Dalam adegan satu filem popular karaktor utamanya yang telah berusia lebih 50 tahun memutuskan untuk bersara dari perniagaannya mengendalikan satu syarikat 'Bail Bonds'. Syarikatnya lebih kurang memberi jaminan bahawa seseorang itu akan hadir di mahkamah untuk dibicarakan, jika tidak ia akan kehilangan wang. Suatu malam ia menunggu seorang pelanggannya balik ke rumah untuk memastikan ia hadir di mahkamah. Dalam tunggu punya tunggu itu dia bertanya kepada dirinya 'What am I doing here?' atau 'Apa aku buat di sini?'
Hujung minggu lepas saya mengambil bahagian dalam satu pertandingan 'mencari harta karun' atau 'treasure hunt'. Ini merupakan kali kelima saya 'mencari harta karun' dan saya pernah menang beberapa hadiah sebelum ini. Saya tahu jika ditanya mengenai topik-topik orang muda seperti nama dan rentak lagu semasa saya tidak mungkin dapat menjawapnya. Juga jika soalannya ada kaitan dengan filem-filem Melayu, Indonesia dan Hindustan semasa kerana saya tidak meminatinya. Mujurlah tidak ada soalan-soalan seperti itu.
Tetapi bukan soalan-soalan yang membuatkan saya memikirkan kewajaran saya 'mencari harta karun' ini. Tetapi apabila melihat kecergasan anak-anak muda berlari-lari mencari jawapan. Saya pun bertanya seperti peniaga 'Bail Bonds' itu iaitu 'Apa aku buat di sini'.
Itulah lazim dunia. Apabila sampai masanya kita tidak dapat lagi membuat benda-benda yang biasa kita lakukan dengan senang semasa muda-muda dulu. Oleh itu sebelum orang 'menghalau' kita, baiklah kita berundur. Berilah peluang kepada mereka yang lebih muda dan cergas.
Cuma saya hairan ada hamba Allah yang memikirkan dirinya masih boleh membuat kerja-kerja orang muda. Contohnya masih mahu memegang jawatan dalam parti politik sedangkan orang sudah menyampah. Orang seperti ini patut bertanya kepada dirinya 'Apa aku buat di sini?.