Wednesday, October 1, 2008

Hari Raya 2008 - Bahagian 1

Setelah banyak bercerita kali ini saya poskan gambar-gambar sekitar Hari Raya Aidilfitri 1429 Hijrah bersamaan 1 Oktober 2008.

Ini gambar saya (berbaju hijau muda) sedang membaca takbir Raya di rumah saya. Kami mula bertakbir dari rumah ke rumah selepas solat Isya'. Kami buat dua kumpulan dan inilah ahli-ahli kumpulan saya.

Sembahyang Raya di Masjid Qariah Sikamat. Oleh kerana ramai yang sudah balik ke kampung kami bersolat dengan selesa. Jemaah perempuan diletakkan di tingkat atas.


Saya mengambil gambar sendiri dalam Masjid.



Ada yang mengambil kesempatan untuk mengutip derma. Saya percaya mereka ini adalah warganegara asing.


Jemaah perempuan turun setelah selesai solat Hari Raya.


Kemudian saya balik kampung berjumpa emak saya. Dari kiri adik ipar saya Rapeah, adik saya Shamsiah, emak saya dan adik saya Zahari (suami Rapeah).


Cucu saya Fahim bermain di tangga rumah emak saudara saya.


Ini giliran abangnya Danial pula.


Baru saja sampai balik ke rumah di Seremban dan terus mengambil gambar keluarga.

2 comments:

Md Shah Bachik said...

Assalamualaikum Sdra Maarof,

Nampak sungguh bahagia dan meriah sdra berhariraya dengan keluarga. Semoga sdra dan keluarga sentiasa di bawah perlindungan dan petunjuk Allah swt.

viruspadu said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin