Surau saya mengadakan program berbuka puasa tiap-tiap hari Ahad. Di bawah ialah gambar-gambar kami berbuka puasa pada 22 Ogos yang lalu. Kami berbuka puasa di bangunan ruang makan, dapur dan setor kami yang hampir siap. Saya ditugaskan menyelia kerja-kerja membina bangunan ini. Satu hari seorang Cina turun dari lorinya dan bertanya "Ini kantin kah?". Saya jawab "Ya lah tu." Dia beri kadnya dan berkata jika hendak air batu telefonlah dia.
Ambil makanan dulu. Imam Besar kami yang berbaju hitam itu masih relaks lagi.
Lihatlah kolam tebatan banjir di belakang kantin ini.
Makanan dibawa secara 'pot luck.' Saya bawa 'sandwich' sahaja.
Cara ini lebih baik dari berbuka puasa di hotel. Makanan di sini di jamin halal.
Kaum wanita di letakkan di satu khemah khas antara surau dengan kantin.
'Apo cito tu Pin? Oghang dah nak bobuko ni!' Gunung di belakang tu ialah Gunung Angsi.
No comments:
Post a Comment