendi memberi penerangan mengenai acara seterusnya dan juga acara harian.

 
Membaca Yasiin diketuai Pengerusi Surau Ustaz Rosmin, paling kiri.


Yasiin, walquranil hakim.

Innaka laminal mursalin.

 
Ustaz Rusmin memberi penerangan mengenai Khairat Kematian.


Selesai solat Isya' apa lagi, makanlah. Makanan dibawa secara 'pot luck'.


Selesa makan di serambi.

Acara akhir ialah mesyuarat jawatankuasa, setelah jemaah lain beransur balik.