Monday, January 31, 2011

A woman caught in a men's game.

Many years ago in the night prior to the country's general elections somebody slipped a leaflet into my letter box. It said that in Islam women cannot be made leaders, so anybody who voted for women in the next day's elections would be committing a sin. I knew straight away that the leaflet came from a political party which was fielding a male candidate as opposed to another party which was fielding a woman. I regret that I did not keep the leaflet or make copies of it.

So it shocked me when the same political party had been fielding women candidates in recent general elections. So I ask the question, who are committing sins now? Is Islam so flexible that you can say no today and yes tomorrow? So it did not surprise me that the same party fielded a woman candidate in a by-election which finished yesterday. Some said she was made a sacrificial lamb by the party knowing they would lose even if they fielded a man.

So this woman who is also a  wife and mother suddenly came to the limelight. She was standing against a man from a political party which had been fielding women all these while. But today's world is the cyber world. A few minutes after the nominations were closed everybody with a computer could see her putting up her hands in the nomination hall. From that moment on she was literally stripped, so to say, in the cyber world.

She was mocked for not shaking hands with men. She replied that it is a sin for women to shake hands with men if they are not 'muhrim' or legally bound. Still, to play politics she wore gloves so that she could shake men's hands. When asked why the gloves, she answered she wanted to be flexible. Is is not her party bosses that said Islam is not flexible? For me wearing gloves to shake hands is just like using condoms to make love. There the flexibility is similar. 

Then her husband applied for and was approved a lengthy medical leave. He was diagnosed as suffering from depression. Even a fool knows that the best cure for depression is to stay home and relax. But he was with her walking, standing, sitting and even wading in flood waters. He should ask Andy Gray the former Scotland and Everton footballer how to get rid of depression. Andy fell into depression after being sacked by a television station for making sexist remarks against a fellow female presenter. His cure was staying home and cutting himself away from the outside world.

Just to show that she was caught in a men's game, in the last day of campaigning she scored an own goal. When asked by a television station for her hopes, she replied that she wished 'the voters vote for the best candidate'. 

Did she know that in a men's game like football the best team sometimes lose?

Sunday, January 30, 2011

Kerana pulut santan binasa.

Isteri saya Salmah suka mengikuti satu program tv pagi di mana seorang ustaz menjawab soalan-soalan yang diberikan penonton secara langsung atau 'live'. Jika saya tidak bersenam saya juga mengikuti program ini. Contohnya di pagi tadi apabila saya tidak dapat bersenam di luar kerana hujan.

Di program ini ada seorang lelaki yang saya kenal sering menanyakan soalan-soalan melalui telefon. Dia juga sering menalipon stesen radio tempatan bila ada program soal jawab secara langsung. Orang yang sama juga ada menulis di akhbar-akhbar tempatan. Apa tak saya kenal dia sebab dia dulu pernah bekerja satu jabatan dengan saya dan sekarang juga sudah bersara. Saya masih ingat dia mula menulis di akhbar semasa kerja lagi. Apabila artikel pertamanya disiarkan dia telah menunjukkan artikel itu hampir ke semua kakitangan di pejabat. Bagi mereka yang tidak mengenalinya mungkin menganggap beliau seorang yang patut dihormati. Minta maaf, ustaz, ustazah, tuan-tuan dan puan-puan. Salah tu.

Saya minta maaf sekali lagi kerana mengumpat sedikit. Saya akan merujuk penalipon dan penulis  ini sebagai J sahaja lepas ini. J sebaya dengan saya tetapi saya tidak berkawan dengannya sama juga seperti kakitangan lain yang kebanyakannya mengenepikannya. Kenapa? Kerana J suka menghina perempuan. Saya mengaku ramai lelaki yang suka berbahasa lucah antara mereka, tetapi bila berdepan dengan perempuan kebanyakan lelaki mengenepikan tabiat buruk ini. Terus terang juga saya nyatakan saya tidak pernah berbahasa lucah, oleh itu bahasa saya kepada lelaki atau perempuan sama sahaja.

Tetapi tidak J. Dia menggunakan bahasa lucah tidak kira sesama lelaki atau perempuan. Contohnya pada pagi Jumaat dia akan bertanya kepada seorang perempuan yang sudah bersuami "Malam tadi.....tak?" atau dia akan menceritakan apa yang dibuatnya 'malam tadi'. Akibatnya kami memberi J satu gelaran seolah-olah dia tidak siuman. Tak payahlah saya sebutkan apa gelaran itu. 

Allah maha kaya dan  J menerima balasan atas perbuatannya suka menghina perempuan. Dalam bahasa sukan dia telah menjaringkan gol sendiri. Dia tidak dinaikkan pangkat walau pun berapa kali menghadapi lembaga naik pangkat. Kakitangan lain yang lebih junior darinya telah memintasnya. Akhirnya J menerima balasan yang paling tepat. Dia ditempatkan bekerja di bawah seorang  perempuan yang masuk kerja beberapa tahun selepasnya. Tidak tahan bekerja di bawah perempuan yang suka dihinanya J telah memohon untuk bersara lebih awal. Jabatan dengan senang hati melepaskan manusia tidak siuman ini. Cukuplah saya mengumpat.

Oleh itu saya beritahu isteri saya Salmah pada pendapat saya J sering menalipon stesen tv dan radio dan juga menulis di akhbar untuk menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidaklah kurang siuman seperti dilabelkan oleh kakitangan jabatannya.

Malam tadi saya terbaca di internet mengenai nasib dua orang juruacara sukan di England yang popular dan sering saya lihat muka mereka di tv. Seorang telah dipecat dan seorang lagi berhenti sebelum dipecat. Sebabnya samalah seperti kesalahan si J iaitu menghina perempuan. Dalam bahasa Inggeris 'making sexist remarks against women' walau pun tidak di depan penonton. Tetapi percakapan mereka telah dirakamkan dan sebuah akhbar telah menyiarkannya melalui internet. Seorang membahasakan perempuan sebagai 'it' atau 'benda'. Yang seorang lagi pula meminta seorang juruacara perempuan memasukkan mikrofon kedalam seluarnya (juruacara lelaki), di bahagian perut 

Saya sendiri melihat gelagat dua juruacara itu di internet. Saya juga pernah melihat gelagat si J dengan perempuan di hadapan mata saya sendiri. Saya fikir kesalahan atau ketidak senonohan si J lebih teruk. Kalau tindakan terhadap dua juruacara   itu dijadikan bandingan si J sepatutnya sudah dibuang kerja berpuluh tahun dulu lagi. Sekurang-kurangnya kedua-dua juruacara ini bersopan bila berhadapan dengan kamera seperti yang saya sering lihat. Juruacara yang dipecat itu telah ditimpa 'depression' dan moyok dalam rumah beberapa hari. Walau bagaimana pun dia telah bebas dari 'depression' nya dan keluar meminta maaf, tetapi apakan daya 'the rice has turned to porridge'.

Seperti pantun pendek Melayu,

Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa.

Friday, January 28, 2011

Tolong jaga nama baik kita.

Saya ada bertanya kepada ibu saya bagaimana saya diberi nama Maarof. Dia menjawab adiknya Ibrahim yang yang mencadangkan nama ini. Jiran kepada datuk saya juga bernama Maarof dan nama itulah yang dicadangkannya untuk saya. Semasa Pak Lang Ibrahim saya mencadangkan nama itu isterinya juga sedang mengandung anak sulung mereka, juga seorang lelaki. Agaknya kalaulah anaknya itu lahir lebih awal dari saya nama Maarof akan pergi kepadanya. Alhamdulillah sepupu saya itu akan menerima menantu kedua pada hujung minggu ini.  

Apabila bapa saya meninggal dunia semasa saya berumur 3 tahun ibu telah membawa kami adik beradik (termasuk adik saya Shamsiah yang masih dalam kandungannya) tinggal bersama datuk. Dari itu jugalah saya mengenali orang yang senama dengan saya ini. Terus terang saya nyatakan dari mula lagi saya tidak menyukainya. Perasaan ini juga dirasai oleh adik beradik saya, sehingga saya merasa hairan kenapa nama orang yang kami tak suka ini diturunkan kepada saya.

Maarof ini dipanggil Aghup oleh orang-orang kampung. Apabila dia mengerjakan Haji dia dipanggil Haji Aghup. Saya tidak tahu nama penuh isterinya tetapi dia dikenali sebagai Olo sahaja, kemudian Hajjah Olo. Mereka tidak dikurniakan anak tetapi mengambil seorang anak saudara mereka sebagai anak angkat. Mereka memelihara anjing dan inilah salah satu sebab keluarga kami tidak menyukai mereka. Saya adik beradik pula akan menghalau anjing-anjingnya apabila mendekati rumah datuk. Tidak kurang anjing-anjingnya menerima rejaman batu dari lastik buatan sendiri kami.

Memang ada beberapa keluarga di kampung saya dahulu memelihara anjing. Tetapi perbuatan ini telah diberhentikan. Semasa ke Bukittinggi, Indonesia pada tahun 1992 dulu saya perhatikan masih ada penduduk Islam di sana memelihara anjing. Mungkin tabiat ini datang dari sana memandangkan ramai penduduk Negeri Sembilan berasal dari Sumatera Barat.

Aghup cuba menjatuhkan reputasi kami adik beradik dengan mengatakan kami tidak ada ayah yang mengajar kami untuk berkelakuan baik. Mujurlah pelajaran kami adik beradik baik juga, oleh itu masyarakat sekeliling tidak peduli akan tohmahannya.

Hubungan datuk saya dengan Aghup juga tidak rapat walau pun mereka berjiran. Datuk ada memelihara beberapa ekor kerbau untuk menampung keluarganya yang ramai termasuk kami adik beradik. Aghup pula boleh dianggap berada juga, mempunyai banyak tanah sedangkan hidup hanya bertiga. Pada satu malam seekor anak kerbau datuk telah terkeluar dari kandang dan menceroboh ke sawah padi Aghup. Agaknya dikejutkan oleh salakan anjing-anjingnya Aghup telah bangun, mengambil senapang patahnya dan menembak mati anak kerbau datuk. Alasannya dia menyangkanya seekor babi hutan memasukki sawahnya. Sehingga akhir hayatnya datuk tidak percaya yang Aghup tidak dapat membezakan antara babi hutan dengan anak kerbau.

Apabila saya memasuki Darjah 3 atau 4 ibu membawa kami balik ke rumahnya dan dengan itu juga kami tinggal jauh sedikit dari rumah Aghup. Apabila anak angkat Aghup kahwin dia telah memberikan rumahnya kepada anak angkatnya dan Aghup mendirikan sebuah rumah baru untuk dirinya sendiri dan isteri. Rumah barunya jauh dari rumah datuk tetapi cuma bersebelahan Laluan Persekutuan 86. Apa yang saya tak suka ialah rumah barunya juga berhadapan dengan perhentian bas dan di situlah orang kampung saya menunggu bas jika hendak ke bandar. Kadang-kadang Aghup menghabiskan masanya dengan duduk di perhentian bas ini dari pagi hingga petang dan berborak dengan penunggu bas.

Anak angkatnya pula mengikut suami yang bekerja dengan KTM di Gemas dan apabila balik kampung tidak menduduki rumah yang diuntukkan kepadanya. Sebaliknya mereka tinggal di rumah baru bapa dan ibu angkat mereka. Apabila Haji Aghup dan Hajjah Olo meninggal dunia anak angkat mereka dan keluarga terus tinggal di rumah baru. Rumah lama tersungkur bagitu sahaja.

Di sekolah rendah cuma ada seorang lagi dari saya yang bernama Maarof. Di sekolah menengah pula rasanya tidak ada Maarof selain saya semasa saya belajar dan tinggal di situ. Bagitu juga di pejabat saya. Oleh itu saya senang diingati. Cuma semasa saya berkursus di Pusat Bina Semangat, Pasir Panjang, Port Dickson pada tahun 1991 seorang dari jurulatihnya bernama Maarof, oleh itu saya menjadi tumpuan juga semasa di sana. Saya juga suka berseloroh dengan kawan-kawan dengan mengatakan Jalan Maarof di Bangsar, Kuala Lumpur dinamakan sebagai penghormatan kepada saya. Jika ada orang di Kuala Lumpur susah sangat hendak menulis nama saya, saya sering merujuk kepada Jalan Maarof di Bangsar. 

Hari ini dan semalam saya membaca berita tentang seorang lagi yang bernama Maarof. Maarof ini menjadi terkenal dengan tiba-tiba kerana dia ialah suami kepada seorang calon pilihanraya kecil yang akan berlangsung dua hari lagi di selatan tanah air. Yang menjadi bahan cerita ialah nama saya ini turut sama berkempen walau pun semasa cuti sakit. Oleh itu ramai yang mempertikaikan samada beliau betul-betul sakit.

Nampaknya nama saya ini tidak ada pilihan. Dia seorang guru, oleh itu tidak mudah mengambil cuti rehat biasa. Sebagai seorang suami sudah tentu beliau juga ingin menolong isterinya berkempen. Oleh itu terpaksalah mengambil cuti sakit. Dalam hal ini tidak ada sesiapa pun boleh mempertikaikan hak Doktor atau Pegawai Perubatan yang mengeluarkan Sijil Cuti Sakit. Tiada Undang-Undang atau Perintah Am Kerajaan yang boleh mencabar keputusan mereka. Cuma Allah sahaja yang tahu.

Walau bagaimana pun saya setuju dengan Sijil Cuti Sakitnya yang paling baru. Diagnos dari Pegawai Perubatan ialah 'Depressive Moods'. Mungkin terlaku tertekan dengan asam garam berkempen menyebabkannya nama saya ini bermurung atau 'moyok' dalam bahasa biasa.

Mungkin nama saya ini berharap sesuatu akan berlaku pada hujung minggu ini untuk menghilangkan kemoyokannya. Di samping itu saya berharap dia menjaga nama baik kami. Bukankah Maarof itu asalnya dari perkataan dalam Al-Qur'an yang berbunyi 'Makruf" dan bererti 'yang baik'?

Tuesday, January 25, 2011

When the answer to a question is already known.

I have a friend who is a keen photographer like me. He is even better in this department because he heads a photographic association in Negeri Sembilan where I am a member. At one time he was also active in politics and was once appointed as a councillor in my department.

As the head of the photographic association he used to conduct courses and seminars about photography and I used to attend them. I remember after one session he asked the audience if they have any questions. When nobody asked anything he said it is alright to ask questions even if we know the answers. This is because others may not know the answers to certain questions and by asking them we are in a way helping the others by imparting our knowledge to them. He further said from his experience that this 'asking questions when you already know the answer' used to occur in politics.

Politicians like to be popular, so one way of enhancing their popularity is by asking questions they already know the answer. This was proven right in a state assembly yesterday when the answer to a question was answered. The question was whether the state assembly will get enough votes to amend their state constitution. To amend the constitution a two-third majority of votes from the state assembly was required. The ruling party knew all the while that their total number would not be enough to get the required votes. They also knew that their  opponents will note vote for them. 

To cut a story short the proposed amendments to the state amendments did not happen. There goes money spent in hiring experts to prepare clauses of the proposed amendments. There goes time wasted when the time wasters could go campaigning in a bye-election in another state. There goes this, there goes that and so on and on. Happy for me when the exercise in futility occurred I was watching the Australian Open tennis tournament on television. 

All these happened because the answer to an obvious question is already known. It reminds me of a quotation from one of The Godfather films, 'Politics and crime, they are the same'. In other words politicians are criminals. 

I am happy that my friend mentioned above has left politics, and thus crime. Beside photography that he loves he now heads the government pensioners association in our state where I am a member too.    

Tuesday, January 18, 2011

Nyaris kehilangan internet.

Di bandar Fukuoka, Japan ada sebuah kelab bernama Rainbow Club. Yang uniknya  keahlian hanya terbuka secara percuma kepada penduduk asing yang tinggal di bandar tersebut, sama ada mereka pelancong, pekerja atau pelajar. Kelab ini terletak di satu tingkat bangunan sebelah bangunan Fukuoka City Hall. Kebetulan saya berada di Fukuoka pada pertengahan tahun 2004 kerana menjalani latihan yang dianjurkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA). Sebenarnya latihan dijalankan oleh JICA Kyushu yang berpusat di bandar Kitakyushu. Tetapi oleh kerana latihan banyak dijalankan oleh Fukuoka City Hall dan Fukuoka University saya dan kawan-kawan (7 orang semuanya) ditempatkan di Fukuoka.

Di Rainbow Club diletakkan buku-buku bacaan dari satu dunia. Akhbar-akhbar utama dunia juga diterbangkan ke kelab ini. Akhbar dari Malaysia ialah Utusan Malaysia walau pun ia lewat sampai sehari. Satu lagi kemudahan yang disediakan ialah kemudahan internet, juga percuma tetapi dihadkan penggunaan sejumlah sejam untuk tiap-tiap ahli untuk sehari. Ini bermakna seorang ahli yang telah menggunakan internet selama 30 minit pada paginya boleh menggunakan lagi 30 minit di waktu petang. Ini direkodkan di kad keahlian yang disimpan di kelab.

Saya menggunakan kemudahan internet di kelab ini setiap hari. Apabila kami menerima latihan di City Hall saya akan singgah di kelab ini sebelum balik ke hotel sedangkan kawan-kawan yang lain terus pulang. Ada juga kawan-kawan lain yang singgah sama, tetapi yang perempuan sahaja, sedangkan antara yang lelaki saya seorang sahaja yang berkunjung ke kelab ini. Sebenarnya kemudahan internet percuma djuga disediakan oleh pihak hotel. Tetapi kerana saya belum lagi mempuyai komputer riba di masa itu ia tidak memberi apa-apa kesan kepada saya. Saya mengetahuinya apabila dipinjamkan oleh JICA sebuah komputer riba beberapa minggu sebelum latihan tamat. Komputer ini diperlukan untuk menyiapkan laporan latihan kami.

Di 'Kelab Pelangi'  ini jugalah saya mula-mula meningkatkan kegunaan internet saya walau pun saya telah menggunakannya di tanah air lagi. Di pejabat walau pun setiap pegawai diberi sebuah komputer kemudahan internet tidak ada, oleh itu saya telah membeli modem sendiri kerana saya boleh mendial telefon keluar dan saya telah mempunyai akaun internet. Ini menyebabkan saya diberi surat amaran oleh jabatan. Kononnya perbuatan saya itu boleh menyebutkan seluruh sistem komputer di pejabat runtuh. Macam mana runtuhnya saya tidak tahu. Tetapi saya tidak peduli itu semua dan saya hanya memotong modem saya apabila setiap pegawai diberi kemudahan internet oleh jabatan.

Setelah mendapat kemudahan internet tiap-tiap pegawai diberi juga satu email jabatan. Kami dipanggil menjalani kursus bagaimana hendak menggunakan email pejabat. Ini cukup melucukan saya kerana saya dapati saya lebih faham mengenai email dari jurulatih kami. Saya sendiri tidak pernah menggunakan email jabatan tersebut.

Pengalaman di Rainbow Club juga membuatkan saya membeli sebuah komputer riba atau 'laptop' sebaik sahaja pulang ke Malaysia. Apabila hendak menginap di mana-mana hotel saya membawa laptop bersama-sama dan memastikan hotel tersebut mempunyai kemudahan internet atau apa yang dipanggil 'wi-fi'.

Semasa saya berkursus Banci saya juga membawa laptop saya bersama. Apabila kami Penyelia Banci dibahagikan kawasan-kawasan banci, saya menjadi tumpuan kerana saya dapat membandingkan peta Lingkungan Banci dengan gambar satelit bumi yang didapati dari program Google Earth. Gambar-gambar satelit ini juga saya cetak dan berikan kepada Pembanci-pembanci saya sebagai panduan. Ini betul-betul menolong mereka kerana mendapat gambaran sebenar rumah-rumah yang dibanci berbanding dengan peta kasar yang di sediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Oleh itu saya merasa kecewa sedikit apabila pergi ke Pulau Pinang untuk berehat pada hujung minggu lepas. Perkataan 'bercuti' tidak tepat kerana saya sudah bersara. Kecewa kerana hotel yang saya duduki tidak memberikan saya kemudahan wifi. Sebenarnya kemudahan wifi ada, tetapi tidak di tingkat di mana saya menginap. Oleh kerana  saya ke sana sebagai ahli sebuah kelab percutian saya ditempatkan di bilik tanpa wifi, walau pun ini disebut sebagai disediakan oleh pejabat kelab di Subang Jaya.

Saya masih boleh menggunakan internet dengan menggunakan alat jalur lebar atau 'broadband' yang dibawa oleh anak saya Anis. Tetapi khidmat bradbandnya telah digantung mulai hari itu kerana bil belum dijelaskan. Terdapat kekeliruan dalam hal ini oleh kerana saya dijanjikan oleh penjual broadband yang saya akan menerima bil melalui email. Tetapi ini tidak dihantar dan akibatnya broadband Anis digantung.

Saya meminta Anis menghubungi Celcom untuk mendapatkan nombor akaun dan telefon untuk saya menjelaskan bayaran melalui internet berbayar hotel. Rupa-rupanya broadband itu mempunyai 11 nombor bermula dengan 015 dan nombor sebegini belum berdaftar dengan bank saya. Saya diminta membayar di mana-mana kiosk Celcom di Pulau Pinang yang beroperasi 24 jam sehari.

Sekali lagi teknologi moden menolong saya dan saya mencari kiosk Celcom melalui navigator GPS walau pun telah masuk waktu malam. Setengah jam setelah membuat bayaran, broadband Anis diaktifkan semula dan saya dapat melayari internet setelah lebih 12 jam kehilangannya. 

Thursday, January 13, 2011

A question of authority.


I read with interest the news about of a Pulau Pinang State Councillor who was criticised for giving orders to Pulau Pinang Municipal Council officers in clearing some obstructions and at the same time executing the actual enforcement himself. As a former Municipal Council officer myself I commend him for his concerns. The above picture shows enforcement officers of the Seremban Municipal Council carrying our own similar enforcement works. I was part of the team them but I was not in the photograph because I was the photographer. The man in white was my colleague who was in charge of this particular operation.

It irks me now and then seeing hawkers and restaurant operators putting their utensils in public places like five foot ways and parking bays. Many people do not understand that public places should be left free of obstructions. Local government laws that require developers to provide public space or places when they develop buildings. These public places belong to nobody. They are provided for the convenience of the public to walk, run or play. They are not meant for food stall or restaurant operators to put chairs and tables on.

Yet it irks me further when there are members of the public who defend the illegal actions of these operators when they should be thanking the authorities. Yes, there are members of the public who find it comfortable to sit on chairs put up in the open air. But they forget that there are also members of the public who enjoy walking or running in the open air and these chairs and tables are obstructing their right of way.

But of course there are rules to follow when it comes to enforcing the laws pertaining to obstruction of public places. For that matter there are rules to follow in any form of enforcement. In the local authorities we have appointed Councillors who are mostly politicians. From my experience many of the councillors were ignorant of their duties. Some think they were law enforcers like us. Some shouted during meetings "Why don't you do that, why don't you do this?. Why don't you demolish so and so's stall?" and so on.

So in one meeting our President suggested that the Councillors follow us during our enforcement works. So a time table was drafted for their convenience. At first their attendance was encouraging, but it dwindled soon afterwards. In fact there were arguments among themselves when some Councillor suggested we do a few things while another opposed them. Some Councillors suggested that we raid a particular joint while another protested for the simple reason that he was a regular patron of that joint. Councillors or not, they are human too, with their own vices. In the end they all gave up and we continued our enforcements without worrying about somebody looking over our shoulders.

Fortunately our Councillors understood their limitations. None of them gave particular orders to us during our enforcement operations and none of them touched anything belonging to the offenders. The police too were invited during some of our operations primarily to protect us and secondarily to foresee that the offenders did not commit any criminal acts. There was one incident when the police had to handcuff an offender who was turning violent towards me, of all people.

So it was wrong for the Pulau Pinang State Councillor in giving orders to the local authority officers and at the same time helping them in performing their duties as I saw them on television. The officers are authorised and trained in executing their duties while State Councillors are not. This State Councillor might have good intentions in giving the public their rights of unobstructed paths along public places. But let the right people do the right things. 

This reminds me an incident during the last General Elections. I was a Presiding Officer authorised by the Elections Commission or SPR in one of the Polling Stations. After the votes were cast and the ballot box opened one of the candidates' agents picked up a few ballot papers and began counting them. I told her straight away to put down the ballot papers. She replied that she was just trying to help me and my fellow elections officers. She got the guts to say that she had done this before in past elections. I told her that we are authorised to handle the ballot papers while she was not. If she continued to 'help' me the election result for this particular constituency could be declared null and void.

Likewise she might have good intentions but she simply had no authority to exercise them.

Thursday, January 6, 2011

Cliff Richard - Outsider



Kalau tak salah inilah lagu Inggeris pertama saya dengar. Bila Cliff sebut "I used to be" saya ingat "Are you stupid?". Cliff Richard (sekarang Sir Cliff Richard) ialah bintang barat pertama saya. Walau pun kemudian muncul The Beatles saya tetap minat Cliff sampai sekarang.

Wednesday, January 5, 2011

Dilarang hadir mesyuarat.

Maso se kojo dulu, antagho bondo-bondo yang paling se tak suko yolah poi mesyuarat. Kalau mesyuarat dalam jabatan tu tak apolah sikit. Itu pun boss se boghi tau jangan malukan dio dalam mesyuarat. Makno eh kalau dio cakap salah jangan togo. Malu dio dopan oghang lua yang samo-samo datang mesyuarat tu. 

Kadang-kadang se togo yo. Bagi se fakta totap fakta. Contoh eh Taman Tuanku Jaafar bukan dalam kawasan Majlis Perbandaran Soghomban. Kalau boss se jawab "Ia" se kono togo "Itu bukan kawasan kita". Itu yang kadang-kadang boss se maghah boto kek se sobab togo dio maso mesyuarat. 

Tapi apo yang se paling tak suko yolah bilo boss se sughoh poi mesyuarat kek luar jadi wakil dio. Lobih topat lagi wakil Jabatan. Se kono siap boto-boto dulu. Sogalo fakta mesti ado dalam tangan. Kalau oghang mintak apo-apo se tak boleh jawab "Nanti saya bincang dengan Ketua Jabatan saya". Se kono boghi jawapan yo atau tidak disitu yo. Ado satu maso tu sodang mesyuarat se sompek SMS kek opis se mintak fakta tambahan bilo se tengok apo yang ado dalam tangan se tak cukup.

Jadi bilo se dapek tau soghang ketuo jabatan nogoghi sobolah nogoghi se ni tak dibona dek boss eh hadir mesyuarat se cakap "Beghuntong bona lah dio".

Tuesday, January 4, 2011

Saya dah 61.


Pos pertama saya untuk tahun ini ialah saya merayakan hari jadi ke 61. Dengan itu juga genap setahun saya menganggur walau pun tidak sepenuhnya, kerana saya terlibat dengan kerja-kerja Banci 2010 di pertengahan tahun.

Apabila bersara sepenuhnya (saya bekerja secara kontrak selama 4 tahun setelah bersara umur 56 tahun) saya bimbang juga jika kawan-kawan mengasingkan diri dari saya. Alhamdulillah ini tidak terjadi. Apabila saya berjumpa dengan peniaga-peniaga yang pernah menerima tindakan penguatkuasaan dari saya, tidak pula mereka menunjukkan sikap negatif.

Saya pula mempunyai lebih masa untuk untuk berhubung dengan kawan-kawan dan saudara mara yang telah terputus hubungan untuk sekian lama. Laman sosial Facebook banyak menolong saya dalam hal ini.

Kawan Facebook terbaru saya ialah rakan sekolah, seorang kerabat DiRaja Negeri Perak dari Kuala Kangsar. Di sekolah saya memanggilnya 'Charlie' dan tidak ramai kawan-kawan di sekolah memanggilnya dengan nama ini. Saya masih ingat dia menghadiahkan saya dengan satu kek yang dihantar oleh keluarganya. Katanya ini balasan kerana menjaganya apabila dia sakit dan dikuarantin di wad sakit atau 'sick bay' sekolah.

Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana memberikan kesihatan yang baik selama ini. Saya berharap anugerah Allah ini diteruskan. Untuk sesiapa yang membaca pos saya ini nasihat saya jagalah kesihatan kerana ia tidak terharga.