Sunday, November 29, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 4 (Makan sepuas-puasnya).

Selepas saja kami balik dari Restoran Asam Pedas Johor kepunyaan Dato' Aziz,saya kata pada kawan sebilik saya Zainal Abidin Enon yang sama-sama datang dari Seremban "Makan malam esok tentu tak kurang hebatnya". Ini kerana kami akan makan bukan di restoran, tetapi di tempat di mana seorang lagi kawan sekolah kami menyediakan makanan untuk perniagaan katerer makanannya.

Kebetulan kawan kami itu, Rosli Yem ada sama di makan malam sebelumnya. Sudah tentu dia tak mahu kalah (maaf Dato' Aziz). Tekaan saya betul seperti dibuktikan oleh gambar-gambar berikut.


 Menu utama ialah kambing golek dengan nasi arab dan telur pindang. Pertama kali saya makan kombinasi ini.

 Seoraang pekerja memotong cebisan daging kambing golek.

Banyak lagi makanan-makanan lain seperti sup kotak gear, capati, putu mayam tetapi bukan polisi saya suka mengambil gambar makanan.

Zainudin, Nik Amin dan Nik Khairudin, semuanya dari Kelantan. Tetapi sekarang menetap di Lembah Kelang.

 
Makan dan makan.

 Rosli Yem (dua dari kiri) dengan krunya.

 Makan di sini lebih santai.

Di program ini juga saya berjumpa dengan kawan-kawan Facebook saya pertama kali. Duduk paling kiri ialah kawan Facebook yang menggunakan nama Wh Wk. 

 Dr. Abdullah Daud, duduk paling kiri juga kawan Facebook yang pertama kali saya jumpa.

 Lepas makan minum pula.

 Dato' Aziz, pengusaha Restoran Asam Pedas Johor dan Datin pun turut sama.

Berhati-hati bila ambil gambar orang tengah makan. 

Akhirnya masa untuk memberi cenderamata. 

 Duduk di hadapan ialah Punawan Sarbini dari Simpang Renggam, Johor dan Zainal Abidin Enon dari Rantau, Seremban. Mereka fivers tahun 1966 (senior setahun dari saya). Kedua-duanya menjadi sebahagian dari kumpulan gitar The Flanders SDAR. Punawan bermain dram tetapi tidak memukul dan memijak lagi. Zainal dulu bermain gitar bass tetapi sekarang bermain keyboards secara professional. Yang menarik ialah Punawan akhirnya berumahtangga dengan penyanyi perempuan The Flanders, Mashitah yang bapanya dulu bekerja dengan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tg. Malim.

Oleh kerana kebanyakan cenderamata telah diberi di malam sebelumnya, hanya satu cenderama disampaikan pada malam ini.

 Seperti biasa setelah selesai majlis, kami bergambar ramai,

Gembira dalam bas semasa pulang ke hotel. Budak itu ialah cucu Wan Baharudin dari Kelantan yang duduk paling depan sebelah anaknya. Secara kebetulan Wan Baharudin atau Tok We ialah biras kepada sepupu saya Ghafar Ibrahim.

Gembira menarima 'goodies' dari tuan rumah.

Bersambung......

Thursday, November 26, 2015

Kenapa tak tunjuk laluan dari 'bus stop' atau stesen KTM dan LRT?

Bila kita terima kad jemputan kahwin, selain dari kita diberitahu akan tempat, hari dan masa majlis, kita juga ditunjukkan dengan pelan ke tempat majlis. Biasanya tuan rumah memikirkan bagaimana mereka yang datang dengan kenderaan sama ada kereta atau motosikal boleh sampai ke majlisnya. Ditunjukkanlah laluan yang biasanya bermula dari mana-mana lebuhraya atau jalan besar.

Amat sedikit yang menunjukkan laluan dari pengangkutan awam. Contohnya jika majlis diadakan di satu dewan, tidak ditunjukkan 'bus stop' yang paling hampir. Lebih-lebih lagi tidak ditunjukkan nombor-nombor bas yang berhenti di 'bus-stop' tersebut. Apa lagi jika majlis diadakan berhampiran dengan stesen LRT atau KTM.

Pada pendapat saya perkara begini berlaku kerana ramai dari kita mengaggap pengangkutan awam seperti bas atau keretapi hanya layak untuk pergi kerja sahaja. Kita sanggup meletak kereta beratus meter dari majlis. Jika majlis di adakan di hotel contohnya kita sanggup membayar untuk letak kerata.

Tidak kurang juga yang berfikir pakaian cantik yang dipakai untuk majlis kahwin tidak sesuai dipakai dalam bas atau keretapi. Inilah alasan isteri saya tidak mahu mengikut saya ke kenduri kahwin jika saya pergi dengan keretapi.

Sudah tiga kali saya pergi ke kenduri kahwin di Kuala Lumpur menaikki KTM Komuter dan LRT seperti berikut:

  1. Saya pergi kenduri kahwin anak kawan sekolah saya di Seri Petaling dengan KTM Komuter dan LRT Rapid KL. Dari stesen Seri Petaling saya naik teksi ke dewan majlis. Di sana saya terjumpa dengan sepupu isteri saya yang pernah bekerja dengan kawan saya itu. Dia menghantar saya balik ke stesen Seri Petaling.
  2. Saya pergi ke kenduri anak kawan sekolah saya di Taman Chempaka, Ampang. Rumahnya cuma 100 meter dari stesen LRT Chempaka. 
  3. Saya dan isteri pergi ke kenduri kahwin anak saudara saya di Maju Junction, Kuala Lumpur. Saya turun di stesen Monorail Medan Tuanku. Kali ini isteri saya berani pula ikut.
Kalau kita semua berfikiran seperti saya bayangkan berapa banyak wang kita boleh selamatkan dari membayar untuk minyak dan tol. Saya beri contoh jika majlis diadakan di Dewan Perbandaran Seremban. Ia cuma 200 meter dari Terminal Bas Seremban dan juga Stesen Keretapi Seremban. Jemputan dari Kuala Lumpur, Tampin, Rembau, Sungai Gadut dan Senawang boleh naik KTM Komuter ke Seremban. Dari situ berjalan kaki ke Dewan Perbandaran Seremban.

Dari itu saya minta bila kita menyediakan peta untuk majlis kahwin, masukkan juga 'bus-stop' dan pehentian keretapi yang paling dekat.

Sekian.

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 3 (Sekitar Johor Bahru).

Ini hari kedua kami di Johor Bahru. Yang kaki golf pergi main golf dan bakinya termasuk saya melawat sekitar Johor Bahru. 

Dato' Ghani Sulaiman mengambil alih tugas 'pemandu pelancong'. Dato' Ghani yang berasal dari Pahang ialah Ketua Murid sekolah atau Head Boy tahun 1962, iaitu tahun saya masuk ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Tanjong Malim, Perak. Sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pernah bertugas di beberapa negeri dan akhirnya bersara sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang. Dialah yang menyebut "Yang ini lebih mustahak" itu. Sekarang aktif dalam kerja-kerja amal termasuk menjadi Yang DiPertua, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Pahang. Saya pula menjadi Setiausaha Persatuan yang sama di Negeri Sembilan. 

Sekolah Tun Fatimah (STF) di Larkin, Johor Bahru ialah 'sister school' kepada SDAR. Ia menempatkan murid-murid perempuan yang berjaya mendapat kelayakan masuk sama seperti SDAR. 

 Antara isteri-isteri Sdarians yang pernah belajar di STF.

 Sdarians pun hendak bergambar depan STF.

DAULAT TUANKU di Pantai Lido, Johor Bahru. 


Kemudian kami ke Muzium Tokoh yang belum beroperasi sepenuhnya. Masih banyak artifek yang belum diletakkan. Sila perhatikan kubah berwarna hitam itu.

Kawan saya Zainal Abidin Enon dari Seremban mencuba grand piano di situ. Zainal yang juga dikenali sebagai ZABE memang seorang pemuzik sejak dari sekolah lagi.

Yang lelaki bergambar depan lukisan Dato' Jaafar Muhammad, Menteri Besar pertama Johor. Dato' Jaafar ialah bapa kepada Dato' Onn yang menubuhkan UMNO, datuk kepada Tan Sri Hussin Onn, Perdana Menteri ketiga dan moyang kepada Dato' Hishamudin Hussin, Menteri Pertahanan sekarang.

Pandangan tangga-tangga yang menghubungi tingkat-tingkat bawah dan satu. Kaki saya mengggil tiap kali memandang ke bawah dari tingkat dua dan paling atas ini.

Inilah pandangan ke atas ke kubah di tingkat dua. Dari sudut mana kita pandang akan nampak bulan sabit dan bintang.

Pandangan dari tingkat dua Muzium Adat. Yang jauh tu Singapura.

Biasalah, tak sah kalau tak selfie.

Santai di tingkat atas Muzium Johor.


 Akhirnya bergambar ramai di tangga muzium.

 
Dato' Ghani belanja kami makan Mee Rebus Haji Wahid di warung (kami di Negeri Sembilan panggil gerai) Terminal Bas Larkin. Kemudian Dr. Abdullah pula belanja kami Sate Johor.

 Inilah Mee Rebus Haji Wahid, Johor Bahru.

Bersambung......


Tuesday, November 24, 2015

"Yang ini lebih mustahak", katanya - Bahagian 2.

Program pertama kami ialah berjumpa dengan kawan-kawan sama sekolah di Johor di satu restoran yang diusahakan oleh seorang dari mereka sambil makan malam.

Ini Zainuddin Muhammad, berasal dari Kg. Kangkung, Pasir Mas, Kelantan yang mengaturkan rombongan kami. Dialah Setiausaha kepada Sdara Seniors Club. 

Saya dan yang lain mendengar celoteh Zainuddin yang lebih senang dipanggil Kangkung sahaja. Zainuddin sendiri meminjamkan kamera DSLRnya untuk saya gunakan. Boleh dikatakan kamera saya berehat semasa program ini. 


 Kami sudah sampai ke tempat yang dituju, Restoran Asam Pedas, Kempas, Johor Bahru,

 Biasalah, juruacara mengalu-alukan kedatangan kami.

Tuan punya restoran, Dato' Aziz berucap.

Kami semua mendengar dengan tekun.

Zawawi, yang berambut panjang sebenarnya mengikut perkembangan Dato' Lee Chong Wei main badminton di Hong Kong. 

Lagi pandangan dalam restoran.

Giliran Kangkung pula menerangkan tujuan penubuhan Sdara Seniors Club dan kenapa kami datang ke Johor Bahru.

Juga tekun mendengar celoteh Kangkung.



Dato' Ghani Sulaiman dari Pahang menyerahkan cenderamata kepada tuan rumah.

Kawan-kawan kami dari Johor juga menerima cenderamata.


Ini Punawan Sarbaini, senior saya setahun.

Ini Adnan Saat, kawan sekelas saya. Tetap tersenyum seperti dulu-dulu.




Yahya Pakeh, junior saya tiga tahun.


Juruacara pun menerima cenderamata.



Setelah selesai makan, bersiap sedia untuk bergambar ramai.

Bergambar ramai dengan keluarga, mana yang ada.

Thumbs up!

Bersambung.....