Bila kita terima kad jemputan kahwin, selain dari kita diberitahu akan tempat, hari dan masa majlis, kita juga ditunjukkan dengan pelan ke tempat majlis. Biasanya tuan rumah memikirkan bagaimana mereka yang datang dengan kenderaan sama ada kereta atau motosikal boleh sampai ke majlisnya. Ditunjukkanlah laluan yang biasanya bermula dari mana-mana lebuhraya atau jalan besar.
Amat sedikit yang menunjukkan laluan dari pengangkutan awam. Contohnya jika majlis diadakan di satu dewan, tidak ditunjukkan 'bus stop' yang paling hampir. Lebih-lebih lagi tidak ditunjukkan nombor-nombor bas yang berhenti di 'bus-stop' tersebut. Apa lagi jika majlis diadakan berhampiran dengan stesen LRT atau KTM.
Pada pendapat saya perkara begini berlaku kerana ramai dari kita mengaggap pengangkutan awam seperti bas atau keretapi hanya layak untuk pergi kerja sahaja. Kita sanggup meletak kereta beratus meter dari majlis. Jika majlis di adakan di hotel contohnya kita sanggup membayar untuk letak kerata.
Tidak kurang juga yang berfikir pakaian cantik yang dipakai untuk majlis kahwin tidak sesuai dipakai dalam bas atau keretapi. Inilah alasan isteri saya tidak mahu mengikut saya ke kenduri kahwin jika saya pergi dengan keretapi.
Sudah tiga kali saya pergi ke kenduri kahwin di Kuala Lumpur menaikki KTM Komuter dan LRT seperti berikut:
Dari itu saya minta bila kita menyediakan peta untuk majlis kahwin, masukkan juga 'bus-stop' dan pehentian keretapi yang paling dekat.

- Saya pergi kenduri kahwin anak kawan sekolah saya di Seri Petaling dengan KTM Komuter dan LRT Rapid KL. Dari stesen Seri Petaling saya naik teksi ke dewan majlis. Di sana saya terjumpa dengan sepupu isteri saya yang pernah bekerja dengan kawan saya itu. Dia menghantar saya balik ke stesen Seri Petaling.
- Saya pergi ke kenduri anak kawan sekolah saya di Taman Chempaka, Ampang. Rumahnya cuma 100 meter dari stesen LRT Chempaka.
- Saya dan isteri pergi ke kenduri kahwin anak saudara saya di Maju Junction, Kuala Lumpur. Saya turun di stesen Monorail Medan Tuanku. Kali ini isteri saya berani pula ikut.
Kalau kita semua berfikiran seperti saya bayangkan berapa banyak wang kita boleh selamatkan dari membayar untuk minyak dan tol. Saya beri contoh jika majlis diadakan di Dewan Perbandaran Seremban. Ia cuma 200 meter dari Terminal Bas Seremban dan juga Stesen Keretapi Seremban. Jemputan dari Kuala Lumpur, Tampin, Rembau, Sungai Gadut dan Senawang boleh naik KTM Komuter ke Seremban. Dari situ berjalan kaki ke Dewan Perbandaran Seremban.
Dari itu saya minta bila kita menyediakan peta untuk majlis kahwin, masukkan juga 'bus-stop' dan pehentian keretapi yang paling dekat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment