Antara filem yang saya paling suka ialah The Godfather. Sudah berpuluh kali saya melihatnya mula-mula dari pita video dan sekarang dari DVD BluRay. Sebenarnya semasa bekerja dulu saya juga mempunyai seorang Godfather. Gelaran Godfather Seremban itu diberi oleh seorang kawan sekerja saya.
Walau pun saya tidak pernah bertanya kepada kawan saya ini kenapa dia memberi gelaran Godfather kepada orang berkenaan, saya boleh meneka. Kerana Godfather ini mempunyai ramai anak-anak angkat yang memerlukan perlindungannya. Mengikut kawan saya, dia menonton filem The Godfather semasa berkursus di Amerika Syarikat. Saya pula membaca buku The Godfather sebelum melihat filemnya. Setelah itu saya secara diam-diam rapat dengan Godfather ini. Cuma hubungan saya dengan Godfather ini lebih sebagai kawan dibandingkan dengan antara bapa angkat dengan anak angkat.
Setelah melihat filem The Godfather Part II di mana ada sebutan "Keep your friends close, your enemies closer" dan melihat sendiri contoh-contohnya di sekeliling, saya lebih rapat lagi dengan Godfather ini. Cuma saya tidak pernah menganggap Godfather saya ini sebagai musuh, walau pun saya tahu dia memang ramai musuh.
Satu hari saya dipanggil oleh Godfather ke pejabatnya. Ini memeranjatkan saya, kerana sebelum ini saya berjumpanya secara sukarela tanpa dipanggil. Dia pun bertanya saya akan satu masalah yang saya hadapi tidak lama sebelum itu. Samalah seperti seorang Godfather atau Don bertanyakan masalah yang dihadapi oleh anak angkatnya. Saya pun menceritakan kepadanya akan masalah itu dari A ke Z.
Masalahnya kecil sahaja. Ada seorang muda yang ingin berniaga kayu datang ke rumah saya memohon kebenaran membina bangunan untuk perniagaannya. Saya terangkan skop kerja saya ialah lesen perniagaan sedangkan pendirian apa-apa bangunan tidak. Jawapan saya ialah untuknya mendapatkan dahulu kelulusan bangunan, kemudian baru juma saya untuk mendapatkan lesen.
Saya menjangka jika orang muda ini membuat permohonan mendirikan bangunan, ia akan ditolak, kerana bangunan itu berada di rezab Laluan Persekutuan yang tidak lama lagi akan dilebarkan. Saya tidak tahu sama ada dia sudah tahu akan status tanah dan ingin mengambil kesempatan menerima pampasan apabila diminta mengosongkannya nanti.
Tiba-tiba saya lihat bangunan sudah didirikan, mungkin di hujung minggu. Memikirkan sudah tentu pejabat saya akan bertindak dan memikirkan orang muda ini akan menyebut nama saya, saya terus melapurkan akan pembinaan haram itu. Jabatan berkenaan di pejabat saya pun merobohkan pembinaan itu.

Selang beberapa minggu orang muda itu datang sekali lagi ke rumah saya. Secara lembut dia berkata dia menerima akan tindakan pejabat saya. Kemudian secara lembut juga dia berkata telah berbincang dengan rakan-rakan perniagaannya dan memutuskan saya bertanggung jawab terhadap kerugian yang ditanggungnya. Oleh itu secara lembut dia menuntut saya membayar ganti rugi.
Secara lembut juga saya menjawab akan membayar setiap sen kerugian yang ditanggung olehnya dan rakan-rakannya, tetapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah saya diperintahkan oleh pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Pihak berkuasa itu sama ada pejabat saya atau mahkamah. Oleh itu dia boleh menuntut terus dari pejabat saya. Jika pejabat saya memutuskan yang mereka telah membuat keputusan salah merobohkan bangunannya dan mempertanggungjawabkan kesalahan itu kepada saya, saya akan membayar setiap sen gantirugi. Saya juga redha dibuang kerja.
Pilihan kedua ialah untuknya membuat aduan mahkamah ke atas diri saya secara peribadi. Jika mahkamah memutuskan saya bersalah, saya akan menerima apa-apa hukuman yang dijatuhkan termasuk membayar ganti rugi dan dipenjara. Saya yakin dia tidak berani membuat apa-apa sepert yang saya cadangkan itu.
Setelah mendengar cerita saya itu, Godfather berkata sebenarnya orang muda itu ada datang berjumpanya. Ini seperti di permulaan filem The Godfather di mana seorang anak buah Godfather datang memohon keadilan setelah tidak berpuas hati atas keputusan mahkamah terhadap mereka yang mencederakan anak perempuannya. Sudah tentu anak muda ini datang berjumpa Godfather kerana tidak puas hati terhadap jawapan saya terhadap ugutannya.

Saya tanya Godfather "Dia hendak abang buat apa?". Godfather jawab "Dia hendak saya pukul you". Godfather menggunakan bahasa sebagaimana kami bertutur selama ini dan bukan "aku" dan "kau" seperti yang saya lihat dia bertutur dengan anak-anak angkatnya yang lain.
Kemudian saya jawab "Abang pukullah saya". Godfather hanya ketawa dan menceritakan apa jawapannya kepada orang muda itu. Jawapannya ialah "Sebelum aku pukul Maarof tu, aku pukul kau dulu". Saya pun ucapkan terima kasih kepadanya.
Tidak berapa lama setelah robohnya bangunan yang saya adukan itu, tekaan saya tepat. Laluan Persekutuan yang saya maksudkan dilebarkan. Jadi tidak payahlah Kerajaan Persekutuan membayar pampasan kepada sesiapa.
Bila Godfather meninggal dunia saya dan kawan sekerja saya (yang memberi gelaran itu) pergi menziarah. Melihat ramainya anak-anak angkat Godfather yang sama-sama menziarah, kawan saya berkata "He was a legend, no wonder the big crowd".

Sejak itu juga saya tidak lagi mempunyai siapa-siapa Godfather. Seperti Michael Corleone dalam filem The Godfather, The Godfather Part II dan The Godfather Part III, saya fikir sudah layak menjadi seorang Godfather.
No comments:
Post a Comment