Saturday, December 3, 2022

WHEN I ALMOST DID NOT MAKE IT!

 

All smiles at Fukuoka, Japan, 2004.

Seeing the Japanese national football team's success at the 2022 FIFA World Cup tournament so far reminds me of staying in that country during the summer of 2004. I attended a training course in the city of Fukuoka in July and August of that year. But my going there was not plain sailing and I almost did not make it.

1. "Want to go to Japan?"

I was working outside my office when my boss called me on my mobile phone. He said if I want to go to Japan, do come back to the office then. I hastily returned to the office to find out what it was all about. It turned out that my boss had a discussion with our Seremban Municipal Council's President about the offer by the Japanese International Cooperation Agency or JICA in sending someone from the Council for a training course at Fukuoka, Kyushu, Japan.

The year before, someone junior to me in age but senior in rank had been sent there. So this time around the Council had no choice but to send me. But there was a catch in that the Council had to bear the flight cost from Malaysia to Japan and back. But this catch was missed by my boss. Had he seen it in the letter of offer, he might have told our President that nobody could go. This was because the Council had a ridiculous policy that no officer could go for any course, training, or seminar overseas if it involved the Council paying even a cent. Our President had just been seconded to the Council by the Federal Government and might not be aware of that stupid and regressive policy. 


2. "Then you cannot go"

When I showed the photocopy of the letter pertaining to the flight requirements, my boss simply said "Then you cannot go". But when I showed him our President's instructions for sending me, he told me to try my luck and send my application as required by the Public Service Department in Putrajaya. That I duly did and my application was approved together with six others from all parts of Peninsular Malaysia. 

3. No more seats

Then came another hurdle. The Federal Government wanted us to go to Japan together on one flight. When I checked the flight, the class which I was entitled to, the economy class was fully booked. Only the business class was available. All my other would be friends, except two, were facing the same situation. These particular two qualified for business class and had their flight confirmed. The other five, including me, had to seek approval from our departments for the flight class upgrade.   

I always came early to work, so there was no problem with meeting my President for approval. The problem was, would he give it to me, knowing that he had already gone against the Council's policy in approving my flight expenses. So when approaching his office I was determined that if he said no, I was ready to pay for flight expenses to go to Japan because this was the chance of my lifetime to go to that great country.

When I met him I explained to him about my problem. Suddenly he asked whether the chief executive of the Council, the Secretary was around. I said yes because I saw him getting out of his car. The President asked me to call the Secretary to see him. Even though I knew that he could call the Secretary through the department's phone,  I duly walked to the Secretary's office just a few meters away. want


4. "I want him to go"

The Secretary asked what's my problem and I told him the same. When the Secretary came to the room, what transpired really gave me a pleasant surprise. The President told him "I have chosen En. Maarof to go to Japan. I want him to go there without any hindrance. Whatever the Council has to pay, we pay. Please arrange for his flight arrangements". I had nothing to say except to give my President a big 'Terima kasih Tuan".    

Actually, only the flight to Japan was giving me problems initially. There were economy seats available on the flight home about six weeks later. But for some unknown reasons, the Council approved me the business class for that flight as well. 

So my trip to Japan and back did not only give me an experience for a lifetime of being there. It gave me the experience of riding business class flights for free.  

Sayonara Japan.

Wednesday, November 30, 2022

ZIARAH TEMAN SERUMAH

Saya dan Mohamad. Kami tinggal serumah pada tahun 1973. 

Flet di belakang itu ialah rumah kami dulu, Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail, Seremban. Saya ambil foto ini dari CMH Medical Centre didepan flet itu semasa menghantar isteri menerima suntikan booster Covid-19 tahun lepas. 


Petang semalam saya pergi menziarah seorang yang pernah tinggal serumah dengan saya pada tahun 1973. Tahun itu juga merupakan tahun terakhir saya berjumpa dengannya. Ini bermakna kami telah berpisah selama 49 tahun. Berikut adalah kronologi perjumpaan pertama hingga semasa kami:


1. A-58 Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail, Seremban.

Ekoran peristiwa Mei 13 1969 ramai penghuni Melayu meninggalkan rumah pangsa di atas. Saya yang baru sahaja ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban setelah mendapat kursus awal kerja, memohon satu unit rumah tersebut. Saya sendiri pergi berjumpa dengan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, seorang berbangsa Cina dan terus diluluskan unit beralamat di atas. 

Pada mulanya saya tinggal dengan kawan sekerja bernama Zainal. Saya tidak tahu di mana Zainal berada sekarang. Bila Zainal pergi berkursus pada tahun 1970 saya berkongsi dengan seorang bernama Omar (yang baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu). Bila tiba giliran untuk saya berkursus pada tahun 1971, saya serahkan kepada Omar untuk mencari mana-mana kawan untuk berkongsi rumah.

Saya ditempatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kelantan pada tahun 1972. Pada mulanya saya tidak ada niat meninggalkan KKM, tetapi kerana menerima tawaran dari Majlis Bandaran Seremban, saya dengan berat hari meninggalkan mereka. Bermulalah kerjaya saya di satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari tahun 1973 sehingga bersara. 

Apabila saya balik semula ke Seremban pada 1 Januari 1973, saya dapati rumah No. A-58 diduduki oleh tiga orang pemuda sekampung dan kesemuanya bekerja di Pejabat Setiausaha Usaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan dengan jawatan-jawatan rendah. Omar sudah berpindah ke negeri Perak. Walau pun rumah itu masih di bawah nama saya dan saya berhak mengusir mana-mana penghuni, saya tidak berbuat demikian. Saya mohon berkongsi rumah dengan mereka sehingga saya berumah tangga beberapa bulan lagi. Saya pun diterima dengan senang hati.

Saya dapati antara tiga pemuda itu, Mohamad adalah yang paling kurang bercakap. Tetapi dia yang paling rajin bekerja. Dia yang mula-mula pergi kerja pada tiap-tiap lagi. Mereka pergi kerja menaiki bas. Oleh kerana mempunyai kereta, saya yang paling akhir meninggalkan rumah. Selepas balik dari kerja dan juga di hujung minggu, kami kadang-kadang berkereta di sekitar Seremban dan Negeri Sembilan. Di masa itu mempunyai kereta dianggap hebat.


2. Berumah tangga.

Saya terpaksa meninggalkan mereka bertiga pada bulan Ogos 1973 apabila saya berpindah keluar. Sekali lagi saya boleh meminta mereka keluar dari rumah. Tetapi kerana saya tidak mahu membawa isteri saya tinggal di rumah pangsa, saya tidak berbuat demikian. Saya terpaksa tinggalkan mereka dengan kenangan-kenangan manis walau pun hanya tinggal bersama untuk beberapa bulan.

Bukan saya sahaja yang meninggalkan rumah pangsa itu. Beberapa tahun selepas itu, mereka juga meninggalkannya setelah mendapat kerja yang lebih baik. Seorang mendapat kerja sebagai kerani di pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan bersara sebagai Ketua Kerani atau CC. Seorang lagi mendapat kerja di satu PBT di Selangor dan juga bersara sebagai CC.

Mohamad pula memasukki perkhidmatan Polis. 


3. "Saya ada kawan di MPS"

Beberapa tahun sebelum bersara, seorang kakitangan saya di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengatakan seorang kawan lama saya kirim salam. Kawan lama saya itu berpangkat Sarjan di Balai Polis Mantin, Seremban. Kakitangan MPS itu pergi ke Balai Polis Mantin kerana ada kes di situ. Dari itu saya bertekad untuk berjumpa dengan Mohamad. 

Tetapi niat saya itu tidak dapat saya tunaikan sehingga semalam. 


4. Dapat maklumat melalui komputer.

Sebagai Setiausaha kepada satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili pesara kerajaan bukan tentera saya ada maklumat mengenai pesara satu Semenanjung Malaysia yang bersara sebelum tahun 2016. Dari itu saya telah mendapat maklumat mengenai Mohamad. Mengikut maklumat yang ada, Mohamad sekerang menetap di satu taman perumahan di Kajang, Selangor. 

Saya merasa bimbang bila mendekati rumah Mohamad. Saya bimbang dia sudah pindah rumah. Saya juga bimbang jika dia tidak mengingati saya lagi akibat kesihatannya, kalau ada.

Apabila sahaja dibawa masuk ke rumahnya dan mendapati dia berada di atas satu katil perubatan, saya terus menjangka dia sudah lupa kepada saya. Tetapi tidak. Bila saya mengenalkan diri segala-galanya terungkai.

Mohamad ditimpa 'stroke' dua tahun yang lepas. Akibatnya tangan dan kaki kanannya lumpuh. tetapi dia boleh bercakap seperti biasa dan ingatannya juga cukup baik. Dia masih ingat akan pahit manis kami tinggal berempat di satu rumah pangsa hampir 50 tahun yang lalu. Seperti saya, dia mempunyai empat orang anak. Cuma saya melebihinya dalam bilangan cucu.   

Mohamad bersara dari perkhidmatan Polis dengan pangkat Sarjan Mejar. Dari kerajinannya seperti yang ditujkukkannya hampir 50 tahun yang lalu, saya tidak hairan.   

Semoga Allah memelihara sahabat saya Mohamad bin Jasi. 

Friday, October 28, 2022

PEGAWAI KERAJAAN SEKARANG TIDAK SEPERTI DULU.



Saya mula sedar akan sikap pegawai-pegawai kerajaan sekarang beberapa tahun selepas saya bersara. Sikap mereka tidak sama dengan sikap pegawai-pegawai kerajaan seangkatan dengan saya. Pegawai-pegawai kerajaan sekarang seolah-olah takut untuk memberi pendapat professional mereka. Mereka juga tidak ambil tahu sama ada tugas yang diberikan kepadanya sudah disempurnakan sepenuhnya.

Contoh pertama terpampang di depan mata saya tiap kali saya memandang keluar rumah. Apa yang terpampang ialah sebuah dewan komuniti yang didirikan di atas tanah yang sudah diwartakan sebagai KAWASAN LAPANG. Ia dibina kerana pegawai-pegawai di Majlis Perbandaran Seremban (MPS) tidak ada telur untuk memberikan pendapat professional mereka kepada pihak atasan yang mengarahkan satu dewan didirikan di satu kawasan larangan. Mereka seolah-oleh hanya berminat untuk mengampu pihak atasan.

Saya tidak mahu menulis lebih lanjut mengenai pembinan dewan ini kerana kes ini sedang dikendali oleh pihak mahkamah.

Contoh kedua berlaku baru-baru ini. Sebagai Setiausaha kepada satu badan bukan kerajaan atau NGO  saya telah menghantar surat kepada satu ketua jabatan kerajaan untuk meminta sedikit bantuan. Untuk memastikan surat diterima, saya telah menghantarnya secara sendiri atau 'by-hand' dan mendapat akuan diterima. Selain logo dan alamat,  kepala surat NGO saya mengandungi nombor telefon talian tetap, nombor telefon bimbit saya serta email. 
 
Beberapa minggu kemudian, saya diberitahu surat saya itu sudah dijawab melalui email NGO saya. Saya juga diberitahu nama pegawai yang menghantar email itu. Tetapi 'inbox' email NGO saya tidak menunjukkan apa-apa email dari pihak penghantar. 

Saya pun mencari email pegawai berkenaan di internet. Setelah mendapatnya, saya terus menghantar email kepadanya bertanyakan email yang tidak berjaya diterima itu. Saya minta dia menghantar semula email itu disamping menghantar satu salinan ke email peribadi saya. Itu saya buat di waktu malam.

Pagi esoknya saya terus menalipon pegawai yang kononnya menghantar email kepada saya itu. Syukurlah walau pun saya menalipon talian tetap pejabatnya, ia disambungkan ke telefon bimbitnya yang sedang berada di luar daerah Seremban. Ini tidak menghairankan kerana saya sudah pun berbuat begitu kepada telefon talian tetap pejabat saya sejak permulaan PKP pada tahun  2020 lagi. Siapa yang menalipon pejabat saya dapat terus bercakap dengan saya di mana saya berada.

Pegawai itu berjanji akan menghantar semula email kepada saya tetapi hanya akan dapat berbuat demikian di hari bekerja berikutnya kerana ia mungkin berada di luar daerah Seremban sehingga habis waktu bekerja hari itu. Ini bermakna saya akan menerima email yang amat-amat saya nantikan itu empat hari selepas itu.

Bila email yang saya tunggu itu akhirnya diterima barulah saya tahu di mana silapnya. Pegawai yang menghantar email itu tertinggal satu digit email saya bila menghantarnya kali pertama. Sudah tentu email tidak berjaya dihantar. Soalan saya ialah 'Tidakkah pegawai itu melihat 'inbox' emailnya yang menyatakan emailnya kepada saya itu tidak berjaya dihantar?' Kegagalannya berbuat demikian telah menyebabkan saya ditegur oleh pegawai-pegawai NGO saya. Tidak tahulah saya jika email jabatannya tidak ada kemudahan memberitahu akan kegagalan menghantar email.   

Pegawai itu langsung tidak meminta maaf, walau pun jelas telah melakukan satu kesilapan. Mungkin dia berfikir bahawa kami NGO ini bertaraf peminta sedekah dan tidak berhak menagih kemaafan dari seorang pegawai tinggi kerajaan sepertinya. 

Akibat kelewatan menerima email, saya telah ditegur oleh seorang lagi pegawai kerajaan (yang menerima salinan email itu) bila saya menghubunginya. Tetapi walau pun menegur dia tetap melayani apa yang diminta oleh NGO saya secara professional. Sekurang-kurangnya masih ada pegawai kerajaan yang mempunyai sikap seperti pegawai-pegawai seangkatan dengan saya dulu.

Berikut adalah kronologi kepada episod diatas:

  1. Tarikh 12 September 2022 (Isnin). Saya pergi sendiri ke pejabat ketua jabatan berkenaan menyerahkan surat 'by-hand' dan menerima akaun diterima.
  2. Tarikh 30 September 2022 (Jumaat). Surat jawapan kepada saya ditanda tangan.
  3. Tarikh 3 Oktober 2022 (Isnin). Surat jawapan diemail kepada saya tetapi gagal dihantar kerana alamat email tidak dimasuk dengan betul.
  4. Tarikh 6 Oktober 2022 (Khamis) malam. Saya mendapat tahu akan email di No. 3 tetapi 'inbox' email saya tidak menunjukkan apa-apa penerimaan. Saya terus hantar email kepada pegawai yang menghantar email kepada saya itu. Tidak ada apa-apa jawapan.
  5. Tarikh 7 Oktober (Jumaat) pagi. Saya menalipon pegawai berkenaan. Dia berada di luar daerah Seremban kerana urusan jabatannya. Berjanji akan bertindak jika sempat balik ke pejabat. Tidak ada tindakan apa-apa.
  6. Tarikh 8 Oktober 2022 (Sabtu). Pejabat kerajaan ditutup.
  7. Tarikh 9 Oktober 2022 (Ahad). Pejabat kerajaan ditutup.
  8. Tarikh 10 Oktober 2022 (Isnin). Pejabat kerajaan ditutup kerana hari kelepasan Keputeraan Nabi Muhammad.
  9. Tarikh 11 Oktober 2022 (Selasa). Saya menerima email. Pegawai penghantar mengakui tidak menulis alamat email dengan betul. Saya terus telefon dan hantar email kepada pegawai yang namanya tertulis dalam email untuk bertemu dengannya. Dia beri tarikh 13 Oktober 2022. 
  10. Tarikh 13 Oktober 2022 (Khamis). Bersama tiga lagi pegawai NGO berjumpa dengan pegawai kerajaan berkenaan. Dia menegur kami kenapa lewat menghubungi beliau. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, kami tidak berani menjawab kelewatan ini sebenarnya disebabkan oleh kelalaian dan ketidak perihatinan sahabatnya. Walau bagaimana pun pegawai ini telah melayan kami dengan baik dan dapat menyempurnakan apa yang NGO kami perlukan.

Sekian.

Thursday, October 20, 2022

RASA TAKUT BILA TELEFON BERBUNYI

Telefon bimbit pertama

Sejak bersara, saya tidak lagi menerima jumlah panggilan telefon seperti sebelumnya. Tetapi sekurang-kurangnya walau pun panggilan berkurangan, ia kebanyakannya membawa berita baik. Maklum sajalah semasa kerja dulu macam-macam panggilan yang saya terima. 

Bila saya memegang jawatan Setiausaha kepada satu badan bukan kerajaan atau NGO yang mewakili para pesara kerajaan, panggilan telefon bertambah semula. Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bila saya kurangkan kekerapan pergi ke pejabat, saya alihkan semua panggilan ke telefon pejabat ke telefon bimbit. Ini bermakna saya menerima panggilan urusan pejabat di mana saya berada.

Hari ini merupakan hari terakhir Persidangan Perwakilan Kebangsaan persatuan pesara saya yang berlangsung selama tiga hari. Persidangan ini diadakan secara bergilir di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Tahun ini ialah giliran Negeri Sembilan menjadi tuan rumah. Sudah menjadi tradisi kami melibatkan pembesar negeri untuk merasmikan Persidangan itu di satu majlis makan malam. 

Ini bermakna malam tadi Persidangan kami dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Penglibatan pembesar negeri atau negara di mana-mana majlis bukanlah satu perkara yang senang. Yang paling penting protokol hendaklah diikut. 

Itulah yang membuatkan telefon saya berbunyi lebih kerap dari biasa dalam tempoh dua minggu yang lepas. Ia membuatkan saya sentiasa merasa cemas sehingga saya rasa hendak menutupnya sahaja dalam jangka masa-masa tertentu.

Kemudian saya tanya diri saya kenapa saya sekarang merasa takut bila telefon saya berbunyi. Tidak seperti sebelumnya bila saya gembira bila ia berdering.

Jawapannya senang sahaja. Sebelum ini saya menerima panggilan dari orang-orang yang memerlukan pertolongan dan saya pula terasa amat puas bila dapat menolong pemanggil tersebut yang kebanyakannya ialah pesara seperti saya. 

Dalam tempoh dua minggu lepas saya banyak menerima telefon berkenaan persiapan majlis perasmian Persidangan Perwakilan persatuan saya itu. Antara panggilan (dan pesanan bertulis) ialah pertanyaan bila dan bagaimana satu-satu tindakan itu perlu dibuat? 

Panggilan yang paling saya benci ialah bila seorang itu meminta saya menyampaikan permintaan atau arahan kepada pihak ketiga. Seolah-olah pemanggil itu takut hendak bercakap terus dengan pihak ketiga itu. Pemanggil itu berfikir saya ada kuasa untuk membuat permintaan atau arahan. Sehingga bila majlis sedang berjalan pun saya menerima panggilan serupa. Kemuncaknya ialah bila saya menjerit bila mendapat satu panggilan telefon jenis itu malam tadi di lobi hotel di mana majlis diadakan. 

Alhamdulillah itulah panggilan cemas terakhir yang saya terima. Majlis telah berjalan dengan lancar. Mulai hari ini sudah tentu saya tidak akan menerima panggilan-panggilan cemas lagi. Saya sedang menunggu panggilan-panggilan tertunggak di mana saya telah meminta pemanggilnya memanggil saya semula mulai hari esok.                  

Sekian.
          

Monday, September 12, 2022

MINAT BARU




Saya dapat tahu untuk memastikan otak kita sentiasa cergas, kita hendaklah terus belajar akan benda-benda baru. Siapa yang kenal rapat dengan saya tahu yang saya sememangnya suka belajar benda-benda baru. 

Semasa bersekolah dulu tabiat saya ini menyebabkan saya mengabaikan pelajaran akademik. Bila saya pergi ke pustakaan sekolah, saya banyak membaca bahan-bahan bukan akademik. Antara bahan yang saya baca ialah mengenai filem, muzik dan sukan. Sehingga sekarang ramai tidak percaya bahawa saya tidak mempunyai ijazah dari mana-mana universiti. 

Minat baru saya bermula beberapa bulan lalu bila saya melanggani program gusti di Astro. Tetapi gusti termasuk dalam pakej yang mengandungi kriket. Walau pun saya tidak meminati kriket (sehingga baru-baru ini) ia tidaklah asing bagi saya. Di awal tahun 1970an sukan itu dimainkan betul-betul di depan pejabat saya Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Tetapi sekarang tidak lagi, kerana Padang N.S. di mana sukan itu dimainkan sudah kecil untuk memberi ruang kepada pembinaan Dewan Perbandaran Seremban. 

Kriket dikenalkan ke seluruh dunia oleh penjajah British. Tidak hairanlah ia amat diminati di negara-negara seperti Autralia, New Zealand dan Afrika Selatan. Tidak ketinggalan ialah negara-negara di selatan Asia seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Sehinggakan Afghanistan yang tidak pernah dijajah oleh Britain juga kuat pasukan kriketnya. Sayang sekali kriket Malaysia tidak sekuat mana.

Permainan kriket tidaklah senang difahami seperti bolasepak. Tetapi dengan kemudahan internet, saya dapat memahaminya dalam masa yang singkat sahaja. Antara perkara baru saya belajar ialah makna lain untuk perkataan 'over'. 

Malam tadi baharu sahaja selesai perlawanan akhir  Asia Cup di mana pasukan Sri Lanka mengalahkan Pakistan dengan 23 'runs'. Mengikut pertandingan itu saya juga belajar fakta-fakta baru seperti berikut:
  • Sebutan akhir lagu kebangsaan negara Afghanistan ialah 'Allahu Akbar'
  • Pemain-pemain Afghanistan, Bangaladesh dan Pakistan memulakan perbualan mereka dengan media massa dengan menyebut 'Bismillahirrahmanirrahim'.
Sekian.

Friday, August 19, 2022

JANGAN SUKA-SUKA BUNYI 'HORN'!

Notis ini banyak nampak di Bandar Seremban sekarang.

Menonton filem menjadi kesukaan saya sejak belasan tahun lagi dan sekarang saya menonton filem dalam purata lima filem dalam lima hari seminggu melalui TV. Baki dua hari lagi itu saya ketepikan untuk melayan anak-anak dan cucu-cucu saya yang balik mengunjung saya suami isteri.  

Dua hari yang lepas saya melihat filem bertajuk UNHINGED melalui Netflix di TV. Tajuk filem merujuk kepada seorang lelaki yang fikirannya tidak stabil. Dia bertindak ganas bila seorang pemandu perempuan membunyikan 'horn' kepadanya bila dia tidak bergerak ke hadapan apabila lampu trafik bertukar menjadi hijau. Kemudian berlakulah apa yang disebut 'road rage' atau keganasan jalanan sehingga pemandu yang 'unhinged' itu membunuh beberapa orang sebelum pemandu perempuan itu membunuhnya pula di akhir filem.

Seperti dirancang, saya alami situasi yang sama tengah hari semalam. Saya berhenti di satu simpang lampu trafik di pinggir Bandar Seremban. Berada di depan dan paling hampir dengan simpang ialah sebuah teksi. Dia berhenti kerana lampu merah. Tetapi di sebelah lampu ialah notis seperti dalam gambar di atas. Notis itu membenarkannya pemandu teksi itu melanggar lampu merah jika dia faham akan maksudnya.

Saya perhatikan pemandu teksi itu boleh membelok ke kiri kerana kenderaan yang lalu 90 darjah di depannya kurang. Saya tidak membunyikan 'horn' kerana bimbang mungkin pemandu itu hendak ke hadapan dan bukan ke kiri. 

Bila lampu bertukar ke hijau, teksi itu belok ke kiri. Jelaslah pemandunya tidak mengambil kesempatan terhadap notis di sebelahnya. Atau dia tidak faham apa maksud notis itu.

Biarlah pemandu teksi itu berfikir apa pun. Setelah melihat filem UNHINGED itu, saya fikir saya telah membuat pilihan yang betul dengan tidak membunyikan 'horn' kereta saya.

Sekian.


Sunday, July 24, 2022

ZIARAHLAH KAWAN-KAWAN KITA.

Salah seorang kawan yang kami ziarah.

Lebih kurang dua tahun yang lalu saya menziarahi seorang kawan sekerja dan se pejabat saya yang uzur. Kami sudah bersara, tetapi itulah pertemuan kedua kali setelah kami meninggalkan alam bekerja. Kami pertama ialah semasa dia masuk hospital tidak berapa lama selepas bersara.

Tidak disangka, pertemuan kami itu adalah pertemuan terakhir kami kerana kawan saya itu meninggal dunia beberapa bulan kemudian. Pertemuan itu pun bukan rancangan saya sebenarnya, tetapi atas desakan seorang kawan kami yang tinggal di negeri Johor. Kami bertiga dulu pernah bertugas di negeri Kelantan semasa kami semua bujang.

Apa yang mencabar saya semasa pertemuan itu ialah apabila mendengar jawapannya kepada soalan saya. Soalan saya ialah adakah kawan-kawan se pejabat turut menziarahnya. Jawapannya ada, tetapi amat kurang dan kebanyakan kawan-kawan yang menziarahnya ialah kawan-kawan sama sekolah.

Saya berfikir kita bersekolah cuma berbelas tahun, tetapi bekerja berpuluh tahun. Lebih-lebih lagi kami yang bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan bekerja di satu tempat sehingga bersara. Sudah tentu persahabatan lebih akrab dari kawan-kawan sama sekolah. 

Dari itu saya bertekad untuk menyertai apa-apa program ziarah oleh kawan-kawan se pejabat saya. Sejak bersara saya aktif dalam satu persatuan pesara dan dari itu saya sedar betapa pentingnya mengekalkan hubungan antara para pesara. Oleh itu bila dipanggil untuk menyertai satu kumpulan WhatsApp pesara  jabatan saya dulu iaitu Majlis Perbandaran Seremban (MPS) (yang sudah dinaiktaraf ke Majlis Bandararaya) saya tidak keberatan menerimanya.

Kemudian saya dapati ada satu kumpulan yang memanggil diri mereka 'Veteran Parking' di dalamnya.  Mereka pada asalnya bertugas sebagai Attendan Letak Kereta di MPS. Kemudian ramai dari mereka diserapkan ke jawatan-jawatan lebih tinggi di MPS seperti Pengawas, Penguatkuasa dan Penolong Pegawai Tadbir. Tetapi bila bersara mereka bersatu sebagai 'Veteran Parking'.

Salah satu tugas khidmat mereka ialah menziarah 'veteran' atau pesara MPS yang uzur. Yang bagusnya ialah 'veteran' yang dimaksudkan ini terdiri dari semua pesara MPS tidak kira apa jawatan atau bangsa dan agama mereka. Oleh kerana mereka menziarah dengan buah tangan, sudah tentu mereka mempunyai tabung kewangan sendiri. Saya tanpa malu dan segan mohon untuk menyertai program ziarah mereka.

Itulah yang saya buat beberapa hari yang lepas bersama kumpulan 'Veteran Parking' ini. Memang seronok dapat berjumpa semula dengan kawan-kawan lama. Ini merupakan lawatan kedua saya dengan mereka. Selepas ini kami hendak  mencari mana-mana pesara MPS yang uzur dalam daerah Seremban sebelum pergi ke luar daerah pula.

Sekian.

 

Tuesday, July 12, 2022

SAYA PUN ADA GODFATHER



Antara filem yang saya paling suka ialah The Godfather. Sudah berpuluh kali saya melihatnya mula-mula dari pita video dan sekarang dari DVD BluRay. Sebenarnya semasa bekerja dulu saya juga mempunyai seorang Godfather. Gelaran Godfather Seremban itu diberi oleh seorang kawan sekerja saya. 

Walau pun saya tidak pernah bertanya kepada kawan saya ini kenapa dia memberi gelaran Godfather kepada orang berkenaan, saya boleh meneka. Kerana Godfather ini mempunyai ramai anak-anak angkat yang memerlukan perlindungannya.  Mengikut kawan saya, dia menonton filem The Godfather semasa  berkursus di Amerika Syarikat. Saya pula membaca buku The Godfather sebelum melihat filemnya. Setelah itu saya secara diam-diam rapat dengan Godfather ini. Cuma hubungan saya dengan Godfather ini lebih sebagai kawan dibandingkan dengan antara bapa angkat dengan anak angkat.

Setelah melihat filem The Godfather Part II di mana ada sebutan "Keep your friends close, your enemies closer" dan melihat sendiri contoh-contohnya di sekeliling, saya lebih rapat lagi dengan Godfather ini. Cuma saya tidak pernah menganggap Godfather saya ini sebagai musuh, walau pun saya tahu dia memang ramai musuh. 

Satu hari saya dipanggil oleh Godfather ke pejabatnya. Ini memeranjatkan saya, kerana sebelum ini saya berjumpanya secara sukarela tanpa dipanggil. Dia pun bertanya saya akan satu masalah yang saya hadapi tidak lama sebelum itu. Samalah seperti seorang Godfather atau Don bertanyakan masalah yang dihadapi oleh anak angkatnya.  Saya pun menceritakan kepadanya akan masalah itu dari A ke Z. 

Masalahnya kecil sahaja. Ada seorang muda yang ingin berniaga kayu datang ke rumah saya memohon kebenaran membina bangunan untuk perniagaannya. Saya terangkan skop kerja saya ialah lesen perniagaan sedangkan pendirian apa-apa bangunan tidak. Jawapan saya ialah untuknya mendapatkan dahulu kelulusan bangunan, kemudian baru juma saya untuk mendapatkan lesen. 

Saya menjangka jika orang muda ini membuat permohonan mendirikan bangunan, ia akan ditolak, kerana bangunan itu berada di rezab Laluan Persekutuan yang tidak lama lagi akan dilebarkan. Saya tidak tahu sama ada dia sudah tahu akan status tanah dan ingin mengambil kesempatan menerima pampasan apabila diminta mengosongkannya nanti. 

Tiba-tiba saya lihat bangunan sudah didirikan, mungkin di hujung minggu. Memikirkan sudah tentu  pejabat saya akan bertindak dan memikirkan orang muda ini akan menyebut nama saya, saya terus melapurkan akan pembinaan haram itu. Jabatan berkenaan di pejabat saya pun merobohkan pembinaan itu.

Selang beberapa minggu orang muda itu datang sekali lagi ke rumah saya. Secara lembut dia berkata dia menerima akan tindakan pejabat saya. Kemudian secara lembut juga dia berkata telah berbincang dengan rakan-rakan perniagaannya dan memutuskan saya bertanggung jawab terhadap kerugian yang ditanggungnya. Oleh itu secara lembut dia menuntut saya membayar ganti rugi.

Secara lembut juga saya menjawab akan membayar setiap sen kerugian yang ditanggung olehnya dan rakan-rakannya, tetapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah saya diperintahkan oleh pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Pihak berkuasa itu sama ada pejabat saya atau mahkamah. Oleh itu dia boleh menuntut terus dari pejabat saya. Jika pejabat saya memutuskan yang mereka telah membuat keputusan salah merobohkan bangunannya dan mempertanggungjawabkan kesalahan itu kepada saya, saya akan membayar setiap sen gantirugi. Saya juga redha dibuang kerja.

Pilihan kedua ialah untuknya membuat aduan mahkamah ke atas diri saya secara peribadi. Jika mahkamah memutuskan saya bersalah, saya akan menerima apa-apa hukuman yang dijatuhkan termasuk membayar ganti rugi dan dipenjara. Saya yakin dia tidak berani membuat apa-apa sepert yang saya cadangkan itu.

Setelah mendengar cerita saya itu, Godfather berkata sebenarnya orang muda itu ada datang berjumpanya. Ini seperti di permulaan filem The Godfather di mana seorang anak buah Godfather datang memohon keadilan setelah tidak berpuas hati atas keputusan mahkamah terhadap mereka yang mencederakan anak perempuannya. Sudah tentu anak muda ini datang berjumpa Godfather kerana tidak puas hati terhadap jawapan saya terhadap ugutannya.

Saya tanya Godfather "Dia hendak abang buat apa?". Godfather jawab "Dia hendak saya pukul you". Godfather menggunakan bahasa sebagaimana kami bertutur selama ini dan bukan "aku" dan "kau" seperti yang saya lihat dia bertutur dengan anak-anak angkatnya yang lain.

Kemudian saya jawab "Abang pukullah saya". Godfather hanya ketawa dan menceritakan apa jawapannya kepada orang muda itu. Jawapannya ialah "Sebelum aku pukul Maarof tu, aku pukul kau dulu". Saya pun ucapkan terima kasih kepadanya. 

Tidak berapa lama setelah robohnya bangunan yang saya adukan itu, tekaan saya tepat. Laluan Persekutuan yang saya maksudkan dilebarkan. Jadi tidak payahlah Kerajaan Persekutuan membayar pampasan kepada sesiapa. 

Bila Godfather meninggal dunia saya dan kawan sekerja saya (yang memberi gelaran itu) pergi menziarah. Melihat ramainya anak-anak angkat Godfather yang sama-sama menziarah, kawan saya berkata "He was a legend, no wonder the big crowd".    

Sejak itu juga saya tidak lagi mempunyai siapa-siapa Godfather. Seperti Michael Corleone dalam filem The Godfather, The Godfather Part II dan The Godfather Part III, saya fikir sudah layak menjadi seorang Godfather.  

Tuesday, June 28, 2022

WHEN CRICKET WAS PLAYED HERE

I took the picture from my office to show the Convent school which was later demolished to make way for a mega shopping mall that never materialised. The field is the Padang NS or NS Padang whichever way you call it.  You can see the hockey pitch to the right and part of the football pitch to the left (the white thing is a goal post). Hockey is no more played here since Seremban now has a proper hockey Stadium at Seremban 2. Football is still occasionally played. The white patch at the right of the picture was part of a tennis court beside the NS Club building (see below). The fenced area in the field was the cricket pitch which is a part of my story.  
 
The building in the front was the NS Club which was later demolished to make way for the present DEWAN BANDARAYA SEREMBAN. From this building, the club members can enjoy the happenings on the Padang NS including cricket matches. The building behind was the primary St. Paul Institution (SPI) which was demolished to make way for the YAYASAN NEGERI SEMBILAN building.

My story started when I subscribed to Astro's wrestling channel. But the channel comes in a package which includes rugby and cricket. I like rugby but since cricket is there too I tried to understand what the game is all about. Nowadays it is easy to learn about the laws of any game by just surfing the internet. Reading about the laws of cricket taught me about another meaning of the word 'over'.

Watching cricket on television nowadays brought my memories back to more than 40 years ago when it was played right in front of my eyes. To be more accurate the game was played in front of my office. 

I worked at Majlis Bandaran Seremban facing a big field called the Padang NS or NS Padang, whichever way you call it. Nobody calls it Padang Negeri Sembilan. The field was big enough to play cricket. I could watch the cricket games in the comfort of our air-conditioned office building but since the game was not on my liking list, I did not.  

But my Indian and Ceylonese colleagues had a good time watching the games. In other words, they played truant and only went to their desks when there were phone calls for them. One reason why they dared to do so was both the President and Secretary of the Negeri Sembilan Cricket Association or NSCA were our bosses and they were watching the games as well.

Another group of people was also watching the cricket games in comfort. They were members of the NS Club which building was situated adjacent to our office building. In fact, my cricket-loving colleagues and bosses who happened to be members of the same club continued watching the games at the club when our office closed for the day. 

Sometimes the then Yang Di Pertuan Besar of Negeri who happened to be a cricket fan was invited to watch the games and where else was His Majesty seated if not at the NS Club. One day His Majesty even came to see one of his princes playing. He was batting then and I watched him playing until he was bowled out.

During the games, every time a batsman was bowled out my cricket-loving friends would shout "He's out". They were also shouts of "Wicket", "Four" and "Six" which I only know their significance now.

Although I was a fan of the game, one day I was involved in it. My boss, a Ceylonese who happened to be the President of NSCA then wanted my assistance in ferrying three young Australian cricketers from the Seremban Railway station to their hotel in town. 

My boss was beside me in my car. Before that, my boss never spoke a word of Malay to me. Being proficient in English, I did not mind. But on that day with three foreigners in my car, my boss spoke not a word of English. He spoke in Malay, although not of a textbook standard. I laugh every time I remember that moment even to this day.  

Those were the days when cricket was played right in front of my office. Football and Hockey were also played at the NS Padang. Hockey had since then shifted to the hockey stadium at Seremban 2 but football is still being played on the field. 

So what happened to cricket? It became a victim of progress. First the Majlis Bandaran Seremban was promoted to Majlis Perbandaran Seremban in 1979. The old Town Hall situated at the other end of the town was considered unsuitable and flood-prone. So the authorities decided that the town needed a new hall. Fo that they not only took the plot of land which housed the NS Club but a chunk of the NS Padang as well. On them, they built the present DEWAN BANDARAYA SEREMBAN.  

So what is left of the NS Padang is not big enough to house cricket games. The NS Club was demolished and the members were given a piece of land at Rahang Square adjacent to the Negeri Sembilan Football Association building. Construction of their new building stopped without me knowing why. 

The Negeri Sembilan Cricket Association still exists but I don't know what is their current situation. 

Thank you.             

Sunday, June 19, 2022

PERATURAN LAPUK.

Gambar persediaan pilihanraya di mana saya terlibat.

LURUS BENDUL.

Di Pilihanraya Umum ke 8 (PRU 8) tahun 1990 saya dilantik sebagai Pembantu Pilihanraya oleh boss saya yang sudah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus atau Assistant Returning Officer (ARO).  Sebelum hari mengundi kami sering ke pejabat Pegawai Pengurus atau Returning Officer (RO) yang kebetulan Pegawai Daerah Seremban. 

Satu pagi RO panggil kami ke pejabatnya yang cuma 200 meter di belakang pejabat kami Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Perkara pertama yang disebutnya ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) baru sahaja memberinya Writ Pilihanraya. Kami diberi salinan-salinan Writ untuk diisi dan ditampal untuk perhatian umum. 

Boss terus minta saya balik ke pejabat membawa beberapa salinan Writ untuk diisi oleh seorang bernama Rusli (Allahyarham) yang tulisannya cukup cantik. Boss saya ini jenis yang tidak mahu menangguhkan kerja, tetapi sering mempersendakan mereka yang lurus bendul iaitu mereka yang mengikut arahan tanpa menyoal rasionalnya.

Sampai di pejabat saya dapati Rusli sudah keluar. Jika saya seorang yang lurus bendul saya boleh berdiam diri sambil menunggu boss balik. Bukankah arahannya untuk saya berjumpa Rusli?.  Tetapi saya bukan begitu dan meminta kawan saya Halim (Allahyarham) yang tulisannya juga cantik, untuk mengisi Writ tersebut.

Boss saya balik ke pejabat hampir waktu rehat tengah hari. Dia terus panggil saya dan minta tunjukkan Writ-writ yang sudah diisi. Mendapati ia diisi dengan sempurna dia panggil pula seorang pemandu van pejabat dan meminta saya menampal Writ 'di masa itu juga'.  Dia tidak peduli akan bantahan saya hendak pulang ke rumah dulu untuk makan tengah hari. Jelaslah dia juga seorang yang lurus bendul. Saya tidak pedulikan arahannya dan meminta pemandu datang semula ke pejabat pada jam 2.00 nanti. 

Tepat jam 2.00 saya dan pemandu dengan berbekalkan tukul besi dan paku tekan pergi menampal Writ di beberapa pokok. Boss asyik memanggil saya melalui 'walkie talkie' tetapi saya tidak pedulikannya. 

Saya balik ke pejabat bila ia hampir ditutup. Boss tanya ke mana saya pergi dan kenapa saya tidak jawab panggilannya. Saya jawab pergi ke kampung-kampung menampal Writ Pilihanraya dan saya tidak jawab panggilannya dengan alasan 'line' 'walkie talkie' tidak jelas di kampung-kampung.

Kemudian saya terangkan kenapa saya tidak akur kepada arahannya untuk menampal Writ Pilihanraya 'di masa itu juga'. Saya jelaskan penampalan salinan Writ Pilihanraya di tempat-tempat awam  tidak relevan lagi sekarang. Itu di tahun 1990.

'Fast forward' 32 tahun ke tahun 2022.

UNDANG-UNDANG LAPUK.

Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri mahu undang-undang lapuk di negara ini dihapuskan, lebih-lebih lagi di zaman digital sekarang. Bagi saya bukan sahaja undang-undang lapuk, tetapi peraturan-peraturan lapuk juga patut dihapuskan. Antaranya peraturan menampal salinan Writ Pilihanraya di tempat-tempat awam.

Apabila hendak diadakan Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK), SPR akan bersidang. Selepas bersidang, Pengerusi SPR akan mengumumkan beberapa tarikh penting. Tarikh pertama ialah tarikh pengeluaran Writ Pilihanraya diikuti oleh tarikh penamaan calon dan diakhiri dengan tarikh keramat hari mengundi. 

Untuk mereka yang tidak tahu, Writ Pilihanraya atau BORANG 1 SPR  ialah surat arahan daripada SPR kepada Pegawai Pengurus atau RO untuk menjalankan pilihanraya. Writ tersebut hendaklah dibuat salinan untuk ditampal di tempat-tempat awam. Tujuannya untuk memberitahu orang awam akan kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Oleh itu siapa yang berhajat untuk mengisi kekosongan tersebut bolehlah bertindak sepatutnya. Sudah tentu isi Writ berbeza dari satu kawasan dengan kawasan yang lain. 

Walau pun Writ Pilihanraya asal  (dari SPR kepsada RO) mungkin bersaiz kertas A4, tetapi salinannya (yang hendak ditampal ditempat-awam) dibuat dari kertas tebal bersaiz 2 kaki lebar dan 4 kaki panjang. Ia hendaklah tahan hujan dan panas walau pun tempoh lakunya hanya untuk beberapa hari.  

Salinan Writ untuk ditampal di tempat-tempat awam mungkin perlu di PRU 1 (tahun 1955) dan PRU 2 (tahun 1959) bila rakyat negara baharu sahaja dikenalkan dengan pilihanraya. Tetapi selepas itu mereka yang bercita-cita untuk mendapat gelaran Yang Berhormat (YB) sudah tahu apa yang mereka wajib buat untuk tujuan tersebut. Saya belum terbaca cerita di mana seorang itu mendakwa pihak berkuasa kerana tidak berpeluang bertanding kerana tidak ternampak mana-mana Writ Pilihanraya. 

Seperti kata Y.A.B. Perdana Menteri kita sudah masuk ke era digital. Mengisi salinan Writ Pilihanraya secara fizikal dan menampalkannya di tempat-tempat awam sudah tidak relevan lagi di era ini. Cuba bayangkan berapa keping salinan Writ diperlukan untuk semua 222 kawasan Parlimen di Pilihanraya Umum. Kerajaan boleh menjimatkan beribu atau berjuta ringgit jika salinan Writ Pilihanraya tidak diperlu dibuat.

Tetapi untuk memenuhi syarat-syarat undang-undang, mungkin Writ Pilihanraya boleh dipaparkan secara 'online' sahaja. Bakal-bakal Yang Berhormat boleh memilih kawasan DUN atau Parlimen di mana dia ingin bertanding untuk melihat Writ yang dipaparkan secara digital dan mencetaknya jika perlu. 

Sekian. 

Friday, May 20, 2022

LANGIT TIDAK SELALU CERAH


Itulah gambar adik beradik isteri saya (tiga lelaki dan tujuh perempuan) dengan isteri dan suami masing-masing. Gambar diambil di Hari Raya Aidilfitri kedua tahun 2015. 

Di tahun-tahun terakhir bekerja dulu saya dikenalkan dengan seorang kontraktor sampah dari Melaka. Bila saya katakan yang isteri saya juga orang Melaka dari Merlimau dia terus menjawab "Bukan sebarang orang boleh kahwin dengan orang Merlimau". Mendengar kenyataan itu, saya tidak perlu bertanya apa yang dimaksudkannya kerana saya sudah tahu.

Boleh dikatakan setiap Hari Raya kami adik beradik dan ipar lamai akan berkumpul seperti di gambar itu. Sudah tentulah menantu-menantu, anak-anak dan cucu-cucu turut sama. Jika dicampurkan beratus jumlahnya. Tetapi kerana masalah Covid-19 yang melanda seluruh dunia baru-baru ini, kami tidak dapat berkumpul selama lebih dua tahun. 

Ekoran itu, sepatutnya perjumpaan kami di Hari Raya baru-baru ini meriah, bagaimana meriahnya dirayakan di tempat-lain. Tetapi kami tidak dapat mencipta kemeriahan itu kerana masalah kesihatan kepada salah seorang dari kami. Adik ipar saya iaitu adik perempuan bongsu isteri saya yang diberi nama timangan Awin didapati mengidap kanser tahap empat. 

Kebetulan pula seperti yang diatur, anak sulung lelaki Awin akan berkahwin di Baling, Kedah dua minggu selepas raya. Hampir semua kami beserta anak-anak dan cucu-cucu sama-sama merayakan perkahwinan anak buah kami itu. Ini perhimpunan besar kedua kami selepas tamat PKP Covid-19.

Setelah kembali dari perjalanan jauh dari Baling, Kedah, ada ahli keluarga kami menjadi kurang sihat, mungkin kerana keletihan, termasuk saya sendiri. Tetapi kesihatan Awin lagi merudum. Dia dimasukkan ke hospital pada hari Isnin 16 Mei 2022 dan akhirnya meniggal dunia pada malam 18 Mei 2022. Kebetulan tarikh pemergian Awin sama dengan tarikh hari lahir isteri saya yang ke 69. Adiknya yang sepuluh tahun muda darinya itu dikebumikan pagi semalam di tanah perkuburan yang sama dengan emak saya di Senawang, Seremban.

Sekali lagi keluarga besar kami berkumpul. Cuma kali ini kami berkumpul bukan kerana merayakan sesuatu, tetapi kerana kesedihan. Untuk pengetahuan, Awin duduk kedua dari kiri di dalam gambar, di depan suaminya. Di masa kecilnya Awin telah dibawa mengerjakan Haji oleh arwah bapa dan ibu mertua saya.

Pemergian adik kepada isteri saya ini amat dirasai oleh semua ahli keluarga, termasuk saya sendiri. Ini kerana kami sama-sama tinggal di Seremban. Anak keduanya seorang perempuan kami jaga dari umur dua bulan sehingga dia masuk sekolah. Hinggakan  dia memanggil isteri saya 'mama' sama seperti anak-anak saya. Setiap pagi Awin menghantar anaknya itu ke rumah kami sebelum pergi kerja dan mengambilnya semula selepas balik kerja. Tiga lagi anaknya, semua lelaki di hantar ke tempat lain.

Saya percaya apa yang berlaku ini semua kehendak Allah Taala. Siapa sangka isteri saya yang menghidapi 'dementia' sejak enam tahun yang lalu masih bertahan sehingga hari ini. Tiba-tiba adiknya pula diambil seolah-olah dalam sekelip mata.

Sekian.

Tuesday, May 3, 2022

BELI RUMAH

Semua orang tentu suka bila mempunyai rumah sendiri. Tetapi saya banyak terbaca cerita tentang mereka yang rasa tetipu bila membeli rumah. Kadang-kadang 'penipuan' itu bukan disengajakan, tetapi terjadi akibat faktor-faktor yang tidak dapat dikawal. Dalam hal ini saya rasa bernasib baik kerana tidak terperangkap dalam apa-apa 'penipuan'.  

RUMAH PERTAMA

Saya mula menduduki rumah sendiri di tahun 1982 bila saya berumur 32 tahun, sudah berkahwin dan  mempunyai dua orang anak. Isteri saya tidak bekerja, oleh itu segala keputusan perbelanjaan rumah termasuk membeli rumah saya buat sendiri. 

Sebelum itu saya menyewa rumah bapa saudara saya dari tahun 1978 di tempat yang sama iaitu Taman Paroi Jaya, Seremban. Bila pemaju taman perumahan itu ingin membina fasa seterusnya (fasa kedua) untuk taman perumahannya, saya tidak melepaskan peluang untuk membeli sebuah unit, iaitu sebuah rumah teres satu tingkat. Saya bernasib baik kerana membeli satu unit di hujung blok, jadi saya adalah sedikit tanah di tepi rumah. Saya penuh yakin terhapa pemaju perumahan ini kerana rumah yang saya sewa tidak ada cacat celanya.

Tetapi pembelian rumah pertama itu tidaklah berjalan lancar seperti saya jangkakan. Mungkin kerana tidak berpengalaman, saya cepat-cepat memohon pinjaman kakitangan kerajaan. Akibatnya gaji saya dipotong awal walau pun rumah belum siap sepenuhnya. Yang belum siap ialah jalan di depan rumah tidak diturap lagi dan bekalan elektrik belum disambung walau pun pendawaian dalam rumah sudah siap. Situasi pertama itu mungkin kerana rumah saya terletak di barisan terakir di fasa kedua dan  pemaju berfikir untuk membinanya semasa pembinaan fasa ketiga.


Tetapi saya bersyukur kerana bekalan air sudah ada. Sementara menunggu untuk mendapatkan bekalan air yang sah (kerana rumah belum mendapat Sijil Kelayakan dari Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT) saya curi air. Ya, saya sambung air dari paip awam di depan rumah ke dalam rumah.

Kerana bekalan elektrik belum ada, saya pinjam jenerator elektrik dari seorang penjaja yang saya kenal. Dia tidak mengenakan apa-apa bayaran, cuma dia minta saya bayar kos pembaikan jika perlu. Kos minyak tentulah ditanggung oleh saya. Saya cuma menggunakan jenerator itu di waktu malam. Peti sejuk langsung tidak digunakan. 

Setelah lebih kurang tiga bulan menggunakan jenerator, saya lihat Lembaga Letrik Negara atau LLN (sekarang Tenaga Nasional Berhad atau TNB) mendirikan tiang-tiang elektrik dan seterusnya menyambung wayar ke rumah-rumah, walau pun belum memasang meter. Kalau tiga bulan dulu saya curi air, kali ini saya curi elektrik pula. Sekali lagi dengan ilmu yang ada saya sambung bekalan elektrik ke rumah.

Jika dulu tidak ada yang mengadu tentang saya mencuri air (kerana jiran-jiran saya juga mencuri), kali ini ada seorang jiran saya mengadu saya mencuri bekalan elektrik. Sehingga ada seorang pegawai Badan Pencegah Rasuah atau BPR menyiasat saya, sedangkan LLN tidak bertindak apa-apa walau pun mereka tahu saya mencuri bekalan elektrik mereka.

Saya terus jawab kepada pegawai BPR suaya mengambil apa-apa tindakan yang patut kepada saya. Saya berani bercakap begitu kerana tahu BPR tidak boleh mengambil tindakan kepada sesiapa yang mencuri bekalan elektrik. Jangkaan saya betul kerana pihak BPR tidak menghubungi saya lagi selepas itu. 

Cuma apa yang saya kesal dalam episod ini ialah tentang sikap orang yang mengadu saya kepada BPR itu. Sudah tentu dia seorang dari jiran saya. Dari dia mengadu kepada sesiapa, mengapa tidak minta saya ajarkan dia bagaimana hendak mencuri bekalan elektrik. 

Setelah mencuri bekalan elektrik selama dua bulan, LLN pun memasang meter ke rumah saya, lebih kurang sama masanya Jabatan Bekalan Air pula memasang meter mereka. Jalan di depan rumah saya juga diturap walau pun fasa tiga belum dimulakan. 

RUMAH KEDUA

Apabila saya hampir bersara di tahun 2005, saya bercadang untuk membeli sebuah rumah lagi. Setelah berbincang dengan isteri dan anak-anak (sekarang sudah empat orang), saya bercadang untuk membeli sebuah rumah berkembar satu tingkat. Akhirnya kami terjumpa sebuah rumah di Taman Coral Heights. Jika rumah dulu jauhnya enam km dari Bandar Seremban, rumah yang baru cuma lima km. 

Saya bercadang membeli rumah ini secari tunai dengan mencampurkan segala duit simpanan saya. Saya masih ingat sehari selepas saya memberi cek dari akaun semasa kepada pemaju, seorang pegawai bank telah menalipon saya dan meminta saya memberitahunya butir-butir cek yang saya baru keluarkan. Itulah pertama kali pihak bank menanya saya demikian. 

Pembelian rumah kedua ini secara tunai juga menyebabkan simpanan Tabung Haji saya menjadi kosong. Syukurlah setelah bersara saya diambil bekerja semula. Saya kemudian mengarahkan Tabung Haji untuk memotong gaji saya sejumlah RM 2,000.00 sebulan, seribu untuk akaun saya dan seribu lagi untuk akaun isteri saya. Saya tidak risau tentang perbelanjaan harian kerana saya juga menerima pencen bulanan.

Setelah kedua-dua akaun saya dan isteri cukup untuk menampung kami mengerjakan Haji, saya pun mengarahkan Tabung Haji memberhentikan potongan. Syukur juga permohonan Cuti Haji saya diluluskan walau pun saya sudah bersara. Jika tidak saya sudah bersedia untuk memohon Cuti Tanpa Gaji untuk menunaikan Haji tersebut.

Sekian.

Monday, April 18, 2022

HAJAT TIDAK SAMPAI

Allahyarham Syed Abdullah bin Syed Osman Jamalullail

Pesara dan pegawai Majlis Perbandaran/Bandaraya Seremban semasa pengkebumian Allahyarham.
 

Tiga hari lepas (Jumaat 15 April 2022) saya kehilangan seorang sahabat yang sama-sama bekerja di Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Allahyarham ialah Syed Abdullah bin Syed Osman Jamalullail. Selepas ini saya merujuknya sebagai Syed sahaja untuk memendekkan penulisan.

Syed berasal dari negeri Perak (sama ada Ipoh atau Kuala Kangsar, saya kurang pasti) dan mengikut rekod yang ada pada saya, dia muda sebelas (11) bulan dari saya. Untuk pengetahuan, negeri Perak juga tetap berada di hati saya kerana saya bersekolah menengah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Tanjong Malim. Sekolah itu sudah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan sekarang.

Satu lagi persamaan saya dengan Syed ialah kami masuk kerja di MPS (semasa ia masih dipanggil Majlis Bandaran Seremban) di hari yang sama iaitu 2 Januari 1973. Setahu saya juga, Syed tidak berjaya meneruskan pengajian di Institut Teknologi MARA (ITM) sebelum itu. Saya pula sudah bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memperolehi Diploma. 

Walau pun kami berlainan jawatan dan jabatan, hubungan kami di tahun pertama bekerja di MPS adalah rapat. Buktinya Syed dan beberapa orang kawan-kawan lagi datang ke majlis perkahwinan saya di Merlimau, Melaka pada bulan November tahun itu. Tetapi oleh kerana saya berada di atas pelamin semada mereka datang, saya tidak dapat menyambut mereka.

Di tahun 1974 giliran Syed pula kahwin. Saya pula berhajat untuk pergi ke Kelantan kerana saya pernah bekerja di negeri itu pada tahun 1972. Isteri Syed pula berasal dari Kuala Terengganu. Oleh itu kami merancang untuk sama-sama pergi ke Kuala Terengganu untuk perkahwinan Syed dan saya meneruskan perjalanan ke Kelantan.

Di hari yang dijanjikan saya (dengan isteri) mengambil Syed di rumah sewanya di Seremban (saya lupa di toboh mano). Saya memandu kereta pertama saya, Morris Mini 850 c.c. terpakai. Dari Seremban kami ke Kuala Lumpur mengambil isteri Syed, seorang Syarifah yang tinggal di rumah sewanya di Kg. Baru, kalau tak salah. Semasa itu Syed dan isterinya sudah dinikahkan.

Dari Kuala Lumpur kami melalui jalan lama Karak, kemudian ke pekan-pekan dan bandar Temerloh. Kuantan, Chukai (Kemaman), Dungun dan akhirnya sampai hampir petang di Kuala Terengganu. Di situ saya tinggalkan Syed dan isteri di rumah mertuanya. Kami berjanji akan datang untuk perkahwinan Syed selang dua hari selepas itu. Saya dan isteri kemudian meneruskan perjalanan ke Kelantan.

Di Kelantan kami tinggal di rumah saudara kepada isteri saya di Pengkalan Chepa. Tetapi kerana kesuntukan masa dan setelah melawat tempat kerja lama saya di Pasir Puteh, kami tidak sempat singgah di Kuala Terengganu untuk perkahwinan Syed. Saya cuma dapat meminta maaf dari Syed semasa berjumpa semula dengannya di MPS selepas perkahwinannya.

Tetapi entah kenapa, selepas itu hubungan saya dengan Syed tidak lagi serapat sebelumnya. Salah satu sebab mungkin kerana tanggungjawab kami terhadap keluarga masing-masing. Juga kami terjumpa kawan-kawan baru di dalam dan luar MPS. Di lain perkataan Syed rapat dengan gengnya dan saya pula rapat dengan geng saya. Sebagai contoh saya menjadi anggota pasukan kawad MPS dan semua anggota pasukan itu menjadi geng saya, sedangkan Syed tidak.

Syed pula menghadapi sedikit masalah dalam kerjanya. Dia tidak dinaikkan pangkat, sedangkan ramai staff yang lebih junior darinya dinaikkan pangkat. Akhirnya Syed membuat pilihan bersara awal, kalau tak salah semasa dia memasukki usia 50 tahun. Sedangkan saya, setelah bersara di usia 56 tahun diambil bekerja semula sehingga saya mencapai usia 60 tahun. 

Setelah Syed bersara awal, saya langsung putus hubungan dengannya. Jika tidak, bila terserempak di pejabat kami tetap bertegur sapa walau pun hubungan kami tidaklah seperti di tahun mula-mula kami bekerja dulu.

Dalam tempoh setahun dua ini ada beberapa pesara MPS mengumpulkan kami dalam satu kumpulan WhatsApp. Saya yang sudah aktif beberapa tahun dalam satu NGO pesara menyahut baik pelawaan ini. Apa yang lebih menarik saya ialah bila mendapati Syed sendiri menyertai kumpulan WhatsApp ini. Dari pengalaman saya bergerak aktif dalam NGO pesara, saya tahu betapa pentingnya untuk menjaga silaturrahim antara pesara. Untuk permulaan saya bertekad untuk menghubungi Syed.

Di satu hari bila bebas dari aktiviti NGO, saya pun menalipon Syed. Alhamdulillah saya dapat berbual panjang dengannya. Tetapi dari gaya percakapannya Syed tidak menunjukkan apa-apa petunjuk yang dia menghadapi masalah kesihatan. Saya juga tidak terfikir itulah percakapan terakhir kami berdua, walau pun di talipon. Di samping itu Syed menghantar pos di kumpulan WhatsApp boleh dikatakan setiap hari. 

Kebetulan kami pesara MPS bercadang hendak mengadakan satu perjumpaan yang sudah tertangguh sejak Covid-19 menyerang negara kita. Saya bertekad perjumpaan saya dengan Syed di majlis perjumpaan itu akan merapatkan semula hubungan kami.

Beberapa hari sebelum majlis perjumpaan, Syed menulis di WhatsApp bahawa dia tidak dapat hadir kerana terpaksa pergi ke IJN Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung. Saya yang juga berdepan dengan masalah jantung isteri yang menerima rawatan berkala dari IJN tidak menjangka masalah Syed adalah lebih serious. 

Dipendekkan cerita, Syed meninggal dunia setelah lebih kurang empat bulan menjalani 'by-pass' jantung. Dengan itu juga hajat saya untuk rapat semula dengan  Syed seperti 49 tahun yang lalu tidak tercapai. 

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada sahabat saya Syed Abdullah bin Syed Osman Jamalullail.    

Sekian. 

Monday, March 28, 2022

DIA MELAMBAI SAYA.

 

Jelas pengantin lelaki memandang saya.

Lebih kurang 42 tahun yang lalu atau di tahun 1980 saya lalu di satu kampung di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Saya perlahankan kereta saya model DATSUN 120Y kerana nampak sepasang pengantin baru sedang diarak. Dalam kereta ialah isteri dan dua anak saya yang masih kecil.

Tiba-tiba pengantin lelaki melambai tangan kepada saya. Saya pun memberhentikan kereta untuk mengetahui siapa pengantin itu. Rupa-rupanya dia seorang mekanik di TAN CHONG MOTORS Seremban di mana saya menghantar kereta untuk di servis. Pengantin itu amat kenal dengan kereta saya kerana nombor kereta saya pernah mendapat hadiah pertama judi empat nombor ekor MAGNUM dan tuan punya kereta itu mendapat sedikit habuan.

Apa yang membuatkan pengantin itu ingat akan kereta saya ialah di minggu 'nombor kereta itu naik' dia yang memberi servis kereta saya. "Kereta itu ada dalam tangan saya" katanya sambil menyesal tidak membeli nombor pendaftarannya.

Semalam pula seorang lagi pengantin lelaki melambai kepada saya, tetapi di situasi berbeza. Dia ialah anak lelaki kepada seorang jiran se taman saya dan namanya Muhammad Hazim. Apabila bapa Hazim datang menghulurkan kad jemputan beberapa minggu yang lalu, saya bertekad hendak pergi, bukan untuk memenuhi jemputan itu, tetapi untuk bersemuka dengan pengantin.

Ini kerana saya sudah lama tidak nampak kelibat Hazim. Saya kenal dia semasa dia di bangku sekolah lagi. Dia sering bermain bolasepak dengan kawan-kawannya di padang di depan rumah saya ini. Saya perhatikan dia pemain bola yang baik. Saya pula pernah menumpangkannya balik dari sekolah sekurang-kurangnya dua kali. Di dalam kereta dia tak banyak cakap, seolah-olah malu. Dari itu juga saya tahu di mana rumahnya dan dia anak siapa.

Tidak hairanlah semalam bila saya mendekatinya untuk mengambil gambar dia berarak ke rumahnya bersama pasangannya dia melambaikan tangan kepada saya. Ingatan saya terus pergi ke 42 tahun lalu di satu kampung di Juasseh, Kuala Pilah itu. 

Saya mula kenal pengantin lama itu di satu pusat servis kereta. Saya pula mula kenal pengantin baru ini di satu padang. Walau pun pusat servis kereta itu masih ada dengan kemudahan lebih moden,  padang itu sudah tiada lagi sekarang, kerana diatasnya sudah didirikan satu dewan besar. Ini kerana kerakusan pihak-pihak tertentu yang memikirkan dewan ini mengatasi segala-galanya. Pedulikan padang di mana anak-anak boleh bermain bola di waktu petang. Pedulikan padang ini pernah dijadikan tapak hari keluarga taman ini beberapa kali. Mereka sanggup melanggar undang-undang kerana padang itu sudah diwartakan sebagai 'KAWASAN LAPANG'.

Sekarang saya tidak berpeluang mengenali anak-anak jiran saya sebagaimana saya mengenali Hazim. Saya tidak nampak lagi anak-anak remaja taman-taman saya berkumpul untuk bermain bola dan sebagainya. Bila saya nampak budak-budak balik dari sekolah, saya tidak pasti adakah mereka itu anak-anak jiran saya untuk saya tumpangkan.

Sekian.

Tuesday, March 15, 2022

AKHIRNYA DIA KENAL KAMI

 

'Face to face' dengan Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun.


Bergambar ramai di bawah logo Persatuan kami.

Kebelakangan ini saya sibuk. Mesyuarat Agung Tahunan persatuan pesara saya akan berlangsung pada minggu hadapan. Syukur juga Mesyuarat Agung cawangan-cawangan kami (tujuh semuanya) di Negeri Sembilan sudah selesai. 

Dalam kesibukan itu saya menerima panggilan telefon dari seorang pegawai pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan. Mengikutnya Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan apa yang dipanggil Majlis Penghargaan Pesara Kerajaan Negeri Sembilan tahun 2021. Mereka mempelawa persatuan saya turut sama di majlis itu yang diadakan di satu hotel terbesar di Seremban. Tambahannya lagi Majlis itu akan dihadiri oleh Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin Harun. Selepas ini saya akan merujuknya sebagai YAB MB sahaja. 

Saya terus berfikir disamping cuba menambah keahlian persatuan saya, inilah masanya untuk kami memperkenalkan diri kepada YAB MB. Kami telah cuba untuk mendekatinya selama ini, tetapi tidak berjaya. Sehinggakan kami telah menjemputnya untuk merasmikan mesyuarat agung kami pada minggu hadapan, tetapi tidak berjaya kerana Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan akan bersidang. 

Saya terus menerima pelawaan pegawai SUK tersebut dan terus menghubungi kawan-kawan saya untuk menolong. Syukurlah persiapan untuk mesyuarat agung telah saya bereskan dan saya boleh menumpukan perhatian untuk bertemu dengan para pesara yang baru sahaja bersara beberapa bulan. Kemuncaknya ialah pertemuan dengan YAB MB.

Seperti biasa mereka yang diraikan datang lebih awal dari tetamu khas. Tetapi mereka yang datang kebanyakan terus masuk ke dewan hotel setelah mendaftar diri di meja-meja pendaftaran. Meja yang dikhaskan untuk kami pula terletak di hujung deretan meja-meja. Menyesal pula saya tidak memasukkan 'brochure' dan maklumat-maklumat lain mengenai persatuan ke dalam 'goodies bag' yang diberi kepada setiap pesara.

Tiba-tiba saya dapat satu idea. Saya pergi berjumpa juruacara Majlis sambil memberinya satu set 'brochure'. Saya minta dia mengumumkan akan kehadiran kami di luar dewan. Beliau berjanji akan memenuhi permintaan saya.  

YAB MB tiba tepat pada masanya tetapi sekali lagi saya kecewa kerana dia terus masuk ke dalam dewan sambil memberi salam PKP dengan meletakkan tangan ke dadanya. Sudahlah para pesara seperti tidak perasan akan kehadiran kami, tetamu kehormat juga begitu. 

Saya pun masuk ke dalam dewan mengikuti program majlis sambil tertanya-tertanya bilakah permintaan saya kepada juruacara majlis akan ditunaikan. Akhirnya setelah majlis di atas pentas selesai dan bila para jemputan hendak mula menjamu selera, barulah juruacara menunaikan permintaan saya. Syukurlah segala maklumat yang penting diumumkannya.

Saya berpuas hati bukan kerana para pesara di dewan hotel itu mendengar akan maklumat mengenai persatuan kami. Tetapi kerana YAB MB dan Dato' SUK yang sentiasa berada di sebelahnya juga mendengar.

Bukti niat saya tercapai ialah kebanyakan pesara datang ke meja kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ada juga yang terus masuk menjadi ahli. Selainnya saya minta menghubungi pegawai-pegawai kami di cawangan daerah yang nombor telefon mereka ada saya berikan.

Kemudian tibalah giliran YAB MB meninggalkan dewan. Kali ini dia tidak pergi begitu sahaja. Dia datang ke meja persatuan kami untuk berkenalan. Dia sempat menyebut "Ini POP ya" bermaksud Persatuan Orang Pencen. Akhirnya kami bergambar di bawah logo persatuan kami.

Akhirnya apa pegawai-pegawai pesatuan kami mahukan selama ini tercapai juga. Yang Amat Berhormat Dato' Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan mengenali kami. 
 

 


Saturday, February 19, 2022

DIA TAK TAHU APA ITU 'TIME SLIP'.

 

Mr. Ng dan saya di pejabat persatuan kami.

Mr. Ng ialah seorang pesara Jabatan Telekom dulu. Sekarang jabatan itu telah dikorporatkan dengan nama ringkas TM untuk Telekom Malaysia. Dia berjumpa saya di pejabat persatuan kami bila mendapat tahu dia boleh menuntut bayaran perjalanan perubatan dari rumahnya ke mana-mana hospital atau institut perubatan yang jauhnya melebihi 25 km.

Telah berpuluh kali dan bertahun dia pergi ke Institut Jantung Negara atau IJN di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dari rumahnya di Port Dickson, Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan. Ini terbukti dari kad temujanji yang ditunjukkannya kepada saya di pertemuan kali pertama kami.

Saya terangkan kad temujanji itu tidak boleh dijadikan dokumen untuk menyokong permohonannya. Ini kerana walau pun di kad itu ditulis tarikh-tarikh temujanji, ini tidak bermakna dia menepati janji. Bila dia tanya dokumen apa yang dia hendak gunakan untuk membuktikan kehadirannya di IJN, saya jawab dengan 'Two four letter words' iaitu 'Time Slip'. Bila dia tanya apa 'time slip' itu, saya terus jawab "Jika tak tahu apa itu 'time slip', ini bermakna awak tak pernah ponteng kerja dulu'.

Bila dia tanya macam mana saya tahu dia tak pernah ponteng kerja saya jawab sebab dia tak tahu apa itu 'time slip'. 'Time slip' ada dikeluarkan oleh setiap klinik dan hospital di seluruh Malaysia, baik kerajaan atau swasta. Ia amat dibenci oleh mana-mana pekerja yang ingin mendapatkan sijil cuti sakit dari klinik atau hospital di mana mereka menerima rawatan pesakit luar. Pemberian 'time slip' dan tidak sijil cuti sakit bermakna setiap pekerja, sama ada yang berhajat hendak ponteng atau tidak, dikehendaki balik bekerja semula. 

En. Ng faham akan penerangan saya dan berkata yang lepas tu lepaslah dengan makna dia tidak mahu bersusah payah mendapatkan 'time slip' tertunggak, tetapi akan mendapatkannya di lawatan seterusnya ke IJN.  Saya pun mencetak borang yang patut digunakan olehnya dan kerana dia bertaraf Pesara Persekutuan dengan kod AP di Kad Pesara, dia kena serahkan permohonan ke Kumpulan Wang Persaraan atau KWAP di Cyberjaya. 

Selain dari 'time slip' saya beritahu En. Ng untuk melampirkan salinan surat rujukan dari mana-mana klinik atau hospital kepada IJN. Dia berkata itu dia ada sambil menunjukkannya kepada saya. 

Tidak sampai sebulan selepas itu En. Ng datang semula berjumpa saya dengan membawa satu surat dari KWAP yang menolak permohonannya. Penolakannya ialah kerana pihak KWAP mahu dia melampirkan saliran rujukan dari hospital di mana dia tinggal, iaitu Port Dickson.

En. Ng menerangkan dia tiba-tiba sakit dada semasa bercuti di Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu. Dia terus pergi ke satu hospital swasta di sana di mana dia didapati mempunyai masalah jantung. Doktor di hospital itu terus merujuknya ke IJN. En. Ng berkata dia tidak pernah pergi ke mana-mana hospital di Port Dickson dan bertanya saya apa yang harus dia buat. Saya jawab akan deraf surat untuk dia tandatangan dan hantar ke KWAP. Sambil itu saya akan tanda tangan satu surat iringan untuknya. 

Baru-baru ini saya tanya En. Ng adakah dia menghadapi apa-apa masalah lagi dalam tuntutan perjalanannya ke IJN? Dia jawab tak ada. Saya merasa syukur.

Sunday, January 2, 2022

MD. SAAD MAHMUD, SDARIAN TULEN.

Md. Saad Mahmud junior setahun dari saya dan berasal dari Kg. Gedok, Gemencheh, Negeri Sembilan. Kami sama-sama bersekolah menengah di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) semasa sekolah itu berada du Tanjong Malim, Perak. Sekolah itu sekarang sudah berpindah ke Sg. Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.

Oleh kerana kami berlainan kelas dan asrama, saya tidaklah rapat dengan Md. Saad semasa di sekolah. Cuma sekarang apabila melihat semangat Md. Saad berinteraksi dengan kawan-kawan nasi kawahnya membuat saya terpanggil untuk berjumpa dengannya dan mengenalnya lebih dekat.

Beberapa tahun lepas saya ada berjumpa dengan Md. Saad seketika, semasa kami Sdarians mengadakan 'reunion' di Kota Bharu, Kelantan. Peluang kami hendak berjumpa bukanlah senang kerana Md. Saad sekarang menetap di Alor Setar, Kedah. Tetapi kali ini Md. Saad ditakdirkan tinggal lama di kampungnya dan saya pun mengambil peluang itu untuk berjumpa dengannya. 

Saya hanya hendak memberitahu sedikit sejarah Md. Saad. Dia sudah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali, tetapi mempunyai anak yang tinggal di Melaka dan Kuala Lumpur. Dia tinggal secara solo di rumahnya di Alor Setar itu. 

Selepas ini saya fikir biarlah gambar-gambar menceritakan mengenai kawan saya Md. Saad Mahmud.




13 Disember 2021.
Md. Saad cuma datang untuk melawat keluarganya di kampung. Tetapi dia yang mempunyai sejarah kesihatan tiba-tiba jatuh sakit. Klinik Kesihatan Gemencheh kemudian menghantarnya ke Hospital Jempol, di Bandar Baru Serting kerana hospital-hospital Tampin dan Kuala Pilah tidak boleh menerimanya, bimbang dia dijangkiti Covid-19. 

Baru masuk hospital. Pelawat tidak dibenarkan, jika tidak saya sudah menziarahnya.


Lagi gambar Md. Saad di hospital.

17 Disember 2021. Md. Saad tersenyum kerana akan dibenarkan keluar hospital.
 


18 Disember 2021. Sebaik sahaja Md. Saad keluar hospital, saya menemuiinya di rumah keluarganya. 

Md. Saad bercerita kisah-kisah lama.

Kami membelakangi rumah keluarga Md. Saad.

Kami membelakangi ladang maman dan jagung keluarganya. Ladang maman itu separuh rosak kemudian akibat banjir.

Di hari esoknya Md. Saad diambil oleh anaknya dari Ayer Molek, Melaka. Beberapa hari kemudian Md. Saad menghubungi saya untuk berjumpa beberapa orang Sdarian di Seremban. Saya telah mengaturkannya. Saya bawa Md. Saad ke pejabat saya di Taman A.S.T. Seremban dan seorang lagi Sdarian Hashim datang ke pejabat saya. Hashim tinggal di Taman Bukit Kepayang, Seremban.  


27 Disember 2021. Saya, Hashim dan Md. Saad di pejabat saya. 

Tumpuan pertama kami ialah Taman Paroi Jaya untuk berjumpa dengan seorang Sdarian batch pertama (1957-1961), Baharom.

 
Md. Saad, Hashim, Baharom dan saya di rumah Baharom.

Md. Saad, Hashim dan Baharom.


Lagi Md. Saad, Hashim, Baharom dan saya di rumah Baharom.

Dari Taman Paroi Jaya kami pergi ke Desa Ros, Senawang untuk berjumpa dengan adik perempuan Md. Saad. Rupa-rupanya adik ipar Md. Saad, Mokhtar ialah kenalan lama saya. Kami dulu sama-sama tinggal di Taman Paroi Jaya.

Md, Saad, Hashim dan saya di rumah adik Md. Saad.

 Adik ipar Md. Saad, Mokhtar (berbaju hijau), Md. Saad, Hashim dan saya.


Dari Desa Ros kami ke Taman Guru, Sewanang untuk berjumpa dengan Sdarian Azhar yang kurang sihat. 
  

Saya, Md. Saad, Azhar dan Hashim.

Selepas berjumpa Azhar, Md. Saad sepatutnya berjumpa seorang lagi kawan kami. Tetapi kerana panggilan telefon tidak berjawab, Md. Saad pun balik ke rumah anaknya di Melaka. Di Melaka, seorang lagi Sdarian batch pertama, Rezo mencari Md. Saad di rumah anak Md. Saad di Ayer Molek.
 

28 Disember 2021. Rezo dan Md. Saad. 

 Lagi Rezo dan Md. Saad

Selepas beberapa hari di Melaka, Md. Saad balik semula ke kampungnya di Gemencheh. Ini perhentian sementaranya sebelum pergi ke rumah seorang lagi anaknya di Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur dia bercadang balik ke Alor Setar menaiki tren ETS kerana bekalan ubatnya hampir habis. 

31 Disember 2021. Sebelum itu dia sempat ke Johol, Negeri Sembilan merayakan hari lahir Undang Luak Johol, bekas birasnya. 

Di hari tahun baru 2022 saya dikejutkan oleh Md. Saad bila dia menghantar gambar-gambar berikut:

1 Januari 2022. Rumah keluarga Md. Saad ditimpa banjir. 


Di bangsal itulah saya berjumpa dan berborak dengan Md. Saad lebih dua minggu lepas. Kami duduk di meja dalam gambar itu.

Saya doakan supaya Allah memelihara sahabat saya Md. Saad Mahmud.

Sekian.