Ini hari kedua kami di Johor Bahru. Yang kaki golf pergi main golf dan bakinya termasuk saya melawat sekitar Johor Bahru.
Dato' Ghani Sulaiman mengambil alih tugas 'pemandu pelancong'. Dato' Ghani yang berasal dari Pahang ialah Ketua Murid sekolah atau Head Boy tahun 1962, iaitu tahun saya masuk ke Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Tanjong Malim, Perak. Sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pernah bertugas di beberapa negeri dan akhirnya bersara sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang. Dialah yang menyebut "Yang ini lebih mustahak" itu. Sekarang aktif dalam kerja-kerja amal termasuk menjadi Yang DiPertua, Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Pahang. Saya pula menjadi Setiausaha Persatuan yang sama di Negeri Sembilan.
Sekolah Tun Fatimah (STF) di Larkin, Johor Bahru ialah 'sister school' kepada SDAR. Ia menempatkan murid-murid perempuan yang berjaya mendapat kelayakan masuk sama seperti SDAR.
Antara isteri-isteri Sdarians yang pernah belajar di STF.
Sdarians pun hendak bergambar depan STF.
DAULAT TUANKU di Pantai Lido, Johor Bahru.
Kemudian kami ke Muzium Tokoh yang belum beroperasi sepenuhnya. Masih banyak artifek yang belum diletakkan. Sila perhatikan kubah berwarna hitam itu.
Kawan saya Zainal Abidin Enon dari Seremban mencuba grand piano di situ. Zainal yang juga dikenali sebagai ZABE memang seorang pemuzik sejak dari sekolah lagi.
Yang lelaki bergambar depan lukisan Dato' Jaafar Muhammad, Menteri Besar pertama Johor. Dato' Jaafar ialah bapa kepada Dato' Onn yang menubuhkan UMNO, datuk kepada Tan Sri Hussin Onn, Perdana Menteri ketiga dan moyang kepada Dato' Hishamudin Hussin, Menteri Pertahanan sekarang.
Pandangan tangga-tangga yang menghubungi tingkat-tingkat bawah dan satu. Kaki saya mengggil tiap kali memandang ke bawah dari tingkat dua dan paling atas ini.
Inilah pandangan ke atas ke kubah di tingkat dua. Dari sudut mana kita pandang akan nampak bulan sabit dan bintang.
Pandangan dari tingkat dua Muzium Adat. Yang jauh tu Singapura.
Biasalah, tak sah kalau tak selfie.
Santai di tingkat atas Muzium Johor.
Akhirnya bergambar ramai di tangga muzium.
Dato' Ghani belanja kami makan Mee Rebus Haji Wahid di warung (kami di Negeri Sembilan panggil gerai) Terminal Bas Larkin. Kemudian Dr. Abdullah pula belanja kami Sate Johor.
Inilah Mee Rebus Haji Wahid, Johor Bahru.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment