Wednesday, October 29, 2008

Basikal ku


Basikal MTB jenama Le Run Titan 21 gear berumur lebih sepuluh tahun.

Poi pokan,
Naik basika,
Tongah haghi,
Tongah paneh,

Apo dayo, motong gotah,
Apo nak dikato,
Kalau bulih nak jadi cik gu sekolah,
Kek Kolo Pilah

Itu lah senikata permulaan lagu 'Apo Nak Dikato' nyanyian The Blues Gang dan ciptaan Ito Mohamad kalau tak salah saya. Tapi kalau diteliti betul-betul ia merendahkan martabat penunggang basikal. Seolah-olah siapa yang naik basikal adalah setaraf dengan penoreh getah. Kalau sudah bekerja tetap seperti menjadi guru sekolah tak payah naik basikal lagi.

Saya tertarik dengan blog kawan sekolah saya Abedip di sini http://bikex.vox.com/. Sebenarnya saya pun kaki basikal juga. Saya mempunyai basikal selain dari skuter dan kereta. Basikal saya ini seperti gambarnya di atas saya gunakan untuk pergi ke surau dan kadang-kadang ke warung berdekatan dengan rumah saya untuk membeli minum pagi di hujung minggu. Kadang-kadang saya bersiar-siar di taman-taman perumahan berhampiran di waktu petang dan hujung minggu.

Baru-baru ini seperti biasa saya berbasikal ke surau. Seorang jemaah terus bersalam dengan saya dengan manyatakan 'Lama tak nampak'. Sebenarnya selepas Hari Raya saya sudah datang ke surau dengan kereta dan motosikal kerana hari hujan tetapi tidak disedari oleh jemaah ini. Ini ialah kerana selain dari kanak-kanak cuma saya seorang sahaja orang dewasa yang berbasikal ke surau. Jemaah lain berjalan kaki, menunggang motosikal atau berkereta. Seolah-olah basikal sudah menjadi identiti saya.

Saya rasa ada dua sebab utama kenapa orang Malaysia kurang berbasikal.
  1. Pertama ialah infrastruktur kita tidak mesra penunggang basikal. Penunggang basikal terpaksa berkongsi jalan dengan pengguna kenderaan lain tersmasuk lori sepuloh tayar, jengkaut dan Mat Rempit. Ini berbeza dengan situasi di Jepun contohnya dimana penunggang basikal cuma berkongsi jalan dengan pejalan kaki (pedestrian).
  2. Kedua orang kita terlalu mementingkan status (status concious). Lagi tinggi status kita lagi besar kenderaan dan rumah yang kita perlukan. Buat apa naik basikal 'tongah haghi, tongah paneh' kalau boleh naik kereta berhawa dingin.

Tetapi bagi saya 'Walau apo oghang nak kato' saya tetap akan berbasikal.

Tuesday, October 28, 2008

Flower Boys and Girls

Setelah menceritakan berkenaan dengan pasukan kompang yang unik di upacara perkahwinan anak buah saya Wawa (nama timangannya) tidak adil rasanya jika saya tidak menceritakan peranan satu kumpulan yang dinamakan 'Flower Boys' dan 'Flower Girls'. Mereka terdiri dari kanak-kanak pra sekolah dan bersaudara dengan Wawa. Ada yang berpangkat sepupu dan ada juga yang berpangkat anak buah.

Ini cucu saya Haziq agaknya memberi isyarat dia sudah sedia menjalankan tugasnya.


Cucu saya Fahim pula 'relax' sahaja.


Sekarang mereka sudah sedia. Sebelah Haziq ialah bapa saudaranya Harish. Sebelah Harish pula ialah Izhar, juga bapa saudara Haziq dan Fahim. Rupa-rupanya Fahim hanya memakai selipar.


Boys berjalan di hadapan girls.



Salmah hendak melihat pengantin ke atau nak melihat cucu-cucunya?



Sekarang sudah sedia mengiringi Wawa.


Sekarang sudah masuk dewan dengan orang-orang dewasa memberi arahan-arahan. Kelam kabut agaknya budak-budak ni. Birthday Boy Irfan memakai T-Shirt warna pink di sebelah kiri. Yang memakai T-Shirt hitam ialah Syazwan, peminat Manchester United. Perhatikan juga kedua mempelai di belakang.


Sekarang mereka beringingan menuju pentas.


Mereka 'relax' disebelah dua mempelai di pelamin. Haziq tunjuk isyarat 'Ini semua kacang je'.


Agaknya Fahim dah 'feeling bored'.


Dia tunjuk perasaan!


Monday, October 27, 2008

Meeting old friends

After a hectic Saturday I was back in Melaka on Sunday 26th October 2008. I was supposed to be with my wife's family to send my niece to her groom's house in Tanjung Keling, Melaka for his family's wedding reception there. What a coincidence because that morning my Melaka school mates were having their monthly get together at a restaurant just behind the Melaka State Masjid.


Here I was with them. At extreme left is Wan Hashim from Kelantan. Like me he was in Melaka with something else to do. Next to him are Ezwan and Zairi of the Melaka Education Deparment. These two were at my brother-in-law's reception the day before because they happen to work in the same department with my brother-in-law. What a small world. Right in the middle is Haji Ismail Latif of Serkam. He was my room mate in my final schooling year. But we were in different classes. Next to him is Haji Ninggal Hashim of Serkam too. He was four years my senior. The last time I saw him was forty-five years ago. To my left is Muhammad Abdullah, one year my junior. He hailed from Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan but not makes Melaka his home, having retired there.



The man wearing the songkok is Abd. Rahman Meran, my junior. Must have started smoking in school.



The man in orange is Haji Suffian Haji Yahya who runs a Tom Yam Restaurant in Melaka.



Other than Rahman Meran I forgot who is who here.



Forgot his name too. Never mind, he is a Sdarian.



Wan Hashim and Anuar Yatim. Anuar is from Rembau, Negeri Sembilan but like Muhammad Abdullah makes Melaka his home.


During the session I was talking a lot to Muhammad Abdullah who is better known as Madolah. Madolah was my good friend at school. Before knowing me he already knew my elder brother Shamsudin who was staying at my uncle's house at Batu Kikir while schooling at Kuala Pilah. I told him that I now feel closer to my old friends than before. He replied that this is due much to the digital revolution. Now we can communicate easily with our mobile phones, with the SMS and all that. On top of that we can email each other using the computer. Some of us have blogs too.

I remember when I had a reunion with my classmates two years ago. One of my friends Ghani was fumbling with his digital camera. I asked him what's the problem. He honestly replied that the camera belonged to his son and he didn't how to use it. So I helped him in taking a few shots of him with our old friends.
Maybe I and Madolah belong to the few at our age who keep up with the digital age.

Pasukan kompang yang unik

Pada hari Sabtu 25 Oktober yang lepas saya berada di Dewan Taming Sari, Graha Makmur, Majlis Bandaraya Melaka Bandar Bersejarah (MBMB) kerana perkahwinan anak perempuan biras saya Cik Gu Muhammad. Saya tercari-cari satu yang berlainan untuk dimasukkan ke dalam blog saya.

Saya ternampak kumpulan budak-budak sekolah ini yang sedang menjamu selera makan tengah hari.

Saya tertarik dengan disiplin mereka tanpa mengetahui apakah tugas mereka nanti.

Ini dia tugas mereka, mengiringi pengantin sambil berkompang.


Sekarang mengiringi kedua mempelai pula.

Kemudian mereka menunjukkan bakat sebenar mereka. Mereka menari sambil memukul kompang.

Menari lagi.

Tak perlu menyanyi pun.

Oh ya, mereka ialah pasukan kompang Sekolah Kebangsaan Tedung (SKT), Melaka.
Ini merupakan cabaran kepada pasukan-pasukan kompang lain, terutama dari Negeri Sembilan.


Friday, October 24, 2008

Hari Raya 2008 - Bahagian 4

Saya rasa kemuncak Hari Raya Aidilfitri bagi saya untuk tahun ini iaitu Tahun Hijrah 1429 bersamaan Tahun Masehi 2008 ialah Rumah Terbuka Yang Di Pertua Persatuan Murid Tua sekolah saya SDARA iaitu Sekolah Datuk Abdul Razak Alumni. Ia diadakan pada malam 23 Oktober 2008 di rumah beliau di Precint 10 Putrajaya.



Sepanduk ini menceritakan segala-galanya. Datuk Dr. Hj. Abd. Latiff Ahmad ialah Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Ahli Parlimen Mersing, Johor. Selain mengamalkan moto 'Once a Sdarian always a Sdarian' Datuk juga nampaknya mengamalkan moto 'Once a Johorean always a Johorean'. Pasukan Ghazal ini dibawa khas dari Johor, saya tidak pasti dari Daerah mana. Sebenarnya melihat satu pasukan ghazal secara 'live' ini merupakan tarikan kepada saya untuk tidak tinggal semasa Hari Terbuka Datuk Dr. Latiff.




Kawan-kawan saya. Kebanyakannya adalah juniors saya.


Saya dengan kawan-kawan.



Ini geng dari Melaka.



Ini pula geng dari Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.


Setiausaha Agung Persatuan Lt. Kolonel (B) Razak menghulurkan surat-surat memanggil Mesyuarat Agung. Ini pertama kali saya melihat Razak berkepala botak.


Mungkin inilah salah satu sebab Datuk membawa pasukan ghazal dari Johor. Rupa-rupanya Datuk hendak menari Zapin. Hebat juga Datuk berzapin!


Lagi Datuk berzapin. Alangkah indahnya jika Datuk dapat berzapin dengan Datin!


Eh Wah!



Siapa yang salah ni?


Ha, sekarang baru betul!


Datuk di meja VIP. Datuk meminta kami duduk di meja VIP, tapi kami menolak kerana merasa lebih selesa duduk makan di meja biasa.


"Wah, hebat betul Datuk menari Zapin" kata Ibrahim, Timbalan Yang Di Pertua kami. Sebenarnya Ibrahim memohon balik awal, oleh itu saya yang bersama Ibrahim terpaksa menurut.


Jamal Abdillah menjadi penyanyi jemputan. Dia menyanyi secara 'minus one'. Mungkin lepas ini dia menyanyi dengan pasukan ghazal. Saya tidak dapat pasti oleh kerana sudah meninggalkan Majlis.


Wednesday, October 22, 2008

Happy Birthday, Irfan

Pada 20 Oktober baru-baru ini saya dijemput menghadiri jamuan hari lahir anak biras saya Cik Gu Ishak. Anak ketiganya Irfan meraikan hari lahir ke - 9.

Itu dia Irfan yang berbaju pink. Pemalu dan lemah lembut orangnya.


Badannya kecil sedikit dari cucu saya Danial walau pun dia lebih tua setahun.

Danial tak puas hati kerana tidak dapat meniup lilin bersama. Jadi lilin dinyalakan sekali lagi untuknya.
Happy Birthday, Irfan.

Monday, October 20, 2008

Terowong




Saya masih ingat lagi lebih dari dua puluh tahun yang lalu dimana saya mengikuti satu lawatan Jabatan saya ke Republik Singapura. Antara perkara yang kami belajar ialah lanskap (landscape). Di masa itu Lapangan Terbang Changi, Singapura baru dibuka beberapa tahun. Kami diberitahu pada awalnya lebuh raya yang menuju ke lapangan terbang itu dipagari dengan pokok 'Royal Palm'. Tetapi apabila Perdana Menteri Lee Kuan Yew melihatnya beliau kurang bersetuju. Beliau mahukan supaya pelawat ke Republik itu seolah-olah melalui satu terowong apabila sahaja mereka turun dari kapal terbang. Penyelesaiannya ialah pokok-pokok 'Royal Palm' tadi dicabut dan digantikan dengan pokok hujan atau 'Rain Tree'. Apabila besar dahan-dahan dari pokok hujan yang di tanam di kiri kanan jalan akan bertembung dan terciptalah satu terowong.

Walau pun idea itu merupakan satu yang baik saya jarang-jarang melihatnya di Malaysia ini. Lapangan terbang kita KLIA pernah disebut Lapangan Terbang Dikelilingi Hutan. Tetapi hutan ini dengan tiba-tiba lenyap apabila penumpang masuk ke lebuh raya untuk menuju ke ibu kota kerana ia diganti oleh papan-papan iklan. Cuma saya ingat terowong seperti di Singhapura itu terdapat di Taman Tasik Taiping, Perak.

Semalam saya berada di Saujana Utama, Sungai Buluh, Selangor mengadiri rumah terbuka anak saya Ina. Pada paginya saya keluar sekejap untuk melihat keadaan sekeliling yang boleh diambil gambar. Saya ternampak terowong seperti gambar-gambar di atas. Alangkah selesa terowong ini untuk pemandu kenderaan, penunggang basikal dan pejalan kaki.

Wednesday, October 15, 2008

Pasar Tani Pelancongan Bandar Seremban

Semalam bermulalah apa yang dinamakan Pasar Tani Pelancongan Bandar Seremban. Idea ini datang dari Yang Di Pertua saya setelah melihat kejayaan apa yang dinamakan Pasar Warisan yang di adakan setiap pagi Ahad di Jalan Utam Singh, Seremban. Kami pun diminta untuk mencari tapak yang sesuai. Akhirnya tapak letak kereta di antara pejabat kami dengan Kompleks Mahkamah Syariah Seremban dipersetujui.

FAMA iaitu jabatan yang bertanggungjawab terhadap Pasar Tani diminta menguruskan Pasar Tani Pelancongan ini. Perbezaannya dengan Pasar Tani biasa ialah daging, ayam dan ikan tidak dibenarkan. Ini bertujuan untuk memastikan kebersihan tapak ini.

Sepanduk ini menceritakan segala-galanya. Bangunan di belakang itu ialah pejabat saya.


Peniaga yang mula-mula medirikan gerai. Banguan di belakang itu ialah Mahkamah Syariah Seremban. Sebelum ini ia berkongsi dengan Mahkamah Tinggi Seremban yang sekarang sudah berpindah ke Seremban 2.


Pandangan di waktu pagi.



Pandangan di waktu petang. Pelanggan masih kurang kerana mungkin di hari pertama. Diharapkan lebih ramai pelanggan akan datang di minggu-minggu yang akan datang.